Suami Kawanku Anti-V4ksin III

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-suami-member-yang-anti-v4ksin/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/suami-kawanku-anti-v4ksin-ii/).

Assalamualaikum semua. Aku Timah yang kawan aku, suami dia antiv4ksin tu. Aku masih dalam keadaan bersedih ni.

Sebenarnya dah nak masuk seminggu kawan aku ni dah kembali ke rahmatullah. Aku ambik masa kuatkan diri nak bagitau korang semua pasal kawan aku ni.

Aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi mendoakan dia masa dia kritikal haritu.

Lepas beberapa hari dia stabil sekejap lepas tu doktor bagitau paru-paru dia banyak rosak akibat virus ni dah bersarang dalam paru-paru dia. Diaorang dah tinggikan oksigen dan tambah antibiotik pun dah tak boleh buat apa2.

Macam penyakit pnemonia. Akhirnya doktor slowkan oksigen perlahan-lahan dan biarkan dia pergi dengan tenang. Tak silap 8 hari kot dia ditidurkan. Syurgalah tempat kau beb sebab pergi akibat wabak.

Allah nak naikkan darjat dia bagi dia dugaan hebat sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Betapa musibah covid yang Allah turunkan ni memberi kita 1001 macam hikmah tentang betapa kerdilnya dan betapa singkatnya hidup kita di dunia ini.

Family dia semua redha dan bersedih atas pemergiaan dia cuma agak terkilan dengan saat-saat akhir hidup dia akibat dilayan oleh suami yang teruk macam tu.

Rupanya si suami setiap hari check my sejahtera dia takut dia pergi v4ksin senyap-senyap. Takut sangat bini kau kena suntik v4ksin takut jadi zombie tapi bila bini kau sakit, mengadu demam sanggup kau biarkan dia terkapai-kapai menderita.

Kawan aku ni dah bagi hint kat family dia yang dia malu dengan perangai suami dia. Masa kat hospital dia minta maaf sebab selalu buat diaorang susah hati bila dengar dia gaduh dengan laki dia.

Dia malu dengan perangai laki dia yang kuat memberontak dan tak hormat mak bapak dia.

Dia siap cakap kalau keluar hospital ni kalau dah berpisah jalan terbaik memang dia nak berpisah dengan suami dia. Dia dah tak tahan. rupanya memanglah dah berpisah buat selama-lamanya.

Semoga suami dia menyesal atas kekasaran terhadap isteri kau selama ni.

Buat para lelaki, kalau kau dah bersikap panas baran, kuat baca kisah konspirasi, nak pergi berperang tapi duit tak berapa nak ada, memang niat kau tak nak berkasih sayang dengan isteri, memang niat kau nak buat bini kau jadi babu, aku sarankan jangan kahwin.

Jangan biarkan keturunan kau membiak sebab aku kesian dengan isteri dan anak-anak kau nanti. Tolong lah aku mohon.

Bayangkan si perempuan dah hidup bahagia dengan keluarga dia, siap boleh hulur duit kat mak ayah. Kahwin dengan kau baru setahun, menderita.

Aku ada baca confession yang isteri suami antiv4ksin sebelum ni. At least suami awak orang yang baik. Tak paksa isteri dia nak v4ksin or tak. Cuma dia termakan dakyah antiv4ksin saja.

Selagi mana suami tu jalankan tanggungjawab dia, bagi nafkah zahir dan batin, kau ikut jela beb. Jangan dia susahkan kau sudahlah.

Dia nak berhenti kerja terpulang. Suruh dia cari kerja lain. Betul ada banyak saja rezeki kat luar sana. Tapi jangan sampai menyusahkan diri dan keluarga.

Kita ni letih la kalau selalu gaduh pasal benda2 yang tak sefahaman ni. Pasal nya dia ada pendirian dia pastu dia tutup telinga kalau kau bagitau pendirian kau. So benda ni takkan habis. Penat weh.

Kalau gaduh sangat nanti kita yang depression. Selagi mana tidak memudaratkan kau dan anak-anak lantak la dia. Doa banyak-banyak Allah swt lembutkan hati dia.

Oh ya, aku nak sambung cerita pasal family member aku ni. Kan aku ada bagitau yang semua family dia sempat v4ksin. Macam mak ayah dia dah lengkap 2 dos. Adik beradik yang lain sempat 1 dos.

Untuk pengetahuan korang, mak kawan aku pun dimasukkan ke hospital lepas beberapa hari member aku masuk hospital.

Dia masuk sebab level oksigen dia drop dan kalau diikutkan keadaan mak dia lebih teruk dari member aku sebab mak ada komplikasi kencing manis, darah tinggi dan semput.

Tapi alhamdullillah lepas beberapa hari, keadaan mak dia dah stabil, tak payah pakai oksigen dan dapat keluar dari wad lepas dah sembuh.

Allah permudahkan jugak la. Terbukti asbab v4ksin juga la sebab kebanyakan yang dah v4ksin, simptom untuk jadi lebih buruk dapat dikurangkan. Apa pun ni semua atas ketentuan Allah swt. Kun fa ya kun. Kita cuma ikhtiar.

Cuma, aku nak pesan kepada yang belum div4ksin, kalau kau orang ada sejarah penyakit kronik atau penyakit yang lain elok la telus dan maklumkan kepada doktor sebelum disuntik. Kkm pun ada bagi borang suruh isi kalau ada penyakit.

Sebabnya membe aku ayah dia ada penyakit jantung, doktor tak bagi cucuk di pusat v4ksinasi. Doktor suruh pergi IJN or hospital tempat dia selalu buat checkup kalau nak v4ksin.

Member aku yang sorang lagi ada darah tinggi yang agak kronik. Dia pun doktor tak bagi suntik kat pusat v4ksinasi.

Dia kena suntik di hospital. Lepas dia kena cucuk dia rebah dan dialmasukan red zone and kena warded tapi alhamdulillah keadaan dia stabil sebab doktor cepat bertindak bagi rawatan kecemasan.

Ikutkan dia tak layak dapat v4ksin sebab berpenyakit tapi dia merayu sungguh-sungguh nak jugak. Pelik kan orang sihat tak nak v4ksin orang sakit yang nak v4ksin.

Yela, v4ksin ni kesan dia kuat. Orang berpenyakit mungkin tak kuat nak tahan. Alangkan kita yang sihat boleh demam berhari-hari ini kan pulak kalau dah berpenyakit. Sebab tu at least jadi apa-apa jadi kat hospital dah lengkap ada peralatan dia.

Kalau korang tak berpenyakit apa2 tapi effect v4ksin tu terlalu kuat untuk korang macam demam yang sangat kuat, cepat-cepat pergi hospital atau update dulu dalam mysejahtera. Kkm patut tahu keadaan korang lepas disuntik.

Mungkin ada doktor or orang Kkm sendiri boleh buat 1 confession huraikan pasal benda ni. Sebabnya bila ada kes kematian selepas div4ksin, orang-orang antiv4ksin ni akan menggunakan hujah ni untuk menakutkan orang lain untuk pergi v4ksin.

Walhal v4ksin ni dah bagi manfaat dekat berjuta rakyat yang lain. Kalau tengok dekat Selangor pun dah kurang kes kritikal sebab program v4ksinasi ni.

Ada 1 kes pakcik ni memang dah sakit teruk lepas 1 dos kena cucuk. Disebabkan dia nak sangat solat di masjid dia kena lengkapkan 2 dos. Ikutkan dia kena refer kkm dulu lah maybe dia berpenyakit. Tapi dah dia nak sangat masuk masjid dia pun buat suntikan yang kedua.

Lepas tu dia kena strok dan meninggal. Mungkin kalau dia refer betul-betul kat Kkm atau buat suntikan kedua di hospital mungkin lah dia boleh diselamatkan. Apapun berbalik kepada Kun faya kun. Semoga syurga lah buat pakcik sebab niat dia yang baik tu.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih banyak-banyak buat korang yang sudi membaca confession aku. Terima kasih juga doakan almarhum member aku. Aku yakin beliau pergi dalam keadaan yang baik iaitu husnul khotimah.

Sempat mintak maaf kat seluruh ahli keluarga, suami dan sempat mengucap kalimah shahadah sebelum ditidurkan.

Semoga kita semua pun pergi dalam keadaan yang baik. Aku doakan semoga semua yang korang doakan tu berbalik semula kat korang.

Maafkan aku jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara. Aku terima jika korang betulkan salah silap aku sebab ni semua hanya pendapat dan pengalaman aku saja. Banyak juga belajar dari pendapat dan pengetahuan kalian.

Semoga kita semua kuat menempuh hari-hari yang mendatang dan semoga Allah swt ampunkan dosa kita semua.

Assalamualaikum.

– Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *