Aku Tomato. Aku nak bercerita pasal apa yang aku pernah lalui beberapa tahun lepas semoga dapat dijadikan pengajaran. Kisah ni mengenai si penjual water purifiers (penapis air) jenama yang agak terkenal di Malaysia ni.
Aku namakan perempuan ni si Merah. Aku dah mendirikan rumahtangga dengan Duku agak lama dan Alhamdulillah bahagia seadanya.
Kami seperti kawan baik yang berkongsi banyak benda bersama, mempunyai banyak hobi&kegemaran yang sama, selalu bercerita dan mendengar cerita masing2.
Masalah rumahtangga kami bermula bila Duku terjumpa dengan ex junior zmn sekolah- Merah(masa ni kami PJJ sekejap). Dorang tak pernah officially bercinta masa sekolah tapi ada la flirt2 cmtu. Aku pendekkan Merah ni jual C.
So macam biasa la orang yang jual coway, cuckoo, MLM, insurance ni kan akan approach orang yang dia rasa target dia. Merah approach Duku nak jual C dia tu.
Duku ada bagitau aku nak beli C untuk rumah baru kami nanti dari kawan sekolah dia kebetulan kami akan masuk rumah baru tak lama lepas tu.
Fast forward dah dekat msuk rumah baru, aku belek2 handphone Duku aku jumpa ada beberapa gmbr Merah. Ada gambar selfie kat bilik hotel, gambar dengan anak perempuan dia, gambar dalam kereta.
Bila aku tanya Duku gambar siapa kenapa ada gambar perempuan baru dia bagitau ni Merah, contact sebab dia jual C. Ada gambar sebab Merah memang suka send pic say good morning la ape la. Gambar kat hotel sebab Merah call Duku malam2 konon ada hantu kacau.
Merah ni dah berkahwin ye, dah ada anak sorang dah. Aku membebel la kenapa dia call Duku call la suami dia kalau takut sangat dengan hantu tu pon. Duku ni memang sejenis tak reti say no sikit.
Ada bodoh2 dia sikit. selalu fikir jaga hati orang. boleh pulak Duku suruh Merah tu loud speaker dia baca ayat ape entah konon untuk halau hantu. Tak tau la dia buat2 tak faham or memang bodo tak faham Merah nak attention je buat alasan ada hantu kat hotel.
Pasal pic tu kalau ye pon kau suka sangat selfie hari2 dan nak tunjuk sangat kat orang, tak payah hantar pic kau kat suami orang lain almost every day. Send kat suami kau sendiri, makbapak kau, adik beradik kau. Lama juga la aku membebel masa tu
Tak lama lepas tu kami pon pindah masuk rumah baru. Beberapa hari lepas pindah tu je kantoi lagi. Aku tengok ada banyak video call dia dengan Merah.
Hari2 mesti Merah akan video call Duku. Hari2 wish good morning bla bla bla. Korang rasa patot ke suami orang, isteri orang text hari2, video call hari2 banyak kali, send pic?
Aku ni jenis simple. Tak suka drama. Lepas kantoi aku text Merah jangan contact Duku lagi. Aku tanya Duku kenapa contact lagi dengan Merah ni.
Bila aku tak puas hati dengan jawapan Duku, aku terus masuk bilik kunci pintu kemas baju2 aku. Aku nekad masa tu aku nak keluar rumah je terus. Duku tahan aku tak kasi aku keluar. Dia cerita la ape yang jadi.
Merah ni mula2 memang contact semata pasal C lepas tu lama2 meleret2, asyik text, call, video call. Dia cerita kat suami aku laki dia curang, laki dia tak layan dia, tak bagi nafkah batin, tak baik dengan dia, dia nak balas dendam kat laki dia.
Merah video call selalu sebab merah suka cakap kat video tunjuk muka tembam Merah. Aku rasa selain nak menayang muka dia dia nak tengok muka Duka jugak agaknya.
Dia mintak nasihat Duku psl rumahtangga dia. Bila dh selalu sangat cerita suami aku nasihatkan tinggalkan je laki dia yang tak guna sangat tu.
Aku tau sebenarnya Merah saje je cerita pasal laki dia sebab nak umpan Duku. biasa la perempuan macam ni memang jaja aib suami, sampai cerita hal dalam kain dengan suami semata2 nak jadi modal je test suami orang. tu siap cakap nak balas dendam dekat laki dia.
Agaknya untung2 nak sampai Duku offer diri dia kot. nak balas dendam buat jela kenapa nak cakap kat Duku banyak kali kan? sesuatu sangat.
Aku baca text & dengar cerita dari Duku pon aku tau dah Merah ni perempuan jenis macam mana.
Oi merah!…Duku tu bukan ustaz, bukan motivator, bukan PU, kau kenal dia kejap je zaman sekolah dulu tu pon dia nakal gila masa tu kot.
Ape buat kau pilih Duku ni dalam ramai2 orang yang kau kenal utk cerita hal dalam kain kau?
Aku terpaksa mengaku Duku ni memang handsome la jugak. maksud aku handsome tu kalau zaman muda remaja aku dah lali perempuan tengok dia sampai ternganga mulut(not exaggerate).
Merah ni sejenis over confident. maybe sebab memang kerja dia dari before jual C ni pon memang kena cari2 orang. banyak attend class yang macam Jijan tu. pasal aura la self confident la.
Dia pernah cakap kat duku dia boleh buat orang suka dia kalau dia nak (motif? ). Dia cakap dia pon tahu Duku boleh buat macam tu tapi duku tak buat. Korang faham2 la ape dia nak sampaikan tu.
Ada dedicate lagu cinta kat Duku, cakap Duku ni baik sangat la ape la, cakap nak kahwin dengan Duku kalau dia single lagi tapi duku cakap ‘tak nak la saya kahwin dengan awak’ .
Merah bagitau semua lelaki lain amik kesempatan je. so obvious la kan dia ni memang jenis cerita kat lelaki pasal masalah rumahtangga dia kan? (Attention whore) Tak tau la perempuan jenis ape dia ni. Merah selalu cakap semua lelaki kat company dia suka dia, nak try dia.
Banyak lagi la benda yang buat aku marah sangat dengan Merah ni.
Mase Duku bercerita tu aku hempuk kepala dia bila Duku cakap dia dengar masalah Merah sebab dia sampai tahap terfikir,
‘Kalau i tak dengar masalah dia nanti dia cerita kat orang lain nanti orang lain amik kesempatan kat dia. i fikir i takpela dengar je at least boleh selamatkan Merah’
So Duku pon tau dia ni macam senang and murah. bahaya. tak malu ke Merah smpai orang fikir camtu? tapi memang tak boleh pakai la logik & alasan duku tu. aku tau.
Sambung part aku nak keluar rumah tu, aku tak jadi keluar termakan jugak aku dengan pujuk rayu Duku. Tapi aku text Merah panjang lebar. Aku cakap jangan jadi perempuan murahan.
Jaga batas & adab. Masalah rumahtangga cerita kat family. Kalau nak cerita sangat kat lelaki cari lelaki lain jangan cerita kat suami orang.
Aku hope habis kat situ la.
tapi biasa la instinct isteri ni kuat kan. siapa pernah rasa tau la. Lebih kurang sebulan lepas tu aku rasa tak sedap hati. Aku decide nak buat WhatsApp web no Duku. tak lama Duku smpai office Merah wsp ‘good morning bf’
Masa aku baca ni berderau darah aku. gelap kejap dunia aku. menggigil2 jugak la aku masa tu. sesukati je betina ni panggil suami aku bf ye.
Lepas aku bertenang aku gather balik semua information yang aku ada. Pendek cerita aku investigate semua aku buat conclusion dorang pernah outstation sesama before ni. Berdua.
Hari tu aku confront Duku betol2. Rupanya dorang still contact sebab Merah ni ajak Duku join company dia. Dia baru je jadi manager masa tu. so kononnya ajak Duku jadi manager macam dia.
Duku ni berminat la nak buat part time dengar si Merah ni cakap bulan2 tak kurang 5 figures. siapa tak nak side income banyak camtu kan. dalam hati aku. . hmm. confident ye nak jadikan Duku manager padahal adik dia sama2 kerja dengan dia pon tak ke mana.
Pasal outstation tu Merah ajak Duku teman dia pergi meeting pastu jumpa orang yang dia nak recruit under dia join C.. konon nak train.
Duku jadi partner la ni. Nak tunjuk macam mana kerja so kena ikut sebab tu beria ajak Duku teman.
Mula2 Merah cakap dengan duku PA dia ikut. Last minutes pergi berdua, PA tak jadi ikut. Padahal dekat company dia setakat manager tak denya PA ikut ke hulu ke hilir.
Memang motif Merah ajak nak berdua dengan duku. Punya la nak up sangat kononnya, masa mak aku call dia (dia block aku) dia sendiri menyamar jadi PA dia cakap dia busy meeting.
Kau kerja ape smpai private hp kau PA pegang? Macam la aku tak ada kenal orang kerja sama macam kau. Senior manager lagi. Takde pulak PA nak pegang hp or kena ikut pergi mana2. Tak ada ok.
Pergi la mahkluk berdua ni OS berdua. Merah siap booking bilik hotel untuk Duku. pergi pon dia amik Duku kat rumah ye. gigih kan?
Kalau betol Merah nak recruit Duku pon ajak la Duku register ke ape kat company dulu. Bukan ajak Duku OS berdua nak tunjuk ape sangat pon semata2 kau nak recruit orang je pon. Tak ada first step terus step ke 5. Nampak sangat alasan je nak berdua dengan duku jauh2 lama2 kan?
Duku belom join pon lagi dah cakap kat duku ‘mesti wife awak jelous kan nanti kita kerja sama2’
After aku confront Duku aku tak puas hati. sebab aku rasa macam bersungguh betol si Merah ni dengan Duku. siap ajak pergi jauh2 berdua, booking hotel semua konon nak Duku jadi manager macam dia. aku dah malas dah nak taip.
Dari cerita aku ni aku nk nasihatkan kat siapa2 yang kerja recruit2 orang ni tolong jaga batas pergaulan as muslim ye.
Jangan sebab nak cari orang korang tergedik2 dengan suami or isteri orang. Jangan kacau rumahtangga orang. Jangan jadi asbab rumahtangga orang porak peranda.
Berkat ke rezeki kalau macam tu? Kalau desperate sangat pon nak recruit orang, be professional.
Siapa2 yang ada keluarga or kawan2 yang kerja dalam bidang macam ni selalu la nasihatkan or ingatkan dorang jaga batas.
Aku buat confessions ni sebab walaupon dah berapa tahun berlalu aku still trauma. Bila nampak orang2 promote C ni kat mana2 akan ingatkn aku blk pasal ni. Aku jadi benci sangat tengok dorang
Aku tak stereotypes tau. Aku just buat confessions dari apa yang jadi kat diri aku je. Sekian terima kasih..
– Tomato (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Akak pun tak suka org yg promote c**** ni. Dgn suami akak dia bahasakan diri dia nama sendiri. Tak suka sungguh. Mcm gedik saja. Cuba bahasakan diri saya baru la profesional.