Suami Nonchalant atau Narcissistic

Salam semua…. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.. rasanya itu lah situasi ramai para-para isteri zaman millennium di luar sana.

Bila kita meluah dekat orang dengan tujuan untuk melepaskan beban di dada sudah tercatit dosa kerana mengaibkan suami sendiri.

Bila dipendam, dihadam dan didiamkan pula memakan jiwa dan berakhir dengan pelbagai medical diagnosed seperti anxiety, depression dan sebagainya.

Pada aku kisah aku bukanlah kisah yang terlalu berat untuk dihadamkan tapi aku tau ramai isteri-isteri diluar sana yang boleh relate dengan kehidupan aku.

Suami nonchalant atau suami narsistic? Aku pun tak tahu apa gelaran yang sesuai untuk suami aku ni…

Selalu orang cakap kalau kahwin dengan anak lelaki sulong akan beruntung sebab dia dah dibesarkan dengan perasaan tanggungjawab terhadap family dia.

Tapi tidak bagi suami aku, dia dibesarkan dengan mentality yang seorang isteri kene buat semua benda, sebagai suami tanggungjawab dia hanya pergi kerja sahaja.

Sebenarnya perangai dia ni aku dah expect lama, even before kahwin lagi dan dari zaman bercinta lagi… tapi biasalah perempuan kan, cinta dan sayang katanya mampu mengubah mereka untuk jadi lebih baik, tapi rupanya hanya angan-angan sahaja.

Suami aku ni ok je.. bukan kaki pukul, bukan kaki perempuan, bukan juga kaki melepak dengan kawan2.

Hidup dia hanya pergi kerja, balik rumah dan hadap anak bini sahaja. Kerja pun not bad gaji okay sahaja, tak terlalu kaya dan tak terlalu susah… kami berdua bekerja alhamdulillah hidup selesa.

Aku tak nafikan suami aku memang rezeki murah, kerja gaji dan ot masyuk, belum kira bonus setahun 2/3 kali. duit dalam bank alhamdulillah tak pernah lagi mcm aku tinggal 0.32sen.

Pelik kan macam mana gaji aku boleh tinggal 0.32sen, dekat sinilah kelemahan suami aku. Pada dia, dia dah keluar bekerja, beli makanan, makan pakai anak2 pun dah cukup. Tak perlu lagi beri aku nafkah dari segi kewangan.

Sedangkan perbelanjaan rumah kami memang 50-50, bil internet aku bayar, pengasuh anak aku bayar, belanja topup barang sikit dan juga makanan harian.

Gaji aku tidaklah terlalu besar macam dia, cukup sekadar melepaskan semua komitmen dan berbaki untuk hidup ke gaji keseterusnya. Senang kata aku jarang minta dia topup kan perbelanjaan aku melainkan makanan kami sekeluarga.

Sayangnya dia tak pernah bertanyakan tentang keadaan kewangan aku, ok ke? Ada duit lagi atau tak… nak kata aku boros, barang2 yang aku beli hanyalah untuk kegunaan family paling tidak mungkin sepasang dua baju baru di tiktok. Berapa sangatlah harga beli di tiktok pun.

Tapi aku jarang meminta paling sesak pun aku akan pakai dulu duit anak-anak, selalunya duit raya diorang lah jadi mangsa. Suami aku pernah cakap nak duit ambil sahaja atau minta sahaja tapi aku tak nak sebab aku tau perangai dia.

Bila duit berkurang sebab orang lain dia punya termenung tu macam orang sasau. Tapi bila duit tu habis dekat dia, beli barang-barang kepunyaan dia, dia ok pulak.

Nafkah satu cerita, belum lagi urusan rumah 100% dibahu aku.. Dari urusan hantar anak ke sekolah/pengasuh, jemput balik rumah semuanya aku yang buat.

Nak harapkan dia selalu alasannya tak sempat nanti bekejar ke tempat kerja. Bila balik dari kerja dia akan buat ekspresi macam dia lah yang terpaling penat sekali kerja.

Tak dinafikan kerja dia memerlukan skekuatan fizikal dan mental, manakala kerja aku hanya menghadap computer, tapi kadang orang cakap penat otak ni lagi sakit dari penat badan. Sedangkan dia jugak kadang kala tidak lah seharian busy di tempat kerja.

Tapi dia memang tak ada langsung membantu uruskan rumah. Dulu awal2 kahwin ada juga dia menyapu mengemop dan sebagainya. Tapi sejak dah beranak ni dia pula yang macam terputus 4000 urat. Langsung dah tak boleh tolong apa-apa.

Faham tak love language isteri-isteri bekerja macam aku ni, bukan lah jambangan bunga dengan coklat setiap minggu, setiap hari jadi, anniversary, bukanlah whatsapp kata-kata cinta setiap saat tapi…………

Bila balik anak-anak dah terurus, rumah bersih, pakaian dan siap tersusun. Paling tidak sedikit sapaan – sayang okay? Banyak kerja, meh saya urutkan. Sentuhan dan belaian yang menyamankan dan menyenangkan bukan belai time nak nafkah batin sahaja.

Kadang terasa macam aku tak perlukan pun laki aku ni, sebab semua benda aku urus sendiri. Tapi aku sedar tanpa bantuan kewangan dari dia mana mungkin aku besarkan anak-anak sendiri. Dari situ aku pendam, aku diam dan aku telan sahaja.

Tapi aku penat. Bila urusan anak bini semua benda dia nak persoalkan kenapa nk macam tu kenapa ambil macam ni. Tapi bila urusan dia, aku sebagai bini tak boleh kata tidak, yelah dia bukan pakai duit kita pun. Duit dia suka hati dia lah kan.

Pernah sekali bergaduh besar, aku lepaskan semua marah di hati. Aku menangis semahu-mahunya, tapi dia sepi tanpa kata. Dia biarkan aku melayan perasaan sendiri berhari-hari tanpa ada rasa bersalah.

Bila keadaan dah pulih, aku sengaja cakap – kita gaduh nangis air mata darah pun awak rilek je. Dia jawab – memang lah sebab saya tahu saya tak salah.

Allahu, aku tersentak tak tahu nak respond apa. Macam tak terdetik sikit perasaan kesal dalam hati dia buat isteri sendiri macam tu. Kenapa ye?

Sejujurnya aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh tahan. Aku tahu ramai lagi yang hadap benda lagi teruk dari aku, aku bersyukur je dengan kehidupan sekarang tapi sampai bila aku mampu bersabar aku pun tak pasti.

Kepada isteri-isteri yang senasib dengan aku kat luar sana, semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kekuatan tanpa batas untuk uruskan keluarga dan semoga kita semua beroleh kebahagiaan jua akhirnya.

– Bintang Harapan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *