Suami Merokok

Hi, aku Uya. Berkahwin dah 5 tahun. Aku ada seorang anak umur 3 tahun. Aku nak luah perasaan aku.

Aku datang dari keluarga yang bukan perokok. Ayah aku dan adik lelaki aku clean dari rokok mahupun vape. Jadi aku tidak dibesarkan dalam surrounding orang merokok, bau asap rokok dan sebagainya.

Cita-cita aku memang tak mahu cari suami yang merokok atau vape..

Sebab tahu bukan mudah seorang perokok dan kaki vape ni nak berubah sebab rutin dari mungkin zaman remaja. Merokok atau vape dah jadi sebahagian besar dari perkara wajib harian mereka.

Sebelum berkahwin, di awal perkahwinan aku dah tanya soalan adakah dia merokok/vape?

Suami aku pada masa tu dengan yakinnya jawab tidak. Ketika keluar berdua, tidak pula dia hisap rokok di hadapan aku.

Setelah berkahwin, barulah tahu dia merokok. Suami aku kata dia hanyalah seorang perokok casual dan tidak selalu merokok. Beberapa bulan kemudian, aku dapat tahu suamiku turut hisap vape juga. Ujian apakah ini Ya Allah.

Alhamdulillah, anakku lahir sihat sahaja. Cukup sifat sempurna. Suamiku tidak merokok/vape dihadapanku dan anak. Cuma aku risau bila dia keluar bekerja, balik tidak mandi terlebih dahulu dan terus bermain dengan anak.

Bila ditegur, tidak boleh terima. Suamiku seorang yang baik dan sangat bertanggungjawab, seorang yang lemah lembut tetapi bila ditegur bab rokok/vape suamiku berubah 360 darjah.

Wahai lelaki dan suami. Kami perempuan dan isteri sayangkan kamu, sayangkan kesihatan kamu, kesihatan diri sendiri dan anak-anak. Jika sayang anak dan isteri, cubalah keluar dari perbuatan merokok/vape ini.

Tahu sukar nak berhenti sebab habit dari zaman remaja dsb. Ada klinik berhenti merokok di Klinik Kesihatan dan sebagainya.

Jika benar-benar ingin berhenti merokok, pasti akan usahakan bagaimanapun. Nak seribu daya, tak nak seribu helah.

– Uya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *