Saya dan suami bercinta sejak sekolah, berkahwin semasa saya masih belajar, dan sudah ada 3 orang cahaya mata.
Awal perkahwinan, kami PJJ, suami di kampung halaman dan saya belajar di Sarawak. Kemudian, saya balik semenanjung.
Banyak perubahan sikap yang suami tunjukkan. Kuat marah, dah tak caring, suka herdik saya, ada perempuan lain bertukar-tukar, panas baran, tinggi suara, tak ada common sense, suka cari salah dan kuat komplen, panggil dan gelar saya dengan gelaran yang sangat teruk.
Perjalanan menghadapi sifat suami sangat memakan hati dan makan diri.
Singkat cerita, semasa mengandung anak ketiga, kami terkena sihir pemisah oleh salah seorang skandle suami.
Boleh kata saya hampir hilang nyawa sehari-hari kerana ditinggalkan di rumah bersama 2 lagi anak kecil, tanpa makanan dan minuman dengan teratur.
Suami busy berfoya dengan kawan dan perempuan. Badan semakin kurus, suami hina kata macam cicak kobeng, macam tulang, macam zombi. Rambut gugur sangat teruk. Badan berbau bangkai akibat sihir.
Saya tak boleh tidur selama 6 bulan sehingga disahkan menghidapi masalah jantung kerana tidak tidur dan terlalu stress. Air mata setiap hari keluar. Meratap dan meracau depan anak kecil.
Walaupun macamtu, saya selalu paksa diri dekat dengan Allah padahal hakikatnya hati saya tidak sampai pada Allah.
Saya doa Allah beri saya suami yang baru. Saya Tahajud minta Allah beri bahagia pada saya. Separuh mati saya merayu pada Allah, saya taknak suami dah.
Sekarang, entah kenapa, suami saya masih suami yang sama, tetapi Allah tukarkan dia menjadi seperti orang baru. Sangat bertanggungjawab, sangat menjaga, sangat tenang, sangat saya sayangi hingga kadang-kadang, saya rasa tak sedia kalau dia pergi dulu.
Kehidupan saya jadi berubah dan saya mulai tenang menjalani rutin harian saya, dah tak rasa takut, menjadi diri sendiri, yakin diri, dan Allah permudahkan banyak jalan untuk saya.
Dulu, hati saya sangat hancur. Tapi Allah cantumkan balik dengan lebih baik dan bersinar, dan buat saya bersyukur atas tarbiah Allah sebelum ini.
Sebenarnya, semua takdir itu, membentuk diri saya, akal saya, dan hati yang sekarang.
Saya teringat dulu masa bujang, saya doa minta Allah jadikan saya isteri yang solehah dan minta syurga melalui perkahwinan. Dan Allah uji saya melalui doa tersebut.
Korang, kalau suami korang bermasalah, kadang-kadang itu sebahagian dari doa kita sendiri untuk Allah angkat darjat dan bagi ganjaran lebih besar, cuma cara Allah uji di luar akal kita kadang-kadang.
Hati manusia sentiasa berbolak balik. Kita minta Allah tolong..
– Madhi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit