Suami Mental

Hi korang.. Nama aku Bunga, aku nak cerita kisah aku yang hidup dengan suami yang mungkin bagi aku ada masalah mental.

Aku dari selatan dan ada anak 3 orang, duduk menumpang rumah mak, mungkin bulan depan akan berpindah rumah. Tapi hati aku berbelah bahagi. 

Yang aku nak cerita nie pasal suami aku, ok suami aku nie dulu penagih dadah awal tahun 2023 suami aku kena tangkap sebab barang, dan aku laa ulang alik settle suami aku urusan dekat balai, mesti korang tanya mana family suami?

Ada tapi selepas seminggu suami aku dalam lokap baru jumpa aku and mak mentua aku dah stay dekat rumah adik ipar aku dah sebulan. Itu pun bagi aku macam ibarat family mentua taknak masuk campur.

Aku tak kisah dengan semua tu mungkin doa aku Allah makbul sebab nak tengok suami berubah. 

Sebelum nie suami yang tanggung semua keperluan kami, tapi selepas tu aku yang kena galas tanggungjawab nasib ada family aku support aku untuk bangun balik. Aku punya setia, jaga maruah diri, jaga anak2.

Tiba masa suami keluar penjara, semua ok suami pun alhamdulillah berubah kearah yang baik, solat tak tinggal, tinggal semua kawan2 dia dan kerja macam normal.. 

Masa raya puasa tahun nie turn balik rumah mentua, tengah berkumpul tiba2 mak mentua tegur pasal anak aku no 3, ‘eh kenapa muka anak mu macam muka adik ipar mu, yang anak no 2 nie ikut muka bini mu’

Aku ingat apa ayat mak mentua aku cakap. Walaupun dalam gelak2 aku terus tegur ‘kenapa cakap macam tu’ sebab aku kenal perangai suami aku. Memang keluar mentua aku semua toksik. Sebab tu aku jarang balik. 

Bulan ke bulan tiba-tiba suami aku cakap depan keluarga aku ‘eh muka nie sama macam muka adik ipar’.

Semua macam terkejut laa sebab kalau orang tengok pun memang muka suami aku tapi dia tetap dengan pendirian dia, sampai sanggup fitnah aku ada hubungan dengan adik ipar. Sedangkan dia tahu aku hari2 dengan dia.

Siap ajak cerai takpe aku ikut ajak cerai, dah sampai mahkamah tak jadi pulak nak cerai, aku pun dah penat nak hadap,

Mak dan family aku semua tak nak ambil tahu pasal suami aku sebab tak ada bukti yang dia fitnah aku, sedangkan aku duduk dengan keluarga. Sekarang adik ipar aku buat report polis sebab makin menjadi2 tuduhan. 

Sekarang aku tak tahu nak buat apa, kadang suami aku elok kadang dia tiba2 datang meroyan tuduh2 aku suruh mengaku.

Aku rasa suami aku macam halusinasi, disebabkan aku jarang bersama dengan suami, aku kerja, balik kerja urus anak dengan rumah lagi, anak kadang tidur lambat jadi masa tidurkan anak dengan aku sekali tertido,

Bila bincang tentang nie suami cakap takpe saya paham awak penat, tapi dua tiga hari jadi balik, aku bukan taknak layan suami cuma letih. 

Apa pendapat korang untuk aku buat, aku dah betul-betul buntu, solat, istiharah semua dah buat, hati aku dah tawar habis nak baiki hubungan nie. 

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Selalu ambil dadah akan efek otak walaupon dah berhenti, akan cipta dan mereka2 cerita yg x ada, terutama kalau pernah ambik syabu

  2. Mertuanya pon dah kenapeeee.saya cadangkan sis amek ujian dna untuk buktikan yg anak tu anak laki sis. Supaya lepas ni takde dakwa dakwi lagi,laki sis dah boleh move on ke perkara yang lebih berfaedah.dengan mertua tu,boleh nak berbaik tapi kekalkan jarak.

  3. Siapa yg buat tuduhan tu. Ikut la mcm adik ipar tu buat laporan polis sbb ni melibatkn maruah awak. Kemudian buat ujian dna utk puaskn hati suami. Klu dh sah keputusan memang awak tak salah saman je si pembuat tuduhan tu biar dia rasa sedap2 nk tuduh orang.

  4. Sis, klaw betul husband ada msalah, cba ajak dia pergi check dgn pakar psikologi, bkn nk kata dia ‘gila’, mngkin hormon dia x stabil, sbb tu perasaan dan tinda-tanduk nya berubah2.. mngkin juga ada ‘skizo’ atau akibat mngambil dadah dlu.. dan klaw kluarga mertua tu mmg ‘toxic’, cba jgn dekati mereka, or sehingga suami berubat doktor n pulih, takut keadaan dia jd lg teruk, sbb ‘terpengaruh’ dgn kenyataan2 dari family dia.. skrg ni mcm2 kes jenayah yg berlaku dlm family sendiri, akibat msalah “mental”, so bertindak lah segera sebelom terlambat.. insha Allah, semiga segalanya dipermudahkan..

  5. Lalok ke suami akak? Fitnah berzina dgn ipar,tu dah boleh buka fail dekat mahkamah. Cerai je lah kak oi,dia pun tak sara kau pun kann

  6. Kalau aku takde makna nak layan, aku buat report and buat DNA campak atas muka mak dia dengan dia sekali. Maruah kita kot, sampai hati tuduh sampai macam tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *