Hi assalamualaikum, aku Munge. Aku jujur perlukan nasihat dan makian. Hehe.
Ya tapi aku tulis macam ni sebab aku rasa berdosa bila aku ada rasa suka dan jatuh cinta pada lelaki orang. Ya, suami orang dan ayah kepada kanak-kanak yang tulus dan tak bersalah.
Aku tulis dekat sini untuk minta pendapat dan nasihat untuk bantu aku buangkan perasaan yang salah ini. Sebelum ni, aku pun kecam bila dapat tahu ada orang sekeliling aku yang sanggup hidup bermadu.
Memang benda tu tak salah, tapi aku sendiri sedar damage yang berlaku pada pokok keluarga bila ada orang ketiga dan seterusnya masuk dalam keluarga yang sedia ada ibu, ayah dan anak.
Bukan ibu tiri, perempuan simpanan (Nauzubillahiminzalik) dan sesiapa sahaja yang jadi orang ketiga.
Aku dulu memang sejujurnya skeptikal dan prejudis dengan isteri kedua ni. Tapi itu lebih baik, dari bercinta senyap-senyap dan rosakkan rumah tangga orang.
Panjang pulak mukadimah aku, okay baiklah. Aku ni bekerja dalam organisasi yang perlu sentiasa bercampur lelaki perempuan.
Jadi bila ada sesuatu majlis atau program, aku selalu dapat satu jawatankuasa yang sama dengan rakan lelaki aku, A.
Mula- mula masa bergandingan kerja, aku biasa je dengan A. Tapi lama-lama bila aku selalu bekerjasama dengan dia, aku yang berdosa ni jatuh suka.
Mana tak nya, A ni sentiasa suka bergurau ayat manis. Macam, cantiknya hari ni. Eh, sama lah baju warna kita hari ni. Tak pun, dah makan ? Dan lain-lain.
Bila setiap kali rehat terserempak, adalah 2 3 kali A belanja aku makan. Dia jenis belanja makan senyap-senyap. Bila aku nak bayar nanti mesti akak cashier cakap tak payah Encik A dah tolong bayarkan. lepastu bila aku tanya kenapa belanja, dia kata saja.
Mula-mula aku abaikan. Sebab maybe dia suka belanja semua orang. Tapi paling ketara, bila kami makan beramai. Time aku tu mesti dah dibayar oleh A.
Kemudian, adalah satu pelancaran program besar dekat company aku. Nak jadi cerita, aku tak sihat. Memang tak larat. Jadi aku on leave hari tu, aku pun tertidur. Dalam tengah hari aku bangun, ada 2 misscall.
Oh A rupanya, dia bertalu-talu tanya soalan. Okay tak, nak hantar ubat tak. Dan paling aku tak keruan bila dia send take care dengan emoji love.
Ya Allah, aku terus merah padam. Dan hari aku dah balik kerja, aku terserempak dengan dia. Dia tahan aku tanya dah sihat belum, okay ke tidak.
Memang menunjukkan caring seperti lovers. Ya aku tahu aku yang perasan sorang. Entah-entah orang tu cuma layan sebagai rakan kerja je.
Aku yang anggap lebih. Tak malu betul aku ni.
Tapi, bila aku tengok facebook A. Nampak muka isteri dan anak A, cepat-cepat aku istighfar. Aku yakin dan aku sedar sangatlah kejam untuk aku masuk ke dalam dunia A dan keluarganya yang bahagia.
Jahatlah aku sebagai seorang wanita untuk memuaskan keinginan aku atas kesedihan orang lain. Aku sentiasa ingat kata-kata mendiang Princess Diana ‘when there were three people in a marriage, its too crowded’.
Cuma, yang jadi masalahnya ialah. Sekarang bila terserempak dengan A. Aku selalu mengelak. Dan dia perasan. Lepastu, dia macam tegur-tegur kenapa tak mesra dah dengan dia. Haih.
Syaitan ni selagi ada peluang selagi tu dia usik. Baru seminggu aku tahan untuk tak berinteraksi dengan A. Tapi jadi balik.
Tolong, boleh tak bagi je ayat yang pedih dan kejam, biar aku sedar diri. A SUAMI ORANG. SUAMI ORANG.
Terima kasih.
– Munge (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit