Untuk part 0, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar/).
Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar-2/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar-ii/).
Siang tu, kereta Zul tak boleh start. Bateri habis. Saya kan naif, saya tak sempat belajar tentang dunia luar termasuk kereta, lagipun saya belum ada kereta. Zul minta saya jump bateri kereta dia guna kereta ibu. Saya pun start kereta. Zul start kereta dia juga.
Lepas saya dengar enjin kereta Zul dah boleh start, saya matikan kereta saya. Wallahi saya tak tahu yang jump kereta kena tunggu few minutes untuk cas bateri. Zul pun jerit “Bodoh. Aku penat tolak kereta apesal kau matikan enjin bodoh. Kereta aku tak cas lagi.”
Saya terkejut sangat sebab dia jerit sampai jiran Cina sebelah rumah dengar. Dia maki-maki sambil masuk rumah. Saya malu sangat. Saya masuk rumah, dan saya rasa bingit dengar makian dia.
Saya ambil kereta mainan anak yang anak selalu naik tu, saya baling dekat dinding. Saya angkat lagi, saya baling dekat almari. Saya angkat lagi dan baling dekat pintu plastik. Saya nak bagi bunyi hentak tu kuat.
Lepastu saya jerit balik “Kau ingat aku tahu ke kena cas kereta macamtu kalau kau tak ajar aku. Kau ingat aku ada kereta ke? Kau ingat kau pandai sangat ke nak bodohkan aku. Aku tak pernah biadab dengan kau. Kau jangan buat aku biadab.”
Eh, tiba-tiba Zul jadi kucing. Dia cakap sorry. Dia marah sangat tadi. Dia ikut emosi sangat katanya. Dia pujuk saya, dia kata jomlah dia bawa keluar pergi Pasar Malam. Harini cuti niaga.
Oleh kerana saya memang terperuk dekat rumah, saya pun excited bersiap pakai cantik-cantik. Yelah, dah berapa bulan terkurung. Macam orang dungu dah saya ni. Lepastu masa dah sampai dekat Pasar Malam, Zul kata tunggu kat kereta. Biar dia turun beli.
Eh, terkesima saya. Buat apa dia bawa saya keluar kalau kena duduk dalam kereta je? Banyak kali tau saya tertipu macam ni. Banyak kali dia guna ayat jomlah keluar jalan. Tapi yang jalan tu dia sorang, saya stay dalam kereta.
Bila saya ingat balik, jahatnya dia. Dia dah set minda saya seharian untuk saya rasa seronok dengan penuh harapan, sampai masa, harapan tu dia musnahkan macamtu je. Lepas dia dah turun, dia masuk kereta, balik rumah semula. Terasa bodoh ye pakai lawa-lawa tapi tak ke mana.
Pernah sekali ada lelaki dm saya dekat medsos nak kenal. Terus Zul panggil saya betina jalang. Kata saya perempuan sundal sebab saya melayan. Saya cuma balas, “saya dah kahwin.” Itu pun disundalkan saya. Haih, kuatnya saya.
Ada orang datang rumah bagi duit dekat anak saya. Saya ambil guna buat langgan internet sebulan. Selama sebulan tu, saya asyik search “Cara check handphone suami, cara hack WhatsApp suami, cara track location suami”.
Saya pun ikut, belajar, cuba buat. Saya dapat baca WhatsApp dia. Saya dapat trace nombor skandle dia. Adalah dua tiga orang dia ajak jumpa, cuma setakat ni, ada sorang yang dia selalu date, sebabtu balik niaga sampai 2-3 pagi, kadang Subuh baru balik.
Atikah namanya, perempuan sama yang hantar mesej masa dekat stall niaga haritu. Jadi, saya pun WhatsApp Zul. Saya kata “I pergi appointment tadi, guna kereta ibu. Doc nak hantar pergi Kuantan sebab ada emergency. I gi dulu tau. Naik ambulans ni.”
Zul pun balas okay. Sebenarnya saya tipu. Malam tu, saya parking kereta ibu jauh sangat. Saya menapak jalan kaki balik rumah. Tapi saya tunggu dekat belakang. Saya menyorok..
Sebab thru WhatsApp, Zul ajak Atikah stay kat rumah malam ni. Wife saya tak ada katanya. Zul pickup Atikah kat rumah dia, bawa pergi rumah saya. Jahatlah perempuan ni, dah tahu laki ada wife pun, masih nak ikut balik rumah.
Masa dia dan Atikah parking kereta masuk rumah, saya pun datang rumah dan nak buka pintu kereta. Zul tiba-tiba kunci pintu dari dalam. Dia turun sorang, dia kata, “U buat apa kat sini? U kata pergi hospital?” Saya kata nak ambil buku pink tertinggal kat laci dashboard kereta, bukalah pintu ni.
Tiba-tiba Zul jawab “I rindu u sangat. Jomlah masuk rumah.” Hahahahaha. Korang, Zul ni orangnya tangkas, licik dan mulut laju. Muka dia bertukar jadi blur, gagap, dan termenung tiba-tiba. Saya pun cakap kat Atikah, turunlah, saya dah tahu.
Lepas Atikah turun, saya lempang dia, tapi tak kuat sangatlah. Lepastu, saya lempang Zul, tapi sekuat hati saya.
Saya pun cakap, dasar lelaki jalang, saya sakit, saya pregnant, saya penat, saya letih, tahu saya nak kena hantar hospital naik ambulans, tapi korang buat macam ni belakang saya. Zul pun cakap, “Kitorang tak pernah buat apa-apa sebelum ni.”
Ahhh…. Sampah. Ingat saya percaya? Saya pun masuk kereta, follow Zul hantar Atikah balik. Ohhh kat situ rumahnya. Naifnya saya rasa masatu. Sepanjang dalam kereta, Zul asyik minta maaf dan cakap diorang tak pernah buat apa-apa.
Saya kata, kalau tak pernah buat apa-apa, mestilah malu nak cakap pasal “tu”, tapi dekat mesej bukan main galak lagi, nampak sangat dah biasa. Saya kata takpelah, saya bagi peluang kali ni.
Sebenarnya saya dah niat, saya nak manfaatkan saki baki masa sebelum bersalin ni untuk tengok perubahan Zul. Dan saya nak daftar untuk sambung belajar balik lepas pantang nanti.
Saya kata, saya maafkan, sebab kesalahan pertama tu, dipanggil silap. Kalau ulang lagi, dia dah tak jadi silap. Dia jadi habit. “I maafkan, tak maksud I lupakan, I ada anak lagi satu. I penat nak jaga sorang. Tolong berubah, dan jaga anak sekali.”
Dia pun berubah. Dalam proses Zul berubah, Zul bawa saya pergi berubat bila tiba-tiba saya kena rasuk. Banyak perawat yang saya pergi dan banyak kali saya ulang rawat diri.
Sampailah seorang perawat lelaki ni kata, saya kena pergi rumah, ada benda dekat rumah awak ni, dan ada benda tengah tutup janin awak ni (walhal saya takde inform yang saya pregnant).
Perawat ni bagi saya air, disuruh campur garam, dan dia bekalkan daun bidara untuk saya buat mandi. Lepas saya minum, balik tu, perut saya sakit sangat. Saya berak berdarah, warna hitam darahnya. Saya tak pernah ada buasir. Benda ni ulang jadi setiap kali saya minum air bacaan tu.
Lama sikit, saya baru tahu pula yang Atikah ni rupanya yang letak barang dekat rumah saya, rupanya Atikah ni ikat selera saya dan buat sampai saya tak boleh makan langsung, tak boleh tidur, menangis macam orang gila tanpa sebab, cengkung macam mayat hidup dan susut berat badan.
Rupanya Atikah ni yang buat badan saya terlampau busuk macam bangkai dan buat saya muntah darah. Dia yang buat Zul rasa meluat tengok saya dan tiap kali saya buka bacaan Al-Quran dalam rumah, telinga saya akan panas.
Atikah ni juga yang selalu Zul bawa balik rumah, sebab tu dia ada kesempatan ambil barang saya dan rambut saya.
Korang, kejap lagi saya sambung part seterusnya..
– Madhi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit