Suami Isteri Narsistik?

Assalamualaikum.. saya seorang isteri kepada penjawat awam b40. Saya suri rumah sepenuh masa. Anak 3 orang masih kecil dan difasa kenakalan yang agak luar biasa.

Seperti biasa, penjawat awam tugasnya hanya kerja 8-5. Disebabkan ekonomi makin susut. Saya namakan suami N mengambil kerja part time sebagai rider.

Selepas waktu pejabat dia akan mulakan part time sebelah malam. Hampir setiap hari, masa saya dengan N agak singkat. Bercakap pun perihal anak² sahaja.

Masa saya dengan dia me time jarang lah nak dapat. Bersembang hati ke hati jauh sekali. Bergurau senda pon dah sendu. Sejak anak 3, dia dah kurang masa di rumah.

Saya tak ambil hati. Tetapi saya hanya mahu keperluan di cukupkan untuk dirumah. Saya agak stress dengan anak².. tetapi bila saya mengadu dia jarang mendengar.

Kalau dikatakan pasal anak² mesti at last saya yang dipersalahkan tidak pandai mengurus anak.

Ya saya tahu, saya bukan ibu sempurna. Tetapi, bagilah kata kata semangat dan pandu la rumah tangga ini bersama².. N hanya respon dia tiada masa di rumah. Selalu sayalah yang menguruskan anak².

Saya pernah bergaduh besar dengan N dan saya tahu N berdendam dengan saya. Di masa itu, saya hilang pertimbangan kerana stress yang melampau serta emosi yang berkecamuk.

Dalam hati saya, saya la bapa, saya la ibu. Hal A to Z rumah dan anak semua saya uruskan. Emosi saya kemuncak, saya melawan N.

N terkejut dan melihat saya terlalu keterlaluan dan melarikan diri. Saya meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati saya dan dia tak dapat terima pendapat saya untuk sama² seperti dulu.

Solat semakin jauh, anak² jika degil di tamparnya dimuka.

Saya sebagai ibu, rasa sangat kecewa dengan tanggungjawab N yang sekadar bin sahaja. Sekadar menghabiskan masa dirumah, tidak mengajar anak² mengaji sembahyang. Tidak bawa bersiar.

Tugas dia mencari nafkah sahaja. Nafkah yang diberi tak setimpal dengan masa yang dihabiskan diluar.

Saya tidak pernah tanya pendapatan dia ke mana. Saya iyakan sahaja setiap pemberian dia. Itu pun kalau barang dah habis baru di beri wang.

Saya kurang gemar N bersikap kasar dengan anak². Tak pernah bergurau seperti ayah dan anak. Selalu jadikan anak2 tempat amarahnya jika bergaduh.

N jugak berdendam dengan anak nya asbab anaknya tidak mahu bermain jika di hadapan orang lain. Dan lebih memilih orang lain berbanding ayahnya. Saya semakin pelik dengan N. Semua nak didendamkan.

Tetapi kini, saya bangkit melawan setiap kali bergaduh. Walhal dari kesilapan N tetapi dia tetap salahkan saya. Berdosa kah saya sebagai isteri.

Tetapi untuk emosi dan mental saya, saya melawan untuk dia sedar tanggungjawab dia dan melayan saya dan anak2 dengan baik dan bukan bersikap dingin dan kasar. Itu sahaja.

Adakah saya narsistik atau N yang narsistik?

Maaf, jika ayat berterabur sebab saya pun tengah pening memikirkan nasib saya dan anak² seterusnya.. maafkan saya.

– Athirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *