Suami Kaki Video Lucah

Suami Kaki Video Lucah

Assalamualaikum semua. Nama aku Amy, seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak. Confession aku ni lebih kepada nak meluahkan perasaan yang terbuku di dada.

Semalam masa suami aku tengah mandi, aku tergerak hati nak tengok henpon dia. Nak tengok gambar2 anak yang dia ambik masa pegi taman haritu. Bukak je gallery, bersepah video lucah. Perempuan melayu, kulit sawo matang, macam2 gaya ada. Ada yang muka sama sampai 3-4 video. Bersiri kot.

Tiba2 aku rasa marah dan geram sangat2. Aku tutup dan campak henpon tu atas sofa. Habis je suami aku mandi, dia duduk sebelah aku, main dengan anak2. Dia perasan muka aku masam dan dia tanya aku kenapa. “Tu video pompuan mana dalam henpon you tu?” Aku tanya tanpa memandang muka dia.

Tiba2 aku rasa geli dan jijik dengan dia. “Video pompuan mana pulak ni?” Sambil gelak2 je dia cakap. Then dia bukak henpon dia dan gelak lagi kuat. “Laa ni orang hantar la. Dalam group whatsapp. Biasa la lelaki.” Macam tu je dia jawab.

Aku pun dah makin panas. “You boleh je pilih nak download ke tak video yang diorang hantar kan? Kenapa you pilih untuk download dan tengok? Banyak pulak tu?”

Then dia balas “Itu pun nak marah. Bukannya i yang pegi record video tu. Orang yang hantar dalam whatsapp.” Eh eh ni dah melampau. “Pompuan gila mana yang tak marah macam ni? Bagitau i.”

Then dia senyap je sambil delete2 video tu. “Baru sekali ni je kan. Selama ni mana ada.” Wah wah. “Selama ni i yang delete! Setiap kali main henpon you i akan delete semua!” Then dia dah mula marah. “Hah delete lah, delete!”

Pada pandangan korang, salah ke aku marah? Tak cool ke aku marah suami aku tengok video lucah? Bagi aku, itu salah satu bentuk kecurangan. Bagi aku, dia curang bila dia tengok video lucah pompuan lain. Maknanya dia ada nafsu dengan perempuan lain selain aku, isteri dia yang halal ni.

Lepas tu takkan la tengok je kan, mestilah tangan pun bekerja. Aku tahu benda2 macam ni berlaku. Tapi bagi aku, lepas dah kahwin, lelaki tak patut tengok video lucah lagi. Nak2 pulak aku ada anak perempuan.

Kadang2 risau jugak kalau terpaksa tinggalkan anak dengan dia bila aku kena kerja. Biasa lah mak2 kan risau lebih sikit. Alhamdulillah dia tak pernah lagi menunjukkan “minat” yang lain macam terhadap anak aku. Nauzubillah.

Aku tak boleh nak hadam kenapa dia perlu tengok video lucah lagi. Nak kata aku tak “bagi”, seminggu 3-4 kali jugak on.. Maybe sebab susuk tubuh aku tak macam pompuan2 dalam video lucah tu. Aku kurus, tak montok.

Selalu jugak aku tengok cermin dan rasa insecure dengan badan sendiri. Rasa low self-esteem. Semuanya sebab video lucah tu. Kadang2 aku rasa benci, meluat, sampai rasa nak mintak cerai pun ada.

Bukan aku tak pernah bincang dengan dia pasal ni. Banyak kali cakap elok2. Lagi satu anak2 aku suka main henpon dia. Aku risau satu hari nanti kalau diorang tertengok video lucah yang dia simpan tu macam mana? Habis rosak pemikiran anak2 aku nanti.

Suami aku ni bukanlah jenis yang alim. Sembahyang pun sebulan sekali. Tapi dia bapa dan suami yang bertanggungjawab. So far tak pernah lagi kantoi curang yang betul2 curang dengan perempuan lain.

Tapi tu lah. Dia suruh aku pakai tudung, pakai baju labuh, seluar longgar2, tapi dia suka tengok pompuan lain tak berbaju pulak.

Apa rasional nya semua ni? Normal ke lelaki dah kahwin tengok video lucah? Adakah aku tak sepatutnya marah dia dan patut biarkan je dia layan video lucah? Apa lagi yang harus aku lakukan sekarang?

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit