Suami Lembik Yang Tersiksa

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Aku baru menyambut anniversary ke-2 bulan ini. Tapi diri aku meronta merasakan ketidak bahagiaan dalam berumahtangga.

Aku dan isteri berkenalan atas recommendation sahabat2. Setelah beberapa bulan berkenalan kami pun memutuskan untuk bernikah dan berumahtangga.

Rezeki kami, Allah permudahkan urusan kewangan dan masa kami. Aku berkerja dalam bidang IT dan kebanyakan masa aku berkerja dari rumah. Aku juga mempunyai perniagaan online yang agak berjaya. Isteri pula berkerja dengan kerajaan.

Segala perbelanjaan rumah dan harian aku tanggung sepenuhnya, barang skincare dan pakai isteri semua aku mampu cukupkan. Dan since aku pun banyak berkerja di rumah, aku pun banyak menguruskan rumah.

Kiranya isteri aku balik kerja memang tak banyak kerja dia nak buat. Masak pun jarang sebab kami banyak makan kat luar.

Tapi, Sejak awal perkahwinan, aku menyedari yang Isteri aku mempunyai masalah untuk mengadakan hubungan s*x.

Terlalu banyak alasan diberi antaranya penat di tempat kerja, badan tak selesa, sakit kepala dan macam-macam lagi. Tetapi isteri aku sangat clingy orangnya.

Setiap malam sehingga hari ini tidur mesti berpeluk. Tapi tiada lebih dari itu.

Setiap kali aku cuba untuk tease atau menyentuh badan dia yang lain, tangan aku ditepis, tak boleh katanya sebab tak ada mood.

Dan setiap kali kalau kami bersama, biasanya dia akan minta aku menghabiskan urusan aku secepat mungkin sebab dia rasa sakit dan tak selesa meskipun aku berikhtiar dengan segala perubatan n cecair.

Sepanjang 2 tahun kami berkahwin, tak sampai 20 kali kami bersama. Terlalu sedikit. Mungkin 2-3 bulan sekali itu pun selepas aku memberontak siap menggunakan drama air mata, hahaha.

Kami berdua memang kaki travel, setiap bulan mesti akan ada trip dalam negara dan sudah beberapa kali ke luar negara. Dan setiap trip itu kami tak pernah bersama atas alasan penat berjalan.

And guess what? Honeymoon kami pun kami tak bersama. Cukup lepas dinner terus ajak tengok movie dan bersedia untuk tidur sahaja.

Aku pernah beberapa kali confront isteri aku mengenai isu ini. Aku berulang kali cakap yang s*x adalah keperluan untuk lelaki, benda ni fitrah. Kalau aku tak dapat bersama dalam masa yang lama, aku tak merasakan kasih sayang.

Tapi jawapan dia tetap sama, “banyak lagi cara lain boleh buat untuk tunjukkan sayang”. Dan perbualan itu akan tamat begitu sahaja. Dan kesudahannya aku hanya mampu melepaskan nafsu dengan tangan sendiri.

Aku sangat terasa hati dengan isteri. Setiap kali aku menyuarakan isu ini, dia akan cakap yang aku ni gila s*x sebab itu je yang aku fikir. Sebab memang kami jarang bergaduh jarang ada masalah.

Aku pula jenis bukan pemarah. Selalunya dia yang akan lebih banyak lost temper.

Sekarang ni, aku dah mula hilang minat dekat isteri. Walaupun dia cantik, ramai kawan-kawan aku cakap aku bernasib baik dapat isteri yang cantik dan tinggi.

Tapi aku sudah hampir 4 bulan tak mencuba langsung untuk bersama isteri. Hati aku dah kosong.

Tiap malam kalau kami tak buat aktiviti bersama, aku hanya menghabiskan masa aku dengan FIFA di PS.

Aku rasa lost. Kami tak banyak masalah lain. Aku mampu sediakan semua untuk isteri sehinggakan semua kerja rumah juga aku buat. Tapi aku tak rasa cukup dan aku tak merasakan isteri aku peduli untuk mencuba.

Aku mula meraskan yang aku seperti dibuli. Semua keperluan isteri aku cuba penuhkan. Aku cuba ringankan beban dia bila mula melangkah ke dunia perkahwinan. Tapi aku tak nampak dari diri dia untuk cuba memberi.

Dia marah aku kejutkan solat subuh pun aku pun tak berani nak bertegas. Kalau hujung minggu memang dia subuh dengan zohor sekali.

Aku sayang isteri aku. Dia tak meminta benda yang mahal. Dia lebih suka berbelanja untuk diri dia sendiri dari duit gaji dia tanpa meminta dari aku.

Kami sangat selesa bersama tetapi aku punya kebajikan dan nafkah sangat terabai. Sampaikan aku mengaku dekat dia aku terpaksa tengok p**n untuk lepaskan sebab aku dah tak ada pilihan lain. Dan reaksi dia still macamtu juga.

Aku menulis ini hanya untuk luahan perasaan yang membebani aku. Aku mengharapkan doa dari semua orang agar masalah ini aku dapat jumpa jalan penyelesaian.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *