Hi Assalamualaikum semua. Saya nak berkongsi cerita saya buat anda semua.
Orang selalu cakap, duit bukan segalanya terutamanya dalam hubungan suami isteri yang mana saya setuju.
Pendekkan cerita, kami ni orang biasa-biasa je tak kaya pun, tak lah miskin sampai makan tak cukup. Alhamdulillah masih ada rezeki buat kami.
So cerita nya korang ingat tak masa kerajaan bagi kita ambik keluar RM10k dari KWSP tu and bulan pertama dapat RM5k kan?
So dapat lah kami berdua RM10k, macam-macam saya plan nak bayar hutang sana sini supaya nama suami boleh clear untuk buat loan rumah.
Ada laa campur gaji semua kan kami dah belanjakan dalam RM3k lebih bagi parents, beli barang extra sikit dan sebagainya.
Cerita nya, tiap-tiap bulan suami akan transfer duit kepada saya untuk saya tolong bayarkan semua termasuklah rumah, kereta, bil api, air, semua tu lah and jangan salah faham ya, saya tak queen control and saya tak ambik pun duit suami.
Dia ada access untuk bukak bank saya and dia tau pin saya semua, sebab kami tak berahsia pun benda-benda macam ini.
Dulu suami ada perangai suka belanja duit untuk benda-benda tak berfaedah sampaikan makan minum pun kadang-kadang kene ikat perut.
So sebab saya ni jenis tak bershopping and tak suka membeli, jadi dia bagi saya supaya kami cukup duit tiap-tiap bulan and ada saving sikit.
So dapat duit epf tu, suami pun transfer lah RM4k ke akaun saya malam tu. Saya ni jenis tidur awal, so saya masuk bilik tidur sebab esok kerja, suami saya biasa tidur lewat sebab main game.
Saya sedar pukul 2 pagi dia masih main game and saya membebel dan bising (orang lelaki main PUBG kan bising), saya tersedar lagi pukul 4 pagi dia still tak tidur rupanya, lagi lah saya bising – macam dah takde life lain pulak.
Haaa…….. tiba-tiba dalam pkul 6 lebih pagi, suami pun kejut saya bangun and air muka dia lain sangat-sangat.
Tiba-tiba dia mintak ampun dengan saya sangat, dia mintak saya jangan bukak phone. Masa tu saya dah agak dah mesti pasal duit.
Saya pun bangun terus check baki saya dari RM9k tiba-tiba RM20.20 (cimb kan kene ada RM20). Korang rasa?????? Apa perasaan korang kalau jadi macam ni??
Dia kata ada kawan pengaruh untuk join main game and sebab dia kalah, dia cuba lagi smpai tiba-tiba dia sedar dah habiskan duit semua.
Saya ni terus terduduk, taktau nak cakap apa sambil marah and mengalir air mata. Suami mintak ampun sampai sujud dekat saya, tapi kerana terlalu marah sampai otak saya jem,
Saya bangun saya mandi, saya bersiap and saya terus pegi kerja tanpa salam cium tangan suami pagi tu.
Saya tak balas mesej suami, tak jawab call dia, tak bertegur pun dengan dia and saya sengaja balik lambat sebab saya tak nak tengok muka dia, saya terlalu marah!
So marah saya ni bersambung, dalam sebulan tu hari-hari kami gaduh pasal benda ni (salah satu sebab, duit nak pam minyak kereta nak pegi keje pun takde, apatah lagi duit nak makan) sampai saya gadai cincin kahwin saya untuk buat duit belanja.
Sedih hati saya tau, tapi bagi saya perbelanjaan harian (cukup makan minum pakai adalah lebih penting dari emas).
So satu malam tu suami asyik tanya nak ajak bincang. Tapi mungkin saya ni belum lupa lagi kot jadi laa satu pergaduhan sampai saya halau suami keluar dari rumah malam tu,
Punca duit walaupun kita cakap duit bukan segala-galanya, beras takde kat rumah, nak makan apa sampai hujung bulan?
Nasib baik belum ada anak, kalau ada anak nak makan apa, pasir ke? Ini lah ayat yang saya bagi kat suami.
Hubungan kami pulih bila kami terpaksa balik ke kampung suami, takkan masa tu nak tarik muka dengan mertua kan? So buat-buat lah macam takde apa yang berlaku.
Isu ni berlarutan sampai lah dalam 2-3 bulan jugak bila kami dah bincangkan isu ini elok-elok, saya fikir tak guna marah, saya takkan dapat balik duit tu.
Suami pun dah mintak ampun banyak kali and saya tak boleh buat apa-apa selain terima seadanya. Saya nak mintak balik pun, dari mana dia nak dapat duit kan?
Sejak peristiwa ni, suami banyak sangat berubah, tak membazir duit, takde hilangkan duit (suami ni careless, duit banyak kali hilang), and pandai jimatkan duit.
Alhamdulillah saya rasa Allah dah bukak pintu hati untuk saya maafkan suami seikhlas hati saya (tapi pin and password baru suami masih taktau).
Sekarang ni saya dah tak fikir pasal tu langsung and saya percaya Allah buat semua ni ada sebab yang tertentu, kita kene percayakan dengan aturan Allah.
Cuma kadang-kadang saya seronok usik suami bila dia mintak nak beli barang gaming dia ke saya akan cakap bayar balik duit RM9k dulu, dah bayar baru boleh bincang.
– Miss Money (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit