Suami Isteri

Aku cuma nak luah je. Lately ni aku rasa macam bertambah sikit berat beban (kewangan)

Suami aku kerja kerajaan. Aku pula swasta yang gaji ada masa berkepuk ada masa sendu.

Aku ada anak 2 orang. Aku pernah berhenti kerja lepas lahir anak sulung.

Tapi mampu bertahan jadi suri rumah 2 tahun je. Sebab tak tahan dipalau & direndahkan orang sekeliling. Aku takda duit bila teringin nak makan pape.

So bila aku nak start kerja tu. Suami aku okay je dengan syarat, anak nak letak mana, bayar berapa, urusan hantar ambil semua aku yang settlekan sendiri. Dia memang tak nak tahu.

Aku memang tak diberi nafkah dengan alasan dia dah sediakan rumah (atas nama dia), ada kereta dia juga tapi aku ada kereta aku sendiri yang aku bayar sendiri A to Z,

Makan pula aku cuma boleh claim kalau beli lauk basah sebab kata dia setakat tu je nafkah yang dia perlu bagi & aku perlu masak.

Dia juga kata bila aku keluar kerja duit makan duit minyak semua tu bukan tanggungjawab dia. Kalau aku penat tak boleh masak, makan luar satu keluarga aku yang perlu bayar.

Aku hantar anak aku yang first dekat private preschool & yang baby dekat private babyschool, memang fully cctv semua.

Dua orang ni sebulan aku bayar 1k+, yuran tahunan pula seorang dalam 2k. Sebab aku takut sangat² nak hantar kat pengasuh rumah orang.

Medical card, baju baru, mainan, jajan semua aku. Baru ni bersalin anak kedua pun segala persiapan barang baby, confinement lady, makanan pantang semua duit aku. Alasan aku yang nak anak, dia tak kisah pun.

Bila fikir balik aku sedih sebab anak kedua ni aku operation, anak sulung dulu normal pun bergunting berjahit. End up semuanya aku yang tanggung seorang.

Bila hitung dari awal kahwin, 7 tahun tak pernah sekalipun suami aku belikan aku baju raya, masa aku tak kerja aku takda baju raya baru walau sehelai.

Bila aku kerja aku beli sendiri untuk aku & anak. Dia akan beli sendiri dia punya kemudian ikut warna tema aku & anak.

Bila fikir baju raya yang aku beli tu pun bukannya berjenama ratus ringgit, tak sampai RM100 pun. Sedih! Makin aku fikir makin aku rasa kecewa.

Bab bercuti pun A to Z aku yang plan aku yang bayar. Tahun lepas 4x keluar negara semuanya aku yang sponsor satu keluarga. Dia cuma ikut & complain serba tak kena. Tak pernah sekali ucap terima kasih. Sedih!

Gaji dia ada dalam 5k, dia cuma bayar rumah, motor, personal loan kahwin (ni pun dia masih ungkit sebab minta hantaran 10k) tapi personal loan dia 50k aku yang disalahkan, bil api air, bil hp. Tu sahaja.

Benda lain macam penapis air coway, internet unifi ni pun aku bayar alasan aku yang nak.

Suami isteri yang lain pun macam ni ke. Aku penat, bila aku cakap dia akan ulang balik cakap aku yang nak kerja. Patutnya aku kena jaga anak & masak duduk rumah.

Tapi dengan kerja ni laa aku ada masa me time, kadang aku makan sedap² tanpa dia tahu waktu kerja, ada masa pergi mall bila kerja aku dh settle. Semua ni aku tak dapat kalau aku tak kerja.

Nak bercuti ke hotel pun takkan dapat sebab bagi dia duduk rumah lagi bagus tapi kalau aku sponsor A to Z dia yang heboh update status tayang pada orang.

Aku ni yatim piatu. Sebab tu kot dia tahu dia buat aku macam mana pun takpe.

– MayaSoufa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

35 Comments

  1. Akak berlembut sangat, sebab tu dia berani buat mcm tu. Mcm mana masak kalau hanya provide brg basah. Akak masak apa yg dia bagi je. Air coway tu kan akak yg nak, akak bagi dia air paip je sebab itu kan dia sediakan. Haih hilang sabar dengan org mcm ni. Terpaling suami lah dia

  2. Assalamualaikum MayaSoufa…
    Maaf kalau saya kata, baik hidup sendiri dengan anak-anak dari nak hadap suami macam tuh awak. Sebab semua awak sendiri.

    • Setuju, baik awak hidup sendiri klu smua awak yg tggung.. Selfish punya laki. Jd kesihatan minda awak..jaga kesihatan awak dan ank awak.. Moga ada jodoh dgn org baik2.. Aamiin

      Setuju, baik awak hidup sendiri klu smua awak yg tggung.. Selfish punya laki. Jd kesihatan minda awak..jaga kesihatan awak dan ank awak.. Moga ada jodoh dgn org baik2.. Aamiin

      Setuju..baik angkat kaki dari hidup dgn suami selfish..xder perasaan kot.
      Ker mmg spesis hamba kn ppuan utk hidup selesa.
      Moga ada jodoh lbih baik dik

    • Kalau saya pergi mahkamah syariah mohon berpisah ajaa….
      Selagi bertahan…. Akan sakit berpanjangan hati dan perasaan kita…..

  3. ini tak normal ni . kedekut nya suami awak. dia mcm nak hidup dgn diri dia sendiri, taknak rasa tanggungjawab. sy pun bekerja, suami bayar semua bill2 , even tol dan minyak sy pergi kerja suami sy bayar. jgn biar suami buli awak mcmni puan. sy doakan semoga dipermudahkan urusan puan dan keluarga.

  4. hebatnya laki mcm ni. sanggup lagi awak bertahan ya? pembuli dan kedekut mmg tak berkat la hidup dia. Tapi kenapa awak masih bertahan? sekadar nak berlaki je ke?

    • Nnt nk pergi bercuti,akak pegi bawak anak2 jaa..x yah bawak dia sekali..klw dia berkira akak pun boleh berkira..

    • Aku suri rumah,gaji suami lebih kurang cam tu lah.Alhamdulillah cukop,anak jaga sendiri 3 orang,anak hanta ambil sendiri bawa kereta,naik motor tak berani.Klau teringin makan sedap beli sekali sekala….lebih suka masak ..jimat dan sedap..Coway,eletrik,bil2,umah semua suami tanggung..dari awal kawen sampi skrg x pnh bekerja..14 tahun usia perkahwinan.Time raya suami offer baju raya..saya pulak yang tak nak..pakai baju lama je sbb masih ok..kebetulan saya boleh menjahit..jadi bila tengok baju dkt luar nampak biasa je ..saya fikir alah aku boleh buat baju ni…tapi sbnrnye tiap kali raya baju kurung je saya pakai..atau pon kurong moden..x dk pon baju fesyen2..nk buat baju fesyen2 x sempat..busy dgn anak2..dan kerja umah yg x pnh abis ni..umur saya 34 tahun ..Alhamdulillah..

  5. Puan, memandangkan puan sewa suami dgn memberi dia nafkah bercuti, apa kata pulangkan saja dia pada vendor asal. Mana tahu lepas tu puan boleh jumpa yg lebih bagus.

    Unifi tu tukar password, suruh dia guna data sendiri. Bila puan takde kat rumah, cabut paip air coway tu. Masa dia ada sediakan apa2 seadanya, seminima puan mampu. Lepas ni bercuti, tinggalkan dia. Bawa anak2 je senangkan hati. Toksah bagi muka kat lelaki begini, sbb dia tak layak.

    Saya sokong jika puan teruskan bekerja untuk dapat apa yg puan nak, sbb sebenarnya suami puan tak mampu. Dia acah2 hebat je tu jadi ketua. :))

    • setuju… macam dipuja2kan sangat suami.. apa nikmat sebagai seorang isteri jika diperlakukan sebegitu… tak tau nape masih bertahan.. sayangkan anak? takut anak tiada bapa bila membesar?

    • Setuju sgt. bini dah baik sgt siap sponsor bercuti. Stop lah sudah2 la tu tolong org yang takreti menghargai ni. Nak pi bercuti, part suami dia bayar sendiri kalau nak ikut, taknak tinggal. Beras suruh masak sendiri kalau nak makan. Basuh kain awak dgn anak2 je. kain dia biarkan. Jangan jadi tongok biarkan aje diri dipijak2. Hidup ini keras. Mental sendiri kena jaga. Rasa nak masak, masak, rasa taknak masak, beli utk anak2 dgn diri sendiri je. Taat tak bertempat pun susah juga lama2 makan diri.

  6. Ape yg u rasa cam i sis. Tapi i keluar dari zon tue. I slow talk & ada yg take action ada yg x. Yg x tue i turun hand break press minyak terus. I jadi selfish. Hanya pentingkan ank & i. Barang basah kalau die xbeli i xmasak kecuali mknn anak.

    Sis pun kena tengok balance duit die lepas tolak hutang semua ape yg die buat. I lepas amik tindakan nk selfish hanya pentingkan ank lebih bergaya husband takot then mula berubah sikit. Cuba la mane tahu berkesan

  7. Apa jenis suami lah mcm ni.. salute lah dgn kau ni kak boleh bertahan.. laki mcm ni xjadi suami pun xpe.. boleh je kau hidup kak

  8. Masak bukan tugas isteri. Kerja rumah semua asalnya tugas suami. Jaga anak tugas kedua2 pengeluar telur. Inilah natijah masyarakat Melayu yang manjakan dan groom lelaki jadi dayus bertingkek tingkek. Hairan bin ajaib betul neraka banyak perempuan..

    • Neraka ramai perempuan disebabkan lelaki yg tidak menjalankan tanggungjawap seperti cerita confessor.
      Jika semua suami berfungsi & tahu tanggungjawap mereka, kurang la wanita dihumban dlm neraka.

  9. baik hidup tanpa suami kalau semua awak boleh sediakan.. hurmmmm… what’s holding you back… baik settle cepat2.. takut nnt depression, takut u hilang kelayakan penjagaan anak2.. tak risau ke… fikir2kan la..

  10. saya cuma nak tanya,
    kenapa akak kawin dengan dia?
    apa tujuannya dia dalam hidup akak? untuk provide tempat berteduh dan penyumbang sperma je ke?
    sperma dia akak dah dapat, dah duaorang anak akak, dah boleh kot akak tinggalkan dia.
    entah entah belakang akak pun dia ada orang lain sebab perempuan tu ingat segala kemewahan akak ni laki akak yang bagi, show off bergaya je lebih suami akak tu.
    jangan sampai sekarang akak konon bertahan, last last sampai ke tua akak kena tanggung macam ni

  11. selepas baca sy rasa suami puan tu pembuli, mentang2 puan yatim piatu dia ingat puan mudah dibuli sbb tiada tempat mengadu. suggestion sy kalu puan sygkan perkahwinan dan ank2, puan jgn biar diri puan dibuli lg. dia seorang yg kedekut, jd puan kedekut dgn dia balik, buat kira2 apa yg puan providekan utk famili. kalau dia masih mcm dulu, puan tahu apa tindakan seterusny..sy sedih sbb baju raya puan dia xpenah beli.

  12. Hi kak, sama macam saya. Hehe. Memang ex husband ada bagi, tapi amount dia tetap setiap bulan. Dia rasa dia dah cukup hebat, sebab pada dia, saya yang kira kos bulanan dan info bank dia saya pegang. Masalahnya, kita ni kesian, dia tak tau berapa banyak saya diskaunkan sebab tak sanggup nak bebankan dia lebih2. Jadinya kita pun top up la especially bab entertainment etc sebab tak nak susahkan. Lain2 pun mmg 50/50. SEMUA BENDA 50-50. Dari hal rumah sampai ke anak semua berkongsi.

    End up apa? End upnya bila dah lama macam tu, dia tinggi diri, cakap dia dah bagi duit. Kata saya tak bersyukur, suka bermewah. Tak faham mana bab mewah. Entah la. Pandai kritik, tapi tak generous pun dengan keluarga sendiri. End up saya diceraikan, siap pakej cakap kehadiran saya dalam hidup dia tu la yang menyempitkan rezeki dia. Comparekan saya dengan isteri kawan2 dia yang pada dia supportive/tak meminta-minta sampai diorang mampu berjaya. Entah mana dia belajar konsep rezeki.

    Rasa buangnya masa, tenaga duit segala benda dari zaman dating sampai ke beranak tiga. Tapi takpe la, tuhan dah tunjuk. Dulu dia cakap saya penyekat rezeki dia, sekarang langsung takde income. Hm, ingatkan lepas saya dah tak wujud, dia boleh la jadi millionaire. Rupanya lagi teruk.

  13. Kalau aku la kan..org berkira dengan kita ni..kena ajar balik. Suami tak suami. Ingat bini ni babu ke kt rumah tu. Tukar password WiFi tu.. jgn share. Coway tu kau potong je lah. Nak air sejuk simpan dalam peti. Time malas masak kau makan kenyang2 sebelum balik ofis dengan anak2. Dia nak makan biar dia p cari sendiri. Dia suruh kau masak cakap je penat. Nak holiday tak payah sgt la bwk dia. Kau gebang je p outstation ofis. Haa p la me time sekejap. Biar dia rasa jaga anak pulak. Barang2 anak kalau dah habis..kau buat keras je mintak kat dia. Lagi satu..boleh dah kot stop dulu tambah anak kalau laki tak function mcm ni.

  14. Tak normal mcm tu. Lebih baik sebenarnya hidup sendiri kalau berterusan begitu.

    Mcm ni la. P pejabat agama jumpa kaunselor. Dptkan khidmat kaunseling. Boleh juga dptkan khidmat Pn Suzana Ghazali kaunselor berdaftar di FB tp ada bayaran sikit. Khidmat melalui
    WhatsApp sj. Ramai dah dptkan khidmat beliau.

    All the best. Moga Allah permudahkan.

  15. Stop spending your money on stupid things!! Dlm hal ni stupido tu adalah somi ko. Cukup lah sis. Kita bukan cinderella ada putera raja nk selamatkan kita. Kita kena selamatkan diri sendiri sis. Laki ko tu level mak tiri cinderella je, guna ko utk seks, sedia makan minum, sedia baju pakai dia. Unifi, coway, vacation.

    U boleh je stay ngan dia tp mcm i ckp jgn spend kat stupid things. Start plan, duit vacay u saving, coway amik paling murah, makan brg basah dia sedia. Ko masak yg dia sedia je. Minyak habis ko jgn beli ko rebus je telo bg dia makan jgn kuarkan seposen pon kalau da brg basah dia sedia. Apa dia sedia ko prepare tu je. Ko teringin nk makan sedap gi makan. Order pon utk ko sorg udah.

    Apa kejadah laki sampai baju isteri pon tak peduli. Buang kesian tu kat somi, u bukan naya dia. U give back apa dia give u. Hidup ni kan give & take

  16. Yg komment mcm ni. lah bini2 dari neraka dan akan lama duk dlm neraka..
    Rumah tangga korang dah hancur ko nak hancurkan famly org lain plk.
    Cermin diri dulu baru salahkan suami..
    Kan laki dia dah tak bg kerja. Dia nak kerja sgt ..ha hadap je la.

    • Hancurkan rumahtangga org atau nak sedarkan diri jangan digunakan? Nak cakap pasal neraka, bukan tugas manusia. Isteri takkan kisah pun nak contribute, lagi2 kalau dia tau dah melebihi kemampuan suami. Yang jadi masalahnya, suami tak sedar diri, tak reti appreciate. Lagi mau sembang neraka hahahaha

    • Ini lg satu jahanam.Dah nampak laki dia x berfungsi sebagai laki yg baik .ko sokong jg.pasti ko pun laki jahanam jg.kesian bini ko dpt laki yg guna ,

    • Kau agak2 ada ke org gila yang nak kerja kalau laki dah bagi sebaik atau secukup mungkin dlm rumahtangga?? Sedangkan nak makan apa2 pun dia kena fikirkan duit ada ke tidak padahal laki gaji beso. Takkan nak menyembah sujud laki baru dpt makan. Sendiri mahu ingat lah. Bercuti pandai pulak kau mengekor? sponsor habis pulak tu. tak malu!!

      Yang mencipta neraka utk isteri tu adalah suami2 yg seperti diatas. Kalau kau nak di layan seperti raja, layan dulu isteri mu seperti permaisuri barulah rumahtangga kalian akan rasa seperti disinggahsana dan rukun selamanya.

      Suami yg bakhil mcm ni biasa datang dari isteri yg penyabar. Cuma jadi isteri yg bakhir pada suami pula, tgk apa dia boleh buat. Masing2 ada pendapatan kan? bergeraklah kedepan.

  17. Cakap dekat suami, suruh dia potong apa yg bergayut melekat dkt badan dia tu buang dalam tong sampah. Dasar lelaki takde function, reti nak menyedap je.

  18. laki suruh ko duduk rumah ko nk jugak kerja. tu pun da menunjukkan ko xhormat laki ko. lolz. lagi mau komplen itu ini. gaji dia ok je boleh menangung ko berdua tp nafsu ko tu membuak2 nk yg have2. kalau aku jadi laki ngko da lama aku ceraikan ngko je cari awek lagi muda bergetah, ko pulak teruskan kerja capai impian ko. win-win situation.

    • En yuyu ni mesti sama spesis dgn suami confessor. Kalau suami mampu, dia wajib sediakan org gaji untuk masak, kemas rumah, jaga anak. Tapi dia miskin so semua lepas kat bini. Tipical malay sperm donors.
      Kalau en yuyu ni gegirl, i sincerely doakan yuyu dpt suami level suami confessor ni. Duduk je rumah jd hamba forever

  19. Saya cadangkan puan pi JPN dan tukar nama anak, supaya ber bin/binti kan pada puan. Sebab ayah mereka dah tak befungsi langsung.

    On serious note, kedekut dan berkira sungguh suami puan. Kalau puan yang kena tanggung semua, apa guna ada suami?

    Senang sungguh jadi jantan, guna alasan bini kerja, terus lepas tangan dan dump everything kat bini.

  20. I’m sorry to say this, ur husband is a financial abuser. He makes it difficult for u when u want to work hoping this will discourage u and keep u financially dependant on him so that u can’t leave him. He use money as a weapon to control u. If u need money, he may give u an allowance but with a strict condition – how and when to spend it.

    If he gets upset whenever u spend his or ur own money, take it as a sign – especially when u start to live in fear of his reaction. He only cares about his needs and comfort. Not spending money on ur wife and kids because she’s working is a form of domestic abuse.

    It is critical that u’re aware of this form of harm because it has long-term devastating consequences for its victims, both emotionally and financially as well.

    I advice u to reach out to someone and seek help.

  21. Gila punya suami…hubungam yg x normal…mcm x ada syami je..x ada beza…rasanya jidup seirang lbh bahgia..hati x sakut..mnderita jiwa…lbh baik tggl kn saja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *