Suami Kaki P

Saya dah berkahwin 4 tahun dan baru dikurniakan seorang anak.

Baru-baru ni untuk kesekian kalinya suami kantoi masih tengok p0rnografi. Kali pertama kantoi masa awal perkahwinan.

Sedih tak tahu nak cakap sebab sepatutnya orang baru kahwin masih fasa honeymoon. Patutlah boleh tahan lama tak sentuh isteri sendiri, rupanya nafsu kat tempat lain.

Lepastu saya ubah diri. Saya yang offer, saya yang mula dulu, siap berkomunikasi tentang apa yang suami suka etc. Saya akui memang saya all out.

Ubah lah macam mana pun, akan kantoi juga yang dia masih tak tinggalkan habit lama.

Yang peliknya saya tak cari sampai ke lubang cacing pun bukti tu, tapi akan kantoi juga. Tuhan nak tunjuk, akan jadi juga.

Setiap kali kantoi, minta maaf bersungguh sungguh janji tak buat lagi. Katanya susah sebab dah terbiasa sejak belum kahwin.

Saya offer untuk tolong, offer untuk teman jumpa kaunselor tapi katanya, janji tak buat lagi.

Setahun setengah yang lepas, macam dah berhenti. Saya pula bukan jenis sentiasa check phone suami.

Lepastu saya pregnant. Selepas beberapa bulan bersalin, Tuhan nak tunjuk lagi so kantoi depan saya lagi. Kali ni makin licik, siap letak password kat folder.

Tapi kuasa Tuhan, phone dia error macam mana entah password tak function maka terkeluarlah segala grafik yang disimpan dalam folder yang disorokkan tu.

Hati ni rasa kosong. Tawar hati mungkin. Dalam masa yang sama masih in denial, dan ingin normalize ‘lelaki memang tengok p0rnografi’ sekadar untuk sedapkan hati sendiri.

Tapi my rational thinking knew this isn’t right. What if satu hari nanti anak buka phone bapanya dan nampak semua tu.

Saya surirumah sepenuh masa. Parents dah tak ada, adik beradik menghilang.

Saya berhenti kerja untuk pindah ke tempat suami. No saving, no family, no friends. Cuma segulung degree yang jadi perhiasan dalam fail.

Sekarang dalam fasa yang saya sendiri tak tahu nak gambarkan. Should I just accept the fact that he’s a p0rn addict and live normally?

Tapi saya sendiri dah tak tahu apa maksud normal.

Inilah akibat terlalu bergantung dengan suami. Bila terjadi sesuatu, clueless tak tahu nak buat apa.

– Em (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kak, awak terlalu berharga untuk disampah oleh makhluk macam tu. Tujuan kita kahwin bukan untuk terluka seumur hidup. Kalau dia tak nak berubah, biarlah kita yang berubah. Kadang kadang manusia akan lebih menghargai lepas kehilangan. Akak cari kerja, berhias cantik cantik. Buat semua benda yang buat akak bahagia.

  2. Sy pernah hadapi benda ni juga dan baru kantoi lepas 4 tahun kawin. Kami ada 2 anak. Luluh hati tak tahu nak gambarkan tapi sy cuba untuk bertenang tak marah2 dan dengar luahan suami, tanya kenapa, apa kurangnya isteri dia ni. Dia mengaku p*orn addiction dan macam2 cara dia buat untuk tinggalkan benda tu. Dia tahu benda tu boleh effect hubungan bila bersama. Sangat bahaya. Saya tak tau mana silap sy sbb almost everyday sy sentiasa manja, selalu ada sentuhan pd dia selalu sy yg ajak bersama, tp kenapa bila dia bernafsu dia tak cari sy. Kdg waktu mlm terjaga dia tak kejut sy sb katanya kesian mungkin sy penat urus anak. Dia lagi rela keluarkan sendiri. Bila tanya kata nak cepat, bila bersama isteri perlukan tenaga n stamina so bila nak pergi kerja pagi jd penat. Tapi dia dh janji takkan buat lagi lps kantoi tu. Dia jd mcm tu bila dia tinggal rutin main gym dan bila ada minggu yg sgt stress. Sy kerap pesan, kalau tiba2 bernafsu tolonglah cari sy.
    Sbg isteri sy dh buat sehabis cara buat dia bahagia, dan selalu titipkan doa pada Allah supaya kuatkan imannya, biar dia setia pada sy sorg shj.

    Sy hrp awk jgn putus asa ya. Ni semua ujian buat isteri, selagi dia tak lupa tanggungjawab dia, masih lyn kita dan ank dgn baik, hubungan masih boleh dibaiki. InshaAllah.

  3. Assalamualaikum, Puan Em.
    Pertama sekali, ingin saya katakan bahawa tak semua lelaki tengok, suka tengok atau kaki pornografi. Kegiatan menonton video porno adalah satu dosa dan sangat tidak normal.

    Berkenaan suami puan, dia ketagihan pornografi seperti yang dia beritahu pada puan, kegiatan tersebut telah dia lakukan sebelum menikahi puan. Sebagai pembaca, apa yang boleh saya nasihat adalah bersabar dan dirikanlah solat. Doa dan merintihlah pada Allah dan Itu step pertama.

    Kedua, puan perlu kurangkan kebergantungan kepada suami puan. Seperti yang puan tulis, puan ada segulung ijazah. Saya nasihatkan, setelah anak puan berusia dua tahun ke atas, puan carilah pekerjaan. Jika puan keberatan untuk tinggalkan anak puan di bawah jagaan pengasuh, puan boleh lakukan pekerjaan online di rumah. Buat sikit-sikit dahulu. Saya yakin, puan boleh ubah diri puan kerana puan ada ilmu. Bahkan Allah Maha Baik telah memberi puan rezeki dapat degree.

    Akhir kata, jangan pernah putus harapan pada Allah. Rahmat Allah itu Maha Luas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *