Suami Kiriman Syurga

Aku nak cerita pasal suami aku tapi aku tak pernah expose pasal dia kat mana mana platform media. Aku pun jarang terima kasih kat dia. Jarang cakap sayang tapi aku suka tanya “bie sayang ayang tak?”

Mungkin bagi orang yang dah master dalam perkahwinan cakap usia perkahwinan aku setahun jagung. Tapi 7 tahun bukan mudah untuk kami lalui.

Laki aku baik sangat min. Baik sangat untuk aku. Sampai aku rasa kalau dia dah takde nanti, aku tak nak cari sesape dah aku nak hidup dengan anak aku je. Cinta aku dah habis setakat dia.

Laki aku tak pernah berkira bab duit. Tak pernah ungkit aku beli apa, hutang apa, nak apa. Dia bagi semua untuk aku dan anak. Sampai kan selipar dia 4 tahun boleh pakai dia still pakai. Tapi kasut aku? Tak sempat putus aku dah beli lain. Beli lagi.

Makanan viral mana yang aku tak pernah cuba. Semua dia bawak pergi rasa, bawak pegi makan.Walau dia belum mampu bawa aku holiday mahal mahal tapi dia tetap usaha nak bawa jalan.

Aku bosan aku koyak, duduk rumah sebab aku SAHM, balik kerja dia ajak aku jalan tengok lampu. Pusing pusing drive thru ice cream mcd, tak pernah ada kata penat dalam nak melayan anak bini dia. Dia penat dia gagah juga layan kami.

Dia tak pernah maki, marah, bagi kata kata kesat walaupon dia dalam keadaan marah sangat. Masa aku mengandung, aku kerja. Dia siapkan semua untuk aku.

Dia balik kerja siap beli breakfast, suap aku makan atas katil, ironkan baju tudung & baju kerja. Siapkan beg kerja kalau dia cuti dia hantar and ambil aku balik kerja. Aku cuma bangun mandi and siap pi kerja.

9 bulan tak masak sebab aku alahan bau tumis. Dia tak pernah bising. Dia hormat keluarga aku, layan mak bapak aku macam mak bapak dia. Tolong jaga bapak aku sakit. Allahu. Kalau mak bapak aku sakit kat kampung tu dia orang pertama suruh aku balik. Balik jaga mak bapak aku.

Time cuti dia yang balik tengok aku dengan anak kat kampung. Aku tahu semua password bank/ handphone/ social media dia. Aku tahu semua jadual kerja dan waktu balik dia.

Aku tahu sesaat lambat balik kerja ke mana dia pergi. 7 tahun tak pernah ada rahsia antara kami. Bebas sebebas bebasnya.

Depan family dia, dia selalu utamakan aku dengan anak. Back up aku dengan anak aku. Dahulukan kami baru family dia.

Masa kite orang baru kahwin kite orang diuji dengan susah dapat anak, keguguran 2 kali. Tapi sepanjang itu tak pernah aku dengar dia cakap “ayang bila kita nak ada baby?” Dia cool. Dia sentiasa cool. Dari meratap hilang anak. dia ajak bercuti.

Kadang-kadang kite selalu tengok kat media social orang cakap, relationship ni kena camni kena camtu tapi sebenarnye tidak.

Kite tahu hati kita selalu tahu kalau kite dah jumpa yang tepat. Cuma semua tu Rahsia Tuhan. Dan bila kau jumpa seseorang camtu kau akan tahu. Rasanya ni lah doa yang mak ayah kau ulang ulang selama dorang hidup. Terima kasih suami..

– Janey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Alhamdulillah, puan menghargai suami puan. Terima kasih. Itu satu benda yg sangat susah untuk seorg wanita lagi2 seorang isteri untuk lakukan. Semoga dikurniakan sakinah, mawaddah dan warohmah buat rumah tangga puan. tahniah.

    Untuk taat, merasa qanaah (cukup), dan tabiat suka menuntut itu adalah cabaran besar bagi seorg isteri lagi2 di akhir zaman ni. Untuk itu, aturlah dari awal bagi yg belum bernikah lagi, sediakan diri, jadilah sebaik2 wanita, jaga diri, jaga agama, insya allah bila tiba masanya nak berumah tangga, kita bersedia dgn segala yg dtg bersamanya. Kerana nak ibadah (nikah), kena tahu caranya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *