Suami Isteri Tapi Banyak Kurangnya

Assalamualaikum.. Aku pernah hantar confession mengenai hubungan suami isteri yang macam housemate dulu.

Dalam confession tersebut, aku cerita kisah kami yang sudah 4 bulan tak bersama. Sebenarnya ni dah masuk bulan ke 6, ke lebih entahla aku dah lost track.

Aku banyak kali berbincang dengan suami, kita ni normal ke macam ni. Dia akan balas balik perkahwinan ni bukan semata² kerana s*x semata². So aku terima jawapan dia dan redha saja.

Ni adalah tahun ke 12 kami berkahwin dan bilangan kami menjalankan kewajiban sebagai suami isteri masih kurang dari 20-30 kali.

Setahun kami bersama 3, 4x sahaja. Kalau nasib baik, adalah 5,6 kali. Tu maximum dah tu. Sebulan sekali pun tak pernah terjadi.

Suami aku seorang yang agak sibuk tapi sangat familyman. Memang tugas menjaga anak boleh dikatakan 85% dia yang lakukan. Mungkin dia penat pada telahanku.

Dia bukan kaki lepak atau keluar rumah. Memang most of the time balik kerja dia di rumah bersama keluarga so tiada isu makan luar ke ape..

Sekarang yang menjadi masalah adalah aku. Aku perasan aku mulai suka dengan seorang kawan sepejabat beberapa bulan kebelakangan ini. Lelaki tersebut masih muda dan bujang.

Pada awal perasaan ini datang, aku minta pada suami untuk berhenti kerja dan jadi surirumah sahaja, kerana aku ingin mengelak dari terus berjumpa lelaki tersebut.

Tapi agak mustahil kerana lebih separuh dari perbelanjaaan rumah adalah dari gaji aku. Maka suami keberatan untuk membenarkan dan aku tidakla bercerita tentang perasaan yang baru nak wujud dalam diri aku ini.

Tapi sekarang perasaan ini semakin mendalam. Aku takut jika aku tidak mampu mengawal diri. Aku cuba jauhkan diri dari rakan itu.

Perasaan ini sama seperti aku mula² kenal suami ku. Perwatakan dia pun sama dengan suami yang dulu, pembersih, wangi dan menjaga penampilan.

Sekarang suami aku ala kadar sahaja, walaupun aku selalu nasihat dia untuk jaga kesihatan dan penampilan, dia hanya mengambil ringan sahaja.

Sekarang aku hanya mampu berdoa dan bertahan supaya perasaan ini tidak membuaiku dan membawa aku dalam kemurkaan.

Aku tidak ingin kehilangan keluarga ku hanya kerana perasaan yang baru muncul dalam diri ini. Biarlah aku pendam sehingga mati sahaja.

Cuma aku perlukan kekuatan untuk menutup dan menelan rasa ini. Aku tahu ini adalah mainan syaitan dan ujian buatku.

Aku tahu confession ini akan mengundang kecaman. Tolong doakan aku kuat demi anak2.

Aku masih boleh berfikir dengan waras bahawa perasaan ini hanya akan membawa kehancuran dalam hidup ramai orang. Doakan aku kuat menempuh ujian ini.

– Sakinah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. kasihan sis, semoga sis terhindar dari godaan syaitan, Ketahuilah bahawa yang haram tu memang seronok, syaitan akan buat sis terbuai buai dengan perasaan yang tidak mungkin wujud dan terjadi.

    Sis eratkan hubungan dengan suami, maybe boleh pergi bercuti atau dating berdua. Jadikan dunia sis hanya suami dan anak anak sahaja.

    Ketahuilah budak bujang dan muda tu tak kan ada perasaan pun dengan sis. Dia hanya melayan sekadar sahaja

    Kadang kala kita orang perempuan ni memang selalu kene tengok cermin dan sedar diri, agar tidak terjebak dengan mainan syaitan ni. Kerana memang sifat perempuan memang mudah perasan. Semoga sis terus kuat melawan perasaan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *