Assalamualaikum dan selamat pagi (aku taip story aku pukul 4 pagi). Aku nak berkongsi kisah hidup aku walaupun aku tak pandai sangat nak karang ayat tapi aku cuba sehabis baik.
Aku, Kemboja (nama samaran). umur 26 tahun, suami aku 27 tahun. Suami seorang penjawat awam di sektor kerajaan. Aku pulak seorang housewife buat masa sekarang dan aku plan nak cari kerja pada waktu yang terdekat ini.
Kami telah mendirikan rumahtangga selama setahun lebih tapi belum dikurniakan anak.
Pada awal perkahwinan dulu aku sangat mengharapkan malaikat kecil hadir dalam rahim aku. Pada waktu ini aku sudah tak mengharapkan apa-apa kerana kesal dengan perbuatan suami.
Suami aku sangat ‘tersangatlah’ baik melayan aku di rumah. Kerja-kerja rumah juga dia turut bantu misalnya tolong basuh pinggan, basuh kain, bantu lipat kain dan semua kerja-kerja yang aku suruh dia pasti akan buat dan tak marah. Baju kerja dia aku akan iron setiap malam.
Suami juga tak berkira bab makan walaupun aku nak makan apa sekalipun. Hujung minggu suami suka bawa aku pergi jalan-jalan. Dia sanggup tak keluar dengan kawan dia semata-mata sebab nak teman aku pada hujung minggu.
Kalau hari bekerja suami tak kisah kalau aku cakap aku penat nak masak dan ajak makan luar. Bab nafkah suami memang top dan dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Langit tak selalunya cerah, inilah masalah dalam rumahtangga aku sejak awal perkahwinan kami hingga kini. Aku seorang yang suka check fon suami dari A sampai Z.
Masa pertunangan dulu aku tak pernah check fon sebab kami jarang jumpa dan aku tak sempat nak check dia punya fon. Aku tak syak apa-apa yang negatif terhadap suami aku disebabkan dia sentiasa update aktiviti dia melalui whatsapp aku yang boleh dikatakan 24 jam.
Maka terkantoilah pada usia perkahwinan kami yang tak mencecah sebulan lagi. Inai dijari juga masih belum hilang dengan sempurna. Suami suka follow perempuan seksi dalam tt, ig dan suka save gambar dan video perempuan seksi.
Aku marah suami dan aku mengamuk. Dia janji tak akan mengulanginya lagi tapi janji dicapati. Aku nampak perubahannya dia dah tak save dan like gambar perempuan seksi. Aku ingatkan dia dah berubah rupanya tak.
Suami rupanya terlibat dengan video pornografi dan aku check google history boleh dikatakan dia layan semua benda tu ditempat kerja dia. Kerja dia ada banyak waktu terluang dan dekat rumah juga ada waktu aku tidur dia akan layan pornografi.
Aku tak tahu apa yang dia suka sangat tengok pornografi. Aku ada nampak perubahan dia, kat rumah dia dah kurang tengok pornografi.
Kami asyik gaduh hal ini je dalam rumahtangga kami. Alhamdulillah yang lain semua okay termasuklah family in law, masalah ekonomi pon kami tak diuji.
Aku dah penat menangis dan mohon bantuan daripada Allah S.W.T dan waktu dia tidur aku akan gosokkan rambut suami dan tiupkan surah Al-Fatihah supaya suami berubah.
Ada tak ayat yang khusus untuk lembutkan hati suami? Aku buntu, aku tak ada tempat meluah masalah aku sebab aku tak nak buka aib suami.
Aku boleh dikatakan stress dan serabut memikirkan masalah rumahtangga aku. Dan aku pernah berfikir nak bercerai,
Dan pernah sekali kami hampir bercerai disebabkan aku meraung teresak-esak tapi aku cuba tenangkan diri dan suami supaya berfikir dengan waras sebab tempoh perkahwinan kami masih setahun jagung.
Baru-baru ini terkantoi suami rupanya main michat belakang aku. Sumpah aku tak sangka rupanya dia main michat untuk chat-chat lucah dengan betina dalam tu. Suami download michat waktu kerja, balik kerja dia akan uninstall.
Aku tak tahu kenapa Allah gerakkan hati aku untuk cuba download michat dalam fon dia sebab aku nak check dia terlibat ke tak tapi aku kecewa sekali lagi!!!
Dah siap download, masuk chat-chat lucah yang tak sempat suami reply sebab dia dah uninstall sebelum balik rumah.
Tapi kalini aku dah tak nangis dan tak meraung macam dulu lagi. Aku nak tengok sejauh mana pembohongan suami aku.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Segala bukti aku dah simpan secara rapi sekiranya aku dah tak tahan nak hadap.
Hal macam ini merupakan masalah yang remeh ke? Aku serabut kepala otak dan asyik memikirkan suami buat apa kat tempat kerja
Aku berfikir apa guna ada yang halal tapi masih cari yang haram. Apa patut aku buat? Bertahan atau berpisah?
– Kemboja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebelom saya memberi pendapat, sya ingin memohon maaf, sekiranya ada yg mngatakan pendapat saya ni, x berapa ‘logik’, kolot dsb.., tp ia berdasarkn pngalaman saya sendiri jugak.. spt juga confessor, sya jugak pernah diuji dgn dugaan yg lbh teruk dari masalah yg berbeza (maaf, sya x bole nyatakan).. pd ketika itu mmg saya agak buntu.., ada juga la minta nasihat dari kwn2 yg rapat, ada yg minta sya ‘bersabar’ shj dgn dugaan yg Tuhan beri kpd saya, tidak kurang juga meminta saya yg berubah, atau paling tidak minta nasihat ‘kaunselor’ dsb.. sya mmg berusaha bermacam2 cara, di samping tu cuba merubah diri sendiri, di samping meminta nasihat dari org lain.. tp ada satu perkara yg terdetik dlm minda & hati, yg saya tetap percaya; bhw tiada siapa yg dapat mengubah seseorang itu, kecuali Allah SWT.. so, dari saat itu, saya berusaha keras, bkn dgn menasihati org tersebut, tp berusaha bangun mlm bertahajud, bila ada kesempatan, sya akn solat hajat, dan memohon bersungguh2 dlm sujud akhir n doa2 slepas solat & waktu2 yg ‘mustajab’ utk berdoa; (e.g: waktu hujan, antara iqomah n azan, antara 2 khutbah Jumaat dll.), doanya tetap sama n berulang2.., sya ‘fokus’ & ikhlaskn berdoa, sehingga ketika itu saya ‘bercucuran airmata’, merayu, merintih & tidak putus2 memohon kpd yg maha Kuasa, agar melembutkan hati org tersebut utk berubah.., saya niatkn dlm hati, klau dia x berubah juga, setidak2nya saya dah memohon, & saya yakin Allah SWT maha mendengar segala rintihan saya.. alhamdulillah, dgn kuasa Allah yg maha besar.., satu hari org tersebut dtg berjumpa saya dan memohon maaf atas kekhilafan nya dan terus berubah 100%.., walau pon memakan masa yg agak panjang dan menempuh brbagai rintangan.. walau apa pon, sya tetap yakin bhw Allah swt yg maha mengasihani mendengar segala rayuan dari sya.. dan sya harap confessor & pembaca semua tidak akan ‘berputus asa dgn rahmat Allah’ dan yakinlah dgn ketetapan dari-Nya.. wallahu a’lam.. 😔
kalau dah sampai chat lucah dgn perempuan lain, cerai jela. nak simpan buat apa suami mcm tu? dah sampai meraung nangis macam org sawan pun dia tak berubah. baik la u yg berubah tinggalkan dia dik. kang dapat anak buatnya anak perempuan, bernafsu pulak dgn anak sendiri, rosak oiii. sila lah cegah sebelum melarat kehidupan.
Kakak pernah melalui situasi
Beberapa kali kantoi pun masih buat lagi
Helah bela diri dia kata ini penyakit
Ini bukan penyakit!
Ini tabiat buruk sejak muda
Akhirnya akak faham
Benda ni kita tak boleh control
Sebab semua di hujung jari
Macam2 saluran ada
Dia boleh install lepas tu uninstall
History pun dia boleh padam
Kita pun bukan 24 jam depan dia
Yg boleh halang dia cubalah iman dia
So akak cuma berdoa
Kalau dia masih buat yg akak tak suka belakang akak
Semoga Allah tunjuk
Dan Allah balas on the spot
Kejam kan?
sy selaku lelaki, pesanan sy bykkan bersabar. percayalah, pornografi adalah ketagihan, kami cuba berhenti bertaubat, tp kami terjebak kembali. ibarat ketagihan rokok, ketagihan ni akan ambil masa utk buang. tiap kali abis tgk, diri rasa hina n menyesal, hanya stress yg tinggal. jgn putus asa menasihati suami, beri sokongan dan terus nasihat n sabar. ia akan masa 1, 5, 10 tahun atau lebih. tapi klau suami berusaha utk berhenti, insyallah oneday dia akan berjaya
sabar
Umur masing2 muda 27 & 26, sepatutnya waktu umur macam ni masing2 tengah kemaruk utk bersama. pasti ada yang tak kena terutama bab komunikasi dan hubungan kelamin. perlu pandai untuk tarik perhatian pasangan.
Masalah ketagihan porn ini akan jadi sesuatu yg lazim utk generasi baru kerana terdedah dengan gajet. Mahu tak mahu perlu cara utk atasinya, jika tidak banyaklah kes2 hanya disebabkan perkara ini.
Jangan biar suami kamu sendirian. Wujudkan komunikasi yg kerap dengan suami.
Semoga dipermudahkan urusan puan