Suami Juga Boleh Tawar Hati

Aku dah berkahwin hampir 10 tahun, anak pun dah ramai (lebih daripada 2).

Alhamdulillah diberikan rezeki yang mencukupi, bekerja di sektor minyak dan gas, sudah tentulah kehidupan aku separuh di luar persisir pantai, separuh lagi di daratan berdasarkan rotation kerja berminggu di laut, dan berminggu juga cuti didarat.

Isteri aku juga bekerja dengan syarikat GLC/GLIC. Pendek kata kehidupan kami serba serbi cukup. Cumanya kadang2 aku merasa kecil hati dan hampir tawar hati dengan isteri disebabkan oleh kerjanya.

Pada aku, tiada keperluan untuk isteri bekerja disebabkan aku mampu untuk menyara keluarga kecil kami.

Disebabkan oleh kerjaya isteri juga kami terpaksa hidup dibandar dengan kos sara hidup yang tinggi, even gaji 5 angka pun jadi cukup2 makan, sedangkan jika tinggal di kampung halaman tentunya kehidupan akan lebih senang.

Tapi disebabkan isteri mahu bekerja dan mengenangkan ajal maut yang tidak dapat diramal, aku redha isteri bekerja, tetapi bukanlah untuk membantu aku dari segi kewangan, cuma sebagai persediaan sekiranya aku dijemput Ilahi terlebih dahulu.

Namun aku merasa sangat terkilan apabila isteri sangat mementingkan kerjayanya melebihi aku dan anak2. Sudahlah keberadaan aku cuma berminggu sahaja di darat, masa yang ada cuma dihabiskan berseorangan di rumah.

Rutin harian hanyalah menghantar dan menjemput anak disekolah, mengemas rumah, mencuci baju. Isteri akan keluar bekerja awal pagi, untuk mengelakkan jalan “jammed” katanya dan pulang kadang kala lewat sehingga matahari pun sudah terbenam.

Pagi hari aku lah yang menyiapkan anak2, malamnya aku jugak yang uruskan anak2. Isteri bila pulang hanyalah meratib kepenatan dan tertekan akibat kerja.

Keinginan aku sebagai suami semuanya terpaksa aku pendamkam dek kerana kasihankan isteri yang tak lekang dari mulut meluahkan kepenatan bekerja seharian.

Bukan sengaja nak dipendamkan tetapi fikirlah sendiri bagaimana nak bersama bila isteri aku belum pukul 10 malam dah nyenyak dibuai lena. Tinggallah aku terkontang kanting berseorangan.

Lebih memburukkan keadaan lagi isteri aku sedar akan perkara ini, ada kala memang isteri yang akan memberikan “hint” terlebih dahulu, aku dengan excitednya akan siap2 dengan minuman herba, madu dan sebagainya.

Malangnya bila anak2 dah tidur, sekali dengan isteri aku pun dibuai mimpi, betapa besarnya harapan dan expectation tapi diakhiri dengan kekecewaan. Lama kelamaan aku menjadi tawar hati.

Ada aku terbaca di confession2 sebelum ini, isteri mengadu suami yang tidak mahu menyentuh isteri. Well, inilah puncanya para isteri sekalian alam, kami sebagai lelaki dan suami juga punya hati dan perasaan, dan bisa saja tawar seperti mana hati kamu perempuan.

Aku tak pasti lelaki lain bagaimana, untuk aku bila dah tawar hati, jangan kata nak bersama, nak bermanis muka dengan isteri pun aku tak mampu.

Yang ajaibnya isteri aku ni nak menghadap phone tak penat pulak, tapi aku tahu isteri aku memang tidak membaca di page ini, masa lapangnya banyak dihabiskan dengan tiktok, kalau sebelum wujudnya tiktok, di hadapnya IG setiap masa.

Kalau suami isteri yang lain akan ada pillow talk sebelum tidur, aku dan isteri hanya ada “pillow tiktok”.

Kalau ada pembaca yang berfikiran aku tak cuba untuk berkomunikasi, memang betul pun, soal kerjaya isteri aku, aku tidak menegur dengan nada keras, tapi berulang kali sudah aku katakan kepada isteri jika kerjanya membebankan dia boleh berhenti bila2 masa.

Tapi yang utama menyebabkan communication break down adalah sikap isteri yang tak boleh ditegur, dia akan bertukar mode defensive, bayangkan konsep “perempuan tak pernah salah” dia apply dalam semua benda.

Jadi untuk berkomunikasi sejujurnya sudah lama aku tawar hati.

Tiada isu akan selesai kalau berbincang dengannya. Selalunya akan berakhir dengan aku memendam rasa sahaja, kerana setiap masalah yang aku utarakan isteri akan memberikan 1001 alasan kenapa masalah itu timbul,

Dia akan rationalize & validate sesuatu isu tu sehinggakan benda tu jadi tak ada masalah. Sedangkan dia saja yang rasa macam tu, isu tak selesai pun, aku tetap makan hati.

Entahlah, disebalik setiap kekecewaan aku tetap mengharapkan yang terbaik utk keluarga kecil kami, demi anak2. Jika dia sayangkan kerjayanya silakan hadap kerjanya itu. Bukan mengalah cuma aku dah lelah, nak jadi apa pun biarlah.

– Bitter (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Saya cadangkan awak ajak isteri pergi kaunseling rumah tangga, bagitahu apa yg awak nak & tak dapat daripada isteri. Dalam kaunseling tu juga, bagitahu apa yg awak dah buat contoh kerja rumah & jaga anak dsb. Fikirkan juga possible tak untuk isteri ambil cuti sepanjang awak di darat.

    Akhir sekali, kalau isteri betul betul nampak takde effort untuk penuhi nafkah batin awak, bagitahu yang isteri okay tak kalau awal cari isteri kedua yg boleh penuhi nafkah batin? Kalau isteri tak okay tapi tak nak juga berubah, pilihan di tangan awak. Sama ada bercerai atau hadap sahaja.

    Sebab awak bagitahu isteri jenis suka rationalise sampai benda tu tak jadi masalah. Itu namanya gaslighting. Dia akan spin benda tu sampai nampak macam awak yang bersalah. Dan gaslighter ni biasanya susah nak berubah.

    Nasihat saya, bincang dengan isteri betul betul, dan kalau tak boleh pergi, bawak pergi kaunseling. Dalam 2 jam setiap weekend. Dan kalau lepas kaunseling tak jadi juga, bagi pilihan pada isteri untuk penuhi nafkah batin awak atau bagi izin awak untuk kahwin lain.

  2. Bang, saya ni bukan nak ngajar bukan-bukan tapi saya sebagai kaum isteri ni kan senang je nak bagi isteri ni sedar, sama ada abang pulaukan dia atau abang cari kawan perempuan..pastu try hint kat dia kalau abg kahwin 2 awak ok tak? masa tu dia akan menggelupur untuk betulkan keadaan.

    Saya cakap bedasarkan pengalaman, suami pernah luah gak benda camni 3 tahun lepas tapi saya ada masalah mati putik yg jadi x boleh/xde mood nak bersama..Suami bawak sy urut batin kat melaka, hah lepas pada tu terus “rajin”. Sebelum tu suami ckp kalau awk x berubah jangan salahkan dia kalo dia ada yang lain..saya ape lagi rasa mcm kena tampar..lebih kurang camtu lah..x pandai la nak taip teratur..moga isteri abg berubah 1 hati nanti..Aamin

  3. Setuju dgn komen awal.. kalau dh berbincang dan dah berunding masih tidak mahu berubah, anda layak dan berhak utk menikah lagi. Inilah salah satu penyelesaian yang agama beri supaya dpt mengekalkan rumahtangga dgn cara yg halal.

    Isteri takde valid reason utk bekerja dan tkde valid reason utk meminta cerai jika anda blh buktikan anda mampu zahir dan batin dan berlaku adil.

    Poligami bukan utk semua orang. Tp jika cukup syarat dan ada sebab yg dibenarkan seperti kes anda ni, provided anda harus berjuang utk kekal adil dan tetap brkasih syg dgn isteri isteri dgn baik. Poligami adalah madrasah terbaik utk tarbiyah nafsu wanita yang kaya dgn emosi dan utk didik suami supaya taat perintah Allah dlm menunaikan hak isteri isteri zahir dan batin.

    Semoga anda diberikan kekuatan dan diberikan kemudahan.

  4. Diri aku dulu sama mcm wife tuan cerita…tapi lepas gaduh besar aku nekad ubah semua, hal kerja lps office hour aku xkn bwk balik rumah… aku uninstall semua apps media social yg tinggal hanya whatsapp itu pon utk kerja.. set dalam kepala aku nk kejar saham akhirat melalui rumahtangga aku… ujian akn dtg dari pelbagai sudut semoga tuan cerita dan isteri temui jalan penyelesaian :)

  5. Jangan mulakan dgn poligami. Ia hanya akan menambahkan masalah dan bakal menyebabkan awak kehilangan isteri dan anak2 terus. Cara terbaik adalah dengan luahkan straight forward pada isteri yg batin awak terseksa & minta dia tunaikan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *