Suami Orang Curang Sebab Kuat Perasan

Sebab banyak sangat orang asyik kongsi pengalaman di goda suami orang la & terjebak dengan suami orang la. Saya pun nak kongsi kisah saya masa bujang 10 tahun lepas.

Semoga kisah ini dijadikan panduan oleh gadis gadis bini orang dan wanita yang tengah berpikir nak terjebak dengan suami orang. Lupa kan la..

Jangan terpedaya dengan permainan hormon dan perasaan naif nak tumpang bahagia.

Di sini di akui saya memang jahil, noob, poyo, perasan, dan terpaling kuat berangan.

Semua tu waktu umur 22 masa dah start bekerjaya. Umur mentah lagi. Apa la tahu pasal dunia rumah tangga laki bini. Memang betul la.

Hanya jati diri dan prinsip kuat saja yang tak akan terpedaya dengan suami orang. Sebab tu penting dari awal jangan biasakan diri suka tengok lelaki kacak tampan helok.

Bila dah tahu je dia suami orang, memang wajib terus auto tak hensem ye.

Jangan kuat berangan. Kalau duk berangan tengok suami orang. Umur pula mentah tak ada banyak kawan tak ada adik beradik nak ajak sembang, memang mudah terpedaya syok sendiri la.

Punya la naif, ingat kan suami orang yang hensem helok bekerjaya tu betul fall in love dengan kita kononnya kita ni mungkin real love dia yang dia ditakdirkan bertemu masa dah beranak pinak.

Adoii, punya la naif aku ni dan habis husnudzon dah tu tak nak fikir negative kat suami orang tu. Tapi jenis suami orang pun tak sama ye taraf mereka.

Kalau suami orang jenis nampak sangat playboy dan too smooth, nampak macam kaki enjoy, memang bukan taste saya. Sebab prinsip saya memang tak suka lelaki playboy dan pandai mengayat ni.

Saya suka lelaki pemalu dan pandai jaga diri.

Tapi bila suka kat suami orang tak pikir pulak laki orang tu pun sebenarnya playboy la sebab dia pun mengorat perempuan lain dan curang dengan isteri. Tapi begitulah otak manusia.

Love is 7th sense that destroy all your 6th sense. Sebab bila kita dah tersangat suka kat suami orang, otak akan release juga chemical hormon yang menyebabkan manusia jadi bodoh.

Otak akan spin fakta dan justify kesalahan kita tu sebagai tak apa lah..

“Lelaki orang tu bukan playboy tapi dia terjumpa true love dia yang sebenar” Inilah yang dikatakan kebod*han wanita.

Yang ni, wanita kalau dah umur 40 pun kalau tak pakai akal waras dan iman pun akan terjebak. Punca nya sebab perasan sangat suami orang nak feeling kat dia.

So hati-hati la..

Lagi kelakar otak akan create fake hope yang menyebabkan kita sanggup nak berkongsi suami sanggup nak kahwin senyap senyap,

Walaupun sampai umur 50 pun tak apa yang penting wife pertama tak tahu. Yang penting tak sakitkan hati wife 1.

Punya la tak waras aku ni bila pikir balik sampai macam tu sekali ye bila tak de iman di dada, haha. Dah lah buat salah lepas tu nak sedapkan hati sendiri.

Dalam hati puji dan kagum dengan isteri pertama, ikhlas nak berkongsi suami.

Siap berangan nak melepak sama sama nanti dengan bini pertama. Hidup harmoni.

Sila maafkan kejahilan saya. Yang penting saya bukan niat nak merampas ye. Lumrah perempuan umur tak matang yang bila tengok suami orang perfect dan mamat tu confess kat kita. Terus, kita pun berangan dah jumpa true love.

Antara point saya kat sini nak bagitahu yang walaupun saya seorang yang keras hati. Lasak. Berdikari. Strong personality.

Hidup merantau jauh dari family, boleh handle semua masalah sendiri, tak suka melayan lelaki, dan sangat memilih lelaki, memilih kawan. Individu yang sangat complicated jugak. Pun boleh terjebak dengan jerat suami orang.

Kalau yang saya reject tu pun sebab dia dah tua dan saya memang tak suka dia sebab jelas nampak playboy dan nak ambil kesempatan.

Kalau saya cerita detail.. Rasa nya 1 Malaysia akan kenal saya kot dan akan korek identiti saya. Sebab nama lelaki itu agak meletop walaupun bukan la orang politik atau vip sangat pun.

Masa tu ada orang ofis mengusik.,”Kenapa tak terima lelaki tu. Walaupun tua. Tapi dia hensem la” Nakal juga orang ofis. Ya memang la hensem pun tapi kalau nampak sangat gatal playboy memang saya tak berkenan. 

Macam saya bagitahu, saya hanya suka lelaki suami orang yang pemalu dan tak terserlah sifat playboy.

Sekarang baru saya terfikir, rupanya tu hanya satu justifikasi saya untuk sedapkan hati konon nya suami orang yang pemalu yang angau kat saya tu, konon nya mereka lelaki baik. Itu lah sebab kenapa

Saya hanya tertarik dengan suami orang yang nampak pemalu (tapi menggatal jugak, so sebenarnya bukan pemalu. Cuma saya yang naif dan suka husnuzon)

Saya nak bagi tips macam mana nak tahu suami orang tu jenis akan menggatal dan curang ke tidak.

Ni hasil kajian saya dan pengalaman selama 10 tahun di alam pekerjaan.

Kebiasaannya suami orang tu jenis yang nampak berkeyakinan yang mereka ada rupa dan badan yang masih helok. Kalau yang jenis badan sedap pandai jaga main sukan tu.

Memang akan pakai kemeja ketat tayang badan. Dress up kemas di ofis. Pakai kemeja yang menarik. Rambut kemas. Kalau rambut panjang ala Tom Cruise pun still nampak helok. Wangi.

Buat pengetahuan ni semua memang golongan profesional. Ya. Mereka memang suka bergaya. Bukan la kerjaya mereka bermaksud kena jadi serabai atau nerd.

Kalau dah nama lelaki. Walau kau lelaki nerd pun tapi kalau dah gatal tengok perempuan, hilang skema.

Mereka bukan lelaki teruna bujang nak pemalu. Ni semua laki orang dah pengalaman. Tak ade makna pemalu nye.

Dan jangan tak tahu. Suami orang yang nampak pemalu jalan suka tunduk pun sebenarnya suka cuci mata dan nak ajak bini orang bersembang. Cuma kategori lelaki macam ni.

Mereka cuma pendam hasrat dan boleh kawal diri. Jika mereka tak mampu nak berdiam diri.

Akan tunjukkan juga affection mereka, walaupun aku dah isteri orang. Yang ni bukan lagi syok sendiri ya. Pengalaman saya selama ni.

Cukup saya tahu suami orang tu dah angau kat saya yang dah taraf isteri orang ni walaupun dia tak confess. Kita boleh tahu dari cara dia. Dari segi dia suka singgah ofis kita.

Lalu ofis kita banyak kali walaupun dia tak ada tujuan lain. So lelaki yang nampak pemalu skema jalan tunduk ni pun sebenarnya sama je naik Syeikh nya.

Cuma lelaki macam ni sekadar cuci mata dan ajak bersembang saja. Tak sampai melarat confess dan ajak keluar. Dia still respects his wife.

Kalau suami orang yang jenis confident bersembang. Suka bergaya. Ketahuilah mereka ada sifat nak test market.

Ye lah. Dah jaga badan elok2 pakai segak ikut trend, mesti la nak tunjuk kat orang dan sedikit sebanyak nak pancing.

Kebanyakan suami orang yang memang suka curang ni mereka memang ada sifat suka menunjuk kelebihan diri. Mereka ekstrem dan boleh pergi jauh dalam hubungan skandal tu.

Ni dari apa yang saya kaji la tapi dapat saya elak. Masa saya bujang jangan cakap lah betapa banyak gangguan seksual suami orang. Saya tak pernah terjebak sampai bercinta dengan suami orang.

Cuma pernah skandal keluar dating banyak kali dan itu cukup buat saya rasa bersalah. Masa keluar tak rasa bersalah pun. Penyesalan tu datang bila dah matang dan terfikir balik.

Saya tak pernah sampai tahap bercinta pun sebab macam yang saya cakap. Suami orang yang saya pernah skandal pun sebenarnya jenis yang still love his family. Dia cuma nak enjoy have fun keluar dengan staf muda yang bujang.

Mid life crisis bagi lelaki yang masa tu dah jejak angka 40 kot. Nak buang tabiat. Dalam masa saya ber skandal tu.

Di takdirkan saya kenal dengan suami saya yang bujang dan helok, itu la noktah skandal tersebut.

Ada kes suami orang yang nak bercinta dengan saya tetapi bagitahu memang dah nak cerai dengan isteri. Yang jenis ni memang saya tak layan terus. Nampak sangat playboy nya. Tiberr nak cerai bini.

Jika kalian ada yang terjebak dengan suami orang sampai memang ada dah plan nak kahwin dengan suami orang tu, dan nak kawin pula senyap senyap kat siam ke batam ke, saya boleh cakap kat sini.

Lelaki tu mostly memang bukan baik pun. Lelaki yang masih respect his wife dan sayang family. Tak akan sampai tahap nak kawin dengan skandal nya.

Sebab lelaki tu fikir nak senang kan wife 1 dan anak anak. Kalau kawin dua nak kena bahagi harta sepencarian dan faraid. Nanti wife 1 dan anak anak akan bertambah rugi dan sengsara sebab nak kena bahagi harta.

Kalau dia lelaki betul baik dan gentleman. Akan ajak nikah cara elok mohon kebenaran poligami. Tu baru lelaki kiriman Allah yang ditakdirkan jadi pemimpin dan berpoligami.

Kalau macam kes kes viral kat Malaysia ni yang kawin senyap2 then bila kantoi cerai bini pertama. Tup tup rujuk balik, then cerai plak bini kedua. Yang rugi bini no. 2 still kena cerai.

Dah nampak sangat kat situ memang jenis lelaki tak boleh pakai. Sila ambil pengajaran dari kes viral kat Malaysia ni, kalau yang dah kantoi tapi tak cerai kan bini tu.

Ketahuilah tu sebab bini pertama yang sangat mulia dan boleh redha, iman tinggi, bersabar, bukan sebab lelaki tu power boleh poligami.

Tetapi bini 1 yang mulia dan tak minta cerai. Nak tengok sampai lama mana je boleh poligami dan berlaku adil. Ok belum sampai plot lagi.

Sekarang bila dah jadi bini dan mak orang. Saya memang berapi je bila perati gadis gadis kat cafe ke kat mana mana tempat la kalau nampak dia orang macam nak tercair tengok suami saya yang helok baik budi pekerti.

Sebab saya memang faham sangat perempuan2 macam tu memang suka tengok suami orang yang helok kemas pandai jaga anak.

Cuma rezeki saya dapat suami yang lurus bendul dan bukan jenis yang suka perasan, (In syaa Allah la semoga tak di uji) dia Tak suka bangga diri atau perasan. Tak suka show off. Dan tak suka tambah masalah.

So lebih mudah nak jaga suami macam ni. Ada jenis lelaki yang memang ada etika. Tak suka rumit kan keadaan.

Suka benda fakta sahaja. Tak suka benda syok sendiri berangan. His life not revolves about himself je.

Dia tak ada keperluan nak tayang his life persona atau his achievement. Suka fokus apa yang ada sahaja. Ni kita boleh perhati di sekeliling kita ada saja suami orang yang baik baik dan menundukkan pandangan.

Tips saya nak bagi kat gadis or bini orang yang nak berangan rampas atau berkongsi suami orang. Sila jangan berangan dan jangan buat kesilapan macam saya yang buang masa.

Dulu tak ada orang nak bagi saya tips. Ni saya bagi tips kat korang. Korang tak teringin ke lelaki yang baik baik dan menundukkan pandangan.

Suami orang memang nampak helok sebab itu mainan psikologi. Saintis istilahkan sebagai Mate Copying Behavior. Iaitu manusia yang suka meniru pencapaian orang dari segi pasangan hidup.

Sebab itu jika orang yang ada masalah psikologi ni jika mereka nampak pasangan orang lain elok.

Mereka pun nak pasangan tu, sebab nak buat kerja senang. Copy je terus pasangan orang lain yang dah terbukti memang pandai jaga anak bini.

Hensem pulak. Bekerjaya pulak. Tak payah susah2 cari lelaki lain. Sebab dah ada bukti depan mata.

Nak rembat aje atau paling koman guna istilah extend masjid. Kongsi imam.

Bagi saya kalau setakat umat akhir zaman ni, lelaki yang setia monogami adalah terbukti lelaki yang baik dan bijak sebab tak nak tambah beban di akhirat.

Ujian akhir zaman dah cukup berat. Tak perlu tambah beban akhirat dengan skandal2 dan ketidak adilan. Lain la anak raja anak billionaire yang boleh tambah bini, makan tak habis. Ada maid kiri kanan.

Sedangkan abang terlajak laris pun tak nak poligami. Sebab dia waras dan bersyukur nikmat dah ada.

Dia tak perlu buktikan dia gagah ke Maulana ke kalau dapat poligami. Lebih baik dia fokus bisnes boleh bayar zakat banyak.

Nak bantu ibu tunggal tak perlu berkahwin. Bagi bantuan duit dah cukup.

Yang saya perati lelaki akhir zaman yang terjebak skandal dan poligami ni. Biasanya niat nak riak. Bangga diri. Satu kepuasan. Sebab tu bahaya sifat perasan dan suka rasa diri helok berupa.

Sebab kita sentiasa nak tahu orang sekitar kita masih tertarik atau tidak kat kita. Kita nak something macam penghargaan dari netizen. Kalau pasang skandal ni bermaksud masih laku keras la lelaki tu walau dah suami orang.

Allah SWT dah janji, kamu akan dapat pasangan sama level iman macam kamu.

Kalau kamu dari awal terjebak dengan hubungan yang haram (tak kira la dengan laki orang atau Laki bujang) jadi pasangan kamu tu sama je la level iman dan tahap dosa dia. Walaupun iman naik turun.

Boleh jadi masa awal kahwin dia memang beriman, tetapi iman menurun di samping waktu.

Kalau kamu perempuan yang terjebak dengan suami orang yang curang. Dan sampai ke tahap maksiat, kamu rasa itu lelaki yang baik akan bahagia kan kamu ke? Sudah tentu tidak.

Tu bukan cara hukum alam bekerja. Setiap perbuatan akan dapat kifarah, tetap akan dipertanggungjawabkan. Tak ada semudah itu ambil lelaki orang dan bahagia. Melainkan dapat restu bini 1 dari awal.

Tak teringin ke dapat suami yang baik yang jaga pandangan. Tak salah poligami tapi kena saluran betul.

Tiada maksiat. Jaga ikhtilat. Dapat restu bini pertama.

Jangan buang masa terjebak maksiat. Kamu hanya tambah ego dan sifat riak bangga diri suami orang tu. Fokus tambah iman dan mantapkan pemahaman makna bacaan solat.

Jaga maruah diri. Hanya maruah diri yang akan angkat martabat kita. Suami orang angau kat kita bukan tanda kita terpaling hot atau better than his wife.

Tu cuma ego dia je nak sedapkan hati nak besarkan ego dan nilai dia. Sama je lelaki tu tak beriman dan ahli maksiat. Apa nak dibanggakan menjadi rebutan suami orang atau lelaki asing.

Tu tandanya maruah kita di rendahkan sebab mudah menjadi tatapan dan milik lelaki orang.

Fakta nya Allah tetapkan lelaki dan wanita muslim (netizen muslim) hanya lebih respect dan tertarik pada wanita yang pandai jaga diri dan penampilan macam Mizz Nina ke atau muslimah2 lain yang bertutup elok. Tetap terbukti mereka memang lawa.

Bonus dapat iktiraf taraf mereka tinggi sebab susah dimiliki, jaga la hak Wali kita iaitu bapa kita.

Lelaki bukan muhrim nak keluar dengan kita atau chatting dengan kita bukan2 tak boleh patutnya tanpa izin wali. Jangan risau jodoh lambat.

Di akhirat tetap dapat jodoh. Nak minta dapat jodoh sama macam suami orang kat dunia tu pun boleh mintak. Pegi la mintak.

Yang penting jaga diri dan jaga hak Wali kita. Lelaki nak keluar dengan kita kena minta izin wali. Baru la lelaki tu respect dan pandang kita mulia.

Tak nak ke orang pandang kita mulia. Tak kira la kita pendosa pun. Semua dosa akan di suci kan ibarat bayi baru lahir jika kita taubat.

Tiap orang tetap ada peluang yang sama untuk di mulia kan dan menjadi mulia. Jika betul ada jodoh dengan suami orang pun. Biar la berjodoh dengan cara baik ikut syariat Allah.

Sewaktu diri masing Masing menjaga ikhtilat dan pergaulan tak buat maksiat. Jaga iman. Baru boleh sembang poligami ye.

Kalau baru skandal dah bermaksiat. Jangan sembang nak dapat kebahagiaan laa..

Hukum Alam akan menjalankan hukuman nya nanti. Saya dah dapat kifarah.

So saya tak nak orang lain dapat kifarah juga.

Di doa kan gadis dan ibu tunggal dapat jodoh baik baik asbab diri kita menjaga hak Wali dan hak Allah SWT. Allah SWT akan angkat darjat kita hendaknya dengan meng anugerahkan suami yang baik.

Aamiin.

– Miss Kautsar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *