Salam semua pembaca IIUM Confession.
Aku umur baru masuk 30 an, laki aku tua dua tahun dari aku. Kiranya muda lagi la kitorang dua ni, takde la tua sangat.
Aku tengah type ni sambil tahan mengantuk and stress kat office sebab tak cukup tidur malam tadi.
Ya, macam tajuk di atas laki aku seorang fart machine.
Rumah tangga kitorang takde masalah pun, laki aku baik je.
Rajin tolong bini, nafkah cukup apa semua tapi ada satu masalah dia sangat2 la suka kentut.
Dengar macam lawak kan, tapi baca dulu before decide benda ni lawak or tak.
Memang jenis kentut bersepah and di mana mana sahaja, sehari aku rasa dekat seratus kali dia kentut.
Serius tak pernah jumpa orang kuat kentut macam dia ni, aku rasa kalau ada masuk guinness world of record dia menang mudah je.
Disebabkan dah masak dengan perangai dia aku macam boleh detect dah bila dia akan kentut,
Kadang2 bila tengah baring2 kat sofa sambil tengok TV sama2 aku dah rasa dah dia start keraskan perut dia,
Haa bila dah start keraskan perut dia apa lagi, ‘prettttttttttt’. Kuat gila and busuk pulak tu.
Pastu bila aku marah dia gelak2 la sengih2.
Awal2 aku gelak2 sekali jugak la tapi kalau dah seminit sekali kentut tu aku dah start rasa benda tu annoying.
Serius annoying gila, masa couple dulu takde lak dia kentut. Sekali pun tak pernah dengar weyh.
Ni bila dah 10 tahun kahwin kentut tu dah macam zikir dia dah, non stop preet peruttt preeeettt.
Apa yang start jadi masalah bila aku tengah tidur, aku ni jenis light sleeper orangnya. Memang mudah sangat nak terjaga and susah nak tidur balik.
Jadi bila malam2 tengah tidur pun dia non stop preeet prottt preeet prott, kuat gila masalahnya memang aku akan terjaga and pastu dah susah nak tidur balik.
And benda ni jadi berkali2 dalam satu malam tu, jadi imagine la bila je aku tidur.
Aku tak boleh nak pakai earbud sebab takut tak terjaga sebab hari2 aku kena bangun awal nak siapkan anak, kemas rumah, masak untuk breakfast and lunch.
Jadi bila kena bangun awal and tak cukup tidur ni buat aku stress sangat2.
Aku dah la kerja kadang2 balik malam sebab workload banyak, balik rumah tidur pulak tak cukup. Murung rasa.
Malam tadi aku tido sambil menyumpah laki aku dalam hati, rasa annoying gila2 non stop kentut tengah2 tido.
Rasa macam nak sepak dia biar jatuh katil pun ada gak, tapi pikir dosa takleh pulak.
Bila aku bising2 cakap suruh dia gi berubat, jumpa doktor ke pape dia gelak2 cakap aku ni mengada, dia cakap kentut la bagus keluar angin dalam badan.
Tapi ada ke wujud orang yang jenis kentut beratus kali sehari ni? Ke normal je bagi korang orang laki?
Bagi la advice kat aku nak buat macam mana lagi, jangan ajar aku join kentut sekali, aku dah paksa kentut nak balas dendam last2 tercirit adalah.
Stress bila hari2 tak cukup tido ni boleh gila rasa. Thank you la sudi dengar.
Yang Tak Cukup Tidur,
– Bini si Kentut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sis sorry sis sumpah aku tergelak macam nak nangis sambbil baca tambah part pretttt prutttt prettttttt.ahahahahahahahahahahahahahaha.sabar jela sis, bahagian kau kat dunia ni camtu la ahahahahahahahahahah.