Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku. Nama aku Intan, suami aku Kaca. Awal 30an, ada sepasang cahaya mata.
Setiap kali ada confession, aku suka baca komen dan pendapat dari pembaca kat page IIUM Confession ni.
Rujuk pada tajuk, sah la cerita aku tentang rumahtangga kan.
Okay, suami aku si Kaca ada pekerjaan yang stabil. Begitu juga aku.
Sepanjang berumahtangga, aku dan si Kaca Alhamdulillah bahagia tapi masa aku mengandung anak kedua, suami aku kantoi.
Instinct isteri bila suami tiba2 tukar password hp kan, kau jangan main2 ye. Itu dah masuk kategori mencabar jiwa isteri.
Semudah A B C, dalam sehari je aku teka password hp Kaca.
First check whatsapp, nampak conversation dia dengan ex girlfriend (also bestfriend since kindergarten), aku gelar kan Duri lah ye.
Duri dah kahwin dulu sebelum kami.
Mula2 nampak ok, bertanya pendapat tentang hal kerja. Tapi semakin panjang conversation, si Kaca mula keluar ayat flirting.
Contoh ‘makin comel sekarang, tak nak datang sini ke boleh kite dating macam dulu, rindu..’.
Yang buat hati aku membara, si Duri yang appearance nye sangat islamic tapi boleh tahan melayan ye. Siap hantar gambar selfie mulut itik, ape kejadahnya.
Mujur sorang tinggal di pantai timur, sorang di selatan.
Next buka Instagram, check DM. Nahhh tudia, si Kaca flirting dengan pempuan bertudung ada, pempuan seksi tayang body pun ada.
Tak banyak sangat conversation sekadar ‘Hai cantik, i nak join u punya live, wow gorgeous as always’.
Masuk pula Telegram, nauzubillah penuh perempuan seksi, pakai bikini, pakai lingerie, sharing p*rn dengan komen2 si Kaca ‘contoh : Ee besarnya, geram nya’.
Apa perasaan aku lepas check hp tu? Slowly hilang respect pada si Kaca sebagai seorang suami.
Sekarang aku baru naik kerja semula selepas cuti bersalin anak kedua kami. Dan Kaca masih tak tahu yang dia dah kantoi.
Aku masih steady buat2 macam tak ada apa berlaku.
Ada lah simpan sikit bukti kegiatan dia, tak sanggup aku nak simpan bukti banyak2 sebab tiap kali baca, sangat mengganggu emosi. Sungguh, rasa nak hempuk2 suami sendiri.
Aku nak pendapat, apa perlu aku buat?
Selama yang aku kenal suami, dan pantauan dalam setahun ni, flirting setakat dalam hp sahaja.
Oh jangan cadangkan penceraian sebab aku masih rasa boleh selamatkan rumahtangga kami.
Macam mana cara untuk henti kan Kaca dari terus berhubung dengan Duri?
Patut ke aku guna ugutan tunjuk bukti pada MIL yang sangat garang dan titikberatkan hal agama? Confirm pucat lesi si Kaca sebab aku menantu kesayangan mertua.
Apa2 hal, dia yang selalu di marah oleh MIL, haha.
Tapi dengan ugut, tak menjamin Kaca untuk berubah kan?
Apa pun, aku akhiri dengan terima kasih untuk komen2 dan pendapat dari kalian.
Aku hargai sangat2, mungkin ni dugaan kecil untuk aku.
Tak apalah, memang dunia ni tempat untuk kita bersusah susah, so kita tempuh je lah, kan?
– Intan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit