Assalamualaikum. Saya nak buat luahan berkenaan suami aku yang narcissistic. Geram sangat. Stress tak payah cakaplah hadap suami narcissistic ni, sampai rasa nak bunvh diri,
‘Kenapa lah tuhan tak ambik nyawa aku, aku stress sangat hadap kehidupan ni… Semua failed, nak kena hadap lagi suami narcissistic… Jujur aku stress sangat’.
Umur ku tahun ni 27 tahun, tapi pencapaian aku setakat ni takde. Dulu aku pelajar cemerlang, nama aku selalu dipanggil sebagai top 5 student terbaik semasa sekolah menengah.
Tapi siapa sangka, aku sekarang bekerja sebagai kru restoran Mcdonald’s semata2 nak dapat makanan percuma. Aku takde duit sekarang, bekerja di mcdonald adalah caraku berjimat cermat sementara mendapat pekerjaan yang tetap.
Bila ingat nasib diri ni, aku sedih sangat. Suami patut sediakan nafkah makan minum tapi hampeh. Aku berhempas pulas mencari rezeki untuk makan minum sendiri.
Sedih, macam terbalik pula aku jadi suami yang menjadi tanggungjawab mencari rezeki dia yang isteri hanya tahu berleter saja.
Dia bagi RM600 sebulan tapi duit untuk bayar kereta aku. Aku mana ada duit beli keperluan dapur, boleh dia complain aku tak masak untuk dia pergi kerja. Semua salah aku, langsung tak tengok diri.
Kami sekarang duduk di rumah mak mertua, dapur sempit, peti ais pun penuh fikir sendirilah mana ada aku selesa nak masak dengan keadaan macam tu.
Lagipun mak mertua rajin masak, takkan mak mertua dah masak aku nak masak lagi. Tu pun tak habis2 compare aku dengan mak mertua yang rajin masak tak macam aku.
Aku letih balik kerja, kerja bidang f&b penat sangat. Dia kerja Singapore, 4.30 pagi dah bangun. Mana aku larat bangun sebelum pukul tu sediakan makan minum dia sebelum pergi kerja. Mak mertua la yang sediakan,
Tapi selain tu kerja rumah aku ada buat. Penat2 angkut pakaian dobi yang berat, susun katil tido, menyapu, kadang2 masak untuk dia tapi dia langsung tak hargai.
Bila gaduh je, balik2 cakap aku tak buat keje rumah. Bile dia kantoi mesej gatal kat bini orang pun, dia salahkan aku tak jaga makan pakai dia tu yang buat dia cari perempuan lain. Semua salah dari aku.
Aku sedih, bini orang tu siap serang aku tapi laki aku takde pun pertahankan bini dia tak macam suami yang lain.
Macam tu perangainya, boleh dia suruh jual kereta aku pakai je kereta dia daripada tak dipakai. Alasan dia sebab kereta aku kereta lama, kereta dia baru. Jadi aku boleh beli rumah, pastu sewakan kat orang.
Kata akak tempat keje dia, aku ni mengada nak ada 2 kereta pula (1 kereta dia dengan 1 kereta saya sebelum kahwin).
Amboi2, boleh bagi cadangan macam tu ye tak tengok keadaan orang. Tolonglah jadi cadangan ikut tekak kau je kak oi, suami kau tu ok bolehlah tapi suami aku tu suami dari neraka. Kalau bergaduh dia nak balik kereta tu, aku nak pergi keje pakai apa.
Rumah? Aku nak pergi rumah tu pun pakai kereta lah aduyai. Macam nak mensabotaj hidup aku je.
Aku tahu kereta tu lama, sekarang pun dah buat perangai. Aku pun pening nak cari bengkel kat mana, duit lagi. Tapi apakan daya tu je pilihan yang ada, pembaca sekalian takkan aku nak jual kereta aku.
Aku takde kerja tetap lagi, aku cerita dengan laki aku kereta aku bermasalah pun aku dapat jawapan yang menyedihkan. Settle sendiri, hidup jangan menyusahkan orang nanti orang menyampah.
Aku sedih sangat ada suami tapi tak guna. Semua aku kena kena settle sendiri. Pedih aku hadap ni sorang2, takde kawan pun ikhlas berkawan. Ingat suami adalah kawan terbaik rupanya hampeh.
Aku dulu pernah dikhianati kawan, bagitahu kawan orang yang aku minat kawan sekelas aku. Dia janji tak bagitahu sesiapa, last2 bagitahu satu kelas sampai dimalukan depan semua orang. Orang hodoh macam aku tak layak untuk dia la bla bla.
Baru2 ni cuba berkawan dengan akak sekerja ni, berfikiran positif dia tak macam kawan aku dulu rupanya ambik kesempatan. Agak2 hantar dia jauh2 takde langsung bagi duit minyak, kurang2 bagila makanan.
Kecewa sangatla aku dahla kebulur, macam driver pula aku ni. Penat2 balik keje ambik dia dengan jem lagi nak sampai rumah dia last2 takde dapat pape, roti pun jadilah sebagai menghargai orang tu.
Lepastu aku terus ghosting akak tu, takut kena hantar lagi, dahla tengah kering untuk duit minyak.
Aku tengah stress sekarang cari kerja baru, sebelum ni ingat ikut agent ok rupanya hampeh. Janji bulan bintang last2 habuk takde.
Terpaksa lah aku kerja lain, kerja sehari kat sebuah restoran ni sebab jauh dengan mahal parking pun laki dah meroyan tukar2 kerja. Tak habis2 tengoklah diri dia tu, dia plan berhenti keje terus masuk singapore. Tak macam aku sana sini cari keje last2 keje ntah pape.
Padahal aku bersusah payah dengan dia dulu masuk singapore sama2, tolong editkan resume banyak kali dengan macam2, last2 tak dipandang. Last2 dia lah yang bagus, dapat keje singapore tak macam aku yang sedih ni.
Personaliti narcissistic semua nak menyalahkan orang, handphone dia hilang pun salah aku. Katanya sebab aku duduk sebilik dengan dia, habis barang aku dicampak2 nya, tak puas hati aku pun tak tahu.
Dah jumpa kat luar dia yang tercicir bukan nak minta maaf, diam je. Cer aku yang hilangkan, meroyan bebel2 tengok dia mana pernah cuai tak macam aku.
Baju dia hilang salahkan aku sebab aku yang bwk baju pergi dobi. Patutnya kau yang berterima kasih aku penat2 bwk ke dobi, tapi kau menuduh aku macam2.
Aku letih hidup macam ni, dipersalahkan semua benda. Aku nak cerai, duit takde. Nak bayar peguam, naik turun mahkamah takde masa.
Di sisi lain pun aku sebenarnya sayangkn suami lagi, tapi aku pun manusia biasa sampai bila hidup macam ni je. Bila gaduh je dia kata menyesal kahwin dengan aku, aku bawa sial baik kahwin dengan perempuan lain.
Bila mintak dilepaskan nak duit RM6k, mana nak cari duit tu padahal dulu kawin pun aku takde hantaran pun sebab aku tak pandai masak. Awal2 masa nak kawin mak ayah bagitahu, aku ni tak masak okok je. Bila dah kawin je timbul lak isu ni.
Mak ayah aku tak suka laki aku sebab pernah marahkan aku depan dorang. Dorang sedih sangat anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang dimarah macam tu sekali dengan suami sebab benda remeh je.
Jadi, bila ada masalah je aku pendam sorang2 takut jadi tambah masalah. Mak ayah suruh duduk dengan dorang je, makan minum kereta ayah tanggung pastu mintak cerai je.
Aku jadi buntu nak duduk dengan dorang atau suami aku, aku rindukan mak ayah. Kenapalah hidup aku macam ni sekali, menitik air mata bila ingat nasib diri.
Doakan aku dapat kerja baru lagi baik, aamiin. Baru dapat tapi gaji RM2k sahaja, tolak parking minyak bersih dapat RM1.5k hmm dahlah suami aku kata bulan ni last bayarkan kete aku, kete masalah pula tu.
Bulan depan fikir sendiri, aku sakit hati sangat dia banyak duit sekarang sombong tak nak menolong bini tengah susah. Patut ke cari keje lain juga.
Aku sekarang dah malas ambik tahu apa laki aku buat, nak mesej betina lain pun lantak lah. Allah akan balas, tu yang aku ingat. Benda yang menyakitkan hati aku elakkan, baik aku fokus benda berfaedah.
Thanks membaca luahan aku ni, stress pendam sorang2 kurang sikit beban di hati.. Maaf kalau ayat tunggang langgang.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi, taktau la awak adik ke akak. Kesian pulak sya bca cerita awak. Awak masuk lh keje singapore sekali. Kuatkan hati, kalau awak dh berduit baru suami awak tu sedar. Dia pandang rendah sbb awak tak berduit.Awak usaha je apply sendiri keje sg. Byk jugak kat linkedin ke jobstreet ke. Tak yah memilih dulu, masuk je nnti bru tukar.
Aduh, baru perempuan rasa macam mana jadi laki.
Boleh jadi gila. Hahaha.
Ayat penulisan agak tunggang langgang,
Tetapi ok laa penceritaan.
Yang saya kurang faham, kereta awak kereta lama? Tapi setiap bulan bayar RM600? Beli kereta second ke? Atau loan lama sampai 9 tahun?
Kalau puan masih susah, ramai orang pakai motor puan. Jual kereta tu, pakai motor. Motor yang berkualiti second sekarang RM4k, 5k ada puan.
Setahu saya, nafkah suami perlu provide, makanan, tempat tidur, pakaian, pendidikan?
Kalau kenderaan bukan tugas suami puan rasanya.
Puan kalau nak tambah income, belajar berniaga kecil-kecilan secara online dulu. Buat ni part time. In shaa Allah boleh dapat total income RM3k lama-lama nanti.