Suami Kaki Lucah

Assalamualaikum. Hai, nama saya Melur. Usia perkahwinan kami dah 3 tahun, dikurniakan 2 orang puteri.

Silap saya berkenalan dengan suami dalam tempoh terlalu sekejap, tak sampai setahun terus terima suami.

Awal perkahwinan saya sudah diselubungi dengan kesedihan dengan sikap suami kaki video lucah.

Lagi meruntun jiwa saya, apabila suami sering stalk bekas kekasihnya. Siap save gambar perempuan tersebut.

Saya mengandungkan anak pertama dalam linangan air mata. Boleh dikatakan setiap hari menangis sehinggalah saya bersalin.

Sekarang kakak nak memasuki umur 3 tahun. Setiap hari kakak suka menangis mungkin disebabkan saya yang terlalu melayan perasaan semasa mengandungkan dia.

Semasa berpantang anak pertama, semakin kerap suami layan video lucah.

Setiap malam atau awal pagi dia akan layan video tersebut sebelum bergerak pergi kerja. Kadang, dalam bilik air boleh layan video tersebut.

Macam mana saya boleh tahu? Saya search history google dia. Yang kerap dia layan video perempuan niqabis.

Saya pernah mengamuk disebabkan tak tahan dengan perangainya seolah-olah hipokrit di mata saya.

Depan orang lain, dia pakai kopiah, mengaji suara merdu dan menjadi imam solat.

Usrah dikatakan setiap minggu join. Tapi, di mata saya dia seorang manusia bertopengkan syaitan.

Selepas peristiwa mengamuk, dia berubah sedikit. Dia sudah tak layan lucah. Tapi kecewa juga akhirnya. Saya ingatkan dia berubah rupanya tidak.

Saya mengandungkan anak perempuan kedua, dia mula layan video lucah semula.

Sepanjang saya berpantang, boleh dikatakan setiap hari dia akan layan video lucah. Sedangkan mak saya ada ketika saya berpantang.

Sekarang saya dalam keadaan stress sangat².

Saya tak dapat menyusukan anak kedua saya dengan sepenuhnya. Langsung tak keluar susu disebabkan dalam kepala saya selalu keluar fikiran negatif terhadap suami.

Saya stress memikirkan umur kakak semakin meningkat, saya takut dia apa-apakan anak saya.

Umur kakak dah 3 tahun, dah boleh mandi sendiri tapi suami tetap nak mandi sekali dengan anak.

Kadang, perasaan saya dah tawar memikirkan sikap dia yang suka tengok perempuan. Simpan gambar perempuan seksi.

Saya pernah nasihatkan dia, berhentilah. Bertaubatlah. Rezeki semakin lama semakin sempit.

Dia selalu mengeluh duit takde. Sedangkan dosa kita terhadap Allah kita tidak minta ampun. Macam mana Allah nak kurniakan rezeki yang luas?

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Dasar lelaki
    Solat mengaji semua cukup
    Tapi perangai macam setan

    Jaga kakak tu
    Jgn bagi mandi sekali
    Tidur sekali
    Bahaya

  2. Pergi dekat ajk masjid atau siapa2 yang atas daripada suami akak, atau siapa2 yang dia ada rasa hormat/segan. Suruh orang tu bagi nasihat dekat suami akak.

    Jangan bagi dia mandi sekali dengan anak tu. Zaman sekarang macam2 boleh jadi.

    Saya harap tak ada apa2 berlaku kepada keluarga akak dan semoga suami akak berubah.

  3. Kak run for your life! Cerai kak! Part kau cerita suami NAK MANDI DENGAN ANAK nak muntah baca. What the haram jadah!!!!! ? Berak anak. Makan. Jaga lain TAK PEDULI. MANDI BERIYA NAK MANDI SEKALI? JIJIK! Lelaki normal tak macam laki kau kak. Bapak, abang kandung, abang ipar adik lelaki, sepupu lelaki. Tak pernah aku jumpa jantan beriya nak mandi sekali dengan anak perempuan. Kau baca pengalaman dalam IIUM confession nih semua yang pernah di cabul dan dirogol bermula dari lelaki yang ketagih tengok lucah. Lari kak. Selamatkan anak anak dara suci mu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *