Suami Kuat Merajuk

Salam semua pembaca IIUM Confession. Saya Sara dan nak minta pendapat semua yang membaca di sini

Saya dan suami dah berkahwin setahun. Kami ada beli rumah sebelum kahwin (join loan). Join loan sebab kalau nak mengharap gaji suami sorang waktu tu memang tak lepas nak beli rumah tu. Insha Allah dalam tahun ni rumah tu siap

Sekarang ni suami saya tinggal dengan parent angkat dia. Memang sebelum kahwin suami tinggal dengan parent angkat dia dah lama dan dah jadi anak kesayangan parent angkat pun. Seronok betul dia.

Dia tinggal situ memang free of charge, takde bayar apa2. Sabun, shampoo, ubat gigi pun ambik yang parent angkat punya.

Tambahan pula parent angkat suka masak, setiap hari dia bawak bekal. Bahan2 basah semua parent angkat yang beli kan. Tapi kalau basuh baju, suami yang akan basuh baju dia sendiri

Beza dengan pendirian saya, saya pula jenis tak suka depend dengan orang, apa2 semua saya buat sendiri, hidup pun jauh dari keluarga.

Asalnya sebelum kahwin, saya tak tahu pun yang suami jenis depend dengan parent angkat dia, saya ingat dia ni jenis berdikari juga sebab jauh dari family kandung dia, rupanya tidak (perkenalan kami pun tak lama sebelum kahwin, dalam setahun je, maybe silap saya tak kenal dia betul2).

Jadi lepas kahwin, sekali dengan saya lah yang tinggal dengan parent angkat dia, tapi bukan tiap2 hari sebab tempat kerja saya jauh dari rumah parent angkat dia dalam 45km, pagi2 kalau tak jem dalam 40 minit, tapi petang2 jalan selalu jem, pernah sejam lebih.

So saya pun menyewa di rumah sewa dekat dengan tempat kerja, memang sebelum kahwin menyewa situ, so selepas kahwin pun suami izinkan saya stay situ (sebab rumah jauh dari tempat kerja kan)

Lagipun kalau duk rumah parent angkat dia, setiap masa keluar bilik kena tutup aurat, susah juga kan, so di rumah sewa saya bebas sikit, sebab semua perempuan (saya menyewa ramai2, rumah kedai, share bilik air, bilik asing2 lah, tapi saya share bilik dengan kawan, dapat murah sikit sewa).

So dalam seminggu, 2 kali camtu saya balik rumah parent angkat suami

Berkenaan suami saya, Alhamdulillah setiap minggu dia beri saya duit nafkah RM50 seminggu (sebulan RM200).

Satu kelebihan suami saya, dia pandai masak, tapi bukan bermakna dia rajin masak. Sebab selalu kat rumah, parent angkat yang masak, saya pun jadi tak yakin kalau masak di dapur orang lain kan, so saya ni just tolong2 bila parent angkat masak.

Lagipun saya dah lama tak masak, last masak waktu zaman belajar. Bila dah kerja ni, selalu beli je kat luar lagi senang dan jimat bila duk sorang2 ni. Jadi bila berdepan dengan orang yang handal masak ni, kita jadi inferior sikit.

Pernah je masak waktu parent angkat takda kat rumah, tapi suami tak makan pun, haha. Saya paksa dia bawak bekal juga, Tapi entah lah dia makan ke tidak. Cara suami balas jasa parent angkat dia, setiap weekend dia akan belanja parent angkat dia makan di luar.

So saya pun diajar oleh suami untuk buat benda sama, balas jasa parent angkat dia dengan belanja makan juga sebab saya pun dah terjebak tinggal sekali dengan parent angkat dia walaupun bukan tiap2 hari.

Berkenaan kewangan suami, saya rasa pengurusan kewangan dia out. Suami pun ada berhutang dengan saya.

Waktu kami bergaduh tahun lepas, (bergaduh sebab suami buat lawak nak kahwin lagi satu lah) saya ungkit hutang dia dengan saya pun tak bayar lagi, ada hati nak tambah sorang lagi, terus dia merajuk weyhh.

Itu lah, siapa suruh melawak camtu dengan isteri, bagi saya bab poligami ni bukan bahan gurauan sebab kita tahu suami tak mampu.

Pastu baru2 ni pun saya bergaduh dengan suami, sebabnya malam tu saya terasa hati sikit lah dengan kata2 suami, so saya pun tak bercakap, cakap pun sepatah2, tak banyak cakap macam selalu, suami pun perasan. Lagipun malam tu memang saya mengantuk dan penat sikit.

Tapi kan, suami saya ni bukan jenis nak pujuk2, kalau saya merajuk, sekali dengan dia merajuk weyhh, haha. Malam tu dia macam nak elak saya, tidur pun membelakangi saya sampai ke pagi.

Pagi tu saya tanya lah kenapa semalam dia tidur membelakangi saya, susah nak peluk macam biasa, dia diam je, tak jawab. Pagi tu sebelum kerja pun dia banyak diam je, hampeh betul. Kalau saya merajuk, dia lagi 2 kali ganda merajuk.

Saya dah lah jenis kurang sabar, pagi tu sebelum kerja, saya tanya lagi dia kenapa dia diam je, dia tak jawab, saya pun terkilan dengan sikap dia,

Secara tak sengaja saya hempas pintu kereta dia kuat skit dan terus masuk rumah tutup pintu (selalu saya tunggu dia, lambai2 dia) sebab saya saya tak suka cara dia diam macam tu bila saya tanya.

Pastu sekarang ni, dah 2 hari dia takda mesej atau call saya (saya di rumah sewa) begitu lah dia. Terasa juga lah dengan sikap dia yang macam tak hiraukan saya.

Saya mesej pun dia tak balas. Entah lah, memang saya ni takda chance langsung nak merajuk dengan dia, kalau tak, mesti keadaan jadi lagi teruk. Saya tak pasti lah suami ni ada sifat narcisstic atau tak sebab kebanyakan keadaan memang dia je yang betul haha (dia tak fikir pun kesalahan dia).

Kadang2 rasa nak pisah je. Tapi dia tak nak lepaskan. Katanya, perasaan sayang masih kuat. (pernah dia bgtau waktu baik dari bergaduh dulu). Tapi saya tak nampak cara dia sayang saya macam manaa. Bagi saya, baik pisah je sementara masih takda anak.

Tapi kalau nak pisah pun, macam takda reason yang kuat sebab dia bukannya pukul2 atau tak bagi nafkah. Kalau suami yang failkan perceraian lagi mudah kan, Tapi taknya dia nak ceraikan.

Kalau saya stay pun, saya terikat dengan suami, apa2 kena dgr cakap dia, tak ikut atau terkasar sikit, takut jadi isteri derhaka plak kan, lebih baik single, bebas, tak terikat (sebab dah biasa hidup sendiri). Kalau berpisah pun, dia masih ada parent angkat dia yang boleh jaga dia

Kalau saya bertahan dengan suami, saya terfikir macam mana kehidupan akan datang nanti. Kalau ada anak, macam mana nnt, tak ke nanti saya yang susah sorang2 sebab kewangan suami pun macam tak berapa okay lagi sekarang.

Gaji dia RM3k, tapi lifestyle boleh tahan juga, haritu pernah dia melawak nak beli kereta proton X50 tahun depan, memang taklah saya setuju even dia melawak sebab tahu dia tak mampu, pakai je lah kereta yang ada sekarang ni. Melawak dia tu macam dia nak buat real, risau.

Sekarang ni memang saya panas hati dengan suami sebab sikap dia yang diam dan tak hiraukan macam tu.

Macam mana korang bertahan dalam rumah tangga korang ye? Dan ada ke orang berpisah tapi takda reason yang kuat pun?

Main pointnya, saya tak suka dengan sikap suami yang cepat merajuk dan berdiam sampai berhari2. Communication is key. Kalau dia diam macam ni, saya pun tak tahu apa yang dia tak puas hati.

Andai kata, saya pejam mata dengan sikap dia dan berbaik dengan suami semula, pastu nanti gaduh dan jadi lagi benda yang sama, hadap lagi dengan perangai suami macam tu.

Kadang2 bukan sengaja saya nak merajuk dan berdiam sekejap (sebab kadang2 memang ada benda yang kita terasa hati) tapi dia balas balikkk apa yang saya buat (bukan nak fikir apa kesalahan dia).

Saya merajuk dan berdiam pun sekejap je, tapi suami kalau diam lagi lamaa sampai berhari2.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Assalamualaikum sara(bukan nama sebenar)
    cerita sy lebih kurang mcm awk, cuma beza sy dgn suami tinggal bersama..6 tahun sy bertahan sy doa mcm2 tp akhirnya sy decide utk pisah dgn suami..sbb sy xnmpk da jln yg terbaik. sy xde nasihat cuma ikut kata hati mana yg tebaik. mcm sy da 6 thun kdg rse mnyesal sbb lama sgt sy sabar akhirnya xdpt diselamatkn pn rumh tangga sy. apa2 pn semua pengajaran & pengalaman dlm hidup kita.

  2. Pisah jer sis, nampaknya dia tidak matang dan tak akan matang2. Orang macam ni mmg suka ambil kesempatan. Saya tak bole hadam dia tumpang umah parents angkat tanpa rasa malu atau bersalah tidak menyumbang apa selain dari bawa keluar makan setiap hujung minggu, sedangkan dirinya bermewah2. Pergi sebelom dirugikan lebih banyak. Di IIUM confession pon ramai jer yg mengalami nasib yg sama. Jadikan iktibar. Dikuatiri nnti duduk serumah, suami buat benda yg sama seperti ketika dirumah parents angkat, mengharap sis buat segalanya untuk dia. Kalau ada anak nnti boleh jadi stressed. Abaikan nasihat ni kalau masih mahu bertahan, tapi harus kuat mental fizikal dan siap untuk jadi “emak” suami lah ye

  3. sme mcm ex sye dlu klu sye merajuk die lg akn merajuk pastu mmg communication failed..mls kerja pun sme..after 9years baru sye nekad tuntut fasakh..beeter pisah sekarang sbelum de ank klu x nti sis akn susa percayalah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *