Suami Masih Mencintai Bekas Kekasih

Assalamualaikum, aku Hajar, bukan nama sebenar. Aku nama kan suami aku Hafiz, dan ex suami aku Lily.

Aku kenal Hafiz ni lame dah, kami bercinta mase aku form 4, lepastu kami lost contact, dan aku jumpa balik Hafiz ni selepas aku praktikal di sebuah butik,

Dia dm aku dekat facebook, dia selalu cerita pasal ayah dia meninggal, ex dia tinggalkan dia.

Mase tu aku kesian, jadi aku hiburkan dia, hari-hari mesej dia nasihat dia. Jadi makin rapat dan kami putuskan untuk bercinta semula.

Tapi aku selalu pelik kenapa Hafiz ni marah aku tanpa sebab. Aku pikir positif mungkin dia tertekan lagi dengan kehilangan ayah dia,

Sampai lah suatu hari aku tanya dia, “kenapa awak selalu marah saya tanpa sebab, cuba jujur dengan saya”..

Dia jujur dia kata dia stalk ex dia, dia tak nak ex dia ada orang lain, dia lepaskan marah dekat aku..

Lepas tahu macam tu aku ambil keputusan untuk tinggalkan dia, aku block semua pasal dia, setahun kemudian dia muncul balik dekat tempat aku kerja,

Dia pujuk, merayu dekat aku jangan tinggalkan dia sehingga aku termakan pujuk rayu dia, kami getback balik.

Kami sering gadoh bende yang sama ex (Lily) si dia. Sehingga melibatkan family aku dan family Hafiz. Mak dia selalu call aku, pujuk aku..

Sampai lah suatu hari mak Hafiz datang rumah merisik, aku tak tahu kenapa aku happy sangat masa tu, aku tak pikir panjang, aku terima pinangan dari mak Hafiz.

Kami buat persiapan kawin, banyak halangan Allah tunjukkan, aku nak batalkan pernikahan, hati aku tak tenang, aku pikir positif semua tu hasutan syaitan tak bagi aku berumah tangga, akhirnya aku sah menjadi isteri Hafiz.

4 bulan aku rasa bahagia, sehinggalah suatu hari aku lihat Hafiz menangis teresak esak dalam kereta, masa tu fikiran aku dah negatif sebab sebelum ni Hafiz tak pernah cakap phone menyorok daripada aku..

Aku pergi nak masuk kereta, Hafiz kunci.. Aku biarkan dia selesai bercakap dengan phone.. Sehigga lah Hafiz masuk rumah, aku tanya dia, “awak okey ke? Kenapa? Ada masalah apa? Masalah kerja? Masalah kawan?”.

Hafiz diam dan pandang aku lama. Dia mula cakap “sebenarnya masalah yang awak dah tahu” ..

Aku lagi takut.. Dalam hati aku “jangan lah masalah ex dia”.. Aku tanya Hafiz lagi, “masalah apa yang saya dah tahu? Awak belum beritahu lagi.”

Hafiz kata kenapa aku terlalu naif, macam mana aku boleh percayakan dia 100%.. Aku cakap “masalah ex awak ke? Kenapa dengan dia?”..

Hafiz cakap Lily block dia, Lily tak bagi ganggu, kalau tak Lily nak report polis..

Allah, ketika itu seperti satu beban yang berat dekat kepala aku, Hafiz cakap “saya nak bahagiakan dua-dua, saya tahu awak seorang yang penyabar, sebab tu saya pilih awak, saya tak mampu lepaskan dia(Lily) “.

Aku diam seribu bahasa, Hafiz menangis lagi, aku pujuk dia kami tidur dengan air mata,

Sekejap saja aku rasa aku hilang suami aku setiap pagi pukul 5 dia akan tersedar mengadu teringat, hati dia sakit. Di media sosial suami aku penuh kata-kata broken.

Berminggu aku menahan sakit hati, sehingga sekarang aku buntu apa perlu aku buat, tolong Hafiz untuk lupakan Lily ? Atau aku tinggalkan sahaja Hafiz?

– Hajar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *