Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya nak luahkan sedikit tentang masalah rumah tangga saya. Saya dah lama pendam, dan makin lama makin rasa sesak. Harap ada yang sudi baca dan beri pandangan.
Masalah utama dalam rumah tangga kami ialah suami saya sangat susah nak keluar rumah atau bersosial.
Bayangkan… hari raya, kenduri, atau apa-apa majlis penting keluarga — dia takkan ikut.
Alasannya? Malas, tak minat, tak selesa dengan orang. Saya kadang-kadang rasa macam saya kahwin dengan ‘tunggul’ yang tak ada jiwa.
Setiap kali ada acara penting, mula la kami bergaduh.
Saya ajak pergi shopping atau jalan-jalan dengan anak pun, jadi isu. Dia tak suka, katanya penat kerja. Tapi bila nak keluar lepak dengan kawan, pandai pula cari tenaga.
Lebih sedih, nak ajak balik rumah mak ayah saya pun dia elak. Macam-macam alasan dia beri. Tapi kalau keluar ke tempat yang dia suka (walaupun tak banyak), boleh pula.
Saya rasa terabai. Saya rasa tak dihargai. Saya buat semua sendiri — urus rumah, anak, dan diri sendiri.
Pernah sampai tahap saya terfikir nak bercerai. Dan yang menyakitkan, dia sendiri pernah cakap, “Kalau nak cerai, cerailah. Tak ada masalah.”
Tapi saya tahan sebab fikirkan anak kami dan apa kata keluarga nanti. Tapi hakikatnya, saya tak bahagia.
Saya cuma nak rasa dihargai, nak hidup yang normal macam orang lain — ada suami yang boleh bawa anak isteri keluar, luang masa bersama, hormat keluarga mertua.
Saya nak tanya, pernah tak korang jumpa manusia macam ni? Atau saya yang terlalu berharap?
Tolong bagi pandangan… Saya dah letih.
Terima kasih kerana sudi membaca.
– Ruhaili (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cerai je la
Kalau stay, anak yang sakit nanti