Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-suami-jahat/).
Bismillahirrahmanirohim. Dengan rendah diri saya mohon ampun salah kata pada confession yang pertama tempoh hari. Tiada niat untuk membuka aib dan menjadi riak mengenai harta yang saya ada. Ini yang akhir dan tiada ketiga.
Saya mohon bacalah dari mata hati dan fahami lah niat saya dari sudut positif.
Saya rasa bahagia dengan komen2 indah daripada sahabat2 saya dalam iiumc ini yang banyak menasihati dan memberikan dorongan kepada saya supaya istiqomah melawan perasaan menyukai kaum sejenis.
TERIMA KASIH sangat2 dan saya juga mendoakan agar kalian juga dipermudahkan segala urusan dalam apa jua ujian yang datang. Sungguh kalian dalam doa saya.
Bagi sahabat2 saya yang lain juga saya maafkan dan berterima kasih juga atas kata2 yang agak memedihkan tapi saya terima sedalam dalam hati saya atas kesalahan yang telah saya buat. INSYAALLAH SAYA berubah.
Pertama sekali izinkan saya perbetulkan beberapa perkara dahulu. Yang pertama mengenai Econ dan segala harta yang mungkin saya terlepas cerita.
Bukan niat nak menunjuk tapi sekadar kefahaman pembaca bahawa saya mampu menyediakan segala keselesaan pada isteri dirumah iaitu tido yang lena tapi saya tetap berlaku zalim pada isteri kerana membuat zina dibelakang isteri.
Adakah berbaloi dengan apa yang saya lakukan?
Saya tetap rasa walaupun sebanyak mana saya buat kebaikan tetap tak tertanding dengan apa yang saya lakukan.
Saya lipat baju atau menguruskan hal rumah tersebut sememangnya saya nak buat kerana saya fikir dapat menghapuskan dosa2 yang telah saya lakukan belakang isteri saya.
Dan sememangnya juga kami suami isteri suka bergotong royong membersihkan rumah sendiri dan tidak perlukan pembantu rumah kerana kami enjoy apa yang kami lakukan.
Kedua mengenai rumah sewa. Ye tiada apa salah kalau saya menyewa dahulu kerana saya suami isteri ada rumah impian kami. Kami dalam prosess membina rumah sendiri insyaAllah tidak lama lagi akan siap,kerana kami tidak mahu berhutang dengan bank.
Dan saya juga sekarang membayar hutang loan bank rumah ibu dan ayah saya. Saya ingin meringankan beban mereka.
Kami baru berumur 27 tahun dan banyak lagi perkara yang kami lakukan. InsyaAllah doakan kami ada rumah sendiri sebelum kami berumur 30 tahun.
Sahabat yang ketiga pula maafkan saya pula mengenai Aib yang saya tidak perlu ceritakan masalah saya pada isteri kerana biarlah bercerita pada ALLAH. Kalau saya bercerita pada kalian amat memedihkan.
Saya dah cuba sahabat, saya sangat letih, saya selalu berdoa Ya Allah berilah aku cara untuk aku sungguh-sungguh bertaubat.
Sungguh Ya ALLAH aku mahu bertaubat, tapi tidak menjadi, akan berulang maksiat saya lakukan. Ada satu perasaan yang tersekat kerana rahsia tersebut isteri saya perlu tahu.
Memang saya agak sedikit terkilan apabila baca komen-komen sahabat mengatakan bahawa saya akan menyebabkan isteri akan sentiasa teringat kisah silam.
Tapi apa daya sahabat itu sahaja cara untuk saya berubah 100%. Saya menyesal sahabat sungguh menyesal.
Isteri saya sahabt sangat2 baik. Ada yang bertanyakan pada saya apakah amalan dia sehingga saya mampu mengaku perkara sebesar ini dihadapan dia.
Semasa saya bagitahu pada dia yang ABANG KERAP BERZINA DENGAN LELAKI. Isteri saya peluk saya sahabat.
Banjir airmata saya sahabat berhingus teruk dan teresak esak macam baby kecik saya di pelukan isteri.
Saya merayu memohon ampun sahabat. Perkara yang paling saya takut untuk mengaku kerana rasa risau isteri akan meninggalkan saya selepas tahu perkara sebenar.
Isteri saya nampak tenang tapi saya tahu apa yang dia rasa. Saya Jahat sungguh Jahat. Saya lukakan hati Isteri. Saya tak mampu menipu lagi. Saya bagitahu perkara sebenar dan isteri saya terus memujuk.
Tak mengapa abang Allah ada. Allah akan bantu kita. Kita buat sama2. Isteri saya menangis sama2.
Ustaz Ebit liew pesan Allah sayang Kita, jika kita hadir seminar ustaz berapa ramai yang berpusu-pusu menceritakan masalah dan aib dalam keluarga mereka di hadapan puluhan ribu umat manusia.
Tapi saya? Tidak berani mengaku dihadapan ramai orang pada waktu itu.
Semoga ALLAH ampunkan dosa saya.
Saya agak terkejut apabila isteri juga mohon ampun dan maaf atas khilafnya dia semasa menjadi isteri saya. Dia mohon maaf andai ada salah silap kerana tidak jaga saya betul2 semasa menjadi isteri dia. ALLAH.
Saya telah berterus terang dengan isteri dan menceritakan segalanya dengan isteri apa yang telah saya lakukan supaya isteri saya dapat memaafkan saya sepenuh hatinya.
Saya dalam prosess yang agak mencabar setakat ini berlawan dengan perasaan.
Tapi sangat2 lega isteri sangat2 support dengan apa yang jadi sekarang. Isteri tak jemu menasihati saya. Sentiasa ada bersama saya. Tidak pernah meninggalkan saya lagi berseorangan.
Saya bahagia dengan cara sekarang. Setiap kali balik rumah dari kerja mesti disambut dengan senyuman paling manis.
Dirumah inilah syurga buat ku sekeluarga. Saya dah buat apa yang isteri suruh. Isteri akan bantu saya untuk saya berubah termasuk keluarga saya yang sudah tahu. Saya perlukan sokongan dan doa daripada ibu dan isteri saya.
Setiap hari saya minta ibu dan isteri mendoakan saya dan ampunkan kesalahan saya. Kerana urusan saya dengan Allah masih jua saya akan teruskan sebaik mungkin. Saya akan tetap mohon dari Allah untuk Taubat yang saya lakukan.
Pesan saya pada sahabat2 iiumc. Jika ade yang senaluri macam saya. Mohonlah bagitahu perkara sebenar atleast pada ibu dan ayah. Supaya kita dapat sokongan moral yang baik dan mereka akan sentiasa berada disisi kita walau apa jua keadaan sekalipun.
Jauhilah zina jauhilah maksiat. Berat kesannya pada kehidupan kita. Kesihatan lah paling utama untuk kita meneruskan hidup dan buat amalan ibadat. Jangan sombong dengan Allah.
Niat saya menceritakan hal disini kerana saya rasa semua orang patut tahu ujian yang terpaksa kita tanggung pada akhir zaman ini.
Bantulah saya dengan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya agar saya tidak mengulangi kesilapan ini lagi. Inilah antara tujuan saya menulis dan mohon untuk doakan segala urusan saya agar dipermudahkan.
Sememangnya ujian ini memang berat tapi saya dah lepas satu perkara dan saya kan teruskan lagi hadapi ujian2 yang mendatang lagi.
Kepada isteri ku terima kasih ada bersama abang susah senang. Abang pun maafkan sayang dengan sepenuh jiwa raga. Biarlah jodoh kita ke akhir hayat.
Terima kasih sahabat2 sekalian kerana sudi membaca dan maaf kan saya andai ada salah silap. Saya akan berubah menjadi suami yang baik pada anak2 dan isteri. Itu janji saya.. Doakan saya.
– SHAHRIL (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit