Suami Isteri Dalam Proses Perceraian II

P/s:

*Kes di Mahkamah Syariah (Tuntutan nafkah anak & isteri)

*Defendan (Bekas suami)

*Part 1 : https://iiumc.com/suami-isteri-dalam-proses-perceraian/

Ibu mertua saya pernah menyatakan bahawa tiada standard untuk saya memiliki kereta berjenama Myvi..

Disebabkan pernyataan itu telah disuarakan berulangkali oleh ibu mertua saya (ketika saya & defendan masih lagi suami isteri)

Dan juga saya telah disuruh untuk menjual kereta myvi milik saya (Pinjaman bank ‘hire purchase’ telah selesai sebelum saya berkahwin) supaya dapat dijadikan deposit untuk membeli kereta yang lebih berjenama dan yang lebih gah,

Saya mengambil penyataan itu sebagai penanda aras iaitu pihak keluarga defendan yakin bahawa defendan mampu memiliki & membiayai kereta yang lebih mahal daripada jenama MYVI,

Semestikan mereka (pihak keluarga defendan) yakin bahawa defendan mampu memberi nafkah yang setanding dengan itu..

Selain itu, bekas ibu mertua saya beberapa kali memperlekehkan bekas suami kepada kakak kandung defendan yang hanya memiliki kenderaan berjenama Saga walaupon bekerja sebagai engineer.

Saya mengambil penyataan ibu mertua saya itu sebagai penanda aras bahawa keluarga kandung defendan yakin bahawa defendan sebagai anak lelaki dalam keluarga mereka lebih berkemampuan dari segi pendapatan untuk menyediakan keperluan nafkah yang setanding dengan apa yang dinyatakan itu.

Saya ketika sarat mengandung, juga telah dijanjikan oleh defendan (pada bulan december 2020) dihadapan ibu mertua, kakak ipar & abang ipar, bahawa defendan mampu untuk membiayai kos saya bersalin di hospital swaswa (KPJ)..

Apabila defendan menjanjikan perkara tersebut, saya mengambil penyataan itu sebagai menanda aras bahawa defendan mampu bekerja & berusaha lebih untuk mencari nafkah setanding dengan apa yang dijanjikan beliau.

Pada October 2021, iaitu selepas saya memfailkan cerai kali pertama pada Sept 2021, pihak keluarga defendan (ibu mertua, kakak ipar & abang ipar) telah datang ke rumah keluarga saya,

Pada ketika itu saya dan pihak keluarga saya telah menyediakan peluang pekerjaan dan juga memberi peluang kepada defendan untuk memulakan perniagaan kerja kayu secara online.

Defendan sebelum itu menganggur tidak bekerja selama beberapa bulan..

Ibu mertua saya memberi penyataan bahawa anak lelaki beliau tidak patut bekerja sebegitu, dan menyatakan peluang perkerjaan yang pihak keluarga saya sediakan itu tidak setaraf dengan kemampuan defendan yang mampu mendapat tangga gaji yang lebih tinggi..

Penyataan ibu mertua saya ini memberi tanggapan kepada saya bahawa defendan lebih berkemampuan untuk mencari nafkah & pekerjaan yang bergaji lebih tinggi daripada apa diperolehi pada ketika itu..

Pada 12/11/2023, pihak keluarga defendan telah datang ke rumah keluarga saya, ibu defendan menyatakan di hadapan saya, ibu saya & kakak kandung defendan bahawa terkini, defendan bekerja sebagai interior designer yang bergaji 10k sebulan.

Saya dilahirkan di dalam keluarga yang berstatus kelas sederhana. Arwah ayah saya merupakan Pesara Pegawai Polis yang berjawatan ‘Assistant Superintendent Police’ dan merupakan sosok yang dikenali dan dihormati di tempat keluarga saya mastautin iaitu di xxx..

Sebelum berkahwin, status kewangan saya dan kehidupan saya sangat stabil.. Saya mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarikat mengelola acara (event management) dalam bidang ratu cantik malaysia & antarabangsa.. Saya bekerja di syarikat tersebut melebihi 10 tahun..

Saya juga menjalankan perniagaan secara online sebagai pekerjaan kedua dan juga menjalankan shelter haiwan jalanan/gelandangan (kucing) secara persendirian..

Selain itu, saya juga membuat khidmat pet taxi dan juga khidmat pet sitting secara sambilan.. Gaji kasar saya pada ketika itu anggaran melebihi 5k sebulan.

Saya berkahwin dengan defendan, setelah defendan menjanjikan & meyakinkan saya bahawa beliau mampu berusaha lebih untuk menyediakan kehidupan yang setaraf & selesa,

Walaupun pada ketika itu saya pernah menolak untuk meneruskan akad pernikahan (ketika itu kami dalam fasa pertunangan) kerana khuatir tidak sekufu dari segi pendapatan & taraf hidup..

Ketika itu defendan juga telah mengugut saya untuk melakukan beberapa hal gila dan juga beliau mengugut dia nak pergi mati.

Kami sah cerai pada December 2022. Beberapa bulan sebelum cerai, saya ada terjumpa salinan surat doctor yang merujuk kepada defendan pernah mengalami ketidakstabilan mental pada tahun 2018..

Life saya ni disia-siakan selama 3 tahun (sepanjang perkahwinan), disebabkan pihak keluarga defendan rahsia pasal defendan ni pernah mental tak stabil. Kalau tahu, memang saya tak kahwin la dengan dia ni..

3 tahun tu jugak la saya jadi bingung kenapa bekas suami saya ni perangai tak normal. Selalu juga terpikir dia ni gila ke?

Rupanya betul la, relapse belum 24 bulan dari surat doctor yang saya jumpa tu… Ya Allah, engkau kuatkan la semangat aku untuk hadapi dugaan ni.

Majlis Sulh pada 07/01/24, defendan memaklumkan pada mahkamah, dia tak setuju dengan jumlah tuntutan saya, kalau nak duit, dia nak bagi 300 sebulan ja untuk nafkah anak.

Lepas tu dia cakap dia nak ambil anak saya (Autism), campak ke ibu dia jaga di Perlis, defendan stay & bekerja di KL, saya stay di Perak ketika ini. Mak dia also tengah mengasuh 2 orang anak kakak kandung defendan.

*Ini draf sahaja, luahan hati… belum serah kepada peguam.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *