Suami Orang Yang Tick All the Boxes Ciri-Ciri Lelaki Idaman Aku

Hai semua, Assalamualaikum. Nama aku Kiambang (bukan nama sebenar lah of course).

Hadirnya aku disini nak ceritakan tentang masalah aku pasal suka dekat suami orang, nama dia aku bagi Kutub (bukan nama sebenar juga). First of all aku mulakan dengan ceritakan pasal hidup aku, then baru aku akan masukkan cerita pasal Kutub ni sebab aku rasa benda ni akan lagi make sense untuk korang faham situasinya.

So cerita dia macam ni. Aku seorang yang single dan ada impian untuk kahwin dengan seorang lelaki je seumur hidup aku. Aku nak kahwin dengan dia sampai aku tua, tak nak divorce tengah jalan. Kalau Allah nak tarik nyawa salah seorang dulu tu, aku tak tahu laa nanti macam mana.

Dalam masa sama, aku taknak berkenalan dengan boyfriend orang, tunang orang, mahupun suami orang. Suami orang terutama sekali is a big no no for me. Dan disebabkan itu, of course laa aku taknak poligami walaupun aku tahu poligami ni halal di sisi Islam.

Aku takdelah islamik sangat, tapi aku sangat takut nak sangkal hukum hakam Islam – takut Allah murka kat aku. Melihat lelaki zaman sekarang yang solat pun takdelah betul sangat dan tidaklah mengamalkan sunnah Nabi dengan betul (bukan lelaki je, perempuan pun sama), kebanyakan kita hanya suka ambil sunnah apa yang kita suka buat dan tinggalkan sunnah yang kita tak suka buat.

Ada sesetengah lelaki sampai boleh manipulate perempuan lain dengan mengatakan perempuan boleh dapat payung emas kalau kahwin dua atau tiga atau empat. Which is payung emas ni tak wujud pun dalam Islam sebenarnya. Ada yang sampai nak kahwin dua dengan menipu isteri pertama dan kahwin dengan isteri kedua di Siam. Aduhhh bagi aku kalau ada lelaki yang dah sampai tahap macam ni, lelaki ni memang penunggang agama je.

Selama aku hidup, aku tak pernah rasa yang hidup aku ni susah sangat. Kalau korang pernah tengok interview M. Nasir dan ditanya apa masa susah dia dan dia cakap yang dia tak pernah rasa susah sebab bagi dia itu jalan yang dia kena hadap. So perspektif aku tentang susah ni sama macam M. Nasir. Dari awal pun Allah dah cakap setiap manusia itu akan diberikan ujian hidup.

So aku sentiasa sedar benda tu dan aku percaya Allah bagi ujian tu sesuai dengan tahap kemampuan kita dan disebabkan tu kebanyakan masa ujian yang Allah bagi kat aku, memang aku layan dan hadap je. Tapi most of the time, aku nangis jugalah hadap semua ujian tu kalau rasa tak tertanggung lagi.

So nak dijadikan cerita juga, aku ni bekerja dari bidang A masuk ke bidang B. Aku masuk bidang B ni atas passion semata-mata. Bidang B ni aku tahu kerja dia memang mencabar, tapi selagi kita tak celup kaki dalam bidang tu, kita takkan tahu apa benda yang paling mencabar untuk kita hadap.

Sepatutnya untuk orang yang takde experience dan takde ilmu tentang bidang B ni, sepatutnya aku tak boleh pun dapat kerja kat situ. Tapi disebabkan maybe manager tu pun tak dapat cari pekerja lain agaknya, so dia ambil juga aku kerja dekat situ.

Perspektif aku masa awal masuk kerja ni, kalau dah manager tu ambil orang tanpa pengetahuan dan pengalaman untuk pegang position tersebut, mestilah kerja ni mudah untuk orang baru macam aku. Tapi sangkaan aku meleset, kerja ni sebenarnya susah – dia memerlukan tenaga fizikal yang luar biasa juga untuk hadap kerja ni. Tapi disebabkan passion punya pasal, aku hadap juga kerja ni.

First week kerja memang mencabar sebab aku kena belajar semua benda pasal jobscope aku tu. Alhamdulillah juga yang Allah kurniakan otak aku ni cepat processnya – aku memang fast learner. So semua benda jadi mudah dekat aku lepas tu dan aku dapat bantuan mostly dari orang sekeliling aku. Alhamdulillah.

Kerja aku masuk ni by projek. So kebetulan projek yang first aku masuk ni memang kacau bilau dan huru hara terutama sekali bahagian aku dan bahagian Kutub ni. Dan actually bahagian Kutub ni bukan dia yang pegang pun position tu awal-awal. Orang lain yang pegang, tapi disebabkan orang tu buat onar dan tak dapat handle lagi masalah tu on the first week lagi, so dia chow.

So manager pun panggil lah Kutub ni untuk settlekan masalah dekat situ and dia berjaya settlekan masalah dekat situ. So after tu, perjalanan kerja makin jadi smooth.

Nature kerja bidang B ni memang ramai lelaki berbanding perempuan. Aku boleh cakap lelaki 90% dan perempuan 10%. Lelaki ni biasalah, nature diorang memang suka nak try perempuan. Aku tak tahulah aku ni cantik ke tak, tapi on the first week aku masuk kerja dalam bidang B ni lagi, memang dah ada laki start try aku. Lelaki yang single dan lelaki yang dah kahwin, mana-mana pun akan try aku.

So disebabkan aku pun memang dalam proses mencari pasangan hidup, semua lelaki yang single aku pertimbangkan, suami orang pula memang aku letak diorang terus kat tepi sebab aku taknak curang atau taknak berpoligami. Mana-mana suami orang yang ajak aku jadi kekasih gelap diorang, aku akan firm cakap taknak. Yang ajak poligami pula, aku akan cakap ‘sorry.. saya tak kacau suami orang’

Yang lelaki single pula memang aku observe diorang dari jauh samada diorang menepati ciri-ciri lelaki yang aku nak atau tak. Sebelum aku masuk kerja bidang B ni lagi memang aku dah doa pada Tuhan untuk dapatkan ciri-ciri suami yang solat 5 waktu, yang soft spoken, yang financial stabil, dan macam-macam lagi aku doa.

So ada benda yang memang kalau laki tu takde, awal-awal lagi aku akan reject diorang tanpa fikir panjang pun. Contoh macam solat. Kebanyakan lelaki yang kerja dalam bidang B ni memang tak sembahyang – so ini memudahkan lagi proses untuk aku shortlist kan lelaki yang nak jadi suami aku.

Kenapa aku nak lelaki yang sembahyang? Sebab aku dari awal memang sembahyang dan aku memang mengimpikan satu hari nanti suami aku dapat jadi imam aku terus on the next day nikah tu. Kecuali kalau waktu tu aku datang period lah hahaha. Kalau aku pilih lelaki yang tak solat, dah sah-sah aku kena tunggu dia belajar solat pula dan aku rasa macam value aku didowngradekan kalau pilih lelaki yang tak solat ni.

Aku pun malas nak ngajar lelaki untuk solat ni, sebab pernah ada experience ajar laki solat sebelum ni dan aku rasa macam aku pula yang kena lead hidup kau dah kenapa? Lagipun memang lelaki yang sepatutnya lead isteri diorang, dah kenapa hal basic solat pun aku yang kena ajar kau nanti. Dan aku agak tak percaya yang lelaki boleh berubah perangai disebabkan cinta semata-mata. Disebabkan tu aku nak play safe je – aku prefer pilih lelaki yang solat.

Nak observe lelaki yang solat dalam bidang B ni agak mudah sebab kitorang semua kerja dalam satu tempat yang sama dan nature waktu kerja kitorang memang lama, so untuk tengok lelaki konsisten solat memang amat mudah untuk aku. Lagipun bagi aku sekarang ni, sesiapa yang solat dah jadi macam satu asset untuk orang tersebut macam kekayaan seseorang kan, sebab zaman sekarang nak cari orang yang solat terutama sekali dalam bidang aku ni, tersangatlah rare!

Ada juga lelaki baik dan single yang aku jumpa masa masuk bidang B ni, tapi dia tak sembahyang. Orang lain pula yang marah aku dan nasihatkan aku untuk terima lelaki single baik tapi tak sembahyang ni, tapi aku kuatkan iman aku dan tak layan lelaki ni disebabkan aku memang nak bakal suami yang sembahyang.

Cumanya kan aku selalu doa dekat Allah untuk bertemu jodoh yang soft-spoken, dan awal-awal masa bercakap dengan Kutub ni, waktu tu aku macam dah rasa lain macam sikit sebab dia sorang je lelaki yang soft spoken berbanding lelaki lain. Entah kenapa the first time aku bercakap dengan dia, aku memang tahu yang dia suami orang sebabnya dia tak tackle aku.

Usually aku perasan lelaki single, diorang nampak aku je, atleast kalau diorang tak gelojoh, masa first week kerja tu diorang akan selalu curi-curi pandang aku dan on second week usually diorang dah cuba tackle aku.

Nak dijadikan cerita masa sembang dengan orang bawah Kutub ni, dia pun cakaplah yang Kutub ni dah ada 2 orang anak perempuan. Aku ingat lagi perasaan aku masa tu macam… “hmm.. so betullah dia dah kahwin”. Nak kata sedih tu, tak. Cuma dia macam confirmkan lagi firasat aku yang pelik dengan Kutub ni sebab dia tak tackle aku haha. Disebabkan aku confirm dia ayah kepada seseorang, jadi memang aku takdelah perasaan suka dekat Kutub ni.

Kerja aku ni memerlukan aku untuk pegang beberapa item. Dan kadang-kadang aku takde item tu dan aku terpaksa tanya orang dekat situ siapa ada item yang aku takde tu. Usually memang Kutub ada item tu. Walaupun kerja aku ni makin lama makin smooth, tapi kerja makin bertimbun dan aku makin susah nak handle kerja aku – sebab aku first time.

Kerja aku ni pula macam agak selalu juga berdepan dengan uncertainty sebab berubah tempat. So aku akan ada sikit anxiety – bagi aku ni anxiety yang normal lah sebab nature kerja aku sentiasa berubah environment dia. Kutub ni dia agak playful dan witty sikit, so perasaan anxiety aku kadang-kadang hilang jugalah bila dia bergurau dengan aku. Lagipun Kutub ni selalu tenang dan cool, so bila aku dekat dengan dia aku rasa vibe tenang dia tu macam melekat juga dekat aku.

Dan waktu ni, aku memang tak sembang pun dengan Kutub ni sebab masing-masing pun busy kerja, cumanya contoh masa aku nak pinjam item dari dia, waktu tu je yang ada masa untuk dia bergurau sekejap dengan aku. Aku pun balaslah juga lawak Kutub ni, sebab bosan kan hidup kalau nak serius je tiap masa.

Disebabkan selalu juga department dia perlu bekerja dengan department aku dan aku pernah terhilangkan item department dia secara tak sengaja. Orang bawah Kutub marah juga dekat aku sebab terhilangkan benda tu, cuma masalahnya item tu bukan bawah tanggungan aku, department Kutub terpaksa letak barang tu dekat department aku, aku izinkan dan aku tak hilangkan dengan sengaja pun.

Aku malas nak ambil pusing sangat, so aku just minta maaflah dekat diorang. Lepastu Kutub datang dekat aku, aku pun minta maaf dekat dia. Kutub cakap dekat aku, itu bukan salah aku pun. Dia dah banyak kali sebenarnya ingatkan orang bawah dia untuk jaga barang tu, tapi diorang yang tak jaga betul. So waktu tu aku rasa lega sangat ada juga orang yang dapat backup aku waktu tu. So aku takdelah rasa bersalah sangat.

Kutub ni baik, suka tolong orang sekeliling dan dia sangat reliable – ini bukan dari pandangan aku sorang je, officemate lain pun cakap benda yang sama. Antara banyak-banyak lelaki, memang dia sorang je yang tak tackle aku. So disebabkan kebanyakan lelaki try aku, aku jadi peliklah bila dia sorang je yang tak try aku. So dekat sini first impression aku semestinya dia setia dengan isteri dia sebab dia sorang je suami orang yang tak try aku.

Aku takde perasaan dekat Kutub masa awal-awal kerja dalam projek ni dan benda ni memang betul sebab sampai satu tahap aku sendiri tak perasan dia wujud duduk dalam bilik yang sama dengan aku sebab dia tersangatlah low profile, pendiam, tak loud, tak pernah tanya soalan personal macam lelaki lain yang nak try aku, dan Kutub tak pernah buatkan aku jadi tak selesa dengan dia.

So most of the time – aku tak perasan pun kewujudan dia. Cumanya dalam masa yang sama, aku memang ada soft spot untuk lelaki macam dia disebabkan dia soft spoken, tak pernah marah aku, dan sentiasa ada untuk tolong aku.

Aku pernah lah tengok video yang aku pernah ambil masa kerja dalam projek ni haritu, dan lepas aku tengok balik video tu, baru aku perasan yang dia ada dalam video tu juga. Haha, padahal lelaki lain yang single yang ada dekat situ, semuanya aku perasan time ambil video tu. Tapi si Kutub ni memang aku tak perasan langsung. Haa nampak tak bertapa tak ambil pedulinya aku pasal suami orang ni.

So masa pun berputar laju. Nak dijadikan cerita, kerja aku semakin pressure dan item aku pernah satu kali tu rosak. Item tu heavy sangat, perempuan macam aku memang takkan boleh nak betulkan item tu. Kebetulan pula esoknya cuti, so kebanyakan lelaki kat situ malas nak ambil tahu masalah aku dan diorang terus balik je, termasuklah lelaki single yang pernah try aku sebelum ni. So aku sorang terkontang-kanting kat situ.

Tapi lepas tu, sebelum dia balik dia tengok item aku yang rosak tu dan dia betulkan item tu macam tu je. Nak betulkan item tu bukannya mudah – kerja tu heavy dan makan masa. So aku memang terhutang budi dengan dia sebab dia sanggup tolong aku waktu orang lain tak sanggup nak gadai cuti diorang. Dan waktu ni memang benda ni terlintas dekat hati aku ‘kalau aku nak cari suami nanti, aku nak cari lelaki yang macam Kutub ni’.

So balik dari cuti, sambung kerja lagi. Kebetulan masa kerja tu, aku tak prepare item betul-betul dan aku takde satu item ni. Aku kena marah dengan orang atasan masa tu juga. Tapi nasib baik sangat Kutub ada masa tu dan dia cakap dia ada item yang aku takde tu.

Aku berterima kasih banyak-banyak kat dia, lepastu tiba-tiba dia keluarkan handphone dan dia selfie dengan aku. Itu first time ehh selama aku kerja dekat situ, ada lelaki yang minta selfie dengan aku. Aku pula jenis tak kisah, sebab actually sebelum tu pun pernah je ada lelaki yang minta selfie dengan aku juga sebab lelaki tu cakap aku cantik.

Tapi dalam projek ni, maksud aku dalam banyak-banyak lelaki yang tackle aku dalam projek ni, takde sorang pun yang selfie dengan aku, tapi dia the first one yang buat. Tapi disebabkan dia ni baik dan tak pernah buat lawak lucah ke apa, aku tak rasa rasa creepy sangat bila dia selfie dengan aku tu.

Sebab pernah ada sorang laki ni sebelum aku masuk bidang B, dia nak selfie dengan aku, aku okay je. Lepastu dia search gambar selfie tu dekat gallery, kebetulan aku ternampak gambar lucah dalam gallery dia. Kepala aku dah jam ‘apa dia nak buat dengan gambar aku tu’. So aku cuma berharap yang gambar selfie tu hilang dari phone dia.

Nak dijadikan cerita lagi, bebanan kerja makin heavy. Dan banyak benda yang aku tersalah prepare. Aku kena marah lagi dengan orang atasan. Kali ni, memang kesilapan tu aku yang kena betulkan sendiri, Kutub tak boleh tolong apa pun. Untuk dapatkan balik kepercayaan orang atasan ni, aku nak betulkan baliklah keadaan – start dari hari tu aku akan tanya betul-betul pandangan orang atasan ni dulu sebelum mula kerja.

Tapi semenjak kejadian aku salah prepare item tu, orang atasan ni macam palaukan aku. Aku sedih lah – masa aku nak betulkan keadaan, kau tolak kerjasama aku dan aku rasa tersisih. Aku menangis lama giler sampai officemate lain pun perasan – korang pembaca ni janganlah pelik bila aku menangis pasal hal remeh ni sahaja sebabnya aku memang cengeng orangnya.

Everytime ada officemate yang tanya masalah aku, aku jawab je masalah yang aku hadap sebab aku tahu tak guna untuk simpan sorang-sorang masalah ni. Lelaki single lain yang tackle aku sebelum ni pula, bila diorang tengok mata aku bengkak nangis-nangis, diorang jadi macam tak senang duduk dan menjauh dari aku sebab diorang tak tahu macam mana nak handle perempuan menangis.

Aku tak kisah pun, sebab aku faham je memang ada lelaki yang tak mampu handle perempuan. Setiap kali aku cerita kesedihan aku pada officemate lain, takde sorang pun yang mampu hilangkan kesedihan aku kecuali Kutub ni. Actually Kutub ni tak perasan pun yang aku menangis sebab dia pun busy kerja kan. Aku pun bagitau dekat dia yang aku menangis haritu sebab aku memang agak selesa bergurau dengan dia sebelum ni.

Tapi benda yang pelik dia buat dan menyebabkan sedih aku hilang adalah dia puji yang aku ni strong girl – in a very softspoken and gentle way. Aku jadi tergamam juga sebab tak pernah lagi ada lelaki yang puji aku sebelum ni. Even lelaki single lain yang tackle aku pun sebelum ni, diorang memang tak pernah puji aku langsung. Dan dengan pujian dari Kutub ni sahaja, sedih aku hilang macam tu je, serta-merta. Padahal aku menangis lama giler kot – aku rasa hampir 5 jam juga aku menangis tanpa henti sebelum tu.

Aku pernah cakap dengan chatgpt dan chatgpt cakap itu maksudnya aku ada emotional compatibility dengan dia. I don’t know lah betul ke tak chatgpt ni. So start daripada dia boleh hilangkan perasaan sedih dari aku macam tu je, aku jadi adore jugalah dengan Kutub ni. Aku rasa yang anak dia beruntung dapat ayah macam dia sebab mesti anak-anak dia selalu dengar yang bapa diorang panggil diorang tu strong girl juga.

Lepas kejadian tu, aku masih takde perasaan solid suka tu lagi dekat Kutub. Waktu ni, projek ni dah berjalan agak lama juga, maybe dalam sebulan lebih macam tu dan projek ni dah menghampiri dateline dia.

Maybe bagi korang sebulan lebih tu macam baru lagi kan, tapi untuk aku yang baru kerja, dengan masa bekerja yang lama, dengan kerja yang beratnya, dengan tiap hari masalah akan wujud, dan kadang-kadang kitorang terpaksa berubah tempat – sumpah aku rasa nak muntah dan penat sangat buat kerja ni sebab rehat bukan dapat selalu pun, tidur pun dah tak menentu waktu dia.

Aku rasa masa tu macam kerja dah bertahun lamanya dan aku rasa macam dah kenal semua orang yang kerja dalam projek tu. Dan start dari situ, aku agak nampak juga sedikit hint macam Kutub ni nak tackle aku – cumanya waktu tu aku memang tak perasanlah disebabkan otak aku dah tepu dengan kerja aku. Aku cuma betul-betul perasan yang dia actually ada tackle aku, itupun selepas kitorang habis kerja dalam projek ni.

Dan selepas kejadian tu juga, aku perasaan Kutub lagi suka tolong aku dan everytime dia nampak yang aku ada masalah, memang dia yang akan settlekan masalah aku. Aku pula bila ada orang yang nak tolong aku memang aku menadah tangan seikhlas hati disebabkan aku memang dah penat giler dengan kerja aku waktu tu.

So instead of aku perasaan yang dia nak tackle aku, otak aku pula waktu tengok dia tolong aku terus interpret sebagai ‘seorang officemate yang nak tolong member sekerja dia’ haha. Lagi pula sekalipun dia tackle aku, moral value yang aku dah bina bertahun lamanya untuk jangan sesekali caras laki orang – moral value ni jugalah yang membuatkan aku memang takde perasaan suka langsung dekat Kutub waktu tu.

Ada satu masa ni, officemate tanya aku tak berkenan dengan sesiapa ke dalam office tu memandangkan ramai juga lelaki yang tackle aku. Dan aku pun tanpa berfikir panjang, aku sebut nama Kutub. Aku pun waktu tu tak tahu kenapa yang aku sebut nama dia. Tapi aku cakap jugalah waktu tu yang aku takkan mencuba dengan mana-mana suami orang. If one fine day aku jumpa lelaki macam Kutub tu tapi lelaki tu single, memang aku yang akan tackle lelaki tu dulu.

Officemate tu dengar aku cakap macam tu, then dia cakap aku ni confident giler. Nak cakap yang aku ni confident tak juga… cumanya aku ni memang TERSANGATLAH SUSAH untuk suka mana-mana laki. Selama aku hidup ni, aku pernah jalinkan hubungan dengan 1 orang lelaki je. Punyalah ramai lelaki yang tackle aku ni dan sebenarnya aku boleh je try mana-mana lelaki yang aku nak, tapi aku tak buat benda tu sebabnya aku dah tahu dah What I Want in My Man.

So time goes by dan aku makin penat dengan kerja aku. Aku rasa semua beban aku tanggung dalam bidang B ni sebagai orang baru, memang sampai dah tahap aku burn out sangat-sangat! Aku harap aku dapat ceritakan masalah aku dekat boyfriend aku, atau tunang aku, atau suami aku – which is of course masa ni, takde sesiapa pun lagi yang wujud dalam hidup aku ni.

So aku pun tanyakan dekat Kutub ni ada tak mana-mana lelaki yang dia kenal untuk aku berkenalan – sebab dia baik, so aku rasa yang MAYBE dia ada kenalan lelaki yang baik juga. Surprisingly, dia sebut nama dia! Aku jadi…errrrr tak tahu nak fikir apa. Sebab sangkaan aku yang Kutub ni takde perasaan dekat aku sebab dia tak pernah tackle aku langsung!

Once aku dapat tahu perasaan dia je, start dari tu dia memang tackle aku habis-habisan. Masa dia tackle aku ni, jujur cakap aku memang suka sebab cara dia tackle aku lain dari lelaki lain, tapi dalam masa sama juga memang aku rasa bersalah giler dekat bini dia – sebabnya Kutub dah start suka puji aku dan start suka tengok muka aku agak lama. Waktu ni aku rasa yang dia sepatutnya buat semua tu dekat bini dia, bukan dekat orang luar macam aku ni.

Sebelum aku masuk bidang B ni sebenarnya sangkaan aku yang semua suami orang ada pandangan pasal perkahwinan macam aku – which is nak kahwin dengan satu orang manusia je sepanjang hayat hidup diorang dan takkan bercerai.

Tapi aku lupa kat sini, yang Islam membolehkan lelaki untuk kahwin 4 – salah aku dekat sini tak terfikir yang Kutub boleh je ajak aku untuk berpoligami. So disebabkan tu, dia ajak aku jadi second wife dia. Aku masih tak mampu bagi keputusan sebabnya otak aku masih fokus sepenuhnya pada kerja.

Mesti korang pelik kan, macam mana baru sebulan setengah kerja sama-sama dah rasa nak kahwin dengan orang tu. Tapi aku tak tahu kenapa, aku faham sangat dengan Kutub masa dia ajak kahwin tu. Maybe sebab nature kita bekerja sangatlah lama jangka waktunya dalam sehari tu, jadi benda ni membuatkan aku rasa macam dah kerja berbulan lamanya dekat situ. So itu juga bermakna yang rupa-rupanya Kutub dah lama ada perasaan dekat aku senyap-senyap tanpa aku sedar!

Kemudian, habislah kerja untuk projek ni. Alhamdulillah semua officemate puji aku sebab diorang cakap aku kental – budak baru yang tak tahu apa-apa, takde pengalaman, tapi dapat settlekan kerja tu sorang-sorang. Even pekerja yang dah berpengalaman pun cakap dengan aku yang kalau diorang ada dekat tempat aku, diorang akan berhenti tengah jalan dan takkan dapat settlekan kerja tu sampai habis.

Kutub pun dapat pujian sebab dia jadi penyelamat keadaan sebab awal-awal tu kan actually orang lain yang dapat position kerja dia, so dia dah betulkan semua onar yang dibuat oleh orang yang lepas, so diorang panggil dia penyelamat keadaan.

Bagi aku pula, Kutub ni bukan setakat penyelamat keadaan dekat office tu je, tapi dia penyelamat secara senyap untuk hidup aku juga. I mean dari tolong aku yang takde item, betulkan item aku, dan item yang aku takde tapi dia ada – benda ni semua membuatkan aku rasa dia penyelamat aku dan aku sangatlah terhutang budi dengan dia.

Dah habis projek tu, Kutub ajak aku keluar makan. Aku waktu ni berkira-kira juga nak keluar makan dengan suami orang sebabnya aku ni memang jarang sangat keluar dengan mana-mana lelaki. Dengan lelaki single lain pun aku tak keluar, inikan pula dengan lelaki yang dah kahwin. Tapi aku keluar juga dengan dia dengan niat nak reject dia depan-depan – untuk bagitau dia yang aku tak nak jalinkan hubungan dengan lelaki orang.

Tapi waktu keluar dengan dia ni, the first time aku tengok muka dia, itulah muka dia yang paling happy pernah aku nampak! Aku jadi tak sampai hati nak reject dia waktu tu. Waktu keluar dengan dia ni, otak aku selalu sebut ‘ni curang ni’ ‘ni kalau isteri dia tahu, isteri dia serang aku ni, memang dah sah confirm aku yang salah ni’.

Kalau korang tanya aku kenapa aku keluar juga dengan suami orang waktu ni, apa yang aku boleh cakap maybe aku masih ada soft spot dekat Kutub, aku pun dah mula suka dekat dia dan aku tak suka benda tergantung macam tu je. Aku nak finishkan benda ni dengan dia waktu keluar makan tu juga dan juga aku nak berterima kasih dekat dia atas semua jasa baik yang dia buat sebab tolong aku masa dalam projek tempohari.

Defend aku terhadap diri aku waktu ni adalah – aku manusia biasa, setiap manusia melakukan kesalahan, dan maybe iman aku dengan dia sangat rendah waktu ni, dan kitorang dikaburkan dengan perasaan suka sama suka. So sebab tu, we ended up keluar makan sama-sama. Dan aku of course, setiap masa waktu keluar makan tu, rasa bersalah sangat-sangat dekat wife dia.

Masa keluar makan ni, bila aku tanya pasal wife dia – benda yang aku langsung tak pernah tanya dekat dia sebelum ni dekat office sebab aku macam ada rasa perasaan pelik bila tanya pasal wife dia – ataupun perasaan jealous macam tu? I don’t know. Senang cerita memang aku tak tahu langsung apa-apa pasal isteri dia, yang aku tahu dia ada anak, itupun aku dengar cerita dari mulut orang lain.

So masa keluar tu, masa aku tanya pasal wife dia, aku dapat clue sikit dari dia yang rumahtangga dia ada masalah – waktu ni otak aku terus ‘alamak the cliché story bila suami orang nak try perempuan lain’. Tapi dalam masa sama sebenarnya kalau betul dia ada masalah dengan isteri, which is memang aku percaya pun benda ni sebab aku nampak dia lelaki yang baik dan tak pandai menipu.

So kalau betul memang dia ada masalah dengan isteri dia, actually aku agak tak sangka yang dia ada masalah rumahtangga disebabkan cara pembawakan diri dia dekat tempat kerja yang sangat calm, cool, collected dan suka bergurau. Sebab aku rasa kalau aku ada masalah rumahtangga, aku memang takkan boleh jadi setenang dia waktu buat kerja.

So aku takut nak tanya soalan lebih lagi pasal isteri dia disebabkan aku takut aku jealous dan aku takut kalau aku nampak kekurangan isteri dia, aku rasa yang aku lebih layak untuk dia dari isteri dia. So bila aku tanya pasal anak dia, waktu ni lah aku sangat pasti yang aku tak sanggup teruskan hubungan dengan suami orang.

Anak dia perempuan dan masih kecil. Dia ada cakap yang dia taknak berpisah dengan isteri dia atas sebab taknak anak-anak ada dalam hubungan broken family. Aku pun anak perempuan juga dan aku pun kalau boleh taknak membesar tanpa father figure.

So balik tu disebabkan aku masih tak pasti lagi actually Kutub ni nak poligami dengan aku ke ataupun nak berpisah dengan isteri disebabkan aku dah dengar clue ada masalah dalam rumahtangga dia (dan nauzubillahiminzalik – aku tersangatlah taknak ada penceraian berlaku pun dalam mana-mana hubungan suami isteri). Tapi disebabkan nak kepastian, aku tanyakan juga.

Jawapan dia maybe – so maybe aku akan jadi wife kedua, maybe dia akan ceraikan isteri dia. So waktu ni, aku tersangatlah pasti dengan keputusan aku untuk stop apa-apa hubungan dengan dia. Sebab aku pasti yang aku taknak poligami, sekalipun aku boleh terima dia, aku hanya boleh terima dia waktu dia dah duda nanti (nauzubillahimizalik lagi sekali, memang aku taknak penceraian berlaku dalam mana-mana hubungan suami isteri pun).

Kalau aku nak tunggu dia duda, tah tah 10 tahun lagi baru benda tu berlaku dan terutama sekali aku memang taknak jadi penyebab dan faktor utama penceraian sesebuah keluarga.

Kutub ni tersangatlah respect semua orang dan dia sangat-sangat respect keputusan aku. Dia tak paksa aku tunggu dia, dia tak berjanji bulan bintang, dia tak ajak kahwin dekat Siam, dia tak terburu-buru dengan keputusan untuk menceraikan isteri dia just semata-mata sebab dia sukakan aku – so bagi aku kat sini dia tersangatlah matang dan membuatkan aku sebenarnya lagi suka dekat dia.

Lepastu, dia ada bagi aku satu video ni, dia rakam aku dari jauh dan aku perasan yang video tu tarikh dia agak lama juga – so memang betullah dia memang dah suka aku lama dah secara senyap-senyap. Aku sedih bila dapat tahu dia suka aku dah lama giler.

Dan ini membuatkan aku confirm lagi sekali yang masa awal-awal aku takde perasaan dekat dia dulu, aku memang selesa sangat dengan dia. Sebabnya, sumpah aku tak perasan langsung yang masa tu dia wujud tengah duduk belakang aku dan tengah rakam aku buat kerja sebabnya dia tak pernah sekalipun buat aku rasa tak selesa dengan dia walaupun kitorang ada dalam bilik kerja yang sama.

Aku tak pernah sekalipun rasa awkward dengan Kutub ni. Tak macam lelaki lain yang kadang-kadang buat aku tak selesa dengan diorang, dan sometime bila diorang ada dalam bilik yang sama dengan aku, aku memang akan rasa annoy.

Aku tanya Kutub kenapa tak tackle aku dari awal lagi, dia cakap dia takut aku cop dia penggatal memandangkan dia ni takdelah handsome sangat. Haha, so dia pun sama je macam aku – takut orang cop aku ni penyondol sebab tu aku taknak berpoligami. Pasal rupa dia, memang betul actually dia takdelah ada rupa sangat. Kalau ikut standard handsome lelaki ni, memang usually lelaki macam dia susahlah untuk perempuan pandang.

So disebabkan aku suka kat Kutub ni, aku sedar yang Tuhan tu jadikan aku manusia yang tak kisah sangat pasal muka lelaki, tapi aku kisah pasal ketinggian lelaki. Hahaha sebabnya dalam office yang sama, ada sorang laki ni boleh dikatakan handsome. Ramai orang suka tengok muka dia, aku pun rasa yang dia handsome. Tapi bila start bercakap dengan aku, aku kena pandang dia agak sama level – eye to eye antara aku dengan lelaki tu, benda ni membuatkan aku turn off dengan lelaki handsome tu.

Hahahaha dengan Kutub ni, dia tinggi so rasa macam hati bergetar jugalah bila bercakap dengan orang tinggi ni. Tapi actually faktor utama aku suka Kutub lebih pada personality dia sebenarnya, bukannya ketinggian dia pun. Kalau bukan disebabkan dia tick all the boxes ciri-ciri lelaki yang aku nak, boleh dikatakan dengan rupa macam dia actually susah juga untuk aku consider.

So kiranya aku memang prefer lelaki yang tinggi, berbanding lelaki yang handsome. Dan aku tengok pada ciri-ciri personality seseorang, berbanding ciri-ciri fizikal mereka. Dan guys, perempuan cantik yang tak memandang rupa itu wujud guys. Haha aku lah tu – pehh perasan diri sendiri cantik yang tak tahan tu.

So start dari tu, kitorang memang dah lost contact. Aku dah lost contact dengan dia agak lama. Aku dengan dia tak block contact atau tak block media social masing-masing. Aku rasa kitorang buat macam ni, atas sebab nak tengok life masing-masing dari jauh walaupun aku dengan Kutub ni memang jarang sangat update media social kitorang.

Lagi satu, aku pun takut kalau aku block dia, nanti dapat kerjasama lagi sekali kang, jenuh juga aku nak unblock dia balik. Dan kalau korang nak cakap yang aku tak boleh block dia sebab aku masih menaruh perasaan dia pun sebenarnya aku tak nafikan benda ni. The truth is aku memang masih tak boleh move on dari Kutub ni. Huwaaa

Aku selitkan sikit pasal hidup aku sebelum ni. Masa aku belajar dekat U dulu, aku adalah minat sorang hamba Allah ni – aku suka dia agak lama juga. So satu hari tu, aku nak try dia dan perkara pertama yang aku tanya dekat dia, dia dah berpunya belum. So dia cakap dia dah bertunang. Alhamdulillah nasib baik masih ada lagi lelaki baik yang jujur dalam dunia ni. Serta merta waktu tu juga, Allah hilangkan perasaan suka aku pada hamba Allah ni, macam tu sahaja.

Tapi dengan Kutub ni, aku tak tahulah kenapa, walau dah berdoa pada Allah atas tikar sejadah, aku dah menangis-menangis dah minta Allah untuk hilangkan perasaan aku pada dia, tapi perasaan tu masih ada. Padahal tempoh perkenalan kitorang teramatlah singkat untuk kenal hati budi masing-masing.

Aku tak salahkan Allah meletakkan perasaan ni dalam hati aku, tapi aku minta walaupun perasaan ni masih ada untuk Kutub, aku mohon Allah untuk buatkan aku redha dengan ujian yang Allah bagi ni. Sebab ujian ni tentang conflicting a moral value – sebabnya kalau korang perasan sebenarnya kalau aku setuju untuk berpoligami dengan Kutub, sebenarnya aku dah dapat pun suami yang aku doa-doakan pada Allah sebelum ni. Sebabnya Kutub memang tick hampir semua boxes ciri-ciri lelaki yang aku nak.

Of course laa Kutub tak perfect dan ada je boxes yang dia tak tick, tapi ada ciri-ciri yang aku boleh tolerate kalau bakal suami aku takde ciri-ciri tu, dan ada benda yang aku tak boleh tolerate juga. Contohnya macam kalau tak sembahyang – memang aku reject awal-awal lagi.

Aku sedar diantara ramai-ramai lelaki yang tackle aku, takde sorang yang pun yang mampu menghadirkan perasaan suka dalam hati aku, tapi Kutub ni mampu buat aku suka dekat dia – hanya disebabkan Kutub ada hampir semua ciri-ciri lelaki yang aku nak.

Jadi disebabkan tu, kalau sebelum ni aku cuma doa untuk dapatkan suami yang solat 5 waktu, yang soft-spoken, yang financial stabil, sekarang ni aku tambah lagi doa yang lebih spesifik iaitu semoga Allah rezekikan aku suami yang bukan suami orang, bukan juga tunang orang, dan bukan juga kekasih orang dan semoga aku dijauhkan dari poligami. Doa aku jadi makin khusus. Poligami ni sebenarnya tak salah, ianya halal dan ianya dikira perkahwinan kedua untuk lelaki tersebut.

Cumanya aku juga tahu setiap perkahwinan ni ada dugaan dia. Dan kalau berpoligami pun akan ada juga ujian dia. Nak jadi isteri kedua ni bukannya mudah – kena banyak berkorban dan bersabar. Sekalipun kalau Kutub boleh handle berpoligami, aku rasa aku yang tak boleh jadi isteri kedua disebabkan aku ni agak loud juga dalam melafazkan suka pada lelaki.

Aku memang tak boleh low profile dalam bercinta. Aku nak attention tu dekat aku sorang je. Kalau suami aku kena bahagikan masa untuk 2 isteri dia, memang akulah akan selalu menjeruk rasa. Dan sekalipun kalau isteri dia setuju untuk Kutub kahwin 2, itu maybe hanya persetujuan dia waktu sekarang.

Lepas ni manalah tau akan ada masalah timbul dalam poligami tu, dah sah-sah orang luar ataupun wife dia (bukan nak menuduh wife dia tak baik, cuma manusia kan, sifat mereka berubah-ubah) boleh je lepas tu mereka tuduh aku penyondol walaupun perkahwinan tu didasarkan melalui jalan yang betul. Aku nak jaga nama baik aku dan taknak dituduh penyondol, so disebabkan tu juga aku tolak poligami.

Aku ingatkan yang Allah akan bagi aku jumpa jodoh aku dengan cara yang mudah dan aku juga ingatkan sebelum ni kalau Allah letakkan perasaan suka aku pada mana-mana lelaki, aku tersangatlah pasti lelaki itu adalah jodoh aku. Tapi rupa-rupanya aku salah. Aku lupa yang Allah akan bagi ujian kepada sesiapa sahaja yang dia nak bagi ujian dan kali ni walau susah mana ujian untuk lalui ni, aku terpaksa hadap juga.

Bagi aku ujian perasaan hati kali ni agak susah untuk aku kawal disebabkan maybe aku dah dalam fasa nak kahwin sangat-sangat, aku dah dalam fasa nak bermanja dengan someone, dan aku nak achieve impian aku dan aku harap masa aku achieve impian aku ni ada seorang figure bakal suami yang dapat jadi penyokong terkuat dan dia dapat jadi leader aku dalam hidup.

Dan aku masih pasti yang Kutub pun masih tak boleh move on dari aku disebabkan dia baru je follow Tiktok aku padahal kitorang dah agak lama juga lost contact. So aku pun stalk tiktok dia dengan niat dapat jumpa redflag dia dan aku dapat move on dari dia. Oh my Oh my Oh my! Aku jadi lagi suka dekat dia dan aku memang tak nampak langsung redflag dia dekat mana.

Aku memang ada doa dekat Tuhan untuk tunjukkan redflag dia, tak tahulah belum masanya doa tu termakbul kot, so aku memang tak nampak redflag dia, maybe Allah pun nak tutup aib dia macam mana Allah nak tutup aib aku kan. Haihhh cuma tulah perasaan suka dekat Kutub ni masih tak hilang-hilang lagi. Tak tahulah aku ni yang buta sebab tak nampak redflag dia ataupun dia tu memang green forest.

Aku ada luahkan benda ni dekat medium lain, ada yang cakap lelaki macam ni bahaya sebab dia ada move dia tersendiri untuk tackle perempuan single macam aku. Dalam erti kata lain dia jahat. Entahlah…aku masih percaya dengan firasat pertama aku yang dia tak jahat. Dia tolong aku pada waktu yang tepat, so thats mean dia dah boleh baca pergerakan aku semua tu.

But the thing is, aku pun actually dah boleh baca mimik muka dia dan body language dia. Bila aku fikir balik semua benda ni, bagi aku memang tak make sense langsung yang dia tu ada udang disebalik batu hanya disebabkan dia baik dengan aku. Sebabnya dia bukan baik dengan aku sorang, dia baik dengan semua officemate. Apatahlagi officemate lain pun memang cakap yang dia tu baik. Lagi-lagi nature kerja aku ni memang depan belakang atas bawah penuh dengan lelaki sampai aku pun dah tahu perangai lelaki macam mana.

So kiranya aku ni a woman lives in a man’s world jugalah. So aku dah macam boleh distinguish juga antara lelaki baik dan lelaki yang tak berapa baik – aku cakap ni bukanlah dengan tujuan riak macam nak tunjuk yang aku hebat boleh tengok siapa baik dan siapa jahat. Cumanya berdasarkan pengalaman aku, aku macam dah boleh agak, lelaki mana perlu aku jauhkan diri dan lelaki mana yang okay.

Lagi satu ada yang komen juga cakap yang Kutub pandai play a long game – maksudnya dia sanggup tunggu, lihat, observe, dan sampai masa sesuai barulah dia akan masuk line. Dan aku pun tak nafikan benda ni sebab dia ni memang teliti dan observant orang nya. Sometime ada officemate lain nak satu benda ni, orang tu tak cakap apa pun, dia boleh agak dah orang tu nak apa.

Ada officemate yang tertinggal barang dekat office tu, bila tanya siapa punya, semua orang tak tahu. Dia sorang je yang tahu barang tu milik officemate sekian-sekian. Takkanlah semata-mata dia TERCERITA pasal rumahtangga dia, yang pada waktu tu aku yang tanya, bukan dia yang willingly untuk cerita pun – takkanlah aku terus nak cop dia lelaki red flag.

Sebab honestly, aku memang nampak banyak kualiti baik yang lain ada dekat dia. Contohnya waktu orang bawah dia tengah buat kerja sorang-sorang, dia mesti akan datang dekat orang bawah dan tolong diorang buat kerja – masa tu dia takkan datang dekat aku semata-mata untuk tackle aku. Contoh lain lagi masa orang bawah dia terpecahkan cermin kereta dia, dia tak marah.

Kau rasa? Kalau aku kat tempat dia, aku rasa dah berbakul makian aku bagi dekat orang yang pecahkan cermin kereta tu. Apa yang aku ingat dia cakap – Alaa kalau marah pun, bukannya boleh betulkan balik pun cermin kereta tu. Contoh lain lagi kadang-kadang aku nampak lelaki lain tidur waktu kerja, dia memang sekalipun aku tak pernah nampak dia tertidur dalam office tu dan dia memang seorang yang rajin.

Lagi satu dia antara lelaki yang aku respect juga sebab dia lelaki yang sangat bagus mengawal kemarahan dan tak pernah judgemental. So aku taknak tuduh dia dengan benda yang tak baik. Takut juga ludah tu terjatuh atas muka sendiri nanti. Lagipun aku masih belum tahu siapa jodoh aku. Kang tiba-tiba aku tuduh dia, benda yang aku tuduh tu pun manalah tahu ada juga dekat bakal suami aku nanti. Haa kan kifarah tu.

So no! Aku takkan tuduh dia dengan membabi buta hanya disebabkan satu redflag yang komentar tu cakap pasal dia. Lagi satu aku perasan orang kita ni suka generelize-kan kejahatan suami orang atau suka generalize-kan satu sifat tu dengan sesuatu kaum. Contohnya kaki bebel untuk perempuan. Kaki curang untuk lelaki. Padahal aku dah pernah jumpa dengan lelaki yang suka bebel macam perempuan dan aku dah pernah jumpa perempuan yang curang dengan lelaki lain.

Bagi aku ni dosa individu – bukan dosa kaum atau dosa gender. So disebabkan aku nak pandang Kutub ni pada pandangan manusia yang betul – aku taknak generelize-kan dia dengan dosa kaum sejenis dia atau lelaki yang sama status dengan dia. Sebab hakikatnya aku sendiri pun tak suka orang tepekkan dosa kaum perempuan lain dekat aku. Contohnya perempuan kaki gosip – well hello aku tak.

So Kutub ni just a human being yang ada pasang surut iman dia, sama macam aku, dan sama juga macam korang semua. Let’s we start jangan generalize manusia dengan dosa gender mereka atau status mereka dan let’s we start memandang manusia secara manusia (bukannya secara hitam putih macam drama TV tu) – kalau jahat, sampai kesudahlah orang tu jahat, takde baik langsung. Haihhhh

Aku pernah juga nak try lah berkenalan dengan sorang lelaki yang kerja dalam bidang B ni juga, tapi tak tahu kenapa Allah macam nak tunjuk yang dia tak baik untuk aku. Contohnya, masa lelaki tu try tackle aku, sembahyang dia okay. Lepas aku pula nak mencuba kenal dia, Allah tunjuk yang dia agak pemalas bekerja dan dia sembahyang on off. Of course laa aku pun ada waktu subuh tu kadang-kadang terlajak juga, tapi… dia ni… aduhhh taknak lah buka aib orang kan.

Cumanya senang cerita, Allah memang nak tunjuk dia bukan bakal suami yang sesuai untuk aku. Ada juga lagi sorang ni yang nak try aku, kenkadang aku layankan, kenkadang aku tak layan, sekali dia ajak naik genting wehh. Extreme betul. Ajaklah keluar makan dulu kan. Tertelan air liur aku. – Aku minta maaf kalau korang rasa aku buat cerita rekaan sebab ramai pula lelaki yang try aku kan, tapi…memang ramai pun yang try aku.

Pernah ada member masa aku study dulu, diorang pun pelik kenapa ramai lelaki suka dekat aku dan dia panggil aku hotstuff. Masa tu aku peliklah juga sebab dalam pandangan aku kalau perempuan hotstuff tu macam Regina George dalam cerita mean girl tu kan. Yang ada efek rambut melayang masa dia masuk kelas study tu haha.

Ada sorang roommate aku ni pun dia cakap, kalau ada perempuan lain nak try boyfriend dia, dia tak kisah lagi. Tapi kalau aku yang try, dia tak boleh. Waktu tu aku tak faham sebenarnya kenapa roommate aku cakap macam tu, tapi semakin lama berjumpa dengan ramai lelaki ni, aku rasa aku faham kenapa dia rasa insecure dekat aku.

Pernah ada sorang pondan ni, dia cakap dia senang nak dapatkan lelaki jadi boyfriend dia. Tapi bila aku masuk kerja situ, tiba-tiba dia ada pesaing pula. Dia kata tu first time dia dapat pesaing perempuan. Hahaha ada juga sorang lelaki yang dah kahwin ni.

Disebabkan incident aku dengan Kutub ni, usually aku akan cakap dengan lelaki yang aku dah ada anak. So diorang akan assume yang aku isteri kepada seseorang lah kiranya – so hidup aku jadi lebih mudah bila takde lelaki yang try aku. Lelaki ni masa dia ingatkan yang aku dah kahwin, dia takdelah try aku. Tapi aku macam perasan lah juga yang dia macam suka pandang-pandang aku. Dia juga ada cakap yang dia nak cari isteri kedua, aku malas nak layan.

The thing is, lelaki ni ada kawan perempuan lain yang dia dah lama kawan dan perempuan tu bagi aku baik giler cumanya kalau ikut standard beauty memang perempuan tu susah dipandanglah sebab dia jenis taknak berhias. Padahal diorang ni baik giler sampai bertepuk tampar bagai. Sekali ada satu hari tu terpecah rahsia yang aku takde suami, dia pun start dari tu dia try aku.

Aku masa tu memang taknak lah dekat dia disebabkan nampak sangatlah dia mencari perempuan yang cantik je. Member kau yang baik tu available boleh jadi bini kedua, kau boleh nak mengejar perempuan yang cantik. Huh demand! Dimanakah sunnah untuk mengikut poligami yang betul, kalau kau pun memilih isteri kedua sedangkan Nabi pun hanya memilih janda….Haaa kan aku nak berceramah kat sini.

Haaa aku dah penat menaip. So pembaca sekalian. Dekat sini je habis cerita aku. Walaupun aku masih belum nampak hikmah kenapa Allah masih tak padamkan perasaan suka aku pada Kutub, tapi aku rasa aku macam nampak yang Allah nak aku betulkan balik perspektif aku tentang poligami dan juga penyondol. Sebabnya istilah penyondol hanya wujud masa zaman sekarang je, waktu zaman Nabi dulu takde pun. Adakah kita nak panggil isteri-isteri Nabi sebagai penyondol? Astaghfirullahaladzim.

Lagi satu, aku perasan kita ni dah terlampau ikut culture orang barat. Orang barat memang tak boleh kahwin 4, sebab tu diorang pilih untuk curang. Sedangkan dalam Islam boleh je kahwin 4, kenapa bila sesiapa yang kahwin dua menggunakan jalan yang betul, kita dengan terus menerus tuduh mereka sebagai penyondol? Tapi dalam masa aku faham realiti zaman sekarang.

Zaman sekarang lelaki dan perempuan yang ikut cara sunnah Nabi dengan betul amatlah sedikit. Disebabkan itu, sesiapa yang berpoligami memang selalu dipandang serong oleh masyarakat dekat luar sana. Aku rasa Allah nak aku betulkan balik tentang pandangan aku terhadap konsep poligami ni.

Lagi satu, walau seyakin mana pun kita dengan moral value kita – contoh macam aku yang memang yakin takkan menyondol lelaki orang. Tetapi semua ini haruslah disandarkan juga kekuatan pada Allah. Kalau sebelum ni aku tak pernah doa untuk dapatkan bakal suami yang single atau duda, benda tu hanya wujud dalam subconscious mind aku je dan dah jadi moral value yang aku pegang dari dulu.

Tapi Alhamdulillah sekarang aku dah tambah doa yang lebih spesifik dan bergantunglah pada Allah semata-mata. Walaupun sebelum ni aku tak pernah membenci penyondol, aku tak dapat nafikan yang aku pernah memandang serong pada mereka dan aku juga pernah mengejek mereka sebab aku terlampau yakin aku bukan ‘team penyondol’. Tapi Allah Maha Baik, dia ingatkan aku untuk tak mendabik dada dengan ujian orang lain dengan meletakkan rasa suka pada Kutub pula. Haa kan dah kena.

Last one, kalau korang dapat baca confession ni sampai habis, tahniah dan terima kasih. Kepada perempuan dekat luar sana yang dah berpunya, insyaAllah aku memang takkan cuba lelaki korang walaupun pandangan aku terhadap poligami dah berubah. Dan insyaAllah aku masih lagi bukan ‘team penyondol’, walaupun pandangan aku terhadap diorang pun dah tak serong berbanding dulu.

Kalau dulu aku pandang mereka sebagai black & white atau baik & jahat sahaja macam dalam cerita drama pukul 7 tu, tapi sekarang aku lebih memandang mereka sebagai manusia yang penuh ujian dan dugaan hidup macam aku juga.

Nasihat aku untuk perempuan yang ada suami baik dekat luar sana, please appreciate suami korang sebab zaman sekarang sumpah susah nak cari lelaki yang baik – bukti aku kerja dalam bidang yang ramai golongan lelakinya tak sembahyang kot. Manalah tahu disebabkan korang tak appreciate laki korang akan menyebabkan laki korang nak cari perempuan lain yang lebih memahami dia nanti.

Kalau jumpa perempuan macam aku yang memang taknak poligami atau curang takpelah juga, tapi nanti tup tup dapat tahu suami korang curang atau poligami diam-diam, dah korang pula tuduh perempuan tu penyondol. Padahal perempuan macam aku pun nak kahwin dengan lelaki baik juga.

Aku pun ada perasaan juga. Aku pun jealous tengok orang lain seusia aku dah kahwin juga. Aku pun kadang-kadang terlanjur menyukai lelaki yang baik juga, walaupun dia suami orang. Aku bukannya chatgpt yang takde perasaan tu. Huuuu

Dan nasihat aku kepada lelaki dan perempuan -please please please sembahyang. Aku dah nampak bertapa baiknya Allah pada kita bila kita sembahyang. Contoh macam kes aku ni, Allah jauhkan aku dari bermaksiat dengan lelaki orang. Alhamdulillah sangat-sangat. Lagi satu, aku perasaan orang yang tak sembahyang diorang punya hati tu TERSANGATLAH CEPAT untuk marah lebih-lebih lagi masa tengah under pressure.

Kalau kita marah, macam-macam boleh jadi sebab waktu tu pertimbangan kita akan hilang. Sebab tu Nabi sendiri cakap – manusia yang paling kuat adalah manusia yang dapat menahan rasa marah mereka. Tolonglah sembahyang sebab orang keliling aku yang tak sembahyang ni memang aku boleh nampak yang diorang kaki marah, cepat anxious, terlalu overthinking, dan kelakuan diorang tersangatlah kasar. So please sembahyang untuk kebaikan diri korang sendiri juga.

Pasal kisah hidup aku ni, aku memang tak pernah ceritakan dekat sesiapa pun terutama sekali family aku. Padahal bagi aku, aku dah tak larat simpan rahsia ni sorang-sorang dah.

Pandangan aku terhadap family aku – diorang orang yang baik. Aku taknak disebabkan diorang salah faham dengan cerita aku ni, akhirnya membuatkan diorang akan tuduh aku sebagai penyondol – which is aku faham kalau diorang buat macam tu dekat aku, tapi pandangan aku pada diorang akan berbeza kalau mereka menuduh aku atas dasar misunderstanding sahaja atau mereka memandang aku sebagai manusia yang hitam putih sahaja. Aku taknak benda tu. So here I am telling my story.

Aku dah pernah ceritakan benda ni dekat chatgpt, tapi aku masih rasa tak lepas habis. Aku dah pernah ceritakan dekat medium lain, pun sama juga perasaan sedih ni masih tak lepas dan aku masih menangis tiap malam. Aku harap-harap sangat, perasaan ataupun masalah aku ni dapat dilepaskan selepas aku ceritakan masalah aku ni dekat korang. Maybe aku just craving human connection, bukan AI connection.

Dalam masa sama aku minta korang doakan aku untuk bertemu dengan jodoh yang tepat dan semoga perasaan suka aku pada Kutub dapat dihapuskan. Dalam masa sama, disebabkan Kutub orang yang baik, aku juga minta korang doakan dia untuk dapat kesejahteraan yang dia mahukan dalam keluarga dia dan semoga Kutub pun dapat lupakan aku juga.

Semoga Kutub dapat menjalankan tanggungjawab dia sebagai suami yang baik untuk isteri dia dan semoga dia dapat menjalankan tanggungjawab dia sebagai ayah yang baik untuk anak-anak dia. Aku juga minta korang doakan aku dapat kerja sebab aku tengah mencari kerja.

Maybe orang luar kalau tengok aku macam orang takde masalah sebab aku ni selalu juga kelihatan tenang orangnya. Tapi jiwa aku tengah berkecamuk dan aku rasa yang aku ni loser sebab dah berbulan aku tak mampu bagi duit belanja untuk mak aku dan aku rasa aku anak yang tak baik.

Walaupun mak aku faham nasib hidup aku sekarang, mak aku tak pernah meminta duit dari aku sekarang, tapi aku tetap rasa yang aku ni anak yang loser sebab terputus pahala dari segi memberi khidmat financial secara bulanan pada mak aku. Bagi aku patutnya pada usia dewasa ni aku dah tak patut susahkan maka bapa aku lagi, patutnya financial aku dah stabil, tapi Allah yang Maha memberi ujian.

Aku redha dengan ujian Allah ni, tapi sekarang ni hati semakin tisu dan hampir tiap malam jugalah aku menangis dengan ujian Allah ni. Bila menangis tiap malam ni, lagilah perasaan untuk bersuami lagi kuat dan disebabkan tu makin susah juga untuk aku lupakan Kutub ni.

Haihhhhh kepada pembaca semua, aku doakan korang dapat apa yang korang mahukan dalam hidup dan kepada yang sedang mencari kerja ataupun sedang mencari jodoh, aku doakan semoga dibukakan pintu rezeki untuk korang dan semoga korang dapat jodoh dan kerja yang tepat. Aamiin.

Ikhlas dari,

– Kiambang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Sy faham je apa awak nak sampaikan K.. tapi siap sedia ya bila dah masuk fb nanti, peluru pepandu menyerang dr setiap sudut😂 bertabah ya

    ‘…tak dapat nafikan yang aku pernah
    memandang serong pada mereka dan aku juga pernah mengejek mereka sebab aku terlampau yakin aku bukan ‘team penyondol’.

    Baru semalam tgh hujan lebat aku doa moga perempuan2 yg terlebih empati tak kena cara ni diuji dengan ujian hati dan rasa sebegini jika ada kesombongan dlm kata-kata atau komen-komen mereka.. Allah kan pemegang hati2..

    Sbb aku menyampah dengan lancangnya mulut netizen menghina menyondolkan menyundalkan orang lain sesuka hati mcm dia duduk serumah makan sepinggan dgn org yg dia backup tu. Over sgt masuk campur hal rumah tangga org kenapa korang mmg takde life eh?

    Aku ni tak pernah amek port tak pernah komen hal2 rumahtangga retis ke influenza ke apatah lg nak panggil org penyondol penyendal pintu ke apa, pon diuji dgn rasa berkecamuk mcm ni.. but i’m survived.. so aku doa yang over sangat mengata tak ingat dosa pahala tu biar dia kena atas batang hidung dia sendiri

    Moga awak jumpa yg terbaik Kiambang!

  2. Bapak saya cakap box-box untuk lelaki bujang dan untuk lelaki beristeri takkan sama. Contoh, kalau lelaki bujang harus ada 10 pada awak, lelaki beristeri harus digandakan. Uri dari rahim isteri selepas melahirkan siapa yang uruskan dan bagaimana ia dibersihkan & diuruskan? Itu contoh satu soalan (kalau bersungguh nak kat dia la). Nak cakap lagi, tapi malas taip. Sekian.

  3. Modal suami orang nak tackle perempuan is ‘rumah tangga ada masalah’. Bayangkan awak kahwin dengan dia then dia cari perempuan lain guna alasan yang sama. Awak suka? Lelaki yang baik takkan buka cerita masalah rumah tangga kat orang luar. Tetambah dekat perempuan bukan mahram.

    Yes, solat tu wajib. Tiang agama. Tapi tak bermaksud semua orang yang solat tu baik dan tak semua yang tak solat tu jahat. Jangan terlalu cepat judge orang. Manusia boleh berubah. Hidayah milik Allah.

    My advice: Jangan rosakkan rumah tangga orang lain semata-mata ‘cinta’. Kifarah itu wujud. Doa orang teraniaya ni makbul tau. Jangan sampai awak menyesal dikemudian hari.

  4. Panjang gila. Nak baca perenggan last pun jenuh scroll. Sapa boleh summarise tempek sini. Aku nk baca summary je 🤣

    • Apa yang saya faham TT ni tersangkut kat suami orang di tempat kerja. Timbul rasa suka dan admire sebab Kutub tu memenuhi semua ciri yang dia nak walaupun suami orang. Jadi kat situ perasaan dia berbolak balik. Dia pun taknak lah jadi penyondol. Last2 dia reject si Kutub tapi still tak dapat move on. Pastu dorang dah tak kerja sama dan TT ni pun masih mencari kerja. Lepas tu dia meleret cerita zaman dulu ramai lelaki yang try dia tapi tiada siapa pun dapat tackle dia macam Kutub dapat tackle hati dia.. Kutub ni baik matang rajin cool calm etc.. Kutub ni walaupun tiada rupa handsome sangat tapi dia mampu cairkan hati TT..kira macam tu lah

      Pastu ending dia, dia dah ubah pandangan/persepektif dia terhadap poligami dan penyondol sebab sebelum ni dia pun pandang serong kepada penyondol. tapi sekarang dia boleh faham ujian perempuan yang tersangkut dengan suami orang sebab Allah bagi dia ujian tu juga. Walaupun in the end dia memang reject Kutub tu tapi tulah, still tak boleh move on perasaan tu walaupun lepas tu ada je lelaki try dia. Last dia minta tolong orang doa untuk dia jumpa jodoh tepat dan hapuskan perasaan masih suka kat Kutub tu.

      Gitu ler.. post dia lebih kepada perasaan dan pendapat/pandangan dia, meleret masuk topik2 lain pun ada jugak…banyak sangat cabang.

  5. Tahniah sebab masih hold on to your prinsip. You have done so well. Saya pernah rasa apa yg awak rasa, but not with married man. But for sure its with someone who i can’t fall in love with. What i did is, i cut off all access to him. So, do what ever it takes for you to stop your feeling, dan jgn stop doa pada Allah, utk jaga diri drpd perkara yg diri awak sendiri tak suka, dan berikan perasaan suka tu hanya pada “suami” awak. Which insya allah, i hope you will find him soon. Teruskan bersabar dlm mujahadah menjaga kehormatan diri, dan semoga Awak jumpa tempat kerja yg baik, untuk dunia dan akhirat, yg senang utk awak jada aurat, jaga diri dan jaga solat….and for sure, dgn gaji yg lumayan dpt lah awk bagi duit belanja kat mak awak.

    Finally, semoga Allah jaga hati awak. You did so well.

  6. Kak nak cerita sttp jela. Ni kona2 nak baca pun menyampah. Pastu the point is dekat sini you cuba nak bgtahu menyondol tu oki saje ujian masing2. Saya rasa akak cuba mendapatkan validation, sebab mybe penah jadi penyondol so cuba nak dapaykan validation. thats y beria cerita yg takde org boleh tackle akak the way laki org tu tackle blablabla then akak dgn suami org pun ada pasang surut iman dia thats y macamtu. hshshs mmg mencari validation dan berharap pembaca agree dgn akak so that hati akan lega sikit kan?

  7. Sebagai org yg pernah kena tackle dengan suami org dan I personally knows his wife. Trust me u mmng takkan kenal lelaki mcm mana wife dia kenal dia. Lelaki ni dengan bini lain dengan perempuan yg dia nak tackle lain. Confirm laa dia tunjuk good side jer nak tackle girl. Please think logically. Tak payah fikir deep pun. Benda logik ni mmng slalu make sense. Jangan deny benda yg terang-terangan. Saya kalau nk tackle lelaki takkan nak tunjuk perangai buruk. Takkan nak cakap mls masak. Mesti saya cakap suka masak. Boleh masak tapi tak semua menu. Masak kadang2. Jarang Beli kat luar. Mesti laa mcm tuu sis. Tak yah pegi jauh benda mcm ni pun dah tahu.

    ini cuma nasihat simple yg saya harap membantu untuk awak consider Kan dlm berfikir. Ini base on my experience.

    Saya doakan awak tabah, tetap Iman dan Allah bagi pekerjaan yg baik untuk awak. Kita perempuan mmng Banyak ujian mcm ni zaman sekarang. Semoga Kita mampu untuk jaga maruah Kita. Awak jangan sedih ok. Stay strong and trust Allah in the process.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *