Hi Semua, Saya ingin meminta pandangan para isteri diluar sana berkenaan kisah saya bersama suami.
Suami dan saya baru berkahwin lebih setahun, alhamdulillah hubungan kami baik. Cuma saya berasa sedikit tidak selesa berkenaan sikap suami yang clingy.
Suami mempunyai hobi lain seperti bermain video game dan saya masih menunggu rezeki untuk bekerja. Saya suka mencari peluang untuk mengaji solat sunat dan beribadat waktu malam atau awal pagi selepas subuh.
Kadangkala saya berada di depan sejadah selama sejam selepas solat cuma untuk berzikir. Namun suami mempunyai habit cuma boleh tidur sekiranya saya di sebelahnya.
Kadang2 timbul perasaan geram dalam hati saya kerana perlu mendahulukan suami ketika beribadat kepada Allah swt.
Suami orang yang baik dan alhamdulillah melakukan ibadat wajib dengan sempurna tetapi saya cuba untuk perbaiki ibadat saya dengan melakukan ibadat sunnat yang lain.
Saya perasan suami hanya melakukan ibadat wajib sahaja selama berkahwin dan tidak pernah membaca Alquran di depan saya selama berkahwin.
Seringkali saya tidak dapat berdoa panjang2 selepas solat kerana suami telah panggil saya untuk menemani dia tidur.
Saya berasa betul2 tidak puas kerana tidak dapat beribadat lebih lama kepada Allah. Saya tahu memang saya patut melebihkan suami selalu, namun saya jugak risau dengan hidup dan akhirat saya.
Oleh itu saya betul2 ingin mengabdikan diri kepada Allah swt. Saya jugak hari2 berdoa bertungkus lumus berdoa untuk mendapatkan rezeki kerja dari Allah.
Banyak masa saya cuba luangkan bersama Allah untuk memohon keampunan dan meminta rezeki bekerja namun saya jadi marah dan kecewa bila suami setiap masa ingin saya menemani dia terutama ketika tidur.
Suami tidak perlukan saya ketika dia bermain game atau melakukan hobi lain.
Saya pernah luahkan hal ini bersama suami kerana saya tidak dapat berdoa lama2 di atas tikar sejadah kerana suami terus minta saya menemani dia tidur, namun suami kata memang itu hak suami.
Isteri memang kena mendahulukan suami. Saya ingin meminta pandangan para isteri diluar sana. Macam mana cara untuk beribadat tengah malam atau awal pagi tanpa membuat suami tersinggung.
– Orkid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sya pernah terbaca, klaw isteri nk buat ibadat ‘sunat’, spt solat tahajud, puasa sunat dsb., masih perlu minta izin suami.. cuba brbincang elok2 dgn suami.. sepatutnya sbg suami, dia yg mengajak dan membimbing awk utk buat ibadah, dan bkn ‘bermain game’ selalu, krn perkara itu boleh jd ‘ketagih’ dan melalaikan.. klau x memberatkn, ajaklah (atau at least sruh suami) solat berjemaah di masjid, atau hadir majlis ilmu, krn itu akn memberi ilmu, serta lebih rajin membuat ibadah samma2.. katakn kpdnya, klaw bole kita sama2 masuk Syurga Allah (insha Allah dgn family of coz), mse kawen dlu ramai yg medoakn : bhagia sehingga ke Jannah, so utk ‘merealisasikan’nya, kna lah sama2 bekerja keras ke arah cita2 tersebut, barulah dpt kebhagiaan di dunia & Akhirat bersama2.. wallahu a’lam.
Adik
Perkahwinan ini satu ibadah
Taat pada suami pun ibadah selagi bukan perkara mungkar
Niat ikut perintah suami lillahitaala
Semoga yg baik2 saja untuk adik
Melayan suami juga salah satu ibadah, malah ibadah yg lebih utama daripada solat sunat dan zikir..