Assalamualaikum. Semasa aku duk tulis luahan hati aku ni, aku betul2 rasa marah, sedih geram dengan suami aku. Aku tak tahu lagi nak buat macam mana.
Aku ni dah kahwin 11 tahun, rumah tangga kami biasalah ada naik ada turun. Tak bahagia sangat, dan tak derita sengsara sangat.
Alhamdulillah Allah masih beri nikmat sihat untuk aku, anak anak dan suami. Cuma masalah financial yang agak ketara bulan2.
Aku tak faham dengan perangai laki aku ni. Dulu masa awal 2 tahun kahwin, dia dah mintak rantai kahwin aku untuk pajak. Aku pon kesian n sayang, aku bagi.
Last2 dia biarkan luput dan tak ambil peduli langsung rantai aku. Habis burn di kedai pajak. Cincin kahwin burn, cincin tunang burn, dan cincin mak aku bagi pun burn. Tapi tu kisah 9 tahun lepas.
Lepas tu, dah tak ada isu pajak ni sangat sebab dia tak belikan aku apa apa pun untuk dia mintak. Semua barang aku beli, or mak aku punya.
2 tahun lepas dia ada belikan untuk anak aku rantai gelang emas, and guess what, tak sampai setahun beli, dia mintak untuk pajak, and guess what again, gelang tu pun burn di pajak gadai.
Kesian anak aku, last2 mak aku yang belikan untuk anak aku gelang emas.
Ok, tahun lepas aku dapat baby, mak mertua aku hadiahkan gelang emas untuk baby aku, and aku dah agak nasib gelang tu,
Masa mak mertua aku nazak sakit, suami mintak untuk letak di kedai pajak and janji akan ambil balik,
Aku pun bagi sebab nanti akan ada pembahagian duit mak mertua bila dia dah tiada, tapi sangkaan aku meleset. Burn jugak gelang budak kecik tu di kedai pajak.
Masa aku mengandung, dia ada mintak cincin dan loket aku, aku pun bagi sebab kesian, dan memang desperate nak pakai duit, dan bila dah time nak renew surat, dia buat tak endah, sebab masa tu kami gaduh, last2 aku punya sakit hati aku koyak surat tu sambil nangis..
Aku fikir memang nasib aku tak merasa nak simpan emas untuk diri aku.
Sekarang ni, arwah mak mertua aku ada bagi subang 2 jenis, rantai untuk aku, and rantai untuk anak aku satu.
Aku dah tolak subang tu and buat loket untuk anak aku sebab subang tu jenis orang lama2 pakai, tiba2 suami aku wassup mintak subang tu untuk dia pi letak, konon duit tak cukup.
Aku kata subang tu aku tolak dah, dan aku pon explain aku dah bagi banyak barang kot, yang ni pun kau nak lagi ka?
Pastu dia marah aku kata semua nak buat pandai, lepas ni jangan tanya dia apa dah kalau nak buat apa2.
Aku tersentap, tergamam. Pengorbanan aku selama ni semua sia2. Tak dikenang, tapi aku la yang jahat sebab aku tak bagi barang mak dia.
Ikut hati nak ja aku campak rantai mak dia yang aku pakai ni, tapi aku tak sanggup tengok satu persatu barang aku lingkup.
Kali ni aku tebalkan hati dan tak akan bagi dah apa pun barang untuk dia p letak kat kedai pajak. Hati aku hancur.
Dan tiap kali gaduh, dia akan activated silent treatment dia. Buat tak endah, tak cakap berminggu minggu, dan aku pon akan jadi stress balik pikir perangai dia.
Aku ni suri rumah ja, dia tu bekerja di syarikat terkemuka kot, takkan bulan2 dapat gaji kau buat apa? Sungguh aku tak faham.
Kalau readers kat luar sana yang baca kisah aki ni, apa the best solution aku nak buat. Nak aku bagi jugak ke rantai mak dia ni?
Rantai satu lagi kakak dia pegang, sebab suami aku sendiri suruh pegang takut dia pergi pajakkan.
Aku buntu, down dan macam nak gila fikir benda ni.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ingatkan suami untuk beli balik emas2
itu bukan milik dia
berdosa ambil milik orang
Aku syak dia main judi online..