Saya berumur (41 tahun), sudah berkahwin selama 15 tahun. Alhamdulillah ada 3 orang anak.
Untuk makluman saya dah bagitahu isi hati saya kepada suami (48 tahun). Tapi kami jadi gaduh besar sebab suami tak dapat terima luahan saya. Dia kata saya childish.
Suami saya suka sangat tengok status whatsapp orang lain. Termasuklah perempuan. Siap bagitau saya. “hari ni si polan polan masak ni…” sebab dia letak as status.
Status isteri? Langsung TAK TENGOK!
Saya terasa sangat sebab kadang2 status saya update family iaitu ada suami sy, tapi takde satu pon suami nak hadap.
Suami saya tak pernah nak ucap “i love u” “sayang awak” semua tu.
Saya rasa saya ni berkahwin sebabkan untuk melepaskan air ke dalam tubuh saya dan hasilkan zuriat.
Lepas saya melahirkan, takde nak cakap ‘thank you’ ke apa kat saya. Terus up gambar anak. Isteri? Takde apa2.
Bunga ke, apa ke. Langsung takde. Hanya bayar bil hospital kerajaan je.
Saya czer mother, jadi suami tak dapat teman saya. Dia hanya dapat tengok anak setelah saya dah kembali ke wad.
Saya isteri perlukan belaian dari suami. Tapi hambar sangat.
Kami ada pi movie date, lunch date semua. Tapi itu sekadar tengok movie lepas tu balik. Takde nak romantik dah.
Seronok tengok suami yang hargai isteri. Ibu dan ayah saya sampai ke hari ni diorang loving.
Nak pegang tangan pun dah tak nak. Saya selalu start pegang dulu, tapi saya dapat rasa dia kekok sangat. Sampai saya lepaskan tangan je bagi dia selesa.
Saya tak tahu nak luah ke siapa. Adakah saya ni terlampau mengada sampai nak up kan issue ni?
Benda ni dah lama jadi, lepas kahwin pun hambar dah. Tapi saya pikir mungkin sebab penat jaga anak.
Anak bongsu dah darjah satu dah. Takde kacau hidup kami dah.
Ni ke orang kata midlife crisis? Tolong la saya readers…
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit