Suami, Make Your Wife No. 1!

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Sejak kebelakangan ini banyak sekali confession yang ditulis para ibu tentang kepenatan fizikal dan mental mereka.

Ada yang masih bertahan kuatkan diri sendiri, ada yang sudah on the verge of burnout dan hampir berputus asa. Dan ada yang mencari jalan keluar dengan berjumpa pakar untuk membantu diri sendiri kerana kesihatan mental sudah mula merosot.

Apa pun yang kalian lalui, saya doakan dari jauh supaya diteguhkan hati, diberikan kelapangan dalam setiap urusan dan semoga Allah S.W.T sentiasa bersama kalian.

Letihnya fizikal, penatnya mental menjadi seorang wanita, ibu, anak, menantu perempuan, ipar, pekerja dan surirumah tidak akan pernah mampu diluahkan dan disusun menjadi ayat untuk difahami orang lain.

Kepada yang mengatakan ‘Alah biasalah surirumah dan isteri penat, orang dulu dulu lagi penat basuh baju ditepi sungai, masak guna kayu api.’ Kalian mungkin boleh skip sahaja kerana coretan ini bukan untuk kalian.

Saya tidak benarkan kamu menulis apa apa lagi kata nista terhadap kami yang menggalas tanggungjawab dan title yang begitu banyak ini.

Pelbagai komen positif daripada pembaca yang rata rata memberi cadangan dan jalan keluar. Contohnya membeli home appliance gadget yang lebih efisien untuk membantu kerja kerja harian di rumah.

Tidak saya nafikan, itu adalah salah satu idea yang sangat bernas. Namun itu bukan lah root cause solution. Bukan lah penyelesaian jangka masa panjang yang kita inginkan. Kenapa? bukankah masalah sebenar kita adalah never ending chores yang meletihkan?

Bukan. Punca masalah sebenarnya adalah orang yang tidur sebantal dengan kita. Yang melafazkan akad menjadikan kita suri di dalam hidupnya. Itulah penyelesaian jangka masa panjang yang kita inginkan kerana perkongsian hidup itu adalah seumur hidup.

Sungguh, bukan mudah bergelar wanita lebih lebih lagi yang menguruskan rumah sepenuh masa. Penatnya, stresnya, letihnya, hanya diri sendiri dan Tuhan sahaja yang tahu. Kepada para suami, jangan kalian terlalu angkuh mengatakan kalian juga boleh buat apa yang isteri buat secara total.

Sehari mungkin kalian mampu, dua hari kalian akan mula tertekan, sebulan? Hm mungkin kalian juga boleh kemurungan.

Yalah, sebaik sahaja pasangan keluar bekerja segala urusan rumah terus jatuh menjadi amanah dan tanggungjawab kami.

Kain baju satu keluarga perlu dibasuh dan dijemur. Anak anak yang kelaparan perlu disiapkan makanan. Belum lagi kalau pasangan tu perlu disediakan bekal setiap pagi. Dalam masa sibuk memasak anak anak pula berkelahi, berebut dan menangis.

Apabila waktu makan, baru sahaja mahu menyuap si adik, si abang tumpahkan air. Bangunlah ibu ke dapur ambil kain lap. Si bayi pula menangis minta didukung ataupun mahu menyusu. Itu baru sedikit, baru pukul 10 pagi.

Belum lagi siri pergaduhan, berebut barang dan mainan, melalak dengan kuat sehingga jiran dengar. Rumah takperlu cakap, tongkang pecah sepecah-pecahnya. Berselerak dengan mainan anak. Lupakan sahaja deco deco atau aesthetic house yang sering dilihat di media social.

Tapi haruslah dibersihkan dan dikemas juga, walaupun sendiri tahu hanya 10 minit kemudian keadaan akan kembali bersepah semula.

Masa berjalan, si suami akan pulang. Kalut isteri menyediakan persiapan makan malam. Ya, masih dengan latar belakang yang sama. Anak anak berkelahi, rumah bersepah dan bayi sedang didukung. Ada yang sudah siap mandi, kembali kotor dan berpeluh kerana melasak.

Ada suami yang memahami, ada yang tidak. Sedihnya isteri apabila balik sahaja suami ayat pertama yang ditanya ‘awak tak kemas rumah ke harini?’ ‘adik belum mandi ke ni?’ ‘awak buat apa je seharian duduk kat rumah?’

Seronoknya kalian melontar pertanyaan. Hanya kerana kalian keluar bekerja kalian jadikan segala serba serbi hal rumah dan anak anak kami yang kena uruskan walaupun hidup kita ini satu perkongsian? Dan pada pandangan kalian kerja rumah kami ini sangat kecil usahanya?

Waktu makan malam, suami dilayan serba serbi. Pinggan berisi nasi diletakkan didepan mata. Lauk pauk diletak bersusun di atas meja.

Pinggan makan sendiri pun tidak dibasuh, jangankan nak minta tolong basuh mangkuk mangkuk lauk, kuali periuk yang digunakan memasak tadi. Angan angan sahaja lah.

Sambung pula si suami duduk tengok tv sambil isteri bertungkus lumus di mengemas dapur. Yang perlu dicuci di sinki tingginya seperti bukit. Berdiri lah isteri di sinki sambil mencuci pinggan sambil melayang fikirannya. Jari jemari yang dulu putih gebu dan halus, kini kasar dan gelap.

Belum lagi melihat diri sendiri. Baru sahaja mandi tadi sekarang sudah berpeluh kembali. Kulit muka kusam, lingkaran gelap mata mula kelihatan.

Rambut? Hanya sanggul ikut mana sempat saja. Mana mungkin mahu jejak kaki ke salon dan spa lagi seperti dahulu? Anak anak mahu letak dimana?

Itupun kalau ada duit nafkah khas untuk menjaga kecantikan. Selalunya tak ada, duit itu lah nafkah, duit itulah barang dapur, duit itulah duit beli barang online untuk seisi keluarga.

Anak anak sedang bermanja dengan si ayah sambil menonton tv. At least ada juga kegembiraan untuk harini ini untuk si ibu, namun tidak lama. ‘Tengok senang je abang jaga anak. Bagi je diorang happy gelak gelak. Kita pun tak stress’ kata si suami gelak gelak sambil si adik memanjat belakangnya.

Ibu hanya tersenyum. Dalam hatinya menangis. Jari jemarinya kecut kerana lama mencuci pinggan. Bahagian depan bajunya pula basah sedikit terkena percikan air di sinki. ‘Mana lah mungkin sama perbandingan 2 jam kamu dan seharian aku’

Aku sudah menyiapkan untuk kamu anak anak yang sudah kenyang perutnya, siap mandi dan wangi dan bersih, sibayi yang sudah kenyang menyusu dan mengantuk ingin tidur. Makan malam yang sudah siap dimakan dan dapur yang sudah siap dikemas.

Haruslah semuanya senang untuk 2 jam kamu itu.

Baru saja sehari, tapi bermacam macam telah masuk ke kotak memori seorang ibu. Dan memori itu bukan lah cantik dan menyeronokkan untuk si ibu ingati. Dan esok, lusa dan hari hari seterusnya si ibu masih akan mengulangi rutin yang sama.

Sabarnya mungkin sebulan dua, marahnya juga kadang kadang terhambur dek kerana tewas dalam mengawal perasaan dan kepenatan sendiri. Akhirnya si ibu burnout. Satu perkataan yang sangat merbahaya buat seseorang bergelar ibu.

Workplace burnout ada jalannya, berhenti atau tukar kerja. Tapi parental burnout? Tiada jalan ya. Menjadi parents ini seumur hidup.

Adalah tersangat penting untuk isteri dan ibu menjaga dirinya sendiri. Jaga diri sendiri, bunyinya mudah sekali kan? Walaupun 24jam sehari, percayalah semua masa itu hanyalah untuk difikirkan buat anak anak dan kerja rumah yang tidak berhabisan.

Walhal seorang ibu dan isteri yang gembira itu sangatlah penting didalam sebuah keluarga. Kerana kami lah yang akan menguruskan semuanya.

Si ibu, pengurus hal keluarga.

Ketahuilah, burnout ini jika dibiarkan tiada solusi parahlah akibatnya. Si ibu mungkin perlahan lahan menderita depresi pula. The worst case?

Bunuh diri, bunuh anak anak. Ini bukan exaggeration ya, saya menulis berdasarkan statistik dan fakta yang berlaku. Takperlu scope yang jauh, cukup dengan berita sebegini di negara kita sendiri sahaja.

Wahai suami,

Masih ada masa jika kalian mahu ubah dan elak semua ini daripada berlaku. Buka lah mata kamu seluas luasnya. Fahami lah apa itu burnout. Ianya bukan lah sekadar perkataan bahasa inggeris yang mahu disebut atau dilihat fancy, tapi ini perkataan yang merbahaya sekali.

1- Ambil masa untuk mendengar jika si isteri mahu berbicara, mengomel, membebel, atau apa sahaja cara yang dia inginkan untuk berkongsi luahan hati. Ya. Nak start membuka topik bab ini mungkin sukar.

2- Boleh sahaja dicuba seperti “nampak penat harini Ma? banyak kerja ya kat rumah?” “ma nampak stress, meh duduk dulu”. Untuk lebih bagus, “meh ada apa pa boleh tolong?” hm yang ni mungkin bergantung kepada tahap kerajinan kalian. Sebab rajin ini takboleh dipaksa walau diseret sekalipun.

3- Namun, saya harap kalian elakkan lah berkata “kesian ma penat, pa penat juga kat ofis” ohohohoho no no jangan ya. Bila kalian mahu berbicara tentang isu burnout, tolonglah focusnya kepada si isteri sahaja, jangan tukar focus itu kepada kamu.

4- Dan untuk lebih membantu si isteri, sebaik sahaja mendengar luahannya adalah sangat membantu apabila kalian VALIDATE perasaannya. Ya! Apa yang dirasakan isteri itu benar. Penat mereka itu benar! Stres mereka itu benar!

5- Suami yang bijak menangani hal ini mungkin pada akhir sesi akan bertanya “apa yang pa boleh tolong? what kind of support do u prefer? ha ni kalau jenis suka speaking lah. Mana lah tahu kalau jawapan isteri itu mampu kamu tunaikan dengan kudrat atau wang ringgit.

Wahai suami, (untuk sesetengah suami),

Tiadalah kerugian walau sedikitpun jika kalian mengutamakan isteri dalam segala hal. Mungkin kalian takut dan was was, risau terhabis duit, bimbang dikata orang dan pelbagai lagi bermain di benak fikiranmu.

Cuba lah dahulu. InsyaAllah kamu akan merasakan kelapangan hidup dan kepuasan hati yang tak berbelah bahagi.

Seorang isteri yang gembira adalah pelaburanmu yang sangat berharga tanpa kamu pernah sedari. Pulangannya besar sekali kepada kamu.

Eh, kenapa pula? Kerana..

Gembiranya seorang isteri, dia tidak akan pernah putus mendoakanmu dan rezekimu.

Gembiranya seorang isteri, dia akan sentiasa memberimu lebih lagi dari apa yang kamu berikan.

You give her a groceries, she made you a meal

You give her a house, she made you a home

Begitulah sifatnya perempuan. Sentiasa memberi dua kali ganda kegembiraan kepadamu jika dia sendiri sedang menikmati bahagia.

Namun, itu lah syaratnya, dia perlu bahagia.

Cubalah bereksperimen sendiri, bahagiakan wife kalian. Make your wife no 1, and see the difference in your life.

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *