Suami Ingin Berpoligami

Aku Yoona.. Aku bekerja sebagai seorang kerani.. Aku telah berkahwin, dan perkahwinan aku dah masuk tahun yang ke-8.. Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang comel..

Alkisah aku, aku pernah curang dengan suami aku 2x masa usia perkahwinan kami tahun yang ke-4..

Dua2 kali tuh jugak kantoi..

Namun yang hebat tentang suami aku, dia tetap terima aku, walaupun masa tuh suami aku dah kecewa teruk sangat dah..

Kami meneruskan kehidupan seperti biasa..

Namun setelah kes curang aku tuh, aku seperti jadi macam tawar hati dengan suami aku.. Kami duduk serumah.. Tapi hati dan jiwa kami seolah terpisah..

Bila sama2 balik kerja dan dah penat, kadang suami minta untuk bersama.. Namun aku menolak dengan alasan penat.. Seringkali aku menolak bila suami minta untuk bersama..

Sehingga lah baru2 ini, suami nyatakan hasrat untuk berkahwin dua.. Aku sangka kan hanya gurauan sahaja..

Sampai lah satu tahap, aku perasan suami balik kerja lambat.. Bila di rumah, fon sentiasa di tangan walaupun hanya sekadar ke dapur untuk mengambil air minuman..

Setelah di desak, suami mengaku sudah ada calon untuk dijadikan isteri yang kedua..

Suami mengatakan sebab ingin berpoligami kerana dia sunyi, sepi dan tersiksa jiwa batin.. Ada isteri namun isteri sentiasa mengelak untuk bersama..

Aku terkedu, menangis dan merayu suami untuk tidak berkahwin dua..

Namun suami bertegas dengan mengatakan itu sudah niat nya.. Dan dia hanya menunggu masa untuk beritahu aku perkara sebenar..

Aku menangis..

Kerana ego, pentingkan diri dan keras hati aku.. Tanpa pernah pikir kan perasaan suami aku selama 4 tahun..

Dalam tempoh 4 tahun tuh, hanya beberapa kali sahaja kami bersama..

Sebenarnye, aku sudah mula ingin pupuk rasa sayang terhadap suami aku kembali.. Namun semua nye telah terlambat.. Hati nya sudah dimiliki orang lain..

Suami tetap akan berkahwin dua.. Dan aku perlu redha menerima keputusan dan pilihan suami..

Ape yang penting, aku cuma ingin suami aku kembali.. Aku tak nak kehilangan nya lagi..

Walau terpaksa bermadu..

– Yoona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *