Assalamualaikum,
Saya salah seorang gadis dan juga anak perempuan yang ada mak.
Bagi menjawab confession,
“Kenapa suami tawar hati dengan isteri”
Hai baim, awak lelaki kan.
Firstly lelaki bila nak mendirikan rumah tangga, perbetulkan niat awak. Ya kami orang perempuan paham awak ada nafsu. Kami pun ada nafsu. 9 nafsu dan 1 akal. Awak yang lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu boleh pikir kot. Akal lelaki lebih banyak dari wanita.
Tolong lah jangan kahwin sebab nafsu. Awak tak kan kekal nanti. Nafsu ni sampai bila2 tak kan puas. Sama juga bila awak dah mula tengok video porn awak akan ketagih. Itu nafsu. Cuma iman dan agama serta kewarasan akal ja mampu hentikan nafsu nih.
Bayangkan awak kahwin sebab nafsu atas sebab nak cepat2 kahwin sbb nak halaikan hubungan. Kesian Gila future wife awak. Dan bayangkan hari2 awak nak benda tu dekat isteri awak. Kesian kot. Mana hati perut awak? Sebab tu ada kes kekerasan sexsual dalam rumahtangga. Sebab kahwin penting kan nafsu. Pastu bila isteri tak mampu puaskan awak , awak cari perempuan lain. Konon sebab isteri dah tak macam dulu .
Nafkah zahir bukan kat bilik tidur ja. Ia termasuk ceriakan hati isteri, buat Bini rasa happy, rasa dihargai, buat Bini ketawa. Bergurau senda dengan isteri.
Sebelum awak kahwin , ingat.
Jangan kahwin sebab nak puaskan nafsu awak. You will suffer soon. Masa muda awak tak rasa suffer. Nanti bila dah tua. Bila anak2 awak dah tak nak mengaku awak ayah. Masa tu hidup awak rasa kosong dan menyesal.
Perbetulkan niat dan ada life goal. Iaitu hendak sama2 bimbing isteri dan keluarga awak menuju ke syurga.
1) Lelaki pantang nampak perempuan cantik dan lawa.
Ya kami faham naluri dan keinginan lelaki. Tp knpa awak yang lelaki susah nak faham pengorbanan kami ?
Kami kandung anak awak 9 bulan. Kadang ada yg x cukup bulan.
Kami besarkan anak2 awak.
Kami breastfeed kadang2 x selesa , kadang rasa emosi x stabil tp sbb awak kami gagah kan juga.
Jaga rumah dan harta benda awak masa awak p kerja.
Siap kan makan minum awak. Kami korbankan makanan kegemaran kami semata2 nak masak apa yang awak nak makan dan apa yg awak request.
Kami buang jauh2 rasa allergic kami untuk certain food semata2 sbb awak request nak makan .
Kami jaga pakaian awak , serika , lipat baju2 awak. Boxer,deadoren awak pun kami belikan bila keluar ke shopping mall.
Jadi kenapa suami ( lelaki ) susah nak hargai pengorbanan kecil kami ?
Awak nampak perempuan cantik , bergetar lutut dan testis .so why not cantik kan kami bini2 awak ?
A) Hantar kami ke gym , zumba class .takpun upah mana2 jurulatih professional untuk kami get back our body shape.
B) Bagi kami ubat2 herba traditional atau pun ubat kurus menepati piawai kesihatan Malaysia.
C) bagi kami duit untuk beli alat2 make up setiap bulan , hantar kami ke kelas make up , upah orang ajar kami make up.
Make sure selepas ja kami habis pantang , awak dah ada plan untuk kami dapat balik body shape kami. Ada plan untuk kami kurus , seksi , cantik dan ada duit. Jangan tau guna duit kami ja.
2) Masak. Ya ada point kau baim 50% aku setuju. Tapi nak pelbagai kan masakan tu renyah lah woii.
Kalau baru kahwin , kau ajar kami masak , tolong kami masak , beli kan barang2 basah. Ok lah.
Ni tak , ajar apa pun tak. Tup tup request nak makan itu ini.
Sebagai suami mithali.
A) belikan barang2 basah dan kering
B) masuk dapur dan tengok apa yang ada dan apa yang x dak
C) Belikan isteri buku resepi , download resepi cara masak kt apps store ( Google play ) , download kat YouTube cara masak yg kau nak. Takpun lepas ja kahwin duduk rumah mak kau suruh mak kau ajar menantu masak.
D) Tolong hands on dekat dapur. Jngn tau melantak ja.
E) Tolong basuh pinggan mangkuk sudu garpu lepas makan .
F) tengokla kat dapur rumah kau. If periuk tak dak , senduk x dak. P beli , keluar duit. Jangan tau nak makan itu ini tapi perkakas pun tak dak.
G) tengok la tempat masak tu kat mana. Jngn suka hati nak marah isteri. Dia x selesa nak masak diri ka apa kau x pernah Tanya pun.
3) Jadi imam dalam keluarga kau. Bimbing isteri. Mengaji sama2. Solat jemaah sama2. Kau tu solat jumaat p Jangan buat lupa .Kalau tak reti mengaji , cari ustaz ajar mngaji kau dan isteri. Beli buku2 ilmiah. Terapkan nilai kekeluargaan islam dalam keluarga. Buat solat hajat , tahajud , dhuha dengan isteri.
4) kalau sebelum ada anak , kau nak Bini kau pakai seksi2 make up dalam rumah. Ok la kot. Sebab anak tak dak lagi. Pakai p la singlet dan seluar pendek takpa. Yang penting kau sebagai suami keluar duit. Bagi isteri duit beli Pakaian yg kau nak dia pakai .takpun kau sendiri p beli bagi dia pakai .Apa susah. Tp if dah kahwin rezeki awal terus pregnant then dapat anak .Mana boleh seksi2 depan anak .Jaga adab dan kelakuan kau.
Jangan nak buat Gila kissing la , seksi2 depan anak. Kau sebagai lelaki , suami buatlah pertimbangan yg sewajarnya. Jangan Ikut kepala kau ja.
5) kahwin ni ada give and take .Mana adil kau ja nk disayangi , dihargai. Habis Bini kau ? Tak kan lah lepas habis madu sepah dibuang. Sama2 la toleransi , kawal ego. Cakap ! Jangan diam dan sangka Bini hang faham diam hang. Merajuk pun jnganla smpai susah dipujuk.
6) better sebelum kau kahwin. Kau inform bakal isteri kau sikap kau kat rumah. Sikap buruk kau. Kalau Bini kau accept then kahwin la .Dan kau Jangan nak expect lebih2 plak. Ni tak malam first nmpkk badan isteri mcm ni mcm nu mula la tulis kat page KRT itu ini. Mende la kau ni.
7) Sebelum ada anak .Kau nak Bini kau sambut kau balik kerja takpa lah. Tp kalau hari2 bosan la. Bini kau pun ada kerja lain nk serika baju la kemas bilik la buat air la. Jngn ada high expectations la bro baim .Tu kalau Bini kau duk rumah. Tp kalau Bini kau kerja , kau rasa larat ka dia nak buat semua tu ? .Jangan pikir diri kau ja. Dia pun penat kerja juga. Tp kalau dia balik kerja buat air kat kau , sambut kau depan pintu rumah. Cenggini lah .
8) Lelaki dan para suami. Jangan terlalu berharap kat isteri. Nak isteri buat itu ini. Nak dia ada kebolehan itu ini. Apa korang ingat dia robot ka ?isteri ni manusia tau weh. Dia sayang korang terima korang seadanya pun dah kira untung.
9) nak Bini tak Bebel , jaga hati dia. Jngn asyik goyang kaki kat rumah. Ni tak. Baju Bini basuh , bilik Bini kemas , masak pun Bini yg buat , p pasar pun Bini , semua Bini nak buat. Habis kau yg lelaki buat apa ? Hisap rokok , vape ? Main game ? Cukup time lepak mamak ?
Macam tu ka ?
Kau ingat senang ka isteri ni nak berpisah dengan keluarga dia lepas kahwin ? Berpisah Ikut kau dduk dngn keluarga kau plak takpun duduk berdua rumah sempit dngn kau. Dulu masa Bini kau bujang , cantik bergaya ja dia. Sebab apa ? Sebab parents dia bagi duit takpun belikan anak dia baju , make up dan sebagainya. Sebab dia ada duit sendiri. Ni tak lepas kahwin kau plak goyang kaki cukup time minta duit dia.
Jenis lelaki suami apa ?
Isteri ni dia tetap pilih korang waktu dia ada ramai lelaki yg lebih baik dari korang.
Isteri ni dia Cuba masak resepi baru yg korang request walaupun kadang minyak panas terpecik kena tangan tp diam dan terus masak.
Isteri ni bila dia p shopping mall , dia tetap ingat apa pakaian korang yg dah lusuh , buruk. Tetap belikan untuk suami walau duit tak cukup walau pakaian dia sendiri lusuh dan buruk.
Isteri ni keutamaan dia suami dan anak2. Walaupun kadang menitik air mata dia rindu kan mak dan keluarga dia.
Hargai isteri korang. Kalau korang baru kahwin .korang bagitau mcm mna lelaki ( knpa suami tawar hati dngn isteri ) confirm Bini lari bro.
Korang tau duit gaji korang pun tak mampu untuk Bini ke 2. Maka jaga mata. Setia pada Bini .ingat anak2. Jangan nanti dah tua .anak2 tak suka sebab korang lebih sayang Bini muda sudah.
Apa yg bro baim tu cakap ada baik nya dan ada buruk nya. Macam tu juga apa yg aku cakap .Tp yg mana yg baik jadikan pngajaran yg buruk Jangan Ikut.
Suami isteri mestilah cinta sampai syurga , bukan sebab nafsu serakah.
– Suraya .
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit