Aku pernah confess kat sini tentang suami aku seorang house husband. Mungkin ada yang pernah baca : (https://iiumc.com/house-husband-2/).
Alhamdulillah, aku baca semua komen yang ditulis. Ada yang positif , ada yang tak. Tapi semua aku terima dan aku hargai.
Suami aku memang kotakan janjinya. Sepanjang aku berpantang memang dia yang jaga. Alhamdulillah, aku bersalin tanpa sebarang masalah dan aku tenang dan senang berpantang di rumah sendiri. Suami aku yang bakarkan tungku, masak dan jaga kami sebaiknya.
Sejujurnya hingga sekarang usia anak kecil aku dah 3 bulan++ , aku belum sekalipun mandikannya lagi. Semua suami aku yang buatkan. Dan setiap malam, bila aku terjaga untuk menyusukan anak aku, aku tenung muka suami aku yang keletihan dan aku panjatkan bebanyak doa agar Allah merahmati dia.
Dah dua minggu aku masuk kerja. Dan kali ni suami aku jugalah yang ambil alih jaga anak kecil kami tu sendiri. Memang kali ni aku dapat pergi kerja dengan senang hati sebab anak aku berada in a good hand. Tak macam yang sebelum ini, agak susah hati bila hantar anak ke nurseri. Alhamdulillah.
Sebenarnya bukan itu yang aku nak kongsi. Aku nak cerita tentang pengalaman kami masa suami aku tak sihat dipercayai akibat di santau dulu.
5 tahun lepas masa suami dapat tender untuk satu event besar kerajaan negeri. Masa tu sangat sibuk, dekat² dengan event memang dia balik rumah pun sekejap² sahaja. Normal saja pada aku. Selesai event itulah dia mula sakit dan lain macam.
Perkara pertama yang aku ingat, badan dia gatal². Dia asyik kata nampak hama merayap² di kulit dia. Dan hama tu pulak bila suami picit akan melompat jadi dua ekor lagi. Kami sampai jumpa doktor kulit. Itulah yang dia cerita pada doktor. Mesti doktor ingat dia dah tak betul, sebab aku pun susah nak percaya masa tu.
Disebabkan tu juga dia jadi obses dengan habuk dan hama. Bayangkan aku balik kerja, masuk rumah, aku hampir tergelincir. Lantai dan dinding rumah aku becak dan melekit dengan sabun dan klorok. Dia spray satu rumah sebab dia kata hama tu banyak sangat di dinding dan lantai. Sedangkan aku tak nampak apa pun. Terpaksalah aku mop balik lantai masa tu.
Pernah jugak aku balik rumah, tengok² rumah aku cerah terang benderang.. rupanya suami aku dah cabut semua curtain di tingkap dan sliding door dan basuh, katanya hama tu melekat di curtain. Terpaksalah aku kelam kabut pasang balik semua curtain di lantai dan sliding door sebab hari dah nak malam.
Rumah aku dua tingkat. Sliding door ada tiga bahagian, tingkap pun banyak juga. Rasa nak menangis jugalah pasang balik sorang² sebab suami aku masa tu, jadi seorang yang cepat letih dan kuat tidur. Obsesnya suami aku pada habuk dan hama bukan di rumah aku saja, kat rumah orang lain pun sama.
Ada sekali tu kami kena balik kampung sebab adik dia kahwin. Kami tidur di rumah abang suami aku. Malangnya, malam tu suami aku tak dapat tidur, sebab dia dah gatal² di badan. Banyak habuk dia kata. Apa dia buat, dia cuci bilik, dapur, bilik air rumah abang dia dari tengah malam bawak ke pagi.
Bayangkan cuci rumah orang, semua orang bising dan pelik. Lepas tu dia penat dan tidur. Langsung tak bangun utk majlis kenduri tu. Terpaksalah aku bagi alasan dia tak sihat bila ahli keluarga bertanya.
Masa tu bila dia tidur,memang tidur yang tak boleh dibawak bincang. Boleh makan sehari lebih kalau dia tidur tak bangun². Makan memang aku bawak tray ke katil sebab dia tak boleh nak bangun. Kadang menangis² aku pujuk dia suruh makan. Entah berapa kali dia lempar makanan yang aku hidang ke dinding.
Aku ada simpan lagi pinggan yang pecah tu sebiji. Silap aku, hidang guna pinggan correll, putih mata tengok pinggan tu bersepai huhu.. Lepas tu aku guna pinggan melamine saja, takla murung kalau kena lempar lagi.
Masa tu suami aku kurus kering. Makan kurang sangat. Suka tidur, berkurung dalam gelap, tak mau keluar rumah. Kalau keluar, pakai mask. Ke mana² pakai mask. Tutup hidung dan mulut. Dia asyik kata hama masuk hidung.
Kadang lepas solat, aku mengaji kat sebelah dia, mesti kena marah. Dia kata sendi² dia sakit sangat. Kalau pasang ayat ruqyah, mesti dia suruh tutup sebab sakit dia kata.
Mandi dia sangat lama. Kadang bawak sampai 3-4 jam dalam bilik air. Kaki tangan badan sampai luka melecet dia sental. Sebab dia asyik nampak hama melekat di kulit. Paling aku tak boleh lupa, dia siram klorok kat badan. Allah… risau gila aku masa tu.
Ada sekali aku kena outstation. Aku call berpuluh² kali dia tak angkat. Masa tu nasib baiklah aku dah tinggalkan anak² aku di rumah mak ayah aku. Kalau tak, entah apa nasib anak² aku terabai sebab suami aku tidur tak bangun².
Pernah juga, bila aku balik, aku terpaksa suruh anak aku masuk ikut tingkap, sebab suami aku dah tidur mati dan pintu dia selak dari dalam. Nasib baik anak aku muat masuk ikut tingkap, kalau tak kami kena tidur dalam keretalah malam tu.
Aku mula² tak percaya benda² sihir ni. Awalnya aku assume yang alergik dia makin teruk, sebab tu dia gatal². Tapi makin lama, makin pelik aku tengok. Nak bawak dia berubat pun susah masa tu sebab dia tak nak. Marah sungguh bila aku ajak dia berubat.
Dalam tak larat, kurus kering kurang makan tu pun pernah dia lempar side table kat aku sebab aku asyik ajak dia pergi berubat.Bersepai side table tu bersama isi dalamnya. Kemuncaklah tu, aku pack kain baju, bawak anak², balik rumah mak bapak aku.
Masa packing tu, Aku dah nangis² sambil jerit² kata, tu bukan suami aku, kalau suami aku dia takkan buat aku…. Sebab sebelum dia baling side table tu, dia dah tolak aku jatuh dulu.
Lepas tu baru aku buka mulut cerita kat mak ayah aku. Kena mintak tolong diorang jugak sebab aku dah tak tau nak buat macam mana.
Macam² jugakla insiden yang berlaku sebelum dia setuju nak berubat. Nanti aku sambung kalau ada kelapangan. Anak kecik aku dah bangun tidur. Nak layan dia dulu…
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit