Suami Jahat Telah Bertukar VI

Ini adalah part akhir…

Untuk part 0, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar/).

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar-2/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/suami-jahat-telah-bertukar-v/).

Lakonan saya pura-pura curang diteruskan selama 2 tahun. Sampai tahun 2021. Saya dah habis degree. Tapi masih misteri pengijazahan saya ini. Tiada sesiapa yang tahu, hatta ibu ayah dan Zul sendiri. Sebabnya saya tak dapat konvo pun, duit tak cukup, plus pointer pun tak gempak. Adalah takat paras atas hidung.

Hujung tahun 2021, Zul akhirnya meluahkan perasaannya kepada saya.

“I tak tahu sebenarnya u kenapa. Sejak u dah berjaya ni, u banyak berubah. I rasa i better sebab i buat jahat dulu, lepastu i berubah jadi baik dan i masih kekal ikut macam apa yang u nak.

I dengar semua cakap u dan i ikut agreement yang u buat, daripada u, baik dulu lepastu baru nak jahat. I rasa u ada orang lain. U tolonglah mengaku kalau ada orang lain sebab u, u boleh tahu terus. I tak, i tertanya-tanya dan semua persoalan yang tak terjawab ni buat i rasa tersiksa.

Lebih baik i tahu kenyataan daripada i tertanya-tanya tapi takde jawapan. Jujurlah dengan i kalau u ada sayang orang lain. Bagitahu siapa, i tak marah. I tak suka u yang sekarang, dah dua tahun i cuba sabar ikut kehendak u”

Saya pun kata, “Lahhh, kalau tak jumpa jawapan maksudnya takdelah tu. Kalau ada mesti dah jumpa jawapan. Lama kot. Kalau ada, i dah kena panah petir dah tau. Anak-anak u mestilah bagitahu kan, sebab diorang banyak masa dengan i juga.”

Tiberrrr, saya rasa puassssss sangat sebab matlamat saya, nak bagi dia rasa sebiji macam apa yang saya rasa. Singkat cerita, saya sakit. Saya sakit perut sampai pengsan dan banyak kalilah sakit. Saya period dan bleeding banyak sangat-sangat sampai HB drop. Saya warded.

Dekat hospital, pakar sahkan saya terkena STD dan, jangkitan ni dah lama, cuma saya baru rasa sakit, luckily jangkitan ni secured (proses semulajadi badan) menjadi satu ketulan. Sample diambil. Doktor pun panggil saya secara private dan tanya saya, pernah ke exchange spouse atau sex rambang?

Saya terus menangis depan dia. Saya kata bukan saya, tapi husband saya. Dah lama, tapi maybe effectnya baru teruk sekarang.

Doktor panggil Zul, doktor ambil sample darah, bagi suntikan dekat dia dan dekat saya. Doktor kata avoid semua makanan yang berisiko jadi inflammation dan cuba usaha kecutkan balik. Kalau tak hilang/membesar, kena operate buang.

Balik rumah, saya pun apalagi, menangis macam orang gila dan saya mengamuk sangat-sangat. Saya kata suami kejam.

“Sebab kenal u lah i dapat sakit macam-macam. Sebab u i kena sihir pemisah sampai badan i kurus dan bau bangkai, rambut gugur banyak. Sebab tu i dapat masalah jantung. Sebab u i kena sakit yang sekarang pulak.

Hidup u ni, kalau tak boleh nak bagi manfaat dekat i, tolong jangan siksa i. I pilih u jadi suami i bukan untuk u buat i macamni sampai separuh mati. I pilih u sebab i rasa u boleh jaga i !!!”

Zul diam. Diam yang tengah fikir semua kata-kata saya. Diam yang tengah flashback balik kehidupan kami.

Saya kata lagi, “Cuba fikir, apa manfaat u bagi pada i sejak i kahwin dengan u? Kalau setakat bagi makan, lembu pun bagi anak makanlah. Sekurangnya, lembu tak sakitkan anak, tak siksa dan buat anak sengsara. Apa je u bagi i? U kata nak belikan i kereta, tapi dapat guna kereta u je pun u dah mengungkit.

U kata nak bagi i sambung belajar, mana? Semua i terpaksa sendiri buat sebab termakan janji u. U kata nak bagi i kerja best-best? I baru buka kedai pun u dah insecure dan tuduh i macam-macam, u nak bunuh i ke apa? Puas hati u rosakkan hidup anak orang? Puas hati u rosakkan hidup i, badan i, semua dekat i?”

Ahhhh. Sedihnya. Saya jaga makan. Saya jaga diri saya, entahlah, perempuan ni, kalau nak jaga semua benda serentak, tak termampu jaga. Akan terkorban juga satu perkara, kalini, kesihatan. Beberapa bulan kemudian, Alhamdulillah kesihatan saya pulih.

Zul memang dah okay, bab perempuan. Tapi ada satu perkara lagi yang belum, iaitu bad temper dia. Dia suka marah tak tentu hala. Anak pun kadang-kadang kena juga. Cuma, sejak 2019 dulu, dia dah lama tak pukul anak. Tapi tahun 2021 ni, dia ada pukul anak bongsu kami yang jatuh.

Asalnya, dia marah “Naik kerusi elok-elok lah dik, mata tu tengok betul-betul, kan dah jatuh !” Saya pun angkat adik dan dudukkan atas kerusi, lepastu saya cakap slow, janganlah marah orang jatuh. Kena simpati, tolong dia panjat, bukan herdik dia.

Zul kata “Dia tu mata tak tengok elok-elok, kang jatuh nangis pulak” lepastu adik betul-betul menangis kuat. Spontan Zul terus ketuk kepala adik guna penumbuk dia, sampai ada bruise dan benjol. Saya dah pernah warning pasal bad temper ni, kalini dia ulang padahal dah lama dia tak buat hal.

Saya tengah pegang periuk nasi masa tu, saya hempas ke lantai periuk tu. Saya kata nak belasah, jangan belasah budak kecil. Belasah saya kalau berani. Zul keep on salahkan adik dan putarbelit macam saya yang salah sebab saya tinggi suara pada dia.

Saya kata “adik ni, budak kecil, tak sesuai nak gaduh dengan dia kecuali otak u memang kecil letak bawah tapak kaki u, tak boleh fikir. Dengan budak kecil pun nak gaduh, sambil saya hempas lagi periuk (sebab suara Zul terlampau tinggi masani).

Dia pun naik darah, tumbangkan rak yang penuh dengan inggan kaca, mata dia melilau cari apa yang boleh dicapai, dia tengok lesung batu, tapi, nasib baik dia tak capai lesung tu. Dia ambil balik periuk saya hempas tadi, dan baling ke arah saya, kuat. Jari saya, retak sikit, dan bengkak sebab terkena balingan tu.

Saya pun kata “I report polis. Sekalian dengan semua yang jadi sebelum-sebelum ni i report, walaupun dah tahun-tahun lepas punya hal.”

Zul pun cabar saya “Pergilah, ingat i takut? Kat balai tu semua member i. Diorang gelak je nanti.”

Saya pun menangis sebab terlampau sakit dan marah, campur kesian dekat anak saya. Saya pergi hospital. Buat medical report untuk saya dan anak. Bawa ke balai, dan buat report. Saya simpan salinan report tu dan simpan dalam satu fail bukti-bukti yang ada juga gambar-gambar lama.

Sebulan lepas tu, saya WhatsApp incas yang urus kes saya sebab ada dokumen keperluan untuk bawa kes ke mahkamah. Tapi saya terlelap, tidur sampai pagi, dan Zul ambil phone saya. (Masa ni dah takde password lockscreen) Zul jumpalah segala chat and salinan report polis.

Esok pagi, dia kata, sampai hati saya buat report dekat suami sendiri. Saya jawab, “u yang suruh. I cuma nak tengok betul ke diorang gelakkan i.”

Zul minta saya tarik report, saya kata dah tarik. Sedangkan saya tak tarik report pun cuma saya lengahkan masa untuk proceed kes tu. Ahhh banyak duit nak kena guna nantinya. Saya juga tunjuk Zul fail segala bukti dan dokumen yang saya siapkan just incase saya memerlukan sangat.

Saya tulis timeline sejak 2017, 2018, 2019, 2020 dan 2021. Dan saya recall balik segala siksa yang saya hadap bertahun itu depan Zul. Biar dia sedar dah lama rupanya saya sabar.

Saya cuba bermacam cara, tag ceramah, nasihat dia depan-depan, nasihat ikut WhatsApp, guna family dia untuk nasihat dia (family dia dah tak masuk campur sejak kami pindah rumah, natural je), guna kawan dia untuk nasihat, serang kat tempat kerja, suruh resign, balas dendam secara halus, last sekali report polis.

Saya cakap dekat Allah, saya dah usaha sehabis baik untuk bimbing dia. Tapi kalau Kau tak izinkan juga, takpelah ya Allah.

Saya kata dekat Zul, kalau langgar agreement baru ni (tekankan bab panas baran dia) saya takkan minta cerai, saya takkan tuntut fasakh. Saya cuma akan malukan dia dekat facebook/medsos dan hancurkan reputasi dia. Saya akan pindah jauh-jauh sampai dia tak boleh reach saya dan masa tu sukahati sayalah nak buat apa.

Ahhhhh. 2025 dah. Suddenly, sekarang saya dah ada master, saya dah jadi lecturer, Zul dah ada bisnes yang boleh tahan hebat di mata saya, anak-anak saya mulai rindukan ayah mereka dan dah tak takut dengan Zul. Mereka dan saya mulai rasa dekat Zul dan tiba-tiba ada perasaan risau kalau Zul yang pergi dulu.

Kalau orang dengar dari mulut saya, orang boleh kata saya in denial. Tapi kalau orang dengar dari mulut anak-anak saya, orang akan tahu, yang manusia boleh berubah, dengan bimbingan, semestinya juga dengan pertolongan Allah. Dulu, anak saya selalu lari dan menyorok kalau nampak ayah mereka. Sekarang, anak-anak jadi diri sendiri.

Zul dah tak kedekut, suka belanja family makan sedap-sedap, mahal-mahal. Sekarang, Zul yang offer guna barang dia, kereta dia, pertolongan dia. Duit saya, memang untuk saya. Duit Zul, tetap ada untuk family dan saya. Kadang-kadang dia bagi juga untuk ibu ayah saya.

Dah 4 tahun dia tinggal seluar pendek, dah jaga solat, jaga percakapan, dah tak tengok porn, tak minum ketum, tak marah-marah, yuran anak-anak sekolah 100% dia bayar. Makan, pakai, rumah, ahhh semuanya serba cukup, bawa berjalan, bawa travel, tambah wifi, beri keselesaan penuh.

Kalau saya demam, Zul bagi duit order makanan, takperlu masak. Kadang-kadang Zul yang masak. Zul urus rumah, bawakan tukang urut datang rumah, berjaga malam kalau saya tak sihat, kadang-kadang ajak karaoke sekadar bagi saya lepaskan stress, bercerita, plan sama-sama untuk naikkan bisnes masing-masing.

Kadang-kadang saya marah atas sebab kecil-kecil, lepastu saya rasa alahh, saya pernah rasa lebih marah atas sebab yang lebih besar. Ada hikmah ibu ayah saya suruh saya balik rumah. Dan ada hikmah kenapa Allah jaga keluarga saya dan ikatan kami.

1) Allah tahu tiada siapa yang sudi sambut saya di masa kekurangan saya. Jadi Dia train saya untuk cuba berdiri sendiri hanya dengan bantuan dari Allah.

2) Allah tahu sosok suami saya sesuai untuk ubah karakter saya, dari seorang yang naif, terlalu baik menjadi orang yang berhati-hati dan tegas.

3) Allah kirim saya untuk ubah Zul dari segi akhlak dan agamanya.

4) Allah buat saya berusaha untuk ubah takdir saya, angkat darjat saya dan bagi ganjaran semanis sekarang.

5) Ibu ayah saya masih belum ada family bonding dengan anak, masih belum feel home. Tapi, saya dah terima kekurangan mereka, cuma untuk saya sandarkan kepercayaan saya setelah banyak kali terkena, saya hati-hati.

Maka, Allah timpakan saya dengan sesuatu yang lebih berat daripada ujian ibu bapa, supaya saya rasa apa yang mereka buat, tak terlalu berat untuk saya. Perlakuan mereka yang lain-lain, walaupun melibatkan maruah dan mahkota saya, biarlah saya simpan.

Sekarang, bila tetamu datang rumah dan tengok cara Zul layan saya, orang akan tanya macam mana kau boleh dapat laki macamni Madhi, layan kau macam puteri raja. Zul yang duduk dapur dan saya layan tetamu. Kalau pergi makan kat keramaian, Zul akan serve saya dulu. Ambilkan makanan untuk saya, air dan pergi bayar. Saya hanya duduk sebab taknak saya berasak dengan lelaki ramai-ramai.

Anak-anak saya semua lelaki, Alhamdulillah anak-anak melayani saya macam ayah mereka layan saya. Kalau pergi makan dekat luar, Zul akan cari meja paling tersorok dan sediakan kerusi yang menghadap dinding/tak dipandang orang untuk saya.

Kalau saya tertidur, Zul akan tutup pintu dan asingkan anak-anak supaya tak mengganggu tidur saya. Tutup segala sound speaker dan pasangkan ubat nyamuk. Setiap hari Zul akan tanya nak masak apa, nak makan apa untuk dia belikan ingredients dan penuhkan peti. Kadang-kadang dia yang offer masak menu special.

Ujian hidup saya ni, sesuai untuk saya sahaja. Tak mungkin fit untuk semua orang. Bila saya flashback balik, baru saya tahu silap saya dulu. Saya buat amal untuk suami, bukan untuk Tuhan. Jadi Allah nak tarik fokus saya, hanya untuk Allah. Bila kita fokus dekat Allah, Allah datangkan dunia kepada kita. Termasuk suami dan anak-anak.

Nak diceritakan, betapa baiknya Allah pada takdir hidup saya. Banyak kali sakit hati tapi Allah bagi kuat lagi. Banyak kali hampir mati tapi hidup kembali.

Saya masih ada simpan cerita tentang saya dan Zul terkena disihir pemisah. Tapi takpelah, nanti saya selitkan lain kali. Terima kasih baca. Cerita saya adalah cerita benar. Jalan cerita hidup seorang Madhi yang dari kecil mencari Tuhan tapi tersasar di tengah jalan.

“Pezina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan pezina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan pezina laki-laki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mukmin.” [An-Nur: 3]

Ayat ini menguatkan fahaman saya bahawa, kerana saya telah berbuat syirik tanpa sedar (melakukan amal kerana manusia), maka Allah suai padankan saya dengan lelaki pezina.

Sebaliknya ketika menjaga amalan saya demi Allah, takut kepada Allah, kasih kerana Allah, ihsan kerana Allah, marah kerana Allah, maka Allah datangkan untuk saya pasangan yang buat amal juga demi Allah, takutkan Allah, kasih kerana Allah, marah kerana Allah dan ihsan kerana Allah.

Victim mindset adalah orang yang selalu rasa teraniaya oleh sekeliling, tanpa berusaha keluar dari masalah.

Fighter mindset pula adalah seorang victim, dan berusaha keluar dari sekeliling, sambil mengubah sekelilingnya.

Semoga Allah mengira kesabaran saya membimbing orang-orang sekeliling saya dengan hati, dengan tangan, dengan kuasa, dengan perbuatan, bahkan lisan.

– Madhi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *