Suami Kawanku Anti-V4ksin II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-suami-member-yang-anti-v4ksin/).

Assalamualaikum IIUM Confession. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan aku. Ini adalah kali kedua selepas yang pertama.

Terima kasih semua yang mendoakan kawan aku sembuh dan kembali pulang ke pangkuan keluarga.

Untuk pengetahuan semua, kawan aku masa hari kedua ditiarapkan keadaan dia sangatlah tak memuaskan. Oksigen dia drop ke tahap yang membimbangkan.

Sebab dia ada sejarah asthma. Jadi paru-paru dan organ lain start nak merosak. Doktor dah bagi hint kat ahli keluarga supaya bersedia dengan panggilan telefon bila-bila masa sahaja.

Barang-barang personal dia pun doktor suruh mai ambik bawak balik. Cuma handphone sahaja Kkm pegang. Masa tuhan saja lah yang tau perasaan kami semua. Apatah lagi ibuayah dan keluarga kawan aku ni.

Waktu ni kami semua dah berserah. Dengan sedikit keyakinan,setiap malam tanpa gagal kami buat bacaan yasin melalui zoom beramai-ramai. ahli keluarga dan sahabat2.

Ada komen tanya macamana dengan keadaan laki beliau bila bini dah tahap kritikal macam tu. Si suami yang lantang sebelum ini mula sunyi sepi.

Dia dah keluar dari rumah family bini dia lepas bini dia masuk hospital. Dia pegi rumah kawan dia yang mula2 positif tu. Kuarantin kat sana.

Bila doktor mintak nombor telefon suami,mula2 pihak keluarga taknak bagi. Alasan sebab si suami ni kuat melenting dan takut doktor update apa2 tak sampai maklumat kat keluarga. Lagipun mesti bini dia awal2 dah bagi nombor tepon suami.

Tapi mengenangkan apa pun situasi isteri,suami yang paling utama berhak untuk tahu dan mungkin ada sedikit keinsafan di hati suami. Redha suami syurga buat isteri maka keluarga pun redhakan bagi nombor suami.

Bila ayah mertua dia call, barulah si suami mintak maaf menyesal. Menangis Bersungguh-sungguh dia mintak maaf. Dia siap cakap semoga dengan permintaan maaf dia, Allah akan mudahkan urusan bini dia cepat sembuh.

Aku harap dia memang menyesal dengan apa yang dia dah buat kat si isteri. Dah deman panas pun tak bagi makan panadol… Apooooo???…

Tak leh nak brain la kepala otak aku orang cenggini.

Aku puji ayah kawan aku ni. Sejenis rasional. Semua orang memang dah marah betul kat suami kawan aku ni tapi mengenangkan dia dah mintak maaf dengan apa yang dia dah buat,

Dan tak nak keruhkan keadaan yang memang dah tak leh nak buat apa, ayah mertua dia pun maafkan jelah dah redha dengan apa yang akan terjadi di hari mendatang.

Alhamdulillah, berkat doa semua dan berkat setiap malam buat bacaan yassin melalui zoom, kawan aku ni mula menunjukkan perkembangan positif. Oksigen dah naik ke paras yang lebih baik.

Dan jika terus menunjukkan perkembangan positif kemungkinan doktor akan pusingkan balik badan dia dan bagi bernafas guna oksigen macam biasa.

Takda yang mustahil dengan kuasa Allah swt. Kawan aku ni dah kategori cat 5. Tapi Allah swt sajalah yang berkuasa atas segala-galanya.

Kita cuma mampu usaha dan berdoa.

Pada yang cakap aku karang cerita,aku harap benda ni tak terjadi kau korang dan keluarga korang. Sebab kalau dah terjadi doktor call bagitau macam tu kan, dia teringin nak makan seulas epal pun kau akan ralat seumur hidup kalau tak sempat bagi.

Sebab tu lah, berbuat baiklah dengan orang sekeliling lagi2 pasangan kita. Kita tak tau sapa dulu yang akan pergi. Kalau Allah dah bagi kesempatan kali kedua mohon jangan sia-siakan tak kisah lah apa pun pendirian kau.

Buat kaum wanita yang belum berkahwin dan sudah berkahwin, jangan lah ikut benda2 yang membabi buta.

Pikir dulu Lagi2 melibatkan bab kesihatan mental dan fizikal kau. Kita ni nak berkahwin sebab nak bahagia. Kalau dah bangun pagi kena dengar tengkingan dan buat kita menangis. Elok la kita single.

Its ok kita tersilap pilih pasangan. Kita manusia. Kita boleh tukar takdir untuk pilih kebahagiaan kita. Kita mungkin tersilap pilih suami.

Tapi anak-anak kita takda istilah tersilap pilih ibubapa.

Pikir-pikir kan lah.

Luahan aku ni dah jadi peperangan pulak diantara antiv4k dan bukan antiv4k. Memanglah v4ksin tu bukan sebab kau kebal dari covid. Still kau kena covid. cuma itu salah satu dari ikhtiar untuk kau lindung diri kau.

Kalau kau positif tapi kalau dah v4ksin simptom dia tak seteruk daripada kau tak v4ksin. Kalau dah ajal kau sampai kau v4ksin or tak tetap dah sampai ajal. v4ksin ni salah 1 ikhtiar selain dari makan makanan2 sunnah dan telan vitamin.

Aku bukan bermaksud nak merendahkan golongan antiv4k. Macam yang aku paham, golongan antiv4k ni ada sebab2 dia yang tersendiri.

Paling utama,ada yang berpenyakit,darah jenis tak sesuai terima v4ksin dan akan lebih memudharatkan beliau dan keluarga jika terima v4ksin. Yang ni kkm pun paham dan golongan ni kecil sahaja peratusan di Malaysia.

Apa yang aku mushkil ni golongan yang percaya teori konsipirasi. taksub melampau kepada seseorang yang pengikut ramai yang ilmu perubatan dia pun boleh dipertikaikan.

Boleh pulak tuduh orang yang ambik v4ksin pengikut dajjal and what so on.

Apoooo!!???

Macam ni lah, akhir zaman ni pegang jelah apa yang nabi kata. Al-quran dan sunnah. Sembahyang awal waktu, cari masa untuk tadabbur al-quran dan cari rezeki yang halal.

Benda2 yang diluar kuasa kita,memang kita tak mampu.

Cuma kita boleh berusaha dan berdoa semoga pemergian kita dalam husnul khotimah.

Pada yang takda masalah untuk div4ksin,aku merayu ambiklah v4ksin. Jangan tangguh-tangguh! Lagi2 kalau kau ada sejarah sakit lain. Aku puji bangsa lain macam cina dan india. Diorang antara yang kedepan dalam bab v4ksin ni.

Aku doakan yang sedang menunggu senarai div4ksin semoga cepat urusan korang. Boleh ambik yang walk in kalau lambat.

Akhir kata, jaga diri. Ikut sop. Walaupun dah boleh dine in kes masih tinggi. V4ksin bukan beerti kau kebal dari covid. Jangan stress sangat dan sentiasa berwaspada.

Semoga Allah swt memelihara kita, selamat dari mara bahaya dan semoga kita dikurniakan pemimpin yang baik dan soleh.

Terima kasih semua yang sudi baca luahan aku ni. Terus doakan kawan aku ni sedar balik, sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga ye.

Terima kasih semua!

Assalamualaikum.

– Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *