Suami Miskin Tapi Mahu Poligami

Ini luahan perasaan saya. Saya menulis sekali lalu, tanpa baca semula. Jadi, maaf ya sekiranya berterabur. Sekadar luahan, tidak minta pendapat. Mungkin minta semangat.

Saya umur awal 40-an, bekerjaya profesional tapi tak suka dengan kerja saya. Suami tua beberapa tahun dari saya, sudah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun. Selepas sebulan saya berkahwin, ketika saya baru mengandung anak pertama, suami berhenti kerja.

Sejak itu, dia ambil alih perniagaan part time yang saya usahakan kecil2an di rumah. Sebab masa tu dia nampak perniagaan tu macam boleh pergi, dia kata. Padahal itu adalah part time, untuk buat duit ekstra.

Dipendekkan cerita, tak kemana dan akhirnya lingkup.

Selepas lebih kurang 5 tahun dia tak bekerja tu, mak dia mahu beri pinjam duit untuk dia buat modal berniaga. Tapi dia gunakan duit tu untuk bukak bisnes yang saya mahu. Dia tanya bisnes apa yang saya mahu buka.

Dan dia guna duit tu, untuk bukak bisnes yang saya impikan tu, sebab saya memang tak suka kerjaya profesional saya.

Kesudahannya? Saya buat 2 kerja pada satu masa yang sama.. kerja office, dan kerja bisnes tu. Alhamdulillah, 10 tahun berlalu dua2 masih kekal. Kerja saya dan bisnes saya. Tapi bukan mudah ye.

Masa buka bisnes saya 10 tahun lepas tu, saya keluarkan duit belikan dia van, jadi dia gunakan van tu untuk buat bisnes van sekolah. Jadilah, lepas duit rokok dia. Dapat dalam RM2000 dari van tu, bayaran masuk ke akaun saya.

Saya potong sewa rumah RM850 dan selebihnya saya beri pada dia, sebab dia cakap tak cukup untuk cover minyak dan sebagainya. Perbelanjaan lain, semua saya tanggung. Saya tak rela, tapi tiada pilihan.

Sepanjang 14 tahun, selepas 3 orang anak, saya menanggung 99% keperluan keluarga. Saya memang selalu stress, sebab ini bukan kerelaan saya. Suami pula jenis yang kasar. Pelbagai perkataan dia pernah maki saya. Perempuan kafir pun dia pernah panggil saya.

Dengan anak2 pun dia ringan tangan. Pernah sekali saya buat laporan polis, sebab dia pukul anak berumur 7 tahun, sebab anak makan dulu tanpa tunggu dia. Macam tu la karakter suami saya. Semua konon nak kena ada adab. Semua dalam rumah ni kena hormat dia.

Bagi dia, sebab dia dah keluar bawa van, jadi dia sudah tunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Dia kata saya kenalah bersyukur sebab dalam islam, suami hanya perlu beri ikut kemampuan sahaja. Jadi saya kena lah terima setakat mana kemampuan dia. Tak guna saya nak bertekak, sebab dia semua betul.

Nak dijadikan cerita, baru2 ini, satu hari dia beritahu dia jumpa syarikat grab yang dia boleh sewa kereta bayar mingguan, dan dia boleh bawa grab sebagai usaha nak tambah income.

Selama ni memang pernah terfikir nak bawa grab sebagai tambahan income, tapi kereta saya tak cukup spec. Sebab kereta dah lama. So happy lah saya bila ada syarikat yang sewakan kereta macam sewa teksi konsep dia.

Sebab jujur, saya letih, keperluan anak2 semakin bertambah sebab anak2 semakin membesar. Jadi kalau dia betul2 boleh tambah income, memang saya happy sangat. dia pun bawa balik la sebuah kereta baru myvi putih.

Pada masa yang sama, anak2 mengadu bila saya sibuk di luar, abah selalu video call dengan sorang perempuan, digelar Teacer Kangkung. Teacher Kangkung selalu minta nak VC dengan anak2 saya sekali.

Malahan teacher Kangkung juga pernah pergi tengok perlawanan bola anak lelaki saya, masa saya tak dapat nak pergi sebab saya ada kelas (saya sedang further study parttime).

Saya dengar anak mengadu, tapi saya tak buat apa2 tindakan. Saya diamkan dulu, saya taknak serkap jarang. Sebab kot la sebenarnya teacher sekolah anak ke. So takpe. Saya diam.

Selepas 2 minggu suami dapat kereta baru dari grab tu, saya siasat nombor plat kereta tersebut, sebab bila saya tanya nama syarikat yang sewakan kereta tu, suami banyak berdalih.

Lalu, saya dapatla semua rekod, dan ternyata, kereta tu sebenarnya kepunyaan teacher Kangkung. Syarikat sewa grab semua tu untuk tipu saya sahaja.

Saya confront suami, rupanya teacher Kangkung belikan dia kereta, sebab nak bantu dia cari extra income. Saya call teacher Kangkung, dan dia mengaku dia bersedia jadi isteri kedua. Baru kenal beberapa bulan, tapi sangat serius sampai sanggup belikan suami saya kereta.

Saya beritahu dia, suami saya tak mampu untuk poligami. Dan respon dia dan respon suami saya sama “sebab tu la nak buat grab ni, nak cari income lebih”.

Langsung tak make sense. 14 tahun saya mengeluh kena sara keluarga, tapi sekarang dia nak carik income extra. Tapi sebenarnya nak poligami. Bukan sebab nak bantu saya.

Teacher Kangkung hantar saya ceramah2 di whatsapp berkenaan poligami. Hantar saya contoh lelaki B40 tapi masih boleh poligami. Siap send saya message yang berbunyi,

 “Dari segi hukum, boleh je nikah poligami. Nabi pun pernah poligami sedangkan dapur nya tak berasap selama 3 bulan berdasarkan 1 hadith riwayat Aisyah.” Yer. Benar. Lelaki2 melayu, bila tentang poligami semuanya mahu ikut nabi. Tapi hal lain, tidak ikut nabi. Sadis.

Saya beri kata putus pada suami, tinggal perempuan tu atau ceraikan saya. Suami saya taknak dua2 jalan tu. Sebab dia nak dua2.

Dia memang mahu poligami. Dia sangat tinggi ya cita2. Siap ugut saya macam2 jika saya failkan perceraian, dia kata dia tak redha saya dari awal kahwin sampai sekarang. Jika saya kacau hidup teacher Kangkung, dia akan kacau hidup saya. Huhu. Alahai, sedih betul nasib saya.

Jadi, saya anggap ini lah jalan keluar yang Allah nak beri pada saya. Saya akan gerak dan filekan perceraian secepat mungkin. Pergi matilah dengan segala ugutan2 dia tu.

Suami berulang2 sebut, dulu nak sangat abg cari extra income, sekarang ada perempuan yang boleh bantu abg cari extra income, awak pulak tak setuju”. Adoila… lawak apakah ini.

Apa2 pun, selama ini saya anggap sayalah perempuan paling bodoh, sebab kekal bersabar dengan suami saya. Tapi, alhamdulillah, muncul teacher Kangkung yang belikan suami saya kereta walau hanya kenal beberapa bulan. Terbukti bukan saya yang paling bodoh. Hehe

Tipulah saya tak risau nak pegang title ibu tunggal anak 3. Tapi, fikir2kan, selama ni pun saya dah macam ibu tunggal. Takpelah anak2, kita jalan ke depan ya.

Pembaca jangan la kutuk saya yer.. saya tahu dulu saya bodoh. Saya tak akan pandang belakang lagi.

Buat Teacher Kangkung, konon menyokong poligami, tapi jalin hubungan senyap2, rahsia2. Pastu laki aku menipu pulak pasal kereta tu. Cara nak mulakan pun dah salah. Nak jadi cikgu bukan ke kena bijak? Tapi kau kenapa tak macam berapa bijak?

Dengar sini perempuan, kau jangan berani nak video call anak2 aku, dan datang dekat anak2 aku. Kau bukan siapa2.

Pembaca, doakan saya terus kuat. Satu saya sangat menyesal, saya lambat ambil tindakan.. sekarang umur dah 40an, baru nak tamatkan penderitaan yang panjang ini.

Ambillah apa2 pengajaran yang boleh diambil dari cerita saya. What to do and what not to do. Terima kasih…

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

14 Comments

  1. trus kuat sis yaya,lantakkk la dgn ticer kangkung biar dia rasa brlakikn suami org mcmne,dia ingt semudah ucapan yg dia ckp dn semudah yg dia dgr dlm vdeo,bkn nk ckp ape la org tgh kemarukkk mcm tue ckp ape pn x jalan…moga baik2 je utk sis dan ank,doa org teraniaya akan makbul lmbt atau cpt je…

  2. Tlg bagi free je biawak hidup tu kepada Teacher Kangkung – dah dia nak sangat kan! Puan perlu kuat & cepat bertindak.. failkan tuntutan harta sepencarian, hadanah & nafkah anak, mutaah dsb. You need to move on with your own life and anak2

  3. Salam puan
    Pastikan Puan jgn beranak dah. Jaga diri baik2. Org lelaki cam ni, puan sedekah je kat Tecer Kangkung tu. Puan jalan terus !

  4. Good move. Lagipun dah 14 tahun Yaya yang tanggung semua anak. Tak ada bezanya nanti, cuma nanti Yaya dah tak perlu tanggung biawak hidup.

  5. saya sokong puan tinggalkan biawak tu , sedekah je dkt si kangkung.
    biar dia rasa pulak , nanti biawak tu dah sakit , biar kangkung yang jaga , dia kan terpaling poligami. make sure anak2 puan faham siapa yang bersalah dalam hal ni , jangan nnt biawak tu burukkan puan pulak dkt anak2..jalan terus , semoga jumpa kebahagiaan puan dan anak2..

  6. tiada istilah terlambat, yang ada cuma bodoh kalau bertahan lepas tu asyik menyesal sampai hati duk taggung biawak hidup yang bukan sahaja susahkan diri sindiri tapi anak anak juga.
    cerai sis. sedekahkan aje dekat si kangkang tu eh salah, kangkung. sis kena ingat, lepas cerai, kalau dia datang balik, merayu, JANGAN TERIMA !

  7. Selama ni dia ingat dia mampu walhal 99% bini yg kluar duit kan. Kita tgk la pasni mampu ke dia tanggung teacher kongkang pulak. Nafkah anak awak jgn lupa tuntut. Dia taknak cerai sebab takut kena kluar nafkah anak la tuu. Lagipun ada bini boleh tanggung makan pakai dia. Elokla sedekah biawak tu kat ticer kongkang tu. Btw saya isteri kedua tp saya pun x sokong poligami kalau suami miskin mcm ni.

    • Setuju! Dia takut kena bayar nafkah anak la tu.. lagi 1 takut atm no1 hilang, atm no2 belum secure lagi.

      Buat Puan Yaya, terus kuat dan jgn toleh belakang lagi!

  8. Ya.. Pergi matilah dengan biawak tu puan. Suami paling celaka mcm ni lah.. Dah la tak berguna..menyusahkan. Pulak tu berlagak terpaling betul sebab dia pegang title suami. Kalau dia tak mau ceraikan puan.. Puan boleh tuntut fasakh sbb dia tak tunaikan nafkah anak bini. Mula dari sekarang simpan semua resit2 expenses yg puan belanjakan. Lawan dgn bijak biar dia terkelu malu sendiri. Org mcm ni kena bagi atas muka dia.

  9. Yesza you go girl. Jangan tunggu lagi terus jalan. Dah 14 thn tanggung biawak kan. Biar teacher kangkung pula rasa kena makan biawak.

  10. puan, puan x bodoh ye.. puan bijak.. cerai je baik2.. ckp je alah nnt beban lah nk jaga dua family, u jaga je ticer kangkung tu.. nnt xde la byk sgt komitmen.. u pujuk je baik2, dgn burukkan diri u.. padahal kita nk escape je.. hahahaha.. sy doakan semoga urusan puan dipermudahkan.. xpyh risau la bab ibu tunggal tu.. mak sy rilek je bela anak2 berstatus ibu tunggal, xharap dgn lelaki wlpn yg dtg tu kaya.. buat apa? nk bela org sakit, baik mak duduk rumah, xpyh nk masak 2 3 kali.. nk jalan2 anak2 blh bwk.. simple.. dh berlaki esok, blm tentu pak tiri nk bela elok2, silap2 jd haruan makan anak.. sis jaga je diri baik2.. sis mahal.. dahulukan diri puan dgn anak2.. insyallah, yg baik2 akn menyusul..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *