Assalamualaikum. Di sini saya ingin meluahkan kerana terlalu malu ingin bercerita dengan orang yang rapat dengan saya. Dengan harapan dapat sebarang pandangan dan nasihat dari kawan2 di sini.
Saya WFH & menjaga anak dalam masa yang sama.
Kisahnya ialah suami kerap tidak berpuas hati & marah2 jika ada benda yang merasakan perkara itu tak patut untuk saya buat.
Salah sikit, dimarah & di tengking depan anak2. Soalan yang kerap di tanya ‘Kau ni bodoh ke bengap?’’
Kalau ada alasan sekalipun, saya tak pernah melawan & balas balik sebab saya teringat kata mertua, jangan dibalas ketika suami tengah marah.
Tapi bila saya tak balas, dikatanya saya tak nak bercakap dengannya.
Macam mana nak membalas dengan baik kalau dia tu bekas juara pidato, saya pula seorang introvert? Semua alasan saya bagi dia kata tak masuk akal.
Bagi suami, perkara kecil2 lah saya perlu titik beratkan. Selaiu jugak cakap, “kau takde otak ke untuk fikir? Aku juga kena fikir semua”
Saya faham kerjanya sibuk & berat. Dia adalah breadwinner kepada family, gaji saya tak seberapa nak dibandingkan. Setakat beli jajan & mainan anak2 sahaja boleh lah.
Tapi satu hari, dia tak berpuas hati kepada saya (atas 1 kejadian yang membuatkan dia marah), katanya dia tak REDHA dengan solat & puasa yang saya buat. Solat fardhu & puasa ganti ya. Bukan sunat.
Adakah urusan Allah dengan saya perlu kan redha dari suami? Bukan kah itu satu kewajipan??
Dan suami.. Solatnya tak pernah lengkap.. Mesti ada yang berlubang. Tak pernah saya ceritakan kepada sesiapa aib suami. Rasanya tak pernah ajar agama pun kepada saya.
“Aku rasa dah tak sayang kau”
“Aku cari perempuan lain lagi bagus”
Ayat bila tengah marah. Saya dah takde air mata dah bila kena tengking.
Saya sedaya upaya untuk baiki cara percakapan & perbuatan saya dengan nya. Kadang2 biasa la, lupa nak cakap atau tak terfikir untuk bagitahu benda kecil2.
Saya pernah kena marah sebab tak angkat call dia sedangkan saya hanya ke tandas. Katanya, kenapa tak bagitahu dulu sebelum pergi toilet??
Semua yang saya buat tak pernah betul. Kadang2 rasa macam saya ni bibik je.
Orang bekerja pun dapat appraisal kan.. ini asyik kena marah sahaja. Puji pun tak ada. Dia cakap dengan kawan2 lagi hormat daripada cakap dengan saya.
Sedih sangat.. Tapi saya nak tau.. Setakat mana redha suami yang tak benarkan saya ke syurga? Saya rasa putus asa sangat.
Dalam menaip ni saya menangis, Allah benci isteri macam saya ke?
Saya tak membebel, tak pernah tinggi suara, tak pernah complaint, cuma mungkin betul saya ni bengap & menyusahkan hidup suami?
Allah, ampunkan aku hambamu ini.
– Humayra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
situasi sis sama mcm sy. rse mcm diri ni tk dihargai. kdg mnde kecik pn die blh besarkan. apatah lg hal besar. kalau ad mnde yg die tk puas hati jwbnye dpt makian jela. kne tuduh, fitnah. asal tuduh fitnah msti berkai dgn jtn. ntahla. bertahan sb msih sygkn die dn rumahtangga ja. dan pikirkn anak2.
sy pn xpenah nk bebel die, complen, tggi suara, lwn ckp die apatah lg. kekadang jela too pn dlm wssp, lwn hny utk bela diri dn rse mnde too btol . kdg sy fikir aku ni selalu menyusahkan die ke?. pujuk jela diri sendiri.
Cer TT buat gila macam dia jugak.. cakap je ko rasa ko bagus sangat ke, ko igt aku bibik ke.. luah je apa yg sis pendam. Kalau duduk rumah sewa pun kena bayar & kena buat buat hal rumah sendiri. Ko fikir kalau beli beras mahal boleh masak sendiri ke? Baju kotor yg mahal tu boleh masuk.mesin sendiri ke? Geram plal aku
Isteri bukan manusia yg kena buli, isteri pun ada hak disisi suami, malah suami yg zalim akan mendapat pembalasan daripada Allah, redha atau tk redha, biar Allah yg menentukan
Hi Humayra. Suami takde kena mengena dengan solat dan puasa fardhu. Itu antara Humayra dan Allah, bukan suami. Asiah isteri firaun pun ada tempat di syurga. Teruskan solat dan puasa dengan yakin Allah Maha Pengasih Maha Penyayang yang menentukan kedudukan Humayra di tempat terbaik.
Mungkin salah satu sebab suami berperilaku kasar sebab dia tak solat. Allah yang pegang hati suami Humayra. Doakan dia terbuka hati untuk solat dan lembut hati dengan Humayra ya.
Cari circle atau aktiviti yang boleh buat Humayra happy dan yakin diri. Fokus pada didikan anak. Jika anak Humayra lelaki, didik dan doa supaya membesar menjadi anak soleh, suami dan ayah yang penyayang dan pelindung kepada wanita (Qawwam). Jika anak perempuan, didik supaya bijak menjaga maruah dan harga diri.
Allah letakkan perempuan di darjat yang tinggi sehingga ada surah khas perempuan dalam quran (an Nisa). Martabat Humayra tinggi. Jangan rendahkan diri kerana suami yang juga hamba Allah tak punya apa2.