Suami Orang Banyak Yang ‘Try’ Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-orang-banyak-yang-try-aku/).

Sebelum ni aku pernah hantar luahan disini mengenai laki orang nak ‘try’ aku, dan aku ni seorang lelaki.

Jujurnya, aku sebenarnya serba salah nak meluah, tapi atas rasa bersalah, rasa tanggungjawab, aku disini meluahkan dan harap admin luluskan.

Sebelum ni, aku pernah cakap aku ni lelaki biasa, ada rupa sikit dan dah nak setahun single.

Dan fast forward, ada orang yang aku tak tahu siapa pergi jual, conteng nombor telefon bimbit peribadi aku dalam tandas sampai ada berpuluh lelaki yang chat nak kenal termasuk lelaki orang.

Silap aku kat sini ialah aku terlebih melayan sampai tanpa aku sedar, aku terlayan, tersuka, terpesong dan terjebak dengan maksiat ni.

Pada mulanya aku cuma ingin tahu kisah mengapa mereka bernafsu begitu padahal dah berkahwin. Yang mana kebanyakan mereka ni mungkin biseksual.

Tanpa aku sedar, aku terobses melayan seorang laki orang ni, berumur 30an, sampai dah tahap aku jatuh hati. Aku gelarkan dia Ican. Ican ni seorang yang discreet atau minat sejenis secara sembunyi.

Dia selalu call aku gunakan private number setiap minggu atau seminggu 2, 3 kali sampai aku ternanti nanti panggilan dia lepas sebulan dialam phone.

Topik yang kami bualkan pada mulanya hanya borak kosong, tanya khabar.

Entah macam mana, boleh sampai melarat ke imaginasi fantasi seksu@l masing masing. Dan anehnya aku rasa seronok dan teruja. Tak tahu pula rupanya, aku pun biseksual.

Kami belum pernah lagi berjumpa tapi Ican ni suara dia sedap bagi aku.

Dia banyak juga ceritakan mengenai gambaran dirinya seperti berat (kg) dia yang ideal dan slim walaupun majoriti kita tahu biasanya orang yang dah bwrkahwin ni perut memang kedepan.

Dia berterus terang dengan aku yang dia dah kahwin tapi tiada anak. Isteri nya kerja sebagai front liner dan dia seorang perokok.

Dia terangkan cara posisi ranjang yang dia suka dan aku turut kongsi kegemaran aku pula macam mana.

Nafsu aku makin menjadi bila dia kata nak anggap aku isteri kedua dia.

Setakat ni, kami hanya on call tapi dia memang merancang supaya kami berdua dapat segera berjumpa dan menikmati keseronokan yang kami rancang. Cuma dia perlukan masa untuk realisasikan kejadian.

Apa yang aku nak sampaikan disini, adalah mengenai 2 benda.

Pertama, nafsu dan bisikan syaitan ni sentiasa ada. Siapa sangka aku yang dulunya benci nafsu sejenis macam ni lagi lagi dalam golongan yang dah berkahwin, endingnya, boleh terjebak dan jadi sebahagian daripadanya sekarang.

Yang keduanya, gejala sosial ni sebenarnya memang dah banyak dan dah meresap ke akar. Orang yang dah kahwin, janganlah yakin sangat mereka tu 100% lurus nafsu dia pada perempuan saja.

Ada yang lagi dasyat sampai berskandal lelaki senyap senyap dan dah berakhir diranjang pun, padahal isteri dan anak dah bersepah kat rumah.

Aku cakap based on pengalaman aku sendiri berbual panjang dengan banyak laki orang ni.

Ayat mereka yang bergelar suami ni, memang tiptop sweet talker. Aku yang tiada pengalaman bersama seorang lelaki kat sini boleh jatuh cair bila Ican mengayat nak try aku.

Dan tak melampau kalau aku kata golongan songsang ni suka kepada suami orang ni sebab pengalaman dan cara layanan suami suami orang ni juga.

Kesimpulannya disini, aku tahu aku salah melayan dari awal. Aku tahu aku lemah sebab membuka jalan ke maksiat. Aku masih berusaha membuang perasaan ni. Aku masih berusaha mengabaikan benda ni.

Tapi setakat ni aku tewas. Aku masih melayan laki orang, si Ican tu. Dan bukan senang nak buang perasaan ni. Kelakuan ni.

Doa aku panjatkan hari hari. Aku takut aku betul-betul terjebak dalam nafsu songsang tu nanti. Sumpah aku tak kuat. Kalau anda faham, tolong doakan aku.

Kalau anda kecam, itu hak anda. Jangan sampai jadi pada diri sendiri, sendiri mahu ingatlah ye. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Ijal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *