Suami Orang

Aku cuma nak pesan, wanita, hati2 dalam memilih pasangan. Aku baru-baru ni baru putus cinta. Dengan suami orang. Wallahi aku tak tau dia suami orang.

Kes aku ni, dia dah kahwin, tapi tak register dalam sistem. Sebab apa? Isteri dia overstay di JB. Takde visa yang valid.

Sepanjang aku dengan dia, aku boleh je cek fon dia. Dia tak takut aku cek. Dia selalu main fon depan aku.

Aku tak tau la dia ada fon lain ke tak, atau memang betul hubungan dia dan isteri dia tu tak okay. Itu yang dia kata bila dah kantoi.

Macam mana kantoi? Isteri dia call. Dia kata kalau hubungan mereka okay dia takkan buat macam ni. Dan dia kata dia takda perasaan kat isteri dia. Cuma bertahan sebab anak.

Aku pernah rasa macam dia ada perempuan lain. Fon dia clean sangat. Takde langsung perempuan lain/kawan dia chat, yang mana bagi aku mustahil sangat. Yang ada cuma kawan sekerja dia.

Tapi sebab sayang, aku tepis perasaan ragu-ragu. Aku ignore segala redflags dia.

Mulanya aku masih kesian. Yes, aku bodoh, masih kesiankan dia bila dia cerita pasal hubungan dia dan isteri dia, dan masalah keluarga dia.

Long story short, kami dah lost contact.

Tipu kalau aku kata aku dah move on. Aku siap bawa dia jumpa keluarga. Dia langsung tak mengelak bila aku kata nak bawa jumpa family.

Kakak aku tanya, hubungan kami ni serius ke, dengan yakin dia kata dia serius.

Aku dah 30. Sekarang ni aku nak fokus dengan diri aku je. Pasal cinta-cinta or kahwin aku malas nak fikir dah.

Tapi tipu kalau aku kata aku tak dahagakan kasih sayang seorang suami. Aku dah biasa berdikari, cuma kadang2 aku rasa aku perlukan bahu untuk bersandar.

Berbalik pada point aku tadi, berhati-hati la dengan lelaki. Jangan mudah percaya. Sebelum bagi hati, baik selidik betul-betul dulu. Sebab bila dah sayang tak mudah nak lepaskan.

Ada sesetengah orang, mungkin rela jadi isteri kedua sebab dah terlanjur sayang. Aku pun mula fikir macam tu. Tapi perancangan Allah lebih baik.

Hari ketiga, aku minta dia block aku. Aku kata, tu je cara aku untuk move on. Kalau tak aku takkan dapat tahan diri aku daripada terus hubungi dia. Dan dia turutkan.

So sekarang ni aku dalam fasa untuk move on.

Doakan aku ya, agar aku terus kuat. Dan doakan aku berjaya dunia akhirat dan diluaskan rezeki.

– Mangga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. taktik biasa lelaki yg dah kawin; bagitau ada masalah dgn isteri la, dgn keluarga la, bla2, hanya utk memancing simpati dan menarik perhatian perempuan single, klu lelaki tu benar2 bertanggungjawab, mesti dia akan beri perhatian kepada keluarga dia, ni adalah redflag yg paling utama untuk lelaki yg dh berkahwin, hati2 ya

  2. Salam,

    Banyak sebab yer suami orang suka target wanita yang berumur atas 30 an dan single, suami orang tahu wanita macam nih masuk kategori terdesak, diorang baca banyak confession dan tulisan tulisan di internet betapa terdesaknya golongan wanita begini, mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup, jadi sangat sesuai wanita wanita sunyi dijadikan mangsa oleh suami orang yang jahat.

    Salah satu sebab wanita kategori nih ditarget, kerana mereka berduit, bekerja, independent, ada kereta, ada rumah. Cukup hanya dengan kata kata manis, suami orang tak perlu keluar duit, masa, tenaga yang banyak, tak perlu invest banyak macam nak mengorat anak dara umur 19 tahun. Jalan mudah, senang jer dapat couple. Couple tak sampai sebulan, dah boleh minta duit, cakap jer nak berapa, wanita macam nih takut kehilangan kekasih, ada yang kena tekan sampai Rm10k sebulan, wanita bagi jer, sebab memang berduit & sayang. Hujung hujang duit wanita dah nak kehabisan, wanita tak nak bagi lagi, suami orang akan buat hal, putus & cari wanita sunyi yang lain untuk sediakan dia duit, kereta dah rumah untuk lepak lepak.

    Kenapa wanita sunyi 30 an atas sangat digemari suami orang, ini kerana banyak yang masih dara, suami orang tak mudah dapat seks dari remaja perempuan, banyak persaingan dari lelaki muda yang lain, jadi suami orang akan target wanita sunyi, once dapat seks dia tahu susah wanita tuh akan susah nak move on, dah ada physical bond, ikatan fizikal. Kalau pisah wanita tuh akan rasa diri dia kotor, tak ada nilai, tak ada lelaki lain nak, berumur pulak tuh, hujung hujung wanita sunyi akan balik ke suami orang yang dah rosakkan dia. Jimat duit suami orang tuh, dari dia mahal mahal langgan pekerja seks, dengan wanita sunyi dia dapat free.

    Kenapa suami orang suka target wanita sunyi yang berumur, kerana wanita sebegini tak ada self love, suka bercakap benda negatif tentang diri sendiri, cakap dah berumur, cakap tak ada yang nak, cakap dah tak cantik, cakap badan dah lari shape, cakap hidup selalu tak beruntung, cakap duit banyak tapi tak ada partner, nih antara dialog femes wanita wanita sunyi. Jadi suami orang tahu, wanita sunyi tak sayang diri mereka sendiri. Suka menghina diri sendiri, buruk sangka dengan diri sendiri. Jadi mereka mangsa mudah, cukup bagi perhatian sedikit, dah rasa seronok. Rasa diri disayangi.

    Lastly, kenapa wanita sunyi 30 an selalu di target suami orang, kerana mereka kurang bergaul, jadi walaupun mereka belajar tinggi, tapi skill sosial sangat rendah, jadi bila suami orang cerita hal bohong, mereka mudah percaya, kerana kurangnya pergaulan, menyebabkan minda mereka tak cakna tentang dunia realiti yang sebenar. Kurang bergaul dengan manusia, jadi mereka tak faham, tak mampu detect & teliti dengan taktik suami orang dan perlakuan yang menjurus pada pembohongan.

    Waktu intern dulu, ada exec situ dia nak kenalkan bf dia pada kitorang, lepas 2 kali tak jadi, sebab kitorang rehat asing, kali ketiga berjumpalah. Diorang dah couple dalam 4,5 tahun, tak ingat sangat. Time jumpa, first impression kitorang tengok cara dress up bf exec nih macam suami orang. Pastuh gaya potongan rambut dia, apatah lagi beg yang bf exec pakai. Dia berbual dengan kitorang sekejap jer 10 minit sebelum habis rehat, dia cerita pasal durian waktu tuh, cara bf exec nih berbual bukan cara bual orang bujang, hidung kitorang kembang kuncup membau perfume bf exec, last sekali kitorang tengok kasut bf exec, boom, 100% comfirm suami orang.

    Kitorang memang tak puashati, cuba sehabisnya cari info sosial media bf exec, guna detail dalam kad durian yg bf exec bagi kat kitorang. Lepas 2,3 hari godeh sana sini, guess what, jumpa private social media bf exec, lelaki tuh dah kahwin anak 4, minggu depannya dengan berat hari, seorang intern nih bagitau exec. Esoknya exec tuh tak ada kat office, kitorang nak minta sign attendant, office boy kata exec MC 3 hari, kitorang fikir mungkin dia terkejut agaknya. Akhir cerita, exec tuh dah selamat kahwin dengan budak kerja situ juga. Lebih muda dari dia.

    Exec tuh cantik ke, dia sangat cantik, gebu gebas untuk kategori wanita 40 an, exec tuh cerdik ke, dia ada master, exec tuh kaya ke, dia bawa Merc, exec tuh berpangkat ke, dia GM situ. Wanita high value macam nih, bayangkan berapa banyak suami orang yang low vibration akan target dia. Mesti ramai. Mungkin kekurangan dia, terlalu sangka baik & tak banyak bergaul. Benda budak budak intern boleh detect 10 minit, dia dah 4,5 tahun pun masih tak tahu, hidup hidup lelaki tuh tipu dia, berapa lama suami orang tuh nak hold dia, mesti lebih lama, dari situ kitorang belajar yang jahat suami orang nih memang tak ada limit. Jelas dia tak nak kahwin dengan exec kitorang, dalam masa yang sama dia tak nak exec kitorang diambil orang lain, jadi dia hold exec kitorang bertahun. Nih jenis jahat yang sangat jahat yer. Diucapkan terima kasih pada exec kesayangan kitorang yang selalu belanja kitorang lunch & payung high merit dulu, maaf sedikit iklan.

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *