Assaalamualaikum hi. Nama aku Malin. Aku dah berkahwin sejak 2016 dan mempunyai 3 orang anak. Aku kenal dengan suami dah 2 tahun sebelum berkahwin.
Suami aku memang dari bujang gilakan chess/catur. Waktu zaman sekolah dan universiti memang dia mewakili sekolah, daerah dan negeri. Kira hebat lah.
Cuma ianya menjadi satu peristiwa yang pedih untuk ditelan oleh aku dan anak-anak apabila minat dia dalam dunia catur telah mengabaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anak.
Aku ceritakan satu persatu. Aku baru sahaja disahkan menghidap Anxiety Disorder dimana adakalanya tangan aku akan menggeletar, jantung aku berdegup laju, rasa nak muntah, susah tidur malam sebab berfikir dan banyak lagi simptomnya.
Aku dah tak tahu dengan siapa aku nak meluahkan perasaan berkenaan suami aku yang taksub/gila chess ni.
Dia punya gila chess tu sampaikan aku dan anak-anak aku kena influenza A, anak menangis meraung pun dia tetap menghadap phone main chess. Aku yang sakit ni juga la yang kena menguruskan anak.
Esok harinya, anak-anak aku dah tidur tapi aku belum sebab hidung aku tersumbat teruk (kesan influenza). Lepas aku keluar dari tandas, aku nampak suami aku macam kelam kabut bawa beg nak keluar rumah.
Aku tanya “nak pergi mana ?”. Dia cakap “nak jumpa Mail (adik suami) nak study chess”. Aku rasa menggelegak otak ni dengar. Yela anak bini sakit yang kau beri perhatian penuh tu chess? Bukan keluarga sendiri.
Pernah satu hari tu aku balik dari kerja, aku tengok anak-anak aku macam anak terbiar sebab suami aku main chess dalam phone. Aku yang penat-penat balik kerja ni jugalah yang layan dan bermain-main dengan anak. Dia? Chess chess chess.
Sebab tu aku ambil pil perancang sebab aku tak nak beranak dah. Aku taknak dah sakit-sakit yang tak berbaloi sebab suami aku gila/taksub dengan chess.
Sebab aku tahu at the end of the day aku jela yang kena jaga anak-anak. Aku taknak anak-anak aku kurang kasih sayang. Aku dah tak sampai hati tengok cara suami aku layan anak-anak.
Aku sedih dan aku cemburu melihat keluarga orang lain yang suaminya betul memahami erti maksud tanggungjawab seorang ayah.
Melayani isteri dan anak-anak seperti bidadari. Setiap hari aku fikir untuk bercerai. Kerana boleh dikatakan semuanya aku yang buat. Untuk apa aku teruskan hidup ada suami?
Hanya untuk ada title suami. Bukan aku tidak bersyukur, tapi aku dah tawar hati. Aku rasa kosong. Aku dah tak ada rasa cinta terhadap suami aku kerana dia beri sepenuh perhatian kepada chess bukan pada aku.
Aku rasa ada hikmah kenapa Allah berikan aku kerja tetap. Kerana Allah lebih Mengetahui. Allah tahu yang aku terseksa dengan sikap/perangai suami aku yang kedekut, suka berkira-kira, tiada rasa tanggungjawab dan taksub dengan chess.
Kepada suami diluar sana, kami (isteri) ada minat yang kami terpaksa tinggalkan kerana sudah berkahwin dan ada anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang kami.
Jadi, begitu jugalah dengan para suami perlu meninggalkan minat zaman bujang dan terima hakikat bahawa kita sudah berada dalam fasa perkahwinan dan fasa membesarkan anak-anak.
Hati yang pudar,
– Malin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit