Suami Isteri Dalam Proses Perceraian

Suami masih ada hutang duit hantaran.. Situasi : December 2019, seminggu sebelum majlis akad nikah, kena submit form pada kadi untuk chop & booking tarikh tok kadi..

Tempat saya ni, pada hari nikah, kadi akan pastikan pihak suami sediakan duit hantaran cukup & tak kurang walau satu sen pon, seperti tertulis dalam borang..

So, si suami bagitau isteri, dia tak sempat sediakan duit hantaran seperti yang dijanji sebelum ni.. cash yang dia ada waktu tu RM4000..

Sebelum ni, dia janji pada keluarga saya/isteri bahawa hantaran RM8000 (asalnya RM10k)..

So, buat deal untuk tulis dalam borang nikah RM4000 sahaja dan baki lagi 4k, dia akan bayar installment lepas selesai majlis nikah, saya setuju deal macam ni sebab taknak keluarga saya tahu & malukan pihak suami..

Dulang hantaran masa tu pon si isteri just recycle pakai barang peribadi sendiri je (sebab nak jaga air muka pihak lelaki, takut tetamu sinis/perli hina sebab keluarga suami takde bawak barang untuk letak di dulang hantaran pihak lelaki),

Si isteri balut cantik-cantik barang peribadi sendiri & letak kat dulang, acting jela.. Sampai sekarang belum langsai hutang duit hantaran, satu sen pon belum bayar..

Masalah seterusnya, selama kahwin (dari Dec 2019), suami culas tentang nafkah anak isteri dan sekarang ni (November 2022) ada anak umur setahun 6 bulan..

Segala-galanya expenses anak, susu pamper termasuk bil hospital masa isteri bersalin, guna duit simpanan peribadi isteri dan duit tu adalah simpanan isteri dari zaman bujang sebelum kawin..

Dialog kebiasaan si suami, “pakai duit u dulu belikan barang anak, pinjam duit u untuk beli susu pampers anak”..

Hari pertama anak lahir, si suami dah tak pergi kerja, alasan dia amek unpaid leave.. Lepas 2 minggu, dia cakap dah resign kerja (operation supervisor syarikat construction) atas alasan penat bekerja dan tak larat ulang alik menjenguk anak,

(Waktu tu saya & suami pjj, dia di penang, saya dan anak tinggal di rumah keluarga di perak dan waktu tu jugak PKP Covid. Masa awal nikah pon PJJ juga, isteri kerja di KL dan suami kerja di Penang)..

Isteri jadi kesian dengar cerita si suami resign berhenti kerja, withdraw duit simpanan peribadi dari bank dan hulur la duit poket untuk si suami RM1000 + 500 untuk duit sewa rumah si suami di penang tu

(Yela, bini takut si suami kebulur takde duit nak makan), walaupon si isteri pada waktu tu tengah berpantang bersalin dan tak kerja.. Ingatkan si suami akan ganti balik bila owner refund deposit sewa rumah si suami.. Harapan kosongggg…

Lepas berhenti kerja, dia (si suami) duduk menumpang di rumah keluarga isteri & menganggur.. lepas tu kononnya nak buat trading forex sebagai pekerjaan. At first, saya tanya, seharian buat forex ni dah berapa dia dapat? Dia merungut takde modal besar, sehari just trading 1USD sahaja

(Masa dengar tu, rasa nak terkeluar perkataan maki je wei, 24 jam sehari berminggu-minggu ni, engkau acting macam busy teruk, aku tengah berpantang, anak aku terpaksa uruskan sorang diri sebab kononnya tak boleh kacau engkau.. engkau buat lawak ke??)

But, saya tabahkan hati, pejam mata dan withdraw duit simpanan saya sendiri, saya bagi modal RM5k.. selepas tu, lepas sebulan dua, dia stop sebab cakap tak balik modal & tak pandai buat trade forex.. duit yang bini bagi pinjam buat modal pon refund tak cukup & buat-buat lupa je..

Then, suami menganggur balik, duduk mengadap PUBG & mobile legend 24 jam.. saya tanya dia nak buat kerja apa, dia cakap kalau boleh nak buat business atau kerja yang ‘work from home’..

So, saya bincang dengan sibling saya, kami purposely create satu peluang kerja untuk suami saya, buat kerja kayu, decoration pinewood.. Adik beradik saya melabur duit untuk beli mesin kayu, mesin encraving laser & bahan-bahan mentah..

Sekerat jalan, stop jugak.. dia cakap penat, jari tangan jadi kasar sebab kena handle mesin encraving kayu tiap hari..

Satu hari, mak dia datang melawat dengan adik beradik dia, punya excited saya nak tunjuk meja kerja anak dia & mesin2 yang kami beli untuk anak dia start up bisness tapi hampa ja, mak mertua jeling tengok pon tak..

Mak dia cakap, tak ada standard anak dia nak buat job kerja kayu, lepas tu habuk kayu nanti anak jantan dia (si suami) jadi resdung asma bagai..

Saya yang dengar pon jadi sayu & terasa hati sangat sebab tak ada paksaan dan dia (si suami) sendiri bagi idea nak buat job tu, if not, takdenya saya & sibling keluar modal nak invest untuk dia..

Si isteri, time pkp, syarikat tempat kerja tutup sebab event management tak boleh beroperasi.. Kerja di Kuala Lumpur, waktu PKP terpaksa balik kampung sebab takut berkurung sorang diri tanpa keluarga di sisi masa pandemik Covid..

Waktu tu isteri tak risau sangat sebab dah ada duit simpanan sendiri (approx 2tahun gaji), duit simpanan zaman bujang sebelum kawin.. Dan waktu tu jugak, si isteri dapat claim insuran perkeso tempoh 6 bulan disebabkan retrechment pekerjaan (company tutup)..

Si isteri continue survive buat online business & semua duit sale masuk akaun si suami, kononnya untuk create cashflow cantik supaya in future kalau bank review senang nak dapat business loan..

Waktu tu dah push suami bukak akaun bank business sebab ada ssm, tapi suami banyak excuses & sale business isteri still continue masuk akaun peribadi suami.. Si suami refund ke isteri pon ada stortage baki duit yang lesap..

Then, dapat withdraw epf isteri (i-sinar, i-lestari).. Si suami tak withdraw sebab bagi alasan company dia sebelum ni tak carum epf.. Hmm..

Dengan bekalan duit simpanan peribadi isteri, duit pampasan insuran perkeso retrechment kerja (company tutup masa PKP covid), sale business online isteri, epf i-sinar i-lestari isteri itu la, survive hidup sampai 2022, anak dah umur setahun 6 bulan..

Awal tahun 2022, mak si suami suruh pindah ke kampung halaman dia di Perlis sebab dah ada kerja, siap mentioned gaji 5k monthly, anytime terus masuk kerja je..

So, si isteri setuju & booking lori pindah barang dari perak ke perlis (semua kos bayaran lori, minyak kete, angkut barang pindah rumah semuanya guna duit bini/isteri)..

Seminggu kat perlis, baru isteri dapat tau semuanya dusta, si suami baru kalut sana sini nak start hantar resume & baru nak mohon kerja, cerita job yang mak dia cakap haritu krik krik ja)..

Selama seminggu kat rumah family suami, mak mertua perli siap suruh bini pegi keje jadi cashier kedai dari duduk diam di rumah..

Serious la, saya ni bukan spm gagal, well educated sampai uni, memang sengaja mak mertua nak cari pasal.. Dia taktau ka selama ni, anak jantan dia dok spedo duit bini & bini dia ni la yang dok bela bagi makan and tanggung belanja rumah & expenses susu pampers anak..

Maybe waktu tu, nampak macam saya sebagai isteri duduk rumah nganga mulut tunggu laki suap makan je kot (padahal waktu tu si suami/anak jantan dia pon menganggur).

Just nampak saya senang-lenang tak keluar kerja pejabat rutin 9pagi-5petang, sebabnya saya dah ada business sendiri & focus jaga anak fulltime.. Waktu tu saya pon takut nak hantar anak ke pengasuh sebab paranoid banyak kes dera budak..

Si isteri berkorban tak kerja jawatan tinggi di pejabat & continue bekerja sendiri buat online business sebab nak 100% focus untuk anak..online biz pon sales rancak juga time PKP covid haritu..

Suatu hari, kereta saya (yang dah habis bayar bank dari sebelum kawin), mak mertua suruh jual & beli kete baru untuk anak jantan dia pakai.. Kononnya dia nak cadangkan upgrade kete besar untuk family wise..

Sebijik aku dengar perkataan kete myvi aku tu dilabel takde class, ‘takde standard’ gitu.. Nampak calar kemik tepi pintu kete, sekali lagi dia sound & suruh beli kete baru.. Mak mertua cakap kalau beli kereta besar, baru akan nampak gah di mata orang sekeliling..

Aku rasa macam nak bersilat je bila dengar, berasap telinga.. Zaman bujang saya beli kete tu sampai habis bayar sebelum kawen, lega la sikit sebab dah habis bayar tak ada komitment hutang bank, kalau si suami nak tuntut pon dia takde hak sebab bukan harta sepencarian..

Nak beli kete baru, anak jantan dia mampu bayar ke?? Susu pampers anak pon dok guna duit bini yang tak kerja ofis ni tau..Perbelanjaan hidup isteri pon si isteri guna duit sendiri je…

Lepas tu jugak, si isteri bungkus beg kain baju & gerak pergi Kuala Lumpur, malas nak layan karenah family mertua yang pandang rendah pada saya.. Balik KL ke rumah yang saya duduk time bujang dulu (rumah parent saya, arwah ayah ada banyak aset rumah, saya tumpang duduk jela)..

Rumah ni saya usaha masa bujang, untuk fully furnish segalanya (dengan duit gaji sendiri).. Si suami masa tu nak pindah masuk rumah ni pon bawak spender je, senang hidup dia.

Sebulan lebih dia jobless di KL, then akhirnya dapat la kerja.. Tapi after 1 month, resign, excuses tak ngam dengan bos.. Then, dapat kerja lain pulak, cukup sebulan kerja, ngam seminggu sebelum cuti aidilfitri, dia cakap dah resign sebab dah dapat kerja tempat lain..

Lepas tu dia balik perlis cuti beraya, saya tak follow sebab tau, kalau ikut dia balik beraya, semua expenses duit minyak tol, nak hulur duit raya ke family mertua & budak-budak, confirm mintak duit bini..

So, saya beraya berdua di KL dengan anak yang baru umur setahun time tu.. Berdua la kami.. Saya pon tak balik kampung rumah mak, saya jujur dengan family saya, tahun ni tak dapat balik beraya, takde budget, duit nak kena berjimat untuk survive bulan2 mendatang ni..

Si suami, dia balik sorang ke perlis naik bas.. Duit belanja pon tak tinggal, baju raya untuk isteri & anak pon tak beli..Lepas seminggu cuti beraya, dia balik KL..

Lepas tu, saya arranged lori untuk pindah (barang2 yang sebelum ni bawak dari rumah family saya di Perak pindah ke rumah mertua di Perlis) dan pindahkan semula semua barang2 saya di rumah mertua tu, bawak datang KL ni. Kos semua isteri tanggung sendiri.

After that, saya mintak berpisah, suruh dia keluar duduk sendiri di rumah sewa lain..masa tu hopefully, dia sedar la jasa isteri dia selama ni, selama kawin, isteri bantu macam-macam wei…

Then, sebulan berlalu, dua bulan, bulan ketiga & until now sudah tak tinggal sebumbung 11 bulan..

Sekarang, isteri tuntut cerai.. Dah letih nak jaga biawak hidup.. Di bahu isteri, ibarat nak kena tanggung 2 orang anak.. Aku nak kena jaga seorang anak kandung sendiri dan nak kena tanggung anak kandung mak mertua (si suami)..

Habis dah ni bergolok gadai semua, cincin kawen pon dah gadai.. Duit simpanan peribadi, duit sale business semua habis di kikis si suami biawakkkk..

U all jangan tanya sebelum kahwin si isteri tak selidik dulu ke biodata suami.. Saya masa fasa berkenalan, kami dating PJJ jugak (dia di penang, saya kerja di KL)..

Time tu, masa dia ajak kawen, si suami tu sudah bersembang janji bulan bintang, cukup gaya gajah pon boleh terbang, dia cakap sudah financial stable (tapi takde la saya mintak tunjuk statement akaun bank),

Sembang berbisness partner dengan kawan buat company construction, siap ada komisen untuk setiap projek yang siap (lepas kawen baru dapat tau, status dia cuma kuli pekerja je bukan partner)..

Lagipun, kami berdua alummi sekolah boarding school yang sama, ex-MRSM.. Masa awal kawen, bila dapat tau semuanya dusta & si isteri tetap pasrah jela, kononnya takpe darling, kita mula dari zero, bina tiang rumah sama-sama..

Cuma tak sangka, dugaan buat saya, tersalah pilih calon suami yang kaki spin cerita, kaki putar belit janji, kaki menganggur malas kerja, kaki kikis duit bini..

Sekarang, si suami bahagia hidup aman tenang ala-ala bujang gitu, duduk menyewa kat rumah lain.. Nafkah anak bini buat tak tahu je..

Si isteri move on hidup dengan anak kecil ni, terkontang kanting cari jalan nak survive, duit saving dah habis di kikis suami.. Tunggu date nak masuk mahkamah, nak tuntut balik segala hak & hutang si suami pada isteri..

Doakan saya dapat bangun balik dan supaya saya kuatkan semangat surviving untuk anak saya.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *