Salam semua. Saya perlukan pandangan daripada pembaca.
Suami saya jenis yang kalau keluar rumah tiba2 ja dia akan pergi jumpa kawan dan lepak dalam jangka masa yang lama. Dan tak beritahu pulak tu.
Sebelum tu suami akan duduk di rumah jugak lah. Dalam jam 9 malam dia akan keluar. Kadang2 dia akan keluar dengan matlamat untuk pergi lepak dan dia akan inform masa nak keluar tu.
Kalau dari Isnin hingga Jumaat dia akan pulang hingga jam 12.30 paling lewat. Kalau Jumaat malam sehingga Sabtu malam boleh mencecah ke pukul 3 pagi melepak.
Kami dah ada dua anak. Seorang perempuan 3 tahun, seorang lagi bayi lelaki 4 bulan. Seringkali saya rasa nak hidup sendiri akan tetapi walaupun suami suka keluar malam suami juga akan mudahkan kerja saya di rumah.
Contoh kerja rumah seperti menyapu sampah, buang sampah, basuh dan sidai baju, cuci bilik air dan cuci pinggan.
Kerja saya di rumah hanya masak sahaja dan kadang2 jaga anak. Selalu waktu malam lepas suami keluar pastilah saya akan jaga anak.
Soalan saya, ada tak yang mengalami kehidupan suami isteri macam saya?
Suami waktu malamnya seakan tidak wujud di rumah. Tetapi nafkah suami beri macam biasa. Setiap kali gaji suami akan ambil RM400 untuk kegunaan dia dan selebihnya diberikan kepada saya.
Duit yang suami beri selalu akan bayar bayaran rumah kami separuh kerana rumah kami mahal, susu pampers anak, dan duit lauk sikit. Selebihnya saya kena topup pakai duit saya baru cukup.
Problem saya sekarang adalah macam mana nak jadi wanita kuat yang boleh kekal waras menunggu suami yang keluar malam balik lewat pagi?
Kadang2 bila suami tak beritahu ke mana saya jadi macam akan tertunggu dia.
Kalau dia dah bagitahu nak lepak pulak bila saya tanya balik pukul berapa dia akan cakap tak tahu, dan tiba2 malam tu balik jam 3.00 pagi atau 4.00 pagi.
Dan sekiranya saya tak tahan wajar ke saya ambik keputusan cerai disebabkan ini?
Usia perkahwinan baru 4 tahun. Kalau ambik keputusan bercerai adakah kalau saya berkahwin lain suami baru akan bersikap lebih baik atau lebih teruk dari suami sekarang.
Kadang2 tengok mudahnya orang berganti ganti pasangan.
Kalau ke pejabat agama untuk sesi kaunseling, macam mana nak mohon untuk sesi itu? Saya tak tahu dengan jelas langkah dan prosedur di sana.
– Cik Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami saya kdg2 mcm tu.lepas keja lepak dlu,kdg balik awal,kdg balik awal pagi.saya selalu tertunggu2.ank2 kdg2 tunggu SI ayah sampai tertidur..untuk kes puan,klu selalu sangat memang kena berbincang..dua2 bekerja,bukan dia sahaja.jgn buat perangai bujang lagi .klu Tak tahan ,puan blh ke jabatan agama jumpa kaunselor.dia akan arrange masa untuk jumpa dua2..gud luck puan
bincang laa. cakap nak ke pej agama kalau tak berubah. mmg confirm ke dia melepak tu dgn kwn lelaki dekat mamak? kalau menghilang tuu pandai2 laa syak wasangka okay
Masalah perempuan2 ni kan.. dia malas cakap.. Malas bagitau.. lepas tu ingat si laki tu terus faham la? Dah tahu yg lelaki ni mmg kena ketuk baru jalan. Tu pun jalan kalau dapat yg paham bahasa. Dapat laki jenis lembam/ bebai??
Ni nak ajar…kau buat la balik mcm dia buat. P la keluar sleepover rumah member. Tak de member? Kau g la drive me time sorg2. Masuk mall kejap ke. Bagitau on the spot mcm dia selalu buat. Nak keluar baru bagitau. Tgok reaction dia mcm mna. Dia nak berkokok? Kau justify balik aikk dia buat boleh? Tapi jgn la sampai 3 pagi baru kau balik rumah.
Tapi make sure kau dah settle kerja rumah semua. Dah masak.. Anak dah settle makan, kenyang, tdo. Cuma yg 4 bulan tu je la kot.. Kau kena angkut sekali..tgh fasa mengempeng dgn mak lagi kan..
Ikhtiar dulu.. Bukan terus nak cerai je yer.. Terus terang dgn suami tu. Nak gaduh baling kuali pun.. Luah semua yg tak puas hati tu..dok pendam2 apa pun tak berubah nnt. Good luck 💪
kita pompuan nie kena bijak.. lepas nie ko pulak kuar bagi laki ko rasa jaga anak2 kat rumah lama sikit bagi dia rasain!!