Aku straight to the point je lah eh. Aku ni orang kampung je. Bukan dari keluarga susah dan bukan juga dari keluarga senang.
Alhamdulillah, dari keluarga yang sederhana. Cukup makan pakai tempat tinggal. Mak suri rumah ja. Ayah dah pencen. Urus kebun sendiri. Ada 6 beradik, aku anak bongsu.
Aku belajar sampai spm ja. Result tak memuaskan. Dulu time sekolah banyak main. Hahaha. Lepas spm, umur 18 terus kerja. Macam macam kerja aku buat. Kfc, secret recipe, keja dekat panggung wayang, banquet hotel dan macam macam lagi lah. Kebanyakannya f&b dan retail.
Tapi alhamdulillah dengan banyak pengalaman kerja, aku boleh stay dengan satu kerja ni bermula sebagai supervisor dan naik pangkat jadi store manager.
Dengan hasil titik peluh ni aku boleh beli kereta sendiri dengan duit sndiri. Nampak simple, tapi pencapaian besar jugak untuk diri aku.
Sebelum kahwin, biasa lah life bujang. Aku jenis yang simple simple ja. Tak pernah pakai barang branded apatah lagi barang barang original. Semua fake ja. Hahaha.
Aku shopping pon kat shoppe, lazada macam tu ja. Asalkan murah, cantik kat mata aku dan selesa aku pakai. Makan pulak memang tekak melayu. Nasi kena ada. Sambal belacan wajib ada.
Makan pon street food tepi jalan je. Tak pernah lagi makan mahal mahal restoran mewah ke apa. Sebab aku dah biasa macam ni dan aku selesa.
Aku tak kisah apa pandangan orang kat aku. Dan aku pulak jenis happy go lucky punya orang. Peramah dan jenis gila gila. Kadang kadang kepala tintong jugak. Hahaha.
Now bermulah lah kisah aku kenal dengan husband. Dua tahun kenal. Semua ok macam biasa. Husband aku educated person. Lulusan luar negara. Anak tunggal. Dan anak orang senang. Dan baik orang nya. Itu apa yang aku kenal sepanjang kami bercinta.
Tapi aku tak peduli pon semua tu. Sebab aku pon tak heran dan tak pandang pon semua tu.
Sebab husband aku memang sayang sangat dekat aku dan aku pon tak tau macam mana dia boleh nak dekat aku yang level level biasa ni. Hahaha. Kadang rasa macam tak layak pulak aku untuk dia.
Sebelum kahwin aku ada bagitau dia, fikir betul betul nak kahwin dengan aku. Sebab aku orang kampung je. Background family biasa biasa ja. Macam langit dengan bumi.
Tapi dia cakap dia ok. Dia boleh terima aku. Aku pon ok saja lah. Dah sampai jodoh, aku dengan dia kahwin. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Bila dah jadi suami isteri, baru lah kita tahu perangai sebenar masing masing. Sebelum tu aku nak bagitau, kehidupan rumah tangga aku adalah kehidupan yang diimpikan seorang wanita. Tapi tidak pada aku.
Tak tau lah aku yang tak reti bersyukur ke apa, nanti korang boleh komen pendapat korang kat bawah lepas baca semua cerita aku. Aku sangat perlukan pendapat dari korang semua.
Ok, lepas kahwin, husband aku nak ubah lifestyle aku seratus peratus. Mula mula aku ok, tapi lama lama macam makin melampau. Entah lah, aku je kot yang rasa macam ni.
Kalau korang nak tau, aku tak dibenarkan pakai barang barang murah. Aku tak dibenarkan beli barang barang dekat shoppe, lazada semua tu. Aku tak dibenarkan makan makanan tepi tepi jalan.
Aku tak pernah pakai barang branded macam coach, lv, gucci dan seangkatan dengan nya lah. Barang barang original dan mahal. Aku tak terasa nak pakai dan beli. Sebab aku tak berminat. Sebab bagi aku semua design sama ja. Tak ada apa yang special nya. Haha.
Tapi bila kahwin, laki aku suruh pakai semua tu. Dia beli semua untuk aku. Dia nak aku cantik cantik. Mula mula aku excited. Seronok. Tapi bila dah selalu sangat dapat aku jadi tak ada perasaan. Seronok pon tak, apa pon tak. Pandangan aku kosong bila tengok semua tu.
Nak tau kenapa aku rasa macam ni? Sebab semua tu bukan atas pilihan dan kehendak aku. Bukan barang yang aku suka. Semua dia yang pilih dan belikan untuk aku. Aku hanya diam saja.
Kadang benda yang dia beli tu aku tak suka. Tak kena dengan taste aku. Dia nak aku cantik dengan ikut citarasa dia. Bukan citarasa aku. Dia nak aku look macam mana semua dia yang tentu kan. Dalam erti kata lain aku di ‘control’ sepenuh nya oleh dia sebab kena ikut citarasa dia.
Kadang apa yang dia beli kan untuk aku, aku tak selesa pon pakai. Tapi disebab kan dia yang pilih untuk aku, beria nak aku pakai, dan suka tengok aku pakai macam tu, aku diamkan je.
Pernah kantoi aku beli senyap senyap barang shoppe, lazada. Dan dia dapat tau, jadi pertelingkahan jugak antara kami. Dia kata tak ada kualiti lah, barang murah lah apa lah, tak tahan lama lah dan bla bla bla. Then barang tu dia simpan. Atau dia suruh aku bagi je sapa sapa nak.
Berapa hari lepas tu barang baru sampai. Dia gantikan yang baru. Sudah tentu lah barang mahal dan lagi kualiti. Tapi bukan yang aku suka. Macam biasa, aku tengok, tak ada rasa apa.
Kadang aku sedih. Aku rindu lifestyle aku yang dulu. Nak beli barang murah ke mahal ke, tak ada sapa control. Kadang aku tertanya-tanya, hina sangat ke pakai barang murah.
Aku tak boleh lagi dah shopping sendiri. Semua kena dengan dia, semua kena dia yang decide. Macam aku pulak lelaki, dia perempuan. Aku hanya diam ibarat patung, ikut je bontot dia.
Aku tau dia sayang aku, dia nak yang terbaik untuk aku sebagai isteri dia. Dia nak ubah aku, dia tak nak lagi dah tengok aku jadi macam budak kampung.
Untuk pengetahuan korang, aku tak da lah kolot macam budak kampung sangat. Hahaha. Aku masih lagi berfashion cara moden, dan aku pon up to date jugak. Bukan nya macam orang kampung tercorok. Cuma aku tak pakai barang branded. Tu je.
Tu dari segi barang barang. Now, makanan pulak. Aku dah tak leh dah makan makan makanan tepi jalan semua. Katanya kotor lah, tak bersih lah, tak sihat lah apa lah.
Nak makan apa bagitau dia, dia bawak aku pergi restoran mewah, yang ada aircon, tempat yang selesa. Kadang makan dekat hotel. Makan steak, lobster.
Hmm. Bukan tu yang aku nak. Aku tak heran pon semua tu. Aku makan, tapi tak rasa sedap dan kenyang sebab aku tak betul betul nikmati makanan tu sebab bukan tu yang aku nak makan.
Kadang aku craving char koew teow, burger tepi jalan. Makanan food court, tapi tak dapat dan tak boleh makan. Tak dibenarkan. Sama ada aku masak sendiri kat rumah atau dia bawak pergi makan tempat mewah.
Aku tengok kawan kawan aku pergi picnic dekat pantai, beriadah dekat taman, berkelah dekat air terjun, best sangat. Back to nature orang kata. Aku ada ajak dia, hmm macam biasa lah. Memang tak lah dia nak pergi tempat tempat macam tu. Katanya panas, kotor dan sebagai nya.
Kami kalau keluar hanya pergi mall, tempat ada aircon dan shopping kebendaan. Sedangkan bukan kebendaan yang aku nak, aku bukan materialistic.
Aku tak tau nak cerita kat korang macam mana. Aku rasa korang faham. Bukan kemewahan yang aku nak. Aku sangat rindu lifestyle aku yang simple simple macam dulu. Kadang aku menangis. Aku mengadu pada Allah. Adakah aku yang tidak bersyukur?? Hmmm.
Aku pernah cakap dengan dia pasal semua ni, aku tanya dia kenapa buat semua ni untuk aku.. Jawapan dia agak mengejutkan aku.
Selain dia nak ubah aku, dia jugak nak jaga standard dan nak jaga air muka dia. Dia nak orang tau aku pakai barang mahal mahal atau yang senag faham, dia nak aku menunjuk. Dia nak kawan kawan dia nampak aku cantik dan pakai barang mahal mahal hasil dari jagaan dia.
Aku kena jaga standard dia depan kawan kawan dia. Tak nak nampak lekeh. Dia jenis peduli apa orang cakap pasal dia. Lagi lagi bila melibatkan lifestyle. Hmm entah lah. Dia nak aku masuk dunia dia, tapi dia tak nak masuk dunia aku.
Aku dapat segala kemewahan, tapi bukan atas kehendak aku, aku dapat segala kemewahan tapi aku aku tak boleh buat keputusan sendiri. Semua dia yang tentu kan.
Macam aku cakap, aku di’control’ sepenuh nya. Semua kena ikut cakap dia. Walaupun aku tak suka. Aku diam kan saja. Tapi aku sendiri makan hati.
Buat korang yang baca ni, tolong komen, respond, bagi nasihat atau pendapat atau apa apa ja. Aku sangat perlukan pendapat korang. Ada kah aku tak bersyukur?? Sekiannn..
– Orkid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau ada acara/situasi yg melibatkan lingkungan keluarga @kawan suami, pakai je lah ikut kehendak suami..kalau selain tu pakai je la yg kita selesa.. dah tu kalau suami nk belikan yg mahal2, cuba pujuk suami g butik mahal yg ada design puan berkenan ðŸ¤
klu dia beli barang n awk xsuke, simpan je bt perkasam. klu dia tya kenape cakap not my taste pastu kutuk2 brg dia beli tu. lama2 nanti dia give la. sbb suami sy dulu mcm ni gak, suke barang branded. sikit2 puji brg2 dia beli pastu kutuk2 brg shopee sy. sy geram sy kutuk2 jugak brg dia. dia puji2 brg dia beli, mmg sy bagi ayat menusuk jiwa. skrg laki sy hari2 pakai baju tshirt rm5 yg sy beli kat shopee je. tp klu cara ni xjalan awk luah je semua yg terbuku kat hati tu sambil berjurai air mata. bt drama lebih2 sikit. klu dia syg awk dia akan cuba berubah.
comel laa kak 😂 tp tulaa faham. tak kena dgn jiwa kan mana mahunya nak happy ye dok. mula mula sy mcm kagum dgn hubs akak lama lama baca bila reason dia utk menunjuk, aduhh kesiannya. mungkin akak boleh try slow talk lg dgn hubs. kalau betul sayang kenapa buat camni kan 🥹
Unik betul sis ni, lain dari lain 🤣 orang lain berharap dimanjakan dgn benda mahal2 ni. 🤣 tp camtula lagi cun kalau husband sis ajak pergi beli sekali, at least sis dpt barang mahal yg sis berkenan, bukan yg dipilihkan
Saya faham benar dng situasi awak sb saya pernah laluinya. Mcm awak, saya ikot je apa yg dia mahu. Sb bila fikir2, aah bior la , guna duit dia pun.. sehingga baju raya pun saya yak ambik kisah, tau saya ready to wear je…haa.haa….tp suami saya tak de too high standard mcm awak….