Suami Idaman

Assalamualaikum. Di sini saya kongsikan kisah kami.

Sebelum tu saya kenalkan sikit karakter kami.. Saya lebih extrovert daripada suami… saya suka outdoor activities, suami lebih suka duduk di rumah.. Suami saya tak banyak bercakap, lebih banyak memerhati… saya pula lebih expressive, suka bergaul.. Kadang-kadang ikut mood juga..

Kami berkenalan sekejap sahaja sebelum berkahwin.. Sekadar tahu nama dan latar belakang.. Saya ingat relationship tu boleh build further bila dah kahwin nanti… Jadi saya lebih melihat kepada keperibadian dia.. riki-riki daripada kawan-kawan yang hampir dengan dia..

Masa tu saya rasa dah cukup apa saya nak ciri yg ada pada bakal suami.. Tak merokok, menjaga solat, dan ada jati diri..

Tapi bila kahwin, memang betul orang kata, man from mars, woman from venus… Susah saya nak blend lagi-lagi sikap suami yang banyak diam…

Masa awal kahwin, terutama selepas hubungan atas katil, perasaan saya sangat teruk… Bila dah habis, habis lah.. Saya rasa suami biarkan saya, datang kat saya bila nak… Lama-lama saya rasa muak, meluat, rasa dipergunakan…

Saya ni dah lah jaga diri selama ni, agak naif lah, tak pernah couple… Dan benda ni buatkan saya terfikir, adakah kahwin ni hanya untuk nafsu? Geram pula rasa…

Saya cepat-cepat ambil langkah berterus terang… Saya bagitau suami, yang nafkah batin bukan hubungan atas katil sahaja.. Sentuhan, ucapan cinta, pelukan sangat penting buat saya..

Saya kongsikan artikel Dr. Zubaidi mengenai oktitosin.. saya suka dipeluk.. Saya juga ceritakan adab dalam hubungan suami isteri.. Di mana perlu dimulakan dengan muqaddimah.. Sentuhan, kata-kata cinta.. Doa ketika berhubungan..

Saya bagi perumpaan yang wanita seperti oven, lambat panas dan lelaki seperti microwave, on je… Jadi suami perlu bersabar dengan saya, berikan saya masa ketika berhubungan..jangan terus ke langkah seterusnya selagi saya belum bersedia..

Ketika tidur, terutama selepas berhubungan… Saya nak dipeluk.. Kalau tak, saya rasa diri saya tak berharga.. Rasa seperti pelacur, serve suami bila perlu sahaja…and then habis. Dahsyat kan. Maaf memang gitulah perasaan saya waktu tu..

Benda ni sangat penting untuk saya sebab saya tak boleh carry on perasaan macam ni yang akan menyebabkan saya dah taknak ‘bersama’ dan turn off lagi…

Suami kata bukan dia taknak peluk, tapi kadang berpeluh dan tak selesa… Jadi kami pasang aircond.. Setel satu masalah…

Masa anak-anak masih kecil, memang penat seharian… Selalunya masa hari kerja, kami fikir nak rehat dan tidur je bila dah balik rumah…

Kadang-kadang kami tidur pegang tangan atau bertaut kaki kalau tak larat sangat…

Saya kongsikan juga perubahan fizikal dan emosi yang saya alami selepas bergelar ibu kepada suami… Dan suami terpaksa lah faham sebab suami tak ada kesan sangat pada tubuh badan dia, sebab yang bersalin tu kita perempuan..

Orang perempuan cepat mood swing.. Badan pun lemah, perlu rehat yang cukup.. Bengkak sana sini.. Kena urut.. Bila anak menangis, macam-macam nak kena fikir..

Saya juga nak jarakkan dengan anak seterusnya sebab saya nak menyusu anak secara exclusive… Saya nak anak dapat haknya dulu.. Tapi yg ni niat dan cita-cita je lah, sebab setiap anak tu rezekinya Allah dah tetapkan, kita usaha saja…

Itu adalah antara benda yang ganggu saya dan saya bagitau suami.. Apa saja saya baca dan ilmu saya dapat, saya akan kongsikan pada suami.. Saya nak dia faham dan beri kerjasama..

Saya tak boleh expect suami faham… Orang lelaki ni kena dibagitau… Dia tak ada common sense

Lain dengan orang perempuan, anak menangis dan merengek sikit kita tak duduk diam dah.. Kalau orang lelaki ni memang kena cakap, ringankan mulut minta tolong… Dan bagitahu spesifik apa benda yang nak kena buat..

Saya ni jenis tak boleh lapar… Waktu menyusu anak dulu, paling saya tak suka kalau keluar makan.. Dah lah asap rokok keliling, bab asap rokok ni saya jelingkan aje kat bapak budak dan mak budak tu.. Kalau tak faham juga, saya akan bagitahu direct minta dia merokok kat lain..

Memang mak-mak dulu selalunya bagi suami dan anak-anak makan kenyang dulu… Kalau pergi ziarah rumah orang, orang perempuan selalu tak ada masa nak makan sebab masa untuk dia last-last dah.. Kalau kat kedai makan pun sama, orang last akan makan adalah kaum ibu

Dah lah waktu menyusu, kita cepat lapar..kena makan untuk anak juga.. Dah menggigil-gigil, rasa nak pitam kalau lambat makan.. Saya bagitahu suami, kalau kat kedai makan, saya kena makan dulu..

Someone kena jaga anak sebab anak tu tak boleh dibiarkan, anak ni kan budak.. tak duduk diam.. Siapa nak perhatikan anak.. Malang tak berbau.. accident anytime boleh berlaku.. Kena tengok betul-betul

So suami kata takpe, dia dah biasa lapar, jadi kalau saya nak makan dulu, dia ok.. Take time juga nak suami faham bab ni..

Jadinya kalau makan kat kedai, biasanya saya makan dulu, suami jaga anak… Masa ni mertua dah jeling-jeling kat saya… Tapi saya lantakkan je, tradisi tak betul kita betulkan balik… Bukan tak hormat suami pun kalau perempuan makan dulu kan..

Berbalik pada hubungan suami isteri.. Normal juga saya rasa curi-curi masa nak bersama.. Waktu anak masih tidur, kami curi-curi keluar bilik sebab anak-anak tidur sekali sebelah katil kami…

Adab sebagai ibu bapa kena jaga ya.. Bukan boleh buat semberono… Cari masa dan tempat yang sesuai..

Sekarang anak-anak dah besar dan berpisah bilik tidur, malam-malam memang kami tidur berpelukan.. Tak kira hari kerja ke tak.. Sebab anak-anak boleh berdikari dah.. Aircond tu memang main peranan besar juga untuk keselesaan.. Hahaha tak rugi pasang aircond

Berkenaan kata-kata cinta… Suami saya bukan jenis romantik..saya rasa ramai lelaki jenis tak romantik.. Yang dalam tv tu propa je semua..

Kalau romantik kang, masalah pula suami nak romantik kat tempat kerja, kita juga susah hati.. Ntah dengan perempuan mana dia romantik..

Masa dulu kami PJJ, lagi lah saya terasa juga bila suami mesej benda-benda penting je..tak tanya khabar pun..

Rupanya suami kata dia tak menang tangan dan penat, sebab masa kami PJJ kami dah bahagikan anak-anak… Suami jaga juga anak..

Actually masa anak seorang pun, kami pernah PJJ dan suami memang jarang mesej atau call saya.. Merajuk la kita..rasa diabaikan, rasa tak diperlukan..

Suami juga kata dia lebih selesa kalau nak berbual, masa saya ada sekali… Sebab tak seronok mesej atau call, takut ada salah faham sebab tak boleh sentuh, tak boleh express… Kadang-kadang masanya tak sesuai, bila lepas dah setel kerja semua, penat pula rasa nak tidur…

Tapi saya cakap la macam mana nak tahu suami sayang dan ingat kat saya kalau tak bagitahu…

Suami kata dia ingat kat saya sepanjang masa.. Masa anak seorang dulu dia decide untuk mesej saya hari-hari instead of call… Ok lah mesej daripada tak ada langsung..

Dia mesej saya i love you hari-hari.. Lama-lama saya baca pun tak ada feel.. Saya cakap mesej tu sama je, boleh copy paste… Tak ada feel, macam tak natural

Hahaha itu lah saya, seorang perempuan yang tak pernah rasa cukup… Suami tak mesej, tak puas hati, dah mesej masih tak puas hati..Rupanya suami bagitahu dia jenis yang rutin, ikut schedule.. Dia bukan jenis spontaneous..

Bagi dia, kalau saya reply then itu dah cukup bermakna buat dia.. tandanya saya ok dan dia boleh teruskan kerja dia… Jangan kata suami saya ada perempuan lain ya, saya dah cek dan pastikan, tiada masalah perempuan lain..

Suami saya jenis fokus pada peningkatan kerjaya, isi masa lapang dengan ilmu dan membaca.. Dia tak suka berpeleseran, paling susah kalau nak ajak dia window shopping… Hobi dia basuh kereta dan berehat di rumah…

Hidupnya memang ada aim tertentu, kalau dah capai, dia akan set target lain pula.. Setakat ni suami saya tak ada hobi yang membazir..

Bila kami dah tak PJJ, anak-anak dah besar sikit… Hari-hari tidur berpelukan, hari-hari sebelum pergi kerja memang peluk dan kiss.. Tapi bukan depan anak la…

Anak-anak pun tau dah kalau kami bergurau ala couple bird, diorang rolling eyes…

Bab kerja rumah pula, dari awal kahwin lagi saya dah terus terang dengan suami…saya tak menang tangan..so kalau saya masak, dia basuh pinggan, saya minta kami bekerjasama.. at least basuh pinggan yang dia makan…

sekarang kami dah tahu-tahu sendiri apa kena buat..saya basuh baju, dia sidai.. Saya sapu rumah, dia buang sampah… Kalau balik kampung pun sama.. Saya kemas beg, dia masukkan dan susun dlm kereta.. Kami sama-sama angkat beg..

Suami juga sapu sampah luar rumah dan kadang-kadang saya minta tolong dia siram pokok kalau saya out station…

Bila di rumah mertua atau rumah mak, suami angkat dan basuh pinggan sendiri… Memang saya dijeling la… Saya buat tak tahu je..kadang-kadang saya minta dia tinggalkan untuk saya angkatkan, karang meluat pula orang tua dengan kita..

Diorang tak tahu sebab suami rajin tolong saya bab kerja rumah, bertambah kasih sayang dan kemesraan kami… Actually bukanlah tolong…

Bab kerja rumah ni memang harus buat sama-sama.. Dah nak kahwin sangat kan..

Dulu bab mengajar mengaji anak semuanya kat saya… Suami tak take part.. Saya selalu kongsikan perkembangan anak, what’s have done.. what need to do…rupanya suami dibesarkan tanpa lihat figure parent sebab semuanya dia belajar sendiri..

Lepas suami tengok saya mengajar anak mengaji untuk anak sulung, sekarang anak-anak yang lain suami dah boleh ajar dah… Begitu juga hal pelajaran.. Suami dah bersama-sama monitor pelajaran anak-anak..

Kadang-kadang bila kami keluar beriadah, saya tengok budak-budak perempuan bujang ada yang duk perhatikan suami saya sambil buat muka miang walaupun saya ada kat sebelah… Mungkin lihat fatherly figure pada suami..

14 tahun kahwin, through thick and thin.. Barulah suami jadi suami idaman saya… eh dik kamu senang-senang je nak benda cepat dan free… buat-buat gedik depan suami orang.. Gigit kang..

Walaupun kami ni berbeza karakter, tapi kami ada persamaan.. Suami tak suka perempuan gedik, sweet-sweet.. Saya juga tak suka lelaki sweet talk dan romantik out of no where…

Pertemuan kami ni Allah dah aturkan..

After kahwin, kami nak sweet-sweet, romantik antara kami berdua je lah..

Suami pernah cakap, dia tak pernah bercinta, tak tahu nak treat orang perempuan.. Dia belajar dari pengalaman… Dia enjoy doing house chores, dia syukur ada saya dan anak-anak.. Dia kata dia banyak belajar daripada saya

Actually kami apply cara 90% puji, 10% tegur… Dan nak tegur pun tengok juga masa dan caranya.. Selalunya masa pillow talk, masa semua house chores settle, anak-anak dah tidur.. Masa mood tengah ok..

Melalui pengalaman saya ni, saya rasa kuncinya komunikasi dan sabar… cliche kan pesanan ni.

Walaupun kami nampak lovey dovey.. seperti pepatah berkata sedangkan lidah lagi kan tergigit.. Mustahil lah kami tak pernah berperang kan.. Sekali bergaduh, macam nak terbalik rumah…

Cuma kena bersabar dalam apa juga dugaan… Setiap kali kami bergaduh, kami ingat balik tujuan kami berkahwin dulu dan bagaimana perkenalan kami sampai lah kami disatukan… It gives great reflection.. Berdoa minta pada Allah…

Setiap orang ada expectations masing-masing. Kalau tanya saya, suami dah jadi suami idaman saya sekarang ni… Tapi tak tahu lah kan, kalau tanya suami, saya ni dah capai isteri idaman dia ke belum.. Hahaha…

Tapi apa yang ada hari ni saya rasa dah cukup baik untuk saya.. Dugaan kahwin ni masa 10 tahun pertama sangat hebat.. Ujian perasaan, ujian duit, ujian anak-anak.. Sekarang dah lega sikit sebab rasa kehidupan lebih stabil… Kami pun makin matang, makin kenal pasangan…

Jadi kalau ada parent yang agak strict bab pilih pasangan.. Terutama bab ekonomi.. Harapnya anak-anak janganlah buruk sangka pada orang tua.. Mereka dah laluinya dan tahu segalanya. Tak semua orang mampu nak hadap ujian rumahtangga ni..

Kami pun pernah rasa awal kahwin, duduk rumah sewa, tidur atas lantai…rumah kosong..

Kita as perempuan tak boleh expect everything is complete.. Macam mak saya, memang ajar abang dan adik lelaki saya sediakan semuanya sebelum berkahwin… Untung kakak ipar dan adik ipar saya.. Macam keluarga mertua saya, pandai-pandai anak tu sendiri nak buat macam mana..

Hari pertama kahwin, saya dah singsing lengan cuci rumah sewa.. Menyapu, mop rumah.. Rasa nak nangis juga masa tu.. Sampai hati suami saya kan..

Tapi bila tahu suami saya ni banyak benda tak tahu especially pengurusan rumah, saya tak manjakan dia dengan saya buat semua benda..

Pengsan saya nanti, nak kahwin ni lama lagi.. Saya juga tak bantu banyak tapi lebih fahamkan dia tanggungjawab nafkah.. Saya cuma bantu sikit-sikit.. Saya taknak dia selesa sampai lupa tanggungjawab hakiki dia sebagai suami

Boleh kata 80% suami tanggung.. saya hanya bayar yuran untuk seorang anak, yang anak-anak lain suami bayarkan..saya juga sediakan keperluan sekolah anak, keperluan hari raya, berbelanja untuk bercuti.. Untuk barang rumah saya belikan kadang-kadang bila saya rasa nak..

Jadi suami tak rasa mampu nak kahwin lain.. Dia pun tak terfikir nak kahwin lain sebab tanggungan yang ada pun dah cukup banyak. Itu motifnya hahaha..

Mak mertua dan ayah mertua juga cukup kagum dengan perubahan suami kerana nampak suami dah pandai uruskan dan lebih berdikari, mereka tahu sokongan dan tunjuk ajar yang saya berikan..

Unlike anak-anak mereka yang lain, walaupun dah kahwin dan beranak tapi masih bergantung pada orang tua… Kadang mereka mengeluh juga.. Jadi dengan anak-anak juga tak boleh dimanjakan ya sampai semua benda parent buatkan..

Itulah sikit coretan saya.. Mungkin ada benda baik yang boleh diambil, yang buruk tu tinggalkan.. Saya pun tak tahu nasib saya ke depan macam mana, apa pun kita usaha untuk menjadikan rumah kita adalah rumah yang kita impikan.. Dan suami kita sebagai suami idaman kita..

Semoga pasangan kita menjadi qurratuain penyejuk mata untuk diri kita..

– Warda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *