Suami Pelbagai Watak

Hai para pembaca, sedikit intro. Saya sudah berkahwin selama 4 tahun lebih. Mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun dan mengandung anak kedua yang bakal lahir Mei ini, insyaallah.

Saya serius ingin bertanya kepada para lelaki lebih tepat lagi yang bergelar suami. Kenapa bila jadi seorang suami ni, suami mudah untuk ada pelbagai watak.

Watak dengan ibu bapa lain, watak dengan anak lain, watak dengan adik beradik lain, watak dengan kawan2 lain, watak dengan kawan sekerja lain dan akhir sekali terpaling watak sebenar adalah watak dengan isteri.

Suami seringkali suka berubah-ubah mood kalau dengan saya. Semalam baru je lepas balik bercuti dengan adik dan kakak suami. Suami sampai boleh melayan mereka shopping dengan lewat di bandar KL. Saya tak larat, dah 6 bulan pregnant cuma rehat di kerusi je.

Kalau dengan saya, bila suami dah penat dia akan terus ajak pulang. Alasan penat. Tapi dengan ahli keluarga, penat macam mana pun dia yang beria ria offer untuk bawak sana sini. Saya ok je tiada masalah boleh tunggu.

Cuma waktu tunggu tu saya terfikir lah kalau kami anak beranak je keluar jalan jauh kenapa suami takda sepenyayang macam ni dengan aku ya? Belanja percutian memang saya yang tanggung. Suami tak cukup duit. Tapi saya tak pernah berkira asalkan suami ok je nak bawa kami jalan2.

Last kami sekeluarga sahaja keluar bercuti ialah pada 2023. Lepas dari itu saya macam dah serik asyik kena marah je dengan suami time bercuti anak beranak je, tapi bila kami bercuti beramai ramai dengan family dia suami jarang marah2 saya. Memang jaranglah. Buat kerja pun tak berkira bila tengok saya dah penat sangat.

Yang kedua semalam masa bercuti saya mintak tolong suami ambikkan gambar saya, dia kata kejap tengah main dengan anak. Dulu dah pernah kena marah bila asyik nak ajak bergambar berdua dengan suami lepastu dah tak ajak dah.

Kakak dan adik suami berjalan berdua tengok view sambil ambil gambar masing2. Suami tengah main dengan anak. Masalahnya bila saya dah pergi dekat anak lepastu cakap dengan suami dia tak nak layan pun. Bila saya dah tanya banyak kali dia cakap, “saya penat ni tak nampak ke tengah main dengan anak!”.

Waktu ni kan ahli keluarga dia takda kat area situ so dia akan cakap terus la perasaan dia. Lepastu saya terus duduk tepi. Saya main lah fon. Tiba2 bila saya angkat muka saya tengok suami dah ke tempat adik dengan kakak dia siap tolong tangkapkan lagi gambar mereka bersama2 dengan anak saya. Sedihnyaaaaaa saya waktu tu.

Kiri kanan saya orang sekeliling saling mengambil gambar sesama sendiri. Saya sedihnya dengan situasi ni. Ye tahu boleh selfie, tapi nak jugak nampak gambar background penuh.

Percutian tu pun saya bayar penuh saya nak lah ambik gambar kenangan. Tapi takda pun suami nak tolong ambikkan gambar. Ambikkan gambar saya buruk2 pun saya oklah. Janji ada kenangan.

Suami nampak saya main fon kat tepi dia marah kenapa duduk sini pergilah join mereka di sana. Saya kata saya pergi sana nanti saya ganggu mereka ambik gambar, saya pergi kat abang, abang pun tak nak ambik gambar saya. Lepastu saya nangis. Emosi mungkin. Mengharapkan suami pujuk, hahahahahah dalam mimpi.

Suami terus pergi sambil cakap mengada-ngada. Saya waktu tu nak je tegur mana2 orang tolong ambikkan gambar lepastu cakap, “hai boleh tolong ambikkan gambar saya? Saya datang dengan suami tapi suami tak nak ambikkan gambar saya, dia cuma nak tolong ambikkan gambar adik beradik dia je.”

Jadi di sini nampak kan macam mana dia dengan saya dan macam mana dia dengan orang lain.

Yang terbaru, harini suami balik kerja suka melepak kadang2. Saya ok je nak pergi lepak janji cukup masa pergi ambil anak kat rumah pengasuh. Saya balik kerja terus balik rumah siap2 apa yang patut. Sebab pagi saya dah keluar nak hantar anak ke pengasuh.

Tapi tadi saya call tanya, kat mana dan tanya, “ohh kenapa pergi rumah kawan tu, tadi abang cakap penat harini. Nak balik rumah terus. Saya dah masak makan petang. Ingat nak balik. Tu lah call tu.”

Dia cakap, “tak boleh ke nak jumpa kawan sekejap.” Saya pun cakap “ok je baik2.” Masa sebelum letak tu dengar lah dia bergelak ketawa dengan kawan2 dia. Lepastu kebetulan pengasuh call suruh belikan barang anak dah habis. Saya call suami lagi nak kirim kat dia terus. Tapi dia tak angkat.

Tiba2 bunyi orang bukak pintu rumah saya. Suami masuk marah2 tanya kenapa call banyak kali? Saya dah sampai depan rumah tu nak call apa lagi. Suami terus balik rumah nak mandi dulu rupanya. Tapi dia balik bentak2 macam tu sebab tak puas hati saya call dia masa dia tengah lepak dengan kawan dia.

Kalau saya tahu dia tak balik rumah, saya pun tak call tanya dia kat mana dah. Tapi ni saya tak tahu. Saya call lah tanya. Itupun tak boleh. Tapi bila dengan kawan, ya rabbi lidah umpama tak bertulang. Kawan mintak tolong sampai sanggup susahkan diri sendiri sebab terpaling nak nampak hero.

Tapi tak pernah saya nampak kawan dia tolong time dia susah. Kalau saya mintak tolong pulak perkataan penat jelah saya asyik kena dengar. Last2 dia akan cakap buat jelah sendiri.

Disebabkan suami saya ni ada pelbagai watak jadi saya sangat tertanya tanya apakah watak sebenar dia? Sebelum kahwin masa kami berkawan watak suami orang yang penyayang, cakap lemah lembut sama macam dia layan orang lain yang sekarang saya nampak ni. Tapi lepas kahwin perangai dia yang kasar2 ni dengan saya makin nampak.

Sebab tu bila orang lain sampaikan pada saya, untung saya kahwin dengan suami sebab suami saya ni baik, saya hanya mampu tersenyum je.

Sekarang tengah duduk sorang2, suami keluar dengan anak sebab sentap saya call2 dia sambil fikir berapa tahun lah saya dapat tahan untuk berdepan dengan sikap pelbagai watak suami ni.

Satu lagi suami langsung takda perasaan cemburu pada saya, nampak saya sembang dekat2 dengan lelaki dia takda pun rasa cemburu. Tapi kalau saya, saya akan selalu pesan jaga jarak masa buat kerja. Elakkan sentuhan.

Inipun suami saya benci bila saya kadang2 ingatkan bila nampak suami jenis bercakap dengan perempuan lain dekat2 je. Taklah setiap hari saya nak remind. Time nampak jelah saya cakap. Tapi suami tak macam tu terhadap saya.

Suami pernah cakap dia hanya akan cemburu kalau nampak saya bercium dengan lelaki lain. Selain tu kalau saya buat pape dia tak kan cemburu pun.

Saya pulak jenis tak kan mudah2 nak pergi dekat dengan lelaki lain. Saya memang sangat jaga batas saya dengan lelaki lain Jadi tipulah kalau kadang2 sampai saya terfikir suami ni layan aku macam ni sebab dia dah tak sayang aku ke ye..

Sekian luahan saya… jadi bujang pun ada masalah, berkahwin pun ada masalah jugak rupanya.

Sekian..

– Puan Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *