Salam semua. Saya Luna (bukan nama sebenar), berumur 30 an, ada 4 orang anak. Dah berkahwin selama 11 tahun. Luahan saya berkisar tentang suami saya.
Selalu orang kata isteri ni ada gerak hati. Tapi bukan saya. Memang tak ada gerak hati sebagai isteri. Tetapi bila kalau Allah nak tunjukkan perkara yang suami buat, macam tu je Allah tunjuk tanpa saya ada rasa dan nampak apa-apa (di mata kasar saya).
Satu hari pada hari Khamis, saya tengok hp suami. Suami tinggal hp sebab dia pergi surau masa ni. Mula-mula tertengok WhatsApp suami dan nampak la ada jiran kami hantar post ‘nakal’ dalam group depa. Dalam hati dah geram dah. Apa punya perangai lah.
Group ni suami-suami sahaja dan mereka baik sesama mereka. Tergerak la nak check WhatsApp suami yang lain-lain, kot kot ada mesej-mesej perempuan atau yang bukan-bukan kan.
Bila check mesej secara random je (tak semua) ikut nama yang suami save, nampak okay dan tak ada apa-apa yang mencurigakan.
Dah alang-alang tengah spotcheck, saya check la sekali Instagram suami. Bila buka, saya terus menuju ke Messages dalam inbox suami. Ya Allah, luluhnya hati saya bila tengok ramai sangat (lebih daripada 5 orang) perempuan yang suami saya mesej.
Mesej-mesej lebih kurang macam test market macam tu. Ada yang perempuan layan gitu-gitu, ada yang tak dillayan langsung. Perempuan yang suami mesej boleh tahan cantik semuanya. Masa ni dah rasa geram sangat dah.
Sebenarnya, sebelum-sebelum ni, saya pernah tengok aplikasi Thread suami. Dekat aplikasi tu, kita boleh tengok apa yang orang tu reply dekat post-post orang dekat apps tu. Masa saya tengok tu, semua yang suami komen reply, semuanya post-post perempuan.
Dalam hati just kata, amboi je la sebab reply tu biasa-biasa sahaja. Husband saya ni ada hobi berlari/running. Post yang dia komen tu semua perempuan-perempuan yang running jugak. Masa check dekat Threads ni, masih rasa okay dan tak fikir apa-apa lagi.
Berbalik kepada selepas saya check hp suami, saya buat macam biasa lepas tu. Walau dalam hati rasa sakit sangat. Entah siapa-siapa la yang suami saya mesej. Saya nampak tarikh mesej daripada tahun 2018 lagi.
Ada seorang tu, suami mesej dan tanya tak live bigo ke dan gambar profilnya, seksi sangat dengan hanya berbikini. Ada sorang lagi yang suami mesej (tapi tak dilayan), bila tengok profile, perempuan yang berdada besar. Sakitnya hati saya. Malam tu, saya tidur sambil menangis sebab sakit hati.
Keesokan harinya, Jumaat malam waktu suami tinggal hp, saya cek lagi Fb Messenger pulak. Ya Allah, sama banyak mesej sana sini perempuan. Yang kat Fb Mesengger kebanyakannya runner perempuan. Siap bagi tahu, kalau datang sini bagi tahu sebab suami nak belanja makan.
Dan, paling menyakitkan hati saya adalah, 1 mesej di Fb Messenger ni, dah semestinya perempuan juga, dan bila tengok fb dia, dia isteri orang. Saya namakan sebagai J. Mesej dengan J ni banyak dan panjang dan siap mereka bertukar nombor hp lagi.
J ni layan mesej suami rasa sebab J, kawan kepada kawan suami. Suami saya kerjanya jenis kadang-kadang ada kerja malam membawa ke pagi. Boleh pulak suami mesej J pukul 12 pagi, pukul 3 pagi. Siap suami telefon J ni pagi-pagi buta. Mesej teringat dekat J pagi-pagi buta. Kata J comel lah.
Paling-paling saya tak boleh terima, memang bangang suami saya ni. Suami tak dapat hubungan kelamin sebab saya datang bulan pun dia bagi tau J. Bangang tak bangang.
Si J ni pulak melayan mesej. Bila baca mesej-mesej dengan J tu memang nafas saya dah turun naik sebab geram sangat-sangat sambil saya ambil gambar dan video sebagai bukti.
Kalau ikutkan, saya nak bertenang dulu dan kumpul kekuatan sebelum confrant suami. Tapi disebabkan mesej dengan J tu saya rasa agak melampau, malam tu jugak saya decide nak confrant suami. Lepas anak-anak semua tidur. Saya panggil suami, dan confrant suami depan-depan.
Mula-mula saya tanya, kenapa dia mesej perempuan sana sini. Apa yang suami nak? Dia nak test market ke? Saya tanya jugak ada ‘makan luar’ ke? Muka suami masa tu cuak sikit. Saya minta hp dia time tu, dia tak bagi-bagi. Bila saya cakap pasal J, lagi nampak dia macam tercekik.
Boleh pulak time tengah confrant tu, dia bangun pergi dapur, buka peti ais dan makan sesuatu. Hei hangin betul saya masa tu. Dekat 15 minit confront, tak ada perkataan maaf pun. Suami hanya kata tak ada apa-apa pun. Yang sini dia cakap kawan. Ada seorang tu je la dia kata kawan.
Selain dari tu memang suami hanya diam dan saya sahaja yang bercakap. Tak ada jawapan lain daripada suami, saya cakap kalau dah tak nak bagi tahu, dan kita boleh berpisah. Cakap je dengan saya. Then saya bangun dan masuk bilik dan menangis sepuasnya.
Esok siang berlalu macam tu sahaja saya buat hal saya dan anak-anak. Malam tu, baru husband datang jumpa saya dan minta maaf dan cakap dia lalai dan tak ada orang pun nak dekat dia.
Dalam hati angin la sebab kalau ada perempuan yang betul-betul melayan dan berdekatan dengan suami, entah apa yang akan berlaku. (J tinggal di Sarawak). Saya masih belum terima maaf suami ketika ini.
Esok siang, suami minta maaf lagi, dan minta dilayan batin pula. Bila fikir kalau tak layan akan berdosa, maka saya layan. Mungkin suami ingat saya dah maafkan, sebab lepas tu saya sudah mula bercakap sikit-sikit dengan suami.
Suami lepas tu, terus buat macam biasa tapi dia amik hati dengan bawa saya dan anak-anak bercuti. Saya pun bercakap dan layan suami macam biasa.
Sebenarnya, dah lama saya dan suami tak tidur sebilik. Suami akan tidur ikut suka dia dekat mana, tapi selalunya dia tidur dekat ruang tamu sebab suami akan layan hp lepas anak-anak tidur sampai la lewat pagi. Pukul 2 atau 3 macam tu baru suami tidur.
Saya memang tidur dengan baby sebab baby masih menyusu badan. Sejak kes kantoi tu, baru lah suami tidur sebilik dan sekatil dengan saya setelah sekian lama sejak PJJ.
Tapi sejujurnya dalam hati saya ni sangat lah tak tenang. Disebabkan hal ni, saya dah jadi overthinking. Selalu pukul 10 malam saya dah tidur lepas tidurkan baby.
Sekarang kerap kali, sampai pukul 12 saya masih terkebil-kebil tak boleh tidur. Tapi paksa juga tidur disebabkan esoknya saya perlu uruskan anak-anak nak ke sekolah dan bekerja. Lagi trigger kalau baca kes-kes curang ke, lagi lah malam tu tak boleh nak tidur.
Saya dok terfikir segala pengorbanan saya selama ini yang tak dihargai. Saya dan suami pernah PJJ 2 tahun, suami sambung belajar part time selama 5 tahun dan setiap minggu akan ada kelas dan kerja dia. Saya dok jaga anak kat rumah.
Ni dah habis belajar suami ada masa running bila petang habis kerja dan saya juga lah yang uruskan anak-anak mandi sambil masak. Terkial-kial uruskan anak 4 orang dengan baby lagi.
Jenis saya, jarang-jarang saya minta duit suami untuk beli apa-apa yang saya nak sebab saya pun bekerja dan saya tak nak susahkan dia. Urusan rumah kebanyakan masa pun semua saya buat, suami hanya akan buat bila dia nak buat.
Even mengandung pun saya cuci toilet sendiri (dah minta tolong tapi dia buat gurau pulak). Masa berpantang anak no-4, kena pulak waktu tu bulan puasa, seminggu lepas bersalin saya lah masak untuk suami dan anak-anak sahur dan buka puasa.
Kadang bila pagi suami bangun lambat (sebab tidur lewat), saya juga lah hantar anak no 1 dan 2 ke sekolah. Setiap hari kena kejut dia bangun pagi untuk Subuh dan kerja sampai saya dah fedup dan biar je dia tidur. Saya tinggal je baby dan anak no 3 sekejap.
Bila dah jadi macam ni, habis semua saya fikir dan ungkit. Hati ni sakit sangat bila terkenang apa yang saya korbankan dan apa yang suami buat belakang saya.
Sekarang, sebulan selepas peristiwa itu, semuanya kembali normal seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi jauh di sudut hati saya, sakitnya hati ini masih lagi belum sembuh.
Saya sekadar meluah di sini sebab semua yang berlaku berulang-ulang bermain dalam hati dan fikiran saya. Saya pun tak tahu sampai bila hati ini mampu pulih. Saya juga tak tahu sama ada ini adalah keputusan yang terbaik untuk saya dan anak-anak.
– Luna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Benda biasa suami tgk porn/lucah
msg perempuan random/curang
normal benda ni kak. kantoi dgn tak je.
sy pun tak faham. lelaki je yang blh jawab benda ni. doa suami berubah je kak.
Tak guna punya suami basuh toilet pun tak nak, puan manjakan sangat suami tu..suruh dia buat semua main work puan fokus jaga baby, dah la anak ramai betul2 loser la suami puan tu memalukan je kasi ajar sikit hehe..puan jaga kesihatan ya kalau boleh elakkan pregnant lagi
Semua sikap celaka & pengkhianatan suami dianggap normal & biasa oleh manusia jahil.. bahkan suami yg berjudi, gagal beri nafkah, x solat/puasa & byk kali memburit dgn betina di luar pun dianggap ‘biasa’ & tiada khilaf. Tuhan x akan mengubah nasib seorang hamba yg berterusan hidup dlm kejahilan. Isteri bodoh yg x mampu berdikari & bergantung sepenuhnya dgn suami lahanat jer rela diperkotak-katikkan.
Make him busy sis, jgn bagi muka..suruh dia buat kerja rumah, jaga anak, bagi you nafkah zahir batin. From your story, suami terlalu banyak masa and his life macam orang bujang..bila wife take over tugas suami, of course you takde masa utk dia and dia pun mula nak try makan luar..memang cliche sangat apa yg dia buat tu, download apps, dm/comment/like/add ramai perempuan di social media utk test market, mengadu kekurangan isteri yada..yada..tu semua permulaan ke arah kecurangan..kalau nasib dia baik, ada la yg sangkut, lepas tu akan ada la beberapa episode sampai la kes macam² boleh berlaku..mostly benda macam ni berlaku bila wife banyak berkorban/take over tanggungjawab suami/terlalu senang bantu kerja suami/tiada masa untuk suami/masa dah habis melayan anak², buat kerja rumah, keluar bekerja, etc..kalau dia buat semua tanggungjawab dia, dia takde masa pun nak ada hobi cycling tu, lagipun anak² masih kecil, he must spend more time with the kids, raise them together with you..and jangan lupa kikis duit dia, he is your husband and you have right to kikis, don’t give him chance..guna duit tu utk me time, pergi shopping, pergi spa etc, let him take care of your kids..jadi tegas sikit sis..okay, good luck to you!
4 jenis isteri yang aku rasa tak perlu di advice, better isteri-isteri layan jer perkahwinan yang menderita sampai akhir hayat.
1) Isteri yang setuju beranak pinak macam kucing, anak sampai 4,5,6,7 dah seterusnya. Aku tak tahu pertandingan apa famili sebegini nak join. Olimpik ke? Kasih sayang untuk diri sendiri tak cukup, kasih sayang dari suami tak dapat, suami pun tak cukup kasih sayang dari isteri, anak anak pun tak cukup kasih sayang. Sehari cuma ada 24 jam, tak akan mampu fokus ke 4 hingga 5 orang, tak akan mampu tapi acah mampu, end up anak sulung kena jaga adik adik. Tema rasmi keluarga sebegini, keluarga tak cukup kasih sayang. Trauma pada anak, self-esteem issue.
2) Isteri yang setuju urus hal kewangan famili, semua hal duit dia urus, dia mengalah dengan suami, sampai dia sendiri nak beli skincare tak ada duit, muka isteri comfirm lebih tua dari suami. Suami pula duit dia habis guna belanja kawan kawan. Waktu isteri berjalan sebelah suami umpama suami berjalan sebelah bibik. Tema rasmi keluarga sebegini, isteriku bibik ku, Trauma pada isteri, financial abuse.
3) Isteri yang setuju urus chore house 100%, semua kerja rumah dia buat, 4 tahun kahwin, 4 tahun lah semua dia urus, dari ruang tamu, dapur, ke bilik, anak anak, pakaian, makan minum semua dia urus. Tema rasmi keluarga sebegini. Isteri loner. Trauma pada isteri, mental disorder.
4) Isteri yang terima kecurangan suami dengan baik, seolah kecurangan itu adalah latihan exercise untuk suami meriah pingat emas Olympic. Suami berseronok sana sini, suami melayan perempuan, bercakap elok dengan perempuan lain, bersopan santun, hormat perempuan lain. Tema rasmi untuk keluarga sebegini, problem maker. Trauma isteri, trust issue. Trauma anak anak, father issue.
Kalau ada isteri yang ada 4 sifat kat atas, setuju beranak macam kucing, financial keluarga letak kat bahu dia, semua chore house dia buat. Boleh santai suami curang, perempuan macam nih dah tak waras, hidup dia dah terbalik, kerja dia ulang alik pergi page confession sana sini. Usah dinasihat, dia pilih jalan sebegitu, biar dia selesaikan sendiri.
Jadi pada yang nak kahwin, buat keputusan betul-betul, perkahwinan adalah perkara indah. Berapa ramai perempuan masuk dalam perkahwinan umpama masuk dalam lubang tahi, ramai. So perempuan stop jadi bodoh, stop setuju beranak macam kucing, stop setuju pikul kewangan keluarga, stop setuju urus chore house semua, stop setuju curang benda biasa. Sayang suami berpada pada, STOP JADI BODOH.
Saya pun taktau apa yg sebenarnya laki nakkan. Memang semua lelaki mcm ni ke? Sy rasa benda ni perlu diketengahkan. Sampai bila kami para isteri nak mengalah benda2 mcmni. Tgk porn, curang, random text perempuan. INI TAK NORMAL! Kita ni isteri patut dilindungi disayangi. BUKAN DICURANGI. Tolong lah jgn normalize kan perangai JIJIK mcmnni.