Suami Kawan Aku Gay II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-kawan-aku-gay/).

Terima kasih atas komen anda semua. Ada yang tuduh saya g4y. Ada yang kata kalau tu bukan suami kawan saya, mesti saya dah layan. Tak pa la, saya maafkan semua tuduhan anda.

Semoga seluruh keturunan saya dijauhi dari perbuatan yang Allah laknat. Sejahat2 saya pun, saya tak pernah berzina atau buat perkara yang dilaknat Allah.

Saya nak tegaskan di sini saya bukan g4y. Siapa pun chat saya, saya layan ja sebab niat saya berkawan ja.. Tak kan seorang lelaki dan lelaki tak boleh berkawan? Asal laki kawan dengan laki terus dicop g4y ke?

Tapi kalau chat tu mula merapu, saya dah tak layan. Saya akan stop terus. Sebab saya rasa sangat jijik.

Cuma isu pasal suami kawan saya tu, saya ingat dia kenal saya, sebab tu bila dia tanya soalan2 sensitif, saya jadi terkejut. Sebab saya mati2 tak sangka dia macam tu.

Mula2 dia tanya biasa2 ja. Lepas tu masuk topik macam tu, saya ingat dia saja nak test saya.. Sebab tu saya layan.

Tapi bukan layan dengan jawab soalan dia, tapi saya tanya soalan balik. Pasal family dia, diri dia. Sebab saya pun awal2 syak orang salah guna gambar dia.

Tapi mustahil. Sebab account dia verified. So memang sah2 tu dia. Lagipun maklumat diri dia semua betul.

Tapi memandangkan dia berterusan mengoda dan mengajak saya untuk buat benda tu, sebab tu saya tanya dia tak kesian kat isteri ke. Lepas tu baru dia dah tak chat saya dah.

Tapi atas cadangan semua, saya buat keputusan untuk beritahu kawan saya tu. Sebab saya bimbang pembawakan penyakit.

Tapi respon dari kawan saya amat mengecewakan saya.. Dia menuduh saya pulak buat fitnah kat suami dia. Siap ugut nak saman saya pulak walaupun saya dah tunjuk bukti2 chat suami dia.

Siap ada gambar lucah suami dia tu, saya tunjuk. Tak kan dia masih tak kenal tu anggota sulit suami dia.

Tapi tak apa la.. Saya fikir mungkin dia tak boleh terima. Atau dia tak kisah suami dia macam tu. Mungkin dalam keadaan terkejut ke apa, emosi dia jadi tak menentu.

Yang penting saya dah bagitau perkara yang salah tu. Macam 1 komen tu. Kurang2 saya tak payah jawab dah kat akhirat.

Saya sebenarnya bagitau kawan saya melalui fake account dari fb.. Saya rasa saya bagitau dengan cara yang sangat sopan.

Tapi netizen nilai la sendiri ayat saya ni salah ke betul..

Ni ayat saya :

‘Salam puan, maaf ganggu. Mungkin berita ni akan mengejutkan puan. Tapi saya bagitau ni sebab saya risau akan jangkitan penyakit dan sebagainya.

Saya rasa suami pun mungkin g4y. Baru2 ni dia ada mesej saya macam ni. (saya tunjuk ss conversation kami) sekali dengan gambar2 tu la.

Saya kata saya tunjuk ni supaya puan alert. Lagipun tak sampai hati nak diam ja sebab saya kenal puan walaupun tak rapat.

Suami puan mengaku hubungan dengan ramai orang termasuk foreigners.. Mungkin puan boleh buat ujian dan tanya suami sendiri mengenai perkara ni. Maaf atas ujian yang berat ni’

Tapi kawan saya respon :

‘Hey sapa ko ni.. Nak tuduh buat fitnah bukan2. Aku akan report kau ni nak rosakkan rumahtangga orang’

Dan macam2 lagi amukan2 dia.. Terlalu panjang untuk saya tulis. Saya langsung tak reply apa2 dah lepas tu. Dia pun dah senyap bila saya tak respon.

Tapi malam semalam dia hantar salinan report polis ke atas saya. Tapi dia belum tahu tu saya.

Dalam report cuma cakap ada individu guna fake account sekian2 untuk mengaibkan suami dia, nak jatuhkan reputasi suami dia.

Niat orang tu kemungkinan nak peras ugut la, nak hancurkan rumahtangga la. Nak aibkan keluarga la. Panjang lebar jugak report tu.

Tujuan dia buat report sebab nak guna untuk kenal pasti saya siapa untuk tujuan proses saman malu dan tindakan undang2 yang lain.

Kalau nak cakap jujurnya, saya memang terkejut, cuak dan takut bila tengok report tu. Saya ingat dia saja2 ugut. Tak sangka dia serius.

Akibat panik, terus saya delete acc fb dan acc apps yang saya kenal suami dia tu.. Hilang terus ketenangan saya lepas tengok report tu. Menyesal pun ada sibuk hal rumahtangga orang.

Sepatutnya saya fikir dulu keluarga kawan saya ni orang besar jugak. Mungkin tak susah pun diaorang nak trace saya melalui SKMM.

Sedangkan saya ni orang yang sangat2 biasa. Mana mampu nak lawan keluarga hebat. Tak salah saya, ayah dia pun polis.

Hampir semalaman saya tak boleh tidur. Fikir macam2. Fikir macam mana kalau polis tangkap saya ke. Sebab dia sakit hati, dia tuduh saya ada dadah ke. Saya overthinking terlampau dahsyat.

Pukul 3 pagi, saya pergi solat tahajud. Jarang2 saya buat. Tapi punya takut polis serbu rumah, sampai termenangis dalam solat.

Lepas tu hati saya rasa lapang sikit. Sebab saya tak buat salah pun. Niat saya baik ja. Kalau pun saya dipenjara, Allah tahu apa saya buat. Cukup la Allah ja tahu niat saya.

So saya dah siap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Pagi tadi saya tengok kawan saya update status fb, ‘hati2 semua, manusia dan dengki berpisah tiada. Kami tak buat salah kat orang pun orang dengki khianat’

Lepas tu ada lagi la komen2 dia di ruangan komen. Sebab ramai kawan2 dan family dia komen tanya kenapa.

Saya rasa dia memang tuju kat saya. Orang perempuan kan emosi dahsyat.

Kadang2 rasa kesian pun ada atas kebodohan terlalu percaya kat lelaki. Mungkin dia sangat sayang suami dia sampai tak boleh terima suami dia macam tu..

Untung suami dia, dapat isteri yang menyayangi dia macam tu sekali.

Saya stalk fb suami dia pun macam tak de apa yang berlaku ja. Enjoy ja pergi makan pergi jalan sana sini.

Tapi saya doakan yang terbaik la untuk keluarga kawan saya ni.. Moga suami dia insaf dan jaga keluarga baik2.

Kalau boleh bagi la sedikit kata2 semangat kat saya. Sebab emosi saya kejap2 rasa terganggu dengan report polis tu.

Terima kasih.

– Abu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. i ada kawan gay. and mostly dia sendiri cakap ada ramai suami org yg dah anak 4 5 orang tapi gay, in right term tu bysexsual lah. boleh layan both. if i, i call je kawan u and cakap tu fb aku. aku yg install apps tu and laki kau chat aku. jgn delete sshot u ngn husband dia tu. after u dah call explain kat dia. if kes berjalan u tunjuk sshot tu semya dlm court. u ada bukti kukuh. jangan lah takut. mmg ramai je suami org ada anak banyak tapi layan 2 2.

  2. Saya pernah berkahwin, lasted for 2 months sahaja. Dalam tempoh tu, Allah beri petunjuk dengan terang bekas suami seorang bisexual. Allah gerakkan saya buka gadgetnya, I got to read several conversation dia dengan several random guys dalam komuniti yang sama. Sangat terkejut sebab ad antaranya dah berkeluarga, karier yang stabil, masing-masing mengaku dah berkahwin tapi still sembang benda-benda yang menakutkan.

    Pengalaman sendiri serta baca pengalaman ramai sangat terkena macamni, aku jadi skeptikal dengan banyak lelaki. Be very cautious dengan calon suami/suami kalian.
    Be observant and analytical.
    Who their friends are, the way he touches/avoid touching you, the way he spends his past time, the way he talk etc.

    Bagi mereka yang masih meneruskan kegiatan dan hubungan terlarang dalam keadaan berkeluarga, kalian sebenarnya melakukan satu penipuan besar dalam hidup kalian, isteri dan anak-anak kalian serta keluarga. Ia hanya akan membawa musibah yang besar dan penyesalan yang berpanjangan

  3. Sy pun ada problem hmpir sama macam awak cuma bezanya kawan sy yg gay dan masih bujang. Sy kesian kat family dia sebab family dia nmpk macam jenis jaga agama. Ada jugak terdetik nk gtau family dia tapi takut jugak dapat respond yg mengecewakan. Sekarang sy cuma mampu doakan dia yg baik2 je dulu. Takpe, inshaAllah takde apa tu. Allah akan sentiasa ada kat pihak yang benar. Niat awak pun baik, nak tolong kwn awak. Allah tahu niat awak dan sy yakin Allah pasti akan lindungi awak. Aminn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *